Anda di halaman 1dari 35

PENDAHULUAN

Pendidikan Jasmani PJ 1311 adalah satu subjek yang wajib diambil oleh
pelajar Pendidikan khas dan Pendidikan Pra Sekolah semester satu PPISMP
ambilan 2010. Kerja kursus berasaskan ilmu ini telah diberikan kepada kami pada 03
Ogos 2010 dan akan diserahkan pada 02 September 2010. Dalam tugasan ini kami
disuruh untuk menyiapkan satu folio yang bertajuk pengenalan kepada pendidikan
jasmani dan juga senaman.
Pengenalan kepada pendidikan jasmani lebih kepada apa itu pendidikan
jasmani? Dan apakah aplikasi dalam kehidupan seharian. Kita sering mendengar
badan yang sihat datang daripada kehidupan yang cergas. Sejak dari sekolah
rendah lagi kita telah diajar subjek pendidikan jasman bahkan dilatih untuk
mengamalkan gaya hidup yang sihat. Dalam tajuk pengenalan pendidikan jasmani,
kita akan mengetahui konsep pendidikan jasmani daripada pelbagai tokoh bahkan
definisi pendidikan jasmani itu sendiri.
Seperti subjek-subjek lain mempunyai sejarah awal, begitu juga dengan
pendidikan jasmani. Pendidikan jasmani mempunyai sejarah yang tersendiri dan
dikatakan bermula sejak zaman dahulu kala lagi iaitu dalam satu tamadun Yunani.
Pendidikan Jasmani juga akan membawa kita lebih kepada bidang kesukanan
seperti psikologi, sosiologi bahkan biologi dalam sukan serta membincangkan isu-isu
yang sering berlaku dalam sukan.
Pendidikan jasmani sangat penting kepada setiap orang. Pendidikan jasmani
ini bukan sekadar sukan ataupun satu subjek yang wajib, tetapi pendidikan jasmani
ini lebih kepada kesihatan dan aplikasinya dalam kehidupan kita seharian.

APA ITU PENDIDIKAN JASMANI?


Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan
prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan
penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan
kecergasan untuk kesihatan optimum.
KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI
Pendidikan jasmani dapat didefinisikan sebagai suatu proses pendidikan yang
ditujukan untuk mencapai tujuan pendidikan melalui gerakan fizikal. Pendidikan
Jasmani memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita seharian. Bahkan
sejak kita kecil lagi kita telah didedahkan dengan aktiviti-aktiviti fizikal yang memaksa
otot badan kita untuk bekerja. Konsep dan definisi pendidikan jasmani penting untuk
kita mengetahui apa itu pendidikan jasmani dalam diri kita. Berikut adalah Konsep
dan Definisi tentang pendidikan jasmani oleh beberapa tokoh.
Pendidikan Jasmani boleh dikatakan sebagai satu proses pembelajaran yang
menyeluruh serta merangkumi aspek-aspek seperti Psikomotor, kognitif, afektif,
sosial dan emosi. Seseorang itu dikatakan diberi peluang untuk mencuba semua
aktiviti fizikal (Pettifor,2005)
Pendidikan jasmani adalah sebahagian daripada pendidikan yang lebih
cenderung kepada aktiviti fizikal sebagai satu medium pendidikan yang menekankan
pembentukan sikap, pengetahuan, kemahiran yang berhubung dengan kesihata,
kecergasan serta rekreasi. ( Roddick, 1982)
Pendidikan jasmani adalah satu aktiviti fizikal yang membutuhkan upaya yang
sungguh-sungguh.
Pendidikan jasmani adalah suatu proses terjadinya adaptasi dan
pembelajaran secara organik, neuromuscular, intelektual, sosial, kultural, emosional,
dan estetika yang dihasilkan dari proses pemilihan berbagai aktivitas jasmani.
( James A Baley dan David A Field, 2001).

