Anda di halaman 1dari 6

5.

0 ANALISIS SWOT

5.1 Kekuatan (Strength)

5.1.1 pembelajaran interaktif

Peningkatan kes jangkitan Corona Virus dalam kalangan masyarakat


Malaysia semakin tinggi mengakibatkan semua aktiviti secara bersemuka mengalami
kekangan. Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil
inisiatif untuk menjalankan sesi pembelajaran dari rumah atau dikenali sebagai PDPR
(KPM,2020). Pembelajaran di rumah ini merupakan kaedah pembelajaran norma
baharu yang kini diaplikasikan dalam kalangan masyarakat kini bukan sahaja
disesetengah negeri tetapi secara keseluruhan di negara Maalaysia. Pandemik
Covid19 ini sememangnya merubah landskap kehidupan pelbagai segenap lapisan
masyarakat. Hal ini kerana bukan hanya memberi kesan terhadap pasaran ekonomi,
namun sosialisasi juga terkesan sehingga menyebabkan anak-anak generasi kini
terpaksa berdepan tuntutan dengan memenuhi kemahiran berteknologi kerana institusi
pendidikan juga amat terkesan dengan perubahan ini.

Berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan oleh dua orang respon yang
merupakan guru di sekolah rendah dan menengah, pengkaji dapat mengetahui di mana
guru-guru telah menggunakan pelbagai kaedah bagi melaksanakan PDPR. PDPR atau
konsep pembelajaran dari rumah ialah pembelajaran secara atas talian yang
menggunakan pelbagai aplikasi antaranya Google Meet, Zoom, Webex, Whatsapp
Video, Youtube dan sebagainya. Sememangnya PdPR juga membuka banyak ruang
dan peluang interaktif. Kaedah pembelajaran ini sebenarnya memberi pencerahan
terhadap aspek pembelajaran masa kini dan boleh mengaplikasikan kemudahan
teknologi pada masa kini. Hal ini demikian, menjadi salah satu kelebihan PdPR yang
mana membantu anak-anak membuat penerokaan pembelajaran dan mendorong
mereka untuk memperoleh bahan pembelajaran hanya di hujung jari. Guru-guru
menggunakan pelbagai kaedah baru dengan menggunakan aplikasi-aplikasi yang
mungkin tidak pernah digunakan sebelum ini semasa PdP di sekolah. Bukan hanya
belajar secara atas talian, tetapi paparan visual dan audio dalam PdPR juga
membolehkan murid-murid membuka minda dengan lebih kreatif dan inovatif serta
bersifat ‘technical-know-how’ berbanding pembelajaran statik di dalam kelas. Justeru
itu, murid-murid juga lebih teruja dan lebih bersemangat meneroka perkara baru
dimana secara tidak langsung akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
di atas talian lebih menarik dan tidak membosankan. Oleh yang demikian, secara
tidak langsung melalui inisiatif ini dapat mendidik dan membantu generasi sekarang
lebih celik akan teknologi. Teknologi sering pesat berubah mengikut peredaran masa,
malah sangat pantas dan anak generasi masa kini sememangnya amat beruntung.

5.1.2 Waktu dan tempat yang fleksibel

Selain itu, dengan adanya pembelajaran secara atas talian, pihak sekolah, dan murid-
murid juga dapat menjalani urusan kerja pentadbiran sekolah dan aktiviti pembelajaran dalam
keadaan yang selesa dan fleksibel. Hal ini demikian kerana mereka hanya memerlukan alat
mudah alih seperti telefon bimbit dan komputer riba yang mempunyai sambungan internet
yang baik untuk melaksanakan tugasan yang diberi. Justeru itu, pembelajaran atas talian juga
memudahkan pelajar dari segi pergerakan kerana tidak perlu bergerak ke mana-mana kelas
atau pusat dan tidak perlu mengikuti sebarang jadual kemasukan atau keluar. Sebagai contoh,
berdasarkan kajian tindakan yang telah dilaksanakan, pihak sekolah telah menganjurkan
aktiviti kokurikulum seperti pertandingan, aktiviti senamrobik, perkhemahan secara virtual
bersama sekolah-sekolah lain melalui atas talian secara jarak jauh. Oleh yang demikian,
kecanggihan teknologi pada masa kini ini memudahkan lagi pihak sekolah untuk berhubung
antara satu sama lain dan menganjurkan pelbagai aktiviti secara virtual.

