Anda di halaman 1dari 12

Penyelesaian Masalah Menggunakan Model Polya MATEMATIK TERAS

1.0 PENDAHULUAN
Matematik sememangnya memainkan peranan yang sangat penting dalam
kehidupan seharian kita sebagai manusia. Setiap hari kita berhadapan dengan masalah
matematik. Masalah ini hadir tanpa kita sedari. Secara tidak langsung kita
menggunakan banyak keadah untuk menyelesaikan sesuatu masalah matematik itu.
Masalah seperti dalam urusan jual beli, di dalam kelas dan sebagainya. Ini
menunjukkan betapa pentingnya matematik itu dalam kehidupan kita. Dalam tugasan
ini, saya akan menerangkan mengenai masalah rutin dan masalah bukan rutin yang
berlaku dalam kehidupan seharian.
Masalah rutin juga dikenali sebagai Masalah-masalah yang hanya melibatkan
satu operasi aritmetik sahaja dalam penyelesaiannnya dikategorikan sebagai masalah
rutin. Masalah-masalah rutin hanya memerlukan pelajar memahami masalah, memilih
operasi yang sesuai serta mempraktikkan algoritma-algoritma yang telah dipelajari.
Manakala masalah bukan rutin pula boleh didefinisikan sebagai masalah yang
memerlukan seseorang berfikir secara kreatif dan kritis. Ini kerana, masalah bukan rutin
adalah masalah yang memerlukan proses-proses yang lebih tinggi daripada yang
terlibat dalam penyelesaian masalah-masalah rutin. Masalah-masalah seperti ini
biasanya diselesaikan dengan pelbagai cara yang memerlukan proses pemikiran yang
berbeza-beza.
Dalam bidang matematik, masalah-masalah seperti ini akan selalu ada.. Kita
seharusnya mengetahui dan faham cara untuk menyelesaikan masalah-masalah ini.

Penyelesaian Masalah Menggunakan Model Polya MATEMATIK TERAS


Salah satu cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan menggunakan Model
Polya. Kita tidak akan mampu untuk menyelesaikan sesuatu masalah tanpa
memerlukan strategi dan langkah yang betul. Sebagai contoh seseorang yang sesat di
dalam hutan tidak mungkin menemukan jalan keluar apabila ianya tidak berfikir dan
mencari penyelesaian masalah dengan baik.
Kita sebagai manusia tidak pernah lari daripada masalah-masalah seperti ini.
Apa yang harus kita lakukan hanyalah memahami masalah itu, berfikir apakah langkah
yang harus digunakan dan menyelesaikannya dengan tertib.
Matematik sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Kita seharusnya sedar
bahawa kita hidup di dunia yang penuh dengan masalah. Oleh itu, kita seharusnya
sedar dan faham untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu dengan baik.

Penyelesaian Masalah Menggunakan Model Polya MATEMATIK TERAS

2.0 Penyelesaian Masalah Menggunakan Model Polya


Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Kehidupan manusia di dunia ini
tidak dapat lari daripada sebarang masalah. Masalah adalah soalan yang mendorong
kita untuk mencari penyelesaiannya. Kadang kala kita menganggap bahawa masalah
boleh diselesaikan dengan sekadar menyingkirkan masalah tersebut atau tidak
membenarkan ia wujud sama sekali. Kaedah tersebut merupakan salah satu cara yang
biasa digunakan untuk menyelesaikan masalah. Namun begitu kita mungkin akan
merasa tidak aman selagi sesuatu masalah itu tidak diselesaikan. Oleh itu kita akan
berusaha sedaya upaya agar sesuatu masalah itu dapat diselesaikan.
2.1 Apa itu masalah ?
Masalah merupakan kenyataan mahupun situasi dalam kehidupan
seharian yang memerlukan penyelesaian .
2.2 Apa itu penyelesaian masalah ?
Satu proses yang digunakan bagi menentukan jawapan kepada sesuatu
kenyataan mahupun soalan. Keadah berfikir, membuat keputusan dan
menggunakan strategi merupakan cara menyelesaikan masalah
Masalah dibahagikan kepada dua bentuk iaitu :

Jenis-Jenis Masalah

Penyelesaian Masalah Menggunakan Model Polya MATEMATIK TERAS

Masalah Rutin

Masalah Bukan Rutin

Masalah Rutin merupakan masalah yang hanya melibatkan satu operasi


matematik sahaja. Sebagai contoh satu masalah matematik itu hanya menggunakan
operasi tambah, tolak, bahagi dan darab. Masalah rutin tidak sesukar masalah bukan
rutin. Ini kerana masalah rutin hanya memerlukan murid memahami masalah, memilih
operasi yang sesuai serta menggunakan operasi-operasi itu dalam masalah yang
dihadapi.
Manakala masalah bukan rutin pula merupakan masalah yang memerlukan
penyelesaian masalah yang lebih tinggi lagi. Ini kerana dalam masalah bukan rutin,
lebih daripada operasi matematik digunakan. Selain itu juga, penyelesaian masalah
bukan rutin bergantung kepada cara pemikiran kita untuk merancang strategi dan juga
menggunakan penyelesaian masalah yang berkesan untuk menyelesaikan masalah
bukan rutin. Masalah bukan rutin berbeza dengan masalah yang biasa diselesaikan
atau latihan yang kita pelajari. Masalah ini banyak melibatkan penggunaan konsep,
petua atau teorem dengan cara yang tidak diamalkan sebelumnya (Aida Suraya, 1989).
Masalah bukan rutin banyak memerlukan kita menggunakan pemikiran secara kritis dan
kreatif untuk mendapatkan penyelesaiannya.
Setiap masalah memiliki jalan keluar yang terbaik. Kita seharusnya tahu
kemahiran menyelesaikan masalah. Kemahiran menyelesaikan masalah yang sering
digunakan oleh pelajar di sekolah-sekolah bahkan pelajar di IPTA ialah dengan

Penyelesaian Masalah Menggunakan Model Polya MATEMATIK TERAS


menggunakan Model Polya. Model Polya merupakan model yang paling asas dalam
penyelesaian matematik. Model ini terbahagi kepada empat peringkat penyelesaian
masalah iaitu :

Memahami dan Mentafsir Sesuatu Masalah,


Merancang Strategi Penyelesaian,
Melaksanakan Strategi Penyelesaian,
Menyemak Semula Penyelesaian

Dalam matematik, ada banyak strategi penyelesaian masalah antaranya :


a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)
i)
j)

Teka dan uji,


Membina model,
Menggunakan gambar rajah,
Memudahkan masalah,
Mencari pola,
Melakonkan masalah,
Menjalankan eksperimen,
Mengelola maklumat dalam carta, jadual atau graf,
Kerja secara songsang,
Mengenalpasti Subgoal

2.3 Contoh Masalah Bukan Rutin Matematik


Hanan telah pergi ke sekolah membawa sedikit wang saku. Semasa di atas bas, dia
telah membayar hutang rakannya sebanyak RM2. Semasa di sekolah, dia telah
membelanjakan sebanyak RM3 untuk makan tengahari. Selepas habis sekolah, Hanan
dan rakannya berkongsi membayar bil makan mereka berdua secara sama rata. Bil
makan mereka adalah sebanyak RM6. Dalam perjalanan pulang ke rumah, jiran Hanan
membayar sebanyak RM5 di atas upah mencabut rumput halaman rumahnya minggu
lepas. Setelah sampai ke rumah, Hanan mendapati wang di dalam sakunya tinggal
sebanyak RM8. Berapakah wang saku Hanan semasa dia pergi ke sekolah pagi tadi ?

Penyelesaian Masalah Menggunakan Model Polya MATEMATIK TERAS


Masalah diatas merupakan masalah bukan rutin. Masalah ini tidak boleh diselesaiakn
dengan menggunakan satu operasi matematik sahaja. Kita harus berfikir dalam aras
yang lebih tinggi lagi untuk mencari penyelesaian bagi masalah bukan rutin ini.
Apa yang perlu kita lakukan untuk menyelesaikan masalah ini ialah :
Langkah 1 - Memahami kehendak Soalan
Berapakah wang saku Hanan semasa dia pergi ke sekolah pagi tadi ?
Langkah 2 - Rancang strategi
Keluarkan segala maklumat yang ada dalam soalan.
Contoh:
I.

II.

Wang yang dibelanjakan :


Hanan membayar Hutang Rakan = Rm 2.00,
Perbelanjaan untuk makan tengah hari = Rm3.00
Hanan dan rakannya berkongsi membayar bil makan mereka berdua
secara sama rata = Rm 6.00/2
= Rm 3.00
Jumlah Wang dibelanjakan oleh Hanan = Rm 2.00 + Rm 3.00 + Rm 3.00
= Rm 8.00
Wang yang diterima oleh Hanan :

Jiran Hanan membayar sebanyak RM5 di atas upah mencabut

rumput
III. Baki Wang Saku = Rm 8.00
Langkah 3 - Melaksanakan Strategi
Penyelesaian :
Baki Wang Saku Wang Yang Dierima = Baki wang yang tidak dibelanjakan

Penyelesaian Masalah Menggunakan Model Polya MATEMATIK TERAS


Rm 8.00 Rm 5.00 = Rm 3.00

Wang yang tidak dibelanjakan oleh Hanan sebanyak Rm 3.00. Sekarang kita
sudah mengetahui jumlah wang yang tidak dibelanjakan oleh Hanan. Bagi
mengetahui jumlah wang saku yang dibawa oleh Hanan ialah :
Baki wang yang tidak dibelanjakan + Wang yang dibelanjakan = Wang yang
dibawa
Rm 3.00 + Rm 8.00 = Rm 11.00 <------- Wang saku Hanan sebelum ke sekolah.
Langkah 4 - Menyemak semula
Wang Saku Hanan Wang yang dibelanjakan + Wang Yang diterima = Baki wang
Rm 11.00 ( Rm 2.00 + Rm 3.00 + Rm 3.00 ) + Rm 5.00 = ?
Rm 11 Rm 8.00 + Rm 5.00 = ?
Rm 3.00 + Rm 5.00 = Rm 8.00 <------- Baki wang saku Hanan.

2.4 Aplikasi Masalah Bukan Rutin Dalam Kehidupan Seharian


Masalah bukan rutin merupakan masalah yang memerlukan kita berfikir dengan
lebih kritis dan kreatif. Sebagai contoh, dalam kehidupan seharian saya. Baru-baru

Penyelesaian Masalah Menggunakan Model Polya MATEMATIK TERAS


ini syarikat penerbangan Airasia memberikan promosi tiket penerbangan dari Kota
Bharu ke Kuala Lumpur sebanyak 40 % daripada harga asal iaitu RM 160.00 dan
tiket dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu sebanyak 70 % daripada harga asal iaitu
RM 203.00. Saya hendak membeli tiket penerbangan KB-KL-KK namun wang saya
hanya RM 160.00 sahaja. Adakah saya mampu untuk membeli tiket penerbangan
dari Kota Bharu - Kuala Lumpur - Kota Kinabalu?
i. Kehendak Soalan
Mampukah saya membeli tiket penerbangan dari Kota Bharu - Kuala Lumpur ii.

Kota Kinabalu?
Merancang Strategi

Keluarkan segala maklumat yang ada dan permudahkan.


a) Tiket Penerbangan Kota Bharu Kuala Lumpur 40 % daripada harga asal RM
160.00,
b) Tiket penerbangan Kuala Lumpur-Kota Kinabalu 70 % daripada harga asal RM
iii.