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bertujuan untuk menjadiak pelajar sihat,


cergas serta produktif dengan pemupukan nilai,sikap, pengetahuan, serta amalan
kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian (KBSM, 1992).
Pendidikan Jasmani akan memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal serta
matlamatnya yang akan mempengaruhi semua perkembangan fizikal, termasuk
perkembangan mental dan sosial. ( Jenny, 1961 dan Williams, 1964).
MATLAMAT PENDIDIKAN JASMANI
Pendidikan jasmani mempunyai matlamat yang tersendiri iaitu pendidikan ini
bertujuan bagi membantu setiap pelajar untuk meningkatkan pengetahuan kesihatan
mereka, memupuk nilai positif terhadap kesihatan serta mengamalkan gaya hidup
yang sihat. Bagi membentuk individu yang seimbang dari aspek jasmani, emosi,
rohani, sosial serta intelek. Selain itu juga, pendidikan jasmani juga membantu bagi
mencapai pembangunan individu yang optimum disamping membangunkan
kemahiran motor yang sesuai dari segi kemahiran asas hingga kepada kemahiran
sukan khusus dan akhirnya menitik beratkan sukan seumur hidup.
OBJEKTIF PENDIDIKAN JASMANI
Thomas, Lee dan Thomes (1988) mengatakan bahawa secara tradisional, pendidikan
jasmani mempunyai empat objektif yang utama iaitu :

Pembangunan fizikal atau organik,


Pembangunan motor,
Pembangunan kognatif,
Pembangunan sosial, emosi, dan afektif.

SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI


Sejak zaman purba lagi, pendidikan jasmani dikatakan adalah satu aspek
yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Dikatakan masyarakat yang kurang
stamina, kemahiran bahkan kegagahan akan merugikan bangsanya. Oleh yang
demikian, semua ahli belia harus membina kekuatan, daya tahan, ketangkasan dan
3

kemahiran bagi menanggung kehidupan mereka seperti mengejar binatang,


mengangkat hasil hutan dan sebagainya. Kanak-kanak juga mempelajari kemahirankemahiran ini melalui peniruan daripada ayahnya. Manakala seorang ayah pula akan
mengajar anaknya mengikut pekerjaan bahkan bidang kemahiran ayahnya seperti
memanah, melempar gada dan lembing, memburu binatang, menangkap ikan,
mendaki gunung dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini adalah satu aktiviti wajib bagi
kanak-kanak dalam masyarakat primatif bagi menjamin kehidupan mereka.
Sukan telah berkembang sejak zaman Yunani purba lagi. Dalam masyarakat
Yunani purba perkembangan peribadi di Yunani dibahagikan kepada empat tahap
iaitu:
i.

Pendidikan Yunani Homer iaitu dari zaman prasejarah hingga Olimpik

ii.
iii.

776 S.M,
Pendidikan Yunani Sparta yang meliputi seluruh zaman sejarah Sparta,
Pendidikan Yunani Athens awal iaitu pada tahun 776 S.M hingga perang

iv.

Parsi pada 480 S.M,


Pendidikan Yunani Athens Lewat dari 480 S.M hingga penaklukan
Mekadonia 338 S.M.

Yunani Homer
Dalam masyarakat Yunani Homer, pendidikan jasmani dan sukan sangat
penting bagi membentuk manusia yang aktif kerana peperangan sering berlaku
menyebabkan setiap warganegara merupakan perajurit dan memiliki keadaan fizikal
yang sihat dan kuat adalah sangat penting. Dalam masyarakat ini, senaman
bertujuan untuk menghasilkan kualiti-kualiti seperti kekuatan, daya ketahanan,
kepantasan dan juga keberanian sangat diperlukan dalam peperangan. Bagi aktivitiaktiviti yang dimainkan oleh masyarakat ini ialah perlumbaan kereta kuda, tinju,
bergomol, berlari, membaling lembing, memanah dan mengangkat berat. Dalam
zaman ini, penduduknya sering melibatkan diri dalam sukan bagi meningkatkan
tenaga dan kekuatan.
Yunani Sparta

