Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum wbt

Yang Berusaha Cikgu Wan Shaiful Akmar bin Mohd Idris, Pengetua Sekolah Menengah Sains
Raja Tun Azlan Shah
Cikgu Hasmyza binti Abdul Wahab, Penolong Kanan Pentadbiran
Cikgu Salwana binti Ahmad Suhaimi, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Cikgu Azizah binti Padzil, Penolong Kanan Kokurikulum
Seterusnya, guru-guru kanan, guru-guru cemerlang, guru-guru serta para pelajar yang dikasihi
sekalian.

Pada hari ini saya akan berkongsi serba sedikit mengenai suatu kaedah pengambilan nota dengan efektif
dan efisien yang pernah dinyatakan oleh tuan pengetua pada tempoh hari. Kaedah ini dikenali dengan
nama Cornell Note-Taking atau nota Cornell. Kaedah ini dinamakan bersempena Universiti Cornell dan
telah dicipta oleh Profesor Walter Pauk, pengarah pusat pengajian dan pembelajaran Cornell University
sendiri.

Untuk kaedah ini, terdapat tiga bahagian penulisan iaitu 20% untuk kata kunci dan idea, 70% untuk
penerangan dan contoh dan 10% untuk kesimpulan. Dengan ini, nota anda adalah lebih teratur dan
mudah untuk difahami. Kebiasaannya, untuk penyediaan yang lebih efektif, anda boleh menulis objektif
dan konsep awal sesebuah topik sebelum masuk ke kelas dan kemudian tambah penerangan dan huraian
yang berkaitan sewaktu sesi pembelajaran dan seterusnya simpulkan ringkasan topik setelah selesai.
Menarik mengenai kaedah ini adalah ia tidak menggunakan ayat dan huraian yang panjang. Untuk setiap
isi kandungan, anda boleh menulis menggunakan singkatan (abbrevation) atau simbol yang mudah
difahami.
Dengan ini, nota anda akan lebih kemas selain lebih mudah mencari isi penting untuk topik tertentu.
Penyusunan isi dan idea menerusi kaedah ini adalah lebih jelas dan teratur. Hal ini kerana, kaedah ini
telah mempunyai tiga bahagian yang berlainan untuk penulisan fakta. Bukan itu sahaja, ia menggunakan
kata kunci mengenai aspek penting sesuatu topik yang dipelajari di kelas. Selain itu, di bahagian bawah
halaman juga anda boleh menulis rumusan ringkas berdasarkan pandangan dan pemahaman anda. 

Untuk sesetengah subjek dan topik yang rumit, anda dinasihatkan untuk menyelesaikan semua nota
sejurus selepas kelas selesai kerana anda boleh terus merujuk kepada guru untuk bahagian yang mungkin
anda tidak faham.

Selain penyediaan nota yang kemas dan teratur, kaedah Cornell juga mempunyai kelebihan lain.
Antaranya termasuklah mengambil masa yang singkat untuk menyerap fakta sebagai hasil pembelajaran
yang berkesan. Di samping itu, ia juga memudahkan anda untuk ulangkaji semula subjek yang telah
dipelajari menerusi penyediaan nota yang sempurna. Akhir kata , selamat mencuba.

Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai