Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG,

JALAN KOLEJ, KUCHING

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


AMBILAN JANUARI 2013
____________________________________________________________________________

KERTAS CADANGAN:
PERMAINAN TRADISIONAL LUMBA HALIPAN
TARIKH:
10 FEBRUARI 2015
ANJURAN:
KUMPULAN ELEKTIF PENDIDIKAN JASMANI AMBILAN JANUARI 2013
SEMESTER 5
TAHUN 2015

1.0 PENGENALAN
Seiring dengan pekembangan zaman, permainan tradisonal kian dilupakan. Generasi
muda zaman kini lebih gemar dengan aktiviti dalaman seperti bermain ping pong dan
aktiviti lain yang boleh dilakukan di dalam rumah. Bahkan kepesatan teknologi
menjadikan penciptaan gajet yang canggih membolehkan kanak-kanak bermain video
game menggunakan telefon pintar sahaja.
Maka dengan penganjuran permainan halipan ini, secara tidak langsung ia dapat
memperkenalkan generasi muda zaman kini mengenai permainan tradisional yang
dahulunya pernah menemani anak anak muda di saat saat terluang semasa bermain
bersama sama rakan.
Menurut Shamsul Anuar & Ahmad Shahar, 2005, permainan lhalipan ini
bertujuan menguji kesefahaman dan kerjasama berpasukan. Ketua pasukan perlu bijak
mengatur rentak langkah ahli pasukan masing-masing. Alatan yang dgunakan adalah
sebatang buluh berukuran lebih kurang 3 meter untuk 1 kumpulan seramai 5 -6 orang
ahli. Malahan untuk lebih kreatif, rotan juga boleh dijadikan sebagai alternatif untuk
menggantikan buluh yang sukar dicari.

2.0 NAMA AKTIVITI / PROGRAM


Permainan Tradisional Lumba Halipan

3.0 MATLAMAT
Permainan lumba halipan merupakan satu daripada permainan tradisional yang jarang
dimainkan oleh generasi muda pada masa kini. Hal ini kerana generasi muda lebih
gemar untuk bermain dengan alat teknologi canggih sehinggakan sesetengahnya
menjadi kaki bangku. Permainan tradisional bukan sahaja merupakan satu warisan
yang perlu diteruskan oleh generasi muda malah melalui permainan ini generasi moden
akan mendapat pelbagai nilai-nilai baik sesebuah permainan tersebut. Permainan
tradisional sangat bermanfaat kepada diri,masyarakat dan juga negara kita.
Kepentingannya untuk kita manusia ialah untuk meningkatkan kesihatan diri.

Permainan tradisional ini berupaya membuat kita untuk menggunakan tenaga kerana
melibatkan aktiviti fizikal. Selain itu, permainan tradisional dapat merapatkan lagi
silahturahim di antara masyarakat setempat. Permainan tradisional perlulah dikekalkan
dan diwarisi oleh setiap generasi kerana melalui permainan tradisional nama negara
kita dapat dimartabatkan. Hal ini kerana kita berupaya untuk mengekalkan warisan
budaya nenek moyang kita.

4.0 OBJEKTIF
3.1 Memberikan pendedahan kepada guru-guru pelatih tentang pengurusan sesuatu
aktiviti, penerapan budaya-budaya kerja cemerlang dalam pengurusan dan pentadbiran
sesuatu program.
3.2 Memberi kefahaman dan kesedaran pelajar terhadap aspek-aspek yang berkaitan
tradisi dan peraturan permainan tradisional.
3.3 Meningkatkan kecergasan diri di kalangan pelajar.
3.4 Mendedahkan generasi muda mengenai budaya dan tradisi masyarakat di
Malaysia.
3.5 Memupuk sikap kerjasama dalam permainan lumba halipan ini.
3.5 Menanam rasa menghargai warisan budaya negara kita Malaysia.

5.0 ANJURAN
Kumpulan Elektif Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2013

6.0 TARIKH
10 Februari 2015

7.0 TEMPAT / LOKASI LAWATAN


Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching.

8.0 Kumpulan sasaran


Elektif Pendidikan Jasmani Ambilan Jan 2013 Semester 5.

9.0 SISTEM PERMAINAN


Sistem permainan yang digunakan dalam permainan lumba halipan ini ialah sistem
kalah mati dengan bye. Terdapat 4 kumpulan yang akan bertanding terlebih dahulu
manakala 2 kumpulan akan menunggu giliran mereka pada pusingan seterusnya. 2
kumpulan tersebut akan ditentukan dengan undian.

10.0 ITEM YANG DIPOHON

Bil

Item

Unit

1.

Whiteboard (Papan Putih)

2.

Marker Pen

3.

Wisel

4.

Tali (Gulung)

5.

Kon Besar

LA
MP
IR
AN

A. PERATURAN PERMAINAN
1) Ketua menghadap ke arah hadapan, sementara ahli lain menghadap kearah
yang bertentangan.
2) Berdiri dan kangkangkan kaki, serta angkat buluh di tengah tengah paha.
3) Posisi terbaik memegang buluh ini adalah dengan separa mencangkung.
4) Apabila wisel dibunyikan maka, para pemain hendaklah berlari dengan mengikuti
gerak langkah ketua yang berada di depan sambil membawa buluh di celah
kangkang sehingga ke garisan penamat
5) Kumpulan yang sampai dahulu dikira sebagai pemenang.

B. CONTOH SISTEM KALAH MATI DENGAN BYE

BYE

3
B
1

D
2

4
BYE

JOHAN

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil.
1.
2.
3.

Butiran Perbelanjaan

Jumlah

Hamper:
RM50x4
Plaque:
RM30x 1
Sijil Penyertaan:
RM2x100

200
30.00
200
JUMLAH

RM430.00

Anda mungkin juga menyukai