Seperti yang kita ketahui bahawa Yunani Sparta adalah negara tentera. Semua
penduduknya hanya memiliki satu profesion iaitu sebagai seorang tentera. Pendidikan
jasmani dan sukan serta semua aktiviti pendidikan di Sparta merupakan latihan untuk
peperangan bagi membentuk setiap rakyat sebagai petindak yang mempunyai
kekuatan yang sangat ganas dan memiliki daya tahan yang sangat tinggi, memiliki
semangat keteguhan dan kegagahan serta kemahiran tentera yang sangat diperlukan.
Segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti gimnastik, lari dan lompatan serta
permainan bola. Selain itu juga, aktiviti-aktiviti lain yang sering dilakukan dalam
masyarakat Sparta ialah aktiviti lawan pedang, acara lompat, berenag, memburu,
gusti, tinju, berjalan kaki, lempar cakera dan merejam lembing.
Yunani Athens Awal
Pendidikan jasmani dan sukan di Athens mempunyai fungsi lain. Selain daripada
untuk menyediakan warganegara di medan perang, tubuh badan juga memainkan
peranan yang sama penting dengan otak. Disebabkan sukan sering dihubung kaitkan
dengan falsafah, muzik, sastera, lukisan dan ukiran maka orang Greek menghargai
kecantikan fizikal dan mengatakan seseorang yang gemuk, kurang sihat dan
pertumbuhan badan yang tidak menarik sebagai seorang yang kurang pendidikan.
Di antara program pendidikan jasmani dan sukan dalam masyarakat Greek, kanakkanak yang berumur dalam lingkungan 7-12 tahun, dilatih untuk berlari, melompat,
memanjat tali, permainan bola, baling lembing dan lempar cakera bersaiz kecil. Bagi
pelajar yang lebih tua, aktiviti-aktiviti yang lebih sukar diberikan penekanan seperti
mengadakan perlumbaan, baling lembing serta lempar cakera bersaiz besar, lompatan,
bertinju, bergomol dan perlumbaan kereta kuda disediakan.
Yunani Athens Lewat
Selepas perang Parsi, Athens yang merupakan sebuah masyarakat pertanian,
telah berubah menjadi pusat perdagangan serta pusat kosmopolitan. Penduduknya
mempunyai lebih banyak masa lapang untuk perkembangan intelektual. Masyarakat
lebih kepada membentuk manusia bijak dan bukan manusia petindak. Antara aktiviti5

aktiviti fizikal yang dilakukan termasuklah gimnastik, olahraga, lumba berperisai, baling
lembing, memanah, equestrian dan tinju.
SUKAN OLIMPIK
Seperti yang kita tahu bahawa sukan Olimpik adalah satu acara sukan yang
bertaraf Dunia. Sukan Olimpik ini telah bermula sejak dahulu lagi. Sukan Olimpik
diadakan selama emapt tahun sekali bermula seawall tahun 776 S.M. Sukan ini
dijalankan bagi menghormati Zeus iaitu tuhan orang-orang Greek. Semua lapisan
masyarakat seperti petani, ahli polotik, bahkan golongan bangsawan akan mengambil
bahagian. Acara yang pertama dipertandingkan adalah acara lumba lari iaitu pada
tahun 776 S.M iaitu pada tahun sukan Olimpik bermula. Dalam acara lumba lari ini
hanya ada satu sahaja pemenang dan peserta tempat kedua dan ketiga tidak diambil
kira. Johan bagi acara ini ialah Coroibos dari Olis yang memenangi perlumbaan sejauh
170 meter. Pemenang dalam acara ini akan menerima mahkota daripada daun zaitun.
Seterusnya acara-acara sukan lain ditambah seperti perlumbaan jarak jauh, lempar
cakera, lompat jauh, baling lembing, tinju dan sebagainya. Dalam tahun 393 Masihi,
Maharaja Theodosius telah menamatkan Sukan Olimpik yang telah diadakan selama
1503 tahun sukan itu diadakan.Banyak usaha telah dibuat untuk menghidupkan semula
sukan Olimpik. Pengasas Sukan Olimpik moden adalah Baron Pierre de Coubertin
(1863-1937). Beliau merupakan seorang yang berbangsa Perancis. Berdasarkan
pengaruh beliau, satu persetujuan telah dibuat untuk mengadakan Sukan Olimpik sekali
setiap empat tahun, di mana semua bangsa dijemput mengambil bahagian. Acara
Sukan Olimpik yang pertama diadakan di Athens dalam tahun 1896. Sejak itu, setiap
empat tahun sukan ini diadakan sehinggalah sekarang.
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA
Di negara kita, perkembangan pendidikan jasmani boleh dibahagikan kepada tiga
peringkat yang besar seperti :

Semasa sistem awal yang telah ada sebelum kedatangan pengaruh barat,

Semasa zaman penjajahan dimana pendidikan yang formal telah dihasilkan


dalam pertumbuhan sekolah-sekolah Inggeris, Melayu, Cina dan India. Zaman ini

berlanjutan sehinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.


Zaman pendidikan moden selepas kemerdekaan.
Sistem pendidikan yang dijalankan sebelum kedatangan barat adalah seperti

kelas-kelas agama, al-Quran, kesenian dan pertukangan. Sistem pendidikan ini


merupakan satu sistem yang tidak formal. Dalam sistem pendidikan ini, pendidikan
jasmani tidak dititik beratkan. Oleh itu tidak ada langsung pendidikan jasmani. Selepas
kedatangan barat ditanah Melayu iaitu kedatangan Inggeris di negeri-negeri selat,
sistem pendidikan formal diperkenalkan. Sekolah yang pertama didirikan di Tanah
Melayu ialah Penang Free School yang telah ditubuhkan sekitar tahun 1816. Usaha
mendirikan sekolah ini dibuat oleh Rev. R.S Hutching. Walaupun sistem pendidikannya
adalah formal namun pendidikan jasmani masih belum dijalankan lagi sebagai suatu
yang dianggap penting. Keadaan ini berlangsung sehingga tahun 1920-an dimana
sistem dan sukatan pelajaran masih belum diperkenalkan. Walaubagaimanapun,
pelajaran pendidikan jasmani telah diajar secara tidak formal seperti aktiviti senaman,
latihan kawat serta permainan yang membawa pengaruh Inggeris. Seorang pengusaha
pendidikan jasmani telah dilantik pada tahun 1924 bagi negeri-negeri selat.
Walaubagaimanapun, sukatan pelajaran pendidikan jasmani masih belum
tersusun dan guru-guru yang tidak pernah menerima latihan pendidikan jasmani telah
ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran pendidikan jasmani ini. Sekitar tahun 1930an barulah usaha rancangan pendidikan jasmani bagi sekolah-sekolah diperkenalkan.
Sukatan pelajaran itu merupakan asas bagi pelajaran pendidikan jasmani ini di Tanah
Melayu. Sukatan pelajaran ini berdasarkan kepada sukatan pelajaran Latihan Fizikal
untuk sekolah-sekolah Inggeris di England, yang mana telah diperkenalkan dalam
tahun 1933. Siri buku-buku Jefferson, How To Teach Physical Training dijadikan sebagai
asas sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani. J.W Jefferson yang dilantik sebagai
penguasa pendidikan jasmani di Tanah Melayu dalam tahun 1932, telah melancarkan
rancangan latihan guru pendidikan jasmani ke seluruh negara. Kursus-kursus dalam
perkhidmatan diadakan di seluruh negara. Pada Tahun 1946-1948, suatu sukatan yang
7

formal bagi sekolah-sekolah rendah serta menengah diperkenalkan. Sukatan pelajaran


ini telah diterbitkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim yang kini dikenali
sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sistem latihan guru pendidikan jasmani
dilancarkan secara berperingkat-peringkat, iaitu bermula dari peringkat 1 hingga
peringkat 4.
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu menunjukkan pengaruh penjajahan
Inggeris dalam perkembangan pendidikan jasmani di negara kita. Sebagai contoh
Gimnastik, sukan dan rentakrama merupakan bahagian program-program yang
terdapat di sekolah-sekolah rendah, sementara di sekolah-sekolah menengah, Inggeris
memajukan satu program yang serupa dengan program yang terdapat di negaranegara Asia. Acara-acara seperti bola sepak, bola keranjang, renang dan tenis adalah
permainan yang popular di negara ini. Namun acara badminton menjadi satu acara
yang sangat popular di negara ini. Pada tahun 1952 guru-guru tempatan mula dihantar
ke luar negara bagi meluaskan pengetahuan dalam bidang pendidikan jasmani.
Setahun kemudian, Pendidikan Jasmani telah dimasukkan sebagai salah satu mata
pelajaran bagi kursus asas dan pilihan utama di Kirby dan seterusnya diadakan pula
kursus pendidikan serta kesihatan di Kirby dan Brinsford, England. Pada Tahun 1955,
Jawatan Penguasa Pendidikan Jasmani telah diambil alih oleh anak tempatan iaitu, En.
Teoh Teik Lee. Pada tahun 1958, bahagian Penguasa Pendidikan Jasmani telah
dipindahkan ke bahagian nazir sekolah-sekolah serta disatukan dengan Bahagian
Latihan Guru. Sukatan Pelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani IPSI terus
dikekalkan dalam tahun 1950-an namun beberapa penyesuaian dan pindaan telah
dibuat.
Pada tahun 1960, B.E Chamber telah diganti oleh E.