203.00
Melaksanakan Strategi
40 %

100 %

RM 160.00

= RM 64.00 harga tiket penerbangan dari KB-KL dikurangkan daripada harga asal
= RM 160.00 RM64.00
= RM 96.00
70 %
100 %

RM 203.00

Penyelesaian Masalah Menggunakan Model Polya MATEMATIK TERAS

= RM 142.10 harga tiket penerbangan dari KL-KK dikurangkan


= RM 203.00 RM 142.10
= RM 60.90
Jumlah harga promosi tiket = Tiket KB-KL+Tiket KL-KK
= RM 96.00 + RM 60.90
= RM 156.90
Harga tiket penerbangan tersebut ialah RM 156.90. Jadi wang yang saya miliki cukup
untuk membeli tiket penerbangan tersebut dan saya masih mempunyai baki sebanyak
RM 3.10.
2.5 Contoh Masalah Rutin Matematik
Amri memiliki 100 ekor anak ayam yang baru menetas. 30 ekor anak ayam mati
dimakan Musang, 43 ekor anak ayam mati kerana penyakit, dan 12 ekor anak ayam
mati kerana kelaparan. Berapakah jumlah anak ayam yang masih Amri miliki?
i.
Faham kehendak soalan
Berapakah jumlah anak ayam yang masih Amri miliki?
ii.
Rancang stategi
Selesaikan dengan menggunakan operasi tolak
iii.
Laksanakan strategi
100 ekor anak ayam 30 ekor anak ayam 43 ekor anak ayam 12 ekor anak
ayam
= 15 Ekor anak ayam yang masih Amri miliki.
iv.
Semak semula,
Gunakan operasi tambah untuk menyemak semula jawapan.

Penyelesaian Masalah Menggunakan Model Polya MATEMATIK TERAS


2.6 Aplikasi Masalah Rutin Dalam Kehidupan Seharian
Sebagai seorang manusia, saya juga menghadapi masalah rutin dalam
kehidupan seharian saya. Sebagai contoh saya mendapat elaun setiap bulan sebanyak
RM 430.00. Wang elaun bulan Mac saya gunakan untuk membayar yuran Pendidikan
Jasmani sebanyak RM 130.00, membeli kasut yang berharga RM80.00, membayar
hutang sebanyak RM 100.00 dan perbelanjaan harian sebanyak RM 100.00. Jika saya
membelanjakan wang elaun tersebut, maka berapakah baki wang saya masih miliki.
Masalah ini sering kita hadapi dalam kehidupan kita seharian. Kita harus tahu untuk
menyelesaikan masalah seperti ini.
i.
Faham kehendak soalan
Berapa Baki Wang yang dimiliki ?
ii.
Rancang stategi
Gunakan Operasi tolak untuk mencari jawapan.
iii.
Laksanakan strategi
RM 430.00 RM 100.00 RM 80.00 RM 30
= RM 220.00
Baki wang yang masih saya miliki ialah RM220.00
iv.
Semak
Semak semula jawapan menggunakan operasi tambah
3.0 Esei
Sejauh manakah Model Polya telah membantu saya berhadapan dengan masalah dan
pengurusan harian saya.
Model Polya sememangnya satu model penyelesaian masalah yang sangat
berkesan. Model ini sering kali digunakan di sekolah-sekolah bahkan di institut-institut
pengajian tinggi pada hari ini. Model ini banyak membantu pelajar dalam
menyelesaikan masalah matematik. Demikian juga saya sebagai seorang pelajar di
Institut Pendidikan Guru menggunakan model ini dalam kehidupan saya seharian.
Sedar atau tidak, saya sebenarnya telah mengaplikasikan model ini apabila saya mulai
berfikir mengenai sesuatu masalah, merancang strategi dan melaksanakan strategi
bagi menyelesaikan sesuatu masalah maematik dalam kehidupan saya seharian.