Secara tidak langsung, kelebihan ini juga membolehkan guru-guru dan murid-murid
untuk belajar secara autonomi mengikut irama dan memilih masa-masa tertentu serta tempat
yang selesa. Para pelajar juga boleh menghabiskan bahan pembelajaran mengikut kesesuaian
masa dan tahap pemahaman sesuatu topik yang diajar oleh guru dengan memilih waktu
belajar, tempat dan suasana yang mereka inginkan untuk pembelajaran mereka. Hal ini
kerana, pihak sekolah juga rata-ratanya memahami kesukaran dan kekangan ibu bapa yang
bekerja untuk memantau jadual pembelajaran anak-anak mereka. Maka, melalui timbang rasa
dan pemahaman pihak sekolah kerja rumah yang diberi kebanyakannya boleh disiapkan
mengikut waktu yang fleksibel dan tidak terlelau menekan. Waktu dan masa pembelajaran
yang fleksibel ini amat efektif kerana para pelajar tidak terikat dengan jadual waktu
pembelaran yang ketat.
5.1.3 Penjimatan Kos

Tidak dinafikan bahawa PdPR merupakan sesuatu yang agak menduga pihak
sekolah dan murid-murid. Namun di sebalik kesukaran itu juga ada kemudahan yang mana
melibatkan penjimatan kos perbelanjaan pihak sekolah. Hal ini demikian kerana kebanyakan
aktiviti dilaksanakan hanya atas talian iaitu secara virtual yang juga tidak menggunakan kos
perbelanjaan yang besar bagi sesuatu aktiviti atau majlis. Di samping itu, bahan-bahan
pembelajaran murid-murid dan surat-surat pemberitahuan dari pihak sekolah juga diberikan
secara atas talian dimana murid-murid atau ibu bapa boleh menerima maklumat tersebut pada
bila-bila masa melalui whatsapp, telegram, laman web rasmi sekolah dan sebagainya. Justeru
itu, komunikasi secara atas talian ini juga membolehkan maklumat yang disampaikan oleh
pihak sekolah dengan lebih mudah dan pantas. Oleh yang demikian, peruntukan kos-kos ini
boleh digunakan untuk perkara yang lebih penting seperti membantu murid-murid yang
mempunyai masalah rangkaian data.

5.2 KELEMAHAN (WEAKNESSES)

5.2.1 Kehilangan waktu pembelajaran

Berdasarkan temubual yang dijalankan oleh pengkaji bersama dua orang guru,
antara kelemahan yang dapat dikenalpasti adalah murid-murid kehilangan waktu
pembelajaran bersama guru. Berdasarkan Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu Pengajaran dan
Pembelajaran di rumah, jadual waktu PdPR adalah merangkumi peruntukan masa Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP) dan tutorial yang dilaksanakan dalam tempoh seminggu
persekolahan. Sebagai contoh, jadual waktu bagi PdPR disingkatkan seperti jadual waktu
biasa di sekolah dimana hanya tiga mata pelajaran sahaja dalam masa satu hari. Oleh yang
demikian, pihak sekolah perlulah menyusun semula jadual waktu pembelajaran bagi
menepati keperluan pelajar dan matapelajaran. Di samping itu, PdPR ini juga menjadi punca
mengapa pelajar sukar untuk memahami sesuatu pelajaran yang disampaikan oleh guru.
Guru-guru juga mungkin telah cuba menghasilkan bahan-bahan pelajaran yang lengkap
kepada para pelajar, namun perkara tersebut masih belum mencukupi untuk para pelajar
memahami secara jelas tentang sesuatu topik itu dimana murid-murid memerlukan waktu
pengajaran dan penjelasan daripada pengajar dengan masa yang secukupnya. Oleh yang
demikian, pengajaran dan pembelajaran silibus bagi semua matapelajaran tidak dapat
dilaksanakan dengan sempurna kerana kekangan masa yang diperuntukan untuk
melaksanakan PdPR. Hal ini kerana penyediaan jadual waktu PdPR perlu dirancang dengan
teliti berdasarkan matlamat dan keperluan khusus mata pelajaran sahaja agar murid mendapat
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan bagi meneruskan pembelajaran ke
peringkat yang seterusnya.

5.2.2 Kekurangan bahan bantu pengajaran konkrit

Selain itu, pelajar tidak mampu memberi fokus terhadap pembelajaran yang
sedang dijalankan. Hal ini kerana setiap perbuatan dan percakapan antara guru dan murid-
murid terselindung di balik paparan skrin yang sentiasa berada dalam mod senyap dan
kamera tertutup. Justeru itu, guru-guru juga tidak dapat melihat dan mengenal pasti tindak
balas murid-murid semasa PdPR dijalankan. Oleh yang demikian, perkara ini membuatkan
murid-murid merasa selesa dengan perbuatan mereka tanpa diketahui oleh guru yang sedang
mengajar. Justeru itu, murid-murid juga mungkin hanya mampu memberi fokus terhadap
pelajaran secara atas talian 15 minit awal sahaja, Namun selepas itu, mereka mungkin sudah
melakukan perkara-perkara lain seperti tidur, bermain media sosial, permainan-permainan
video dan sebagainya hingga tamat sesi pembelajaran. Manakala, bagi pelajar yang sedaya
upaya memberi fokus terhadap pelajaran juga mungkin mengalami kesukaran untuk
memahami topik pembelajaran.

