Anda di halaman 1dari 31

Unit 2 : Algoritma

SARSVATHY A/P THIRUPATHY


PENSYARAH AKADEMIK
IPG KAMPUS IPOH
Kandungan
• Mengenali Algoritma
• Konsep Input, Output dan Proses
• Konsep Pseudokod dan Kaedah Penulisan
• Konsep Carta Alir dan Perwakilan Simbol
• Pengenalan jenis ralat logik, sintaks dan masa larian.
• Kegunaan algoritma dalam perkakasan harian.
Ringkasan Eksekutif
Apakah yang dimaksudkan dengan algoritma?

• Algoritma ialah satu set aturan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Pernyataan
dalam algoritma mestilah mudah difahami. Algoritma dapat dijelas melalui dua
kaedah iaitu pseudokod dan carta alir.
• Dalam asas pengaturcaraan, algoritma ialah langkah-langkah dalam proses
melaksanakan kod komputer yang mengkaji tahap keberkesanan kod program
komputer.
• Algoritma dalam pengaturcaraan komputer menyatakan dengan jelas urutan langkah atau
tindakan yang perlu dilaksanakan oleh komputer agar memperoleh output yang diingini.
Sambungan
• Algoritma ialah ialah satu urutan langkah-langkah untuk menyelesaikan
suatu masalah atau melaksanakan suatu tugasan.
• Pernyataan dalam algoritma mestilah boleh difahami.
• Algoritma boleh dijelaskan melalui pseudokod atau carta alir.
Contoh Algoritma

Teliti tiga aktiviti yang ditunjukkan dan bandingkan


tatacara yang digunakan.
Apakah tatacara-tatacara itu?
Apakah persamaan yang terdapat antara tatacara-
tatacara tersebut?
Perkara-perkara penting
semasa menulis algoritma
• Semasa pembangunan algoritma, perkara-perkara penting yang berikut harus dipenuhi:
(i) Langkah-langkah dalam algoritma biasanya ditulis dalam bahasa yang difahami oleh
manusia seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris atau bahasa tabii manusia lain.
(ii) Setiap langkah harus dihurai dengan jelas supaya lebih difahami maksudnya.
(iii)Urutan langkah-langkah hendaklah dinyatakan dengan betul dan tepat.
(iv)Mesti menghasilkan output yang bermakna setelah satu set langkah dilaksanakan
dalam tempoh tertentu.
Contoh Algoritma menunjukkan untuk
menguji kefungisan sebuah lampu.

Carta Alir
• Urutan langkah hendaklah dinyatakan dengan betul. Contoh algoritma
berikut menunjukkan kepentingan menulis dengan betul urutan langkah
yang akan dilaksanakan.
• Sila nyatakan satu contoh algoritma yang pelajar berpakaian kemas
untuk pergi ke sekolah?
Contoh-contoh Algoritma

Mu
rid
berp
aka
i an
kem
a s
• Algoritma mesti mempunyai kesudahan tertentu dalam suatu tempoh
masa. Dengan kata lain, algoritma mesti menghasilkan output yang
bermakna setelah satu set langkah telah dilaksanakan dalam suatu tempoh
tertentu.
Perwakilan Algoritma
• Perwakilan algoritma
• Algoritma boleh diwakili atau dibentuk dalam pelbagai cara. Lazimnya,
algoritma yang menunjukkan langkah-langkah sesuatu tugasan adalah
seperti yang disenaraikan dalam
• Namun, penggunaan carta alir dan pseudokod lebih lazim digunakan
oleh pengatur cara.
Carta Alir
• Carta alir ialah gambar rajah yang menunjukkan langkah-langkah bagi
penyelesaian masalah dan berhubung kait antara satu sama lain yang
ditunjukkan dalam algoritma. Menggunakan simbol geometrik yang
dihubungkan menggunakan anak panah.
• Carta alir menggunakan simbol grafik seperti garis lurus, anak panah dan
bentuk geometri untuk mewakili urutan langkah bagi algoritma yang perlu
dilaksanakan.
Simbol-simbol carta alir.
1. Nyatakan nama simbol-simbol berikut?
2. Terangkan maksud bagi setiap simbol berikut?
Pseudokod
MULA
SIRAM semaian
LUBANGKAN medium di tengah-tengah bekas tanaman
KELUARKAN anak benih dari bekas semaian
MASUKKAN anak benih pada bekas tanaman
PADATKAN medium di sekeliling anak benih
SIRAM anak benih yang ditanam
LETAKKAN anak benih di tempat yang teduh
TAMAT
Fikirkan cara membuat maggi?
Sediakan satu carta alir yang mudah dengan menggunakan simbol-
simbol yang sesuai.