Penyelesaian Masalah Menggunakan Model Polya MATEMATIK TERAS


Pengurusan masalah dengan lebih teratur merupakan salah satu fungsi
model polya dalam kehidupan saya seharian. Apabila saya menghadapi masalah
matematik yang rutin bahkan tidak rutin dalam hidup saya seperti pembelian tiket,
perancangan perbelanjaan dan sebagainya, model ini telah mengajar saya untuk
mengurus sesuatu masalah itu dengan lebih teratur lagi. Ketika saya masih kanakkanak, saya tidak mampu untuk mengurus sesuatu dengan baik kerana tahap
pemikiran saya yang tidak matang. Namun apabila saya meningkat dewasa, saya
menghadapi banyak masalah-masalah matematik dalam hidup saya. Sebagai seorang
pelajar, saya harus menyelesaikan masalah secara teratur. Terutama sekali masalah
kewangan yang saya hadapi. Pembelian tiket kapal terbang, perbelajaan harian,
bahkan segala yuran yang harus dibayar saya dapat mengurus dengan baik. Segala
wang yang masuk dan keluar saya dapat senaraikan, membaut jadual perbelanjaan
dan mengaplikasikan semuanya itu dalam kehidupan harian saya.
Selain daripada itu, model ini juga membuatkan saya dapat berfikir dengan
lebih kreatif lagi. Dalam model ini, banyak strategi penyelesaian masalah yang
diberikan seperti teka dan uji, membina model, menggunakan gambar rajah,
memudahkan masalah, mencari pola, melakonkan masalah, menjalankan eksperimen,
dan mengelola maklumat dalam carta, jadual atau graf. Semau strategi penyelesaian
masalah ini sangat berguna dalam hidup saya. Walaupun kadang-kadang saya tidak
mengetahui strategi apa yang saya lakukan namun secara tidak langsung, saya
mengaplikasikan model ini dalam diri saya. Dahulu saya pernah belajar di sebuah kolej
matrikulasi dan saya dapat mengaplikasikan banyak model-model ini untuk membuat
tutorial yang diberikan oleh pensyarah matematik saya. Banyak masalah matematik
yang datang dalam hidup saya. Ianya membaatkan saya dapat berfikir dengan lebih
kreatif lagi. Saya tidak mudah menyerah dengan masalah-masalah yang timbul dalam
diri saya tertamanya masalah-masalah matematik. Model ini mengajar saya untuk
memahami sesuatu masalah itu, dapat merancang strategi yang sesuai bahkan saya
dapat mempraktikan strategi itu untuk menyelesaikan masalah yang datang dalam diri
saya.

Penyelesaian Masalah Menggunakan Model Polya MATEMATIK TERAS


Model ini banyak membantu saya memudahkan segala urusan harian dalam
peribadi saya. Sebagai contoh apabila saya mengadakan urusan jual beli sesuatu
barangan, saya dapat melakukan pengiraan ringkas sesuatu barang itu. Bahkan saya
dapat membanding dan membezakan sesuatu barangan itu mengikut kualiti dan harga
yang berpatutan. Dengan ini, saya tidak mudah untuk ditipu dalam urusan membeli
barang. Ini kerana ramai peniaga yang menipu pelanggan pada masa sekarang ini
untuk mengaut keuntungan. Sebagai contoh lain, dalam urusan perbelanjaan, saya
dapat menjimatkan wang yang saya gunakan. Saya dapat menyeneraikan barangan
yang hendak dibeli dengan anggaran harga. Dengan cara ini, saya tidak perlu
mengelurkan dan menggunakan wang yang banyak. Betapa model in banyak
membantu saya menyelesaikan masalah-masalah rutin dan bukan rutin dalam hidup
saya.
Kita sering kali menghadapi masalah dalam hidup kita masing-masing. Tidak ada
manusia yang tidak pernah menghadapi masalah. Bahkan masalah yang kita hadapi ini,
mengajar kita untuk lebih berfikiran matang. Model ini juga banyak membantu saya
dalam mengurangkan kesilapan saya dalam saya menghadapi sesuatu masalah.
Ini kerana model ini menitik beratkan proses yang sangat penting dalam saya
menghadapi masalah matematik. Dalam langkah model polya yang keempat iaitu
menyemak semula, saya dapat menyemak dan pemperbetulkan masalah saya dalam
saya menyelesaikan pengiraan matematik dalam kehidupan saya seperti berapakah
masa yang saya ambil untuk ke kelas, berapakah luas padang bola Institut Pendidikan
Guru Kampus Kota Bharu dan sebagainya.
Model ini sangat penting bagi saya. Sedar mahupun tidak, saya sebenarnya
selalu mengaplikasikan model ini dalam kehidupan saya seharian. Saya bersyukur
kepada tokoh yang mencipta model ini. Saya berharap agar model ini terus digunakan
di sekolah-sekolah bahkan institut pengajian tinggi yang lain.

(643 Patah Perkataan)

Anda mungkin juga menyukai