Kelemahan pembelajaran secara atas talian ini adalah pihak sekolah tidak dapat
menyediakan bahan bantu pengajaran yang konkrit atau alatan-alatan khas terutamanya bagi
setiap pelajar yang perlu melakukan eksperimen sains, kemahiran hidup atau vokasional dan
sebagainya. Hal ini kerana kekurangan bahan bantu pengajaran yang konkrit dan tidak dapat
menggambarkan apa yang dipelajari ini tidak dapat memberikan murid-murid pengalaman
sendiri semasa pembelajaran. Munurut Dale (1969), menyatakan bahawa pengjaran dapat
ditingkatkan dengan berkesan apabila dibantu dengan bahan yang membolehkan pengalaman
dalam ingatan. Penglibatan melalui pengalaman merupakan cara yang paling berkesan dalam
pembelajaran.Situasi tidak bersemuka bersama guru untuk bertanyakan soalan juga menjadi
faktor kepada kesukaran pelajar untuk memahami topik yang dipelajari.
5.2.3 Proses Pengajaran dan Pembelajaran tidak sekata.

Berdasarkan tinjauan yang dilaksanakan, pengkaji difahamkan bahawa pihak


sekolah menggunakan alternatif lain bagi pelajar yang tidak mempunyai kemudahan gadget
atau rangkaian data untuk mengikuti kelas secara atas talian. Sebagai contoh, pihak sekolah
memberikan peruntukan untuk menyediakan module kepada murid-murid sebagai rujukan
atau latihan untuk menyertai kelas secara luar talian. Walaupun murid-murid dibekalkan
dengan bahan-bahan rujukan yang banyak, namun masih berlaku juga masalah keciciran
pembelajaran dan pencapaian murid. Hal ini demikian kerana murid-murid dapat penerangan
mengenai topik pembelajaran dengan baik. Justeru itu, perkara ini juga menjadikan
komunikasi antara murid dan guru terhad kerana murid-murid tidak berpeluang untuk soal
jawab dengan guru.

5.2.4. Tiada kesahan dalam penilaian murid.

Anjakan paradigma bukan sahaja tertumpu kepada proses pengajaran dan


pembelajaran (PdP), bahkan memberikan kesan juga kepada guru-guru dalam proses
penilaian yang dilaksanakan. Semasa pandemik Covid19 ini, guru rata-ratanya dilihat beralih
arah dengan membuat perubahan dalam merangka penilaian tugasan dari bentuk bersemuka
kepada bentuk digital termasuk juga dalam memfokuskan penilaian dalam penguasaan dan
perkembangan murid dari semasa ke semasa. Berdasarkan temubual yang telah dijalankan,
respondan guru menjelaskan bahawa tiada kesahan dalam penilaian yang dilakukan kepada
murid-murid secara atas talian. Hal ini kerana penilaian murid-murid dilakukan di rumah
dengan bimbingan ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Oleh yang demikian, secara tidak
langsung perkara ini juga akan menjejaskan prestasi murid-murid dan menjatuhkan prestasi
sekolah kerana guru-guru sukar untuk mengenalpasti samada objektif pembelajaran tercapai
atau tidak.

5.2.5 Mengambil masa yang lama bagi melengkapkan tugasan.

Tempoh masa bagi melengkapkan suatu tugasan yang diberikan oleh guru juga lebih
panjang menjadi suatu kelemahan semasa melaksanakan PdPR. Hal ini kerana pihak sekolah
yang memahami kekangan dan kesukaran bagi ibu bapa yang bekerja untuk membimbing
anak-anak mereka menyiapkan tugasan yang diberikan terutamanya bagi murid sekolah
rendah. Guru-guru memberi masa yang secukupnya kepada murid-murid untuk memahami
topik yang dipelajari dan melengkapkan tugasan dengan baik. Oleh yang demikian, secara
tidak langsung guru-guru juga akan mengambil masa yang panjang juga untuk melengkapkan
laporan pembelajaran dan refleksi bagi pencapaian murid-murid berdasarkan tugasan yang
diberikan.

RUJUKAN :

Dale, E. (1969). Audiovisual methods in teaching. Holt, Rinehart & Winston.

https://eric.ed.gov/?q=audiovisual+methods+in+teaching&pr=on

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020, November 8). Pemakluman pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran di rumah.


https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/pemakluman-pdpr

Anda mungkin juga menyukai