• Masak Air
• Masukkan mi segera
• Masukkan perencah mi segera
• Kacau mi segera sehingga masak.
Berdasarkan situasi di bawah, binakan carta
alir yang sesuai dan mudah difahami.
• 1. Aini pergi ke pasaraya untuk membeli garam yang dipesan oleh ibunya.
Aini perlu masuk melalui pintu hadapan kedai runcit dan mencari garam.
Apabila dia telah menjumpai garam, Aini membawa garam ke kaunter
bayaran untuk dibayar sebelum keluar dari kedai runcit.
MULA
MASUK ke dalam kedai runcit
CARI garam
JIKA garam dijumpai, MAKA
PERGI ke kaunter bayaran untuk dibayar
TAMAT JIKA
KELUAR dari kedai runcit
TAMAT
Pseudokod
• Pseudokod memerihalkan langkah-langkah algoritma dengan
menggunakan ayat-ayat yang ringkas dan padat. Bahasa Melayu atau
bahasa Inggeris biasanya digunakan. Inden digunakan secara meluas bagi
memudahkan pembacaan suatu pseudokod.
Contoh Pseudokod yang sesuai
Contoh carta alir dan algoritma
Izzati ingin membeli kek lapis Sarawak di kedai kek.
Berdasarkan pseudokod yang diberi, sila lengkapkan
carta alir tersebut.
PSEUDOKOD

MULA

CARI kedai kek

MASUK ke kedai kek

JIKA ada kek lapis Sarawak, MAKA

BELI kek lapis Sarawak

TAMAT JIKA

KELUAR dari kedai kek

TAMAT
CARTA ALIR
Apakah yang dimaksudkan dengan ralat?
Ralat yang terdapat dalam atur cara akan menyebabkan atur cara tidak dapat beroperasi dengan
betul. Atur cara boleh tamat dengan tiba-tiba atau menghasilkan output yang kurang tepat atau
salah.

Bilakah ralat akan berlaku?


Ralat boleh berlaku dalam peringkat algoritma, semasa penulisan pseudokod, melukis carta alir
atau semasa menulis kod arahan dalam atur cara.
Berapa jenis ralat yang terdapat dalam atur
cara?
Terdapat tiga jenis ralat, iaitu ralat sintaks (syntax error), ralat logic (logical error) dan ralat masa
larian (runtime error)

Ralat Sintaks
Ralat sintaks berlaku semasa proses menulis kod arahan, Ralat sintaks berlaku semasa pengekodan
apabila sintaks yang salah atau format pengelodan yang salah digunakan. Ini menyebabkan maklumat
yang dimasukkan ke dalam kod arahan tidak dapat dibaca oleh komputer. Dalam bidang asas
pengaturcaraan, ralat sintaks merujuk kepada ralat dalam sintaks bagi turutan aksara atau token yang
dimaksudkan untuk ditulis dalam bahasa pengaturcaraan tertentu.

Contohnya, jika seseorang menaip alamat e-mel sebagai “ dotcom” dan bukan .com
Ralat logik
Ralat logik berlaku semasa proses menulis kod arahan. Program dapat mengenal kod arahan dan
melaksanakannya tetapi menghasilkan output yang bukan diingini.

Contohnya, seorang pemandu kereta berhenti di persimpangan lampu isyarat. Pemandu boleh
membelok kiri atau kanan apabila lampu isyarat bertukar hijau. Jika destinasi yang dituju perlu
membelok ke kiri tetapi pemandu membelok ke kanak, maka ralat logik berlaku.
Ralat Masa Larian
Ralat masa larian berlaku semasa sesuatu program sedang dilancarkan. Ralat ini disebabkan oleh
program dan bukan sistem operasi. Ralat masa larian boleh disebabkan oleh perisian hasad (malicious
software), seperti virus atau cecaing, kepincangan atur cara (program flaw), pepijat (bug), atau ingatan
yang tidak mencukupi (insufficient memory). Kejadian ralat berlaku disebabkan pentaksiran yang
tidak tepat.

Anda mungkin juga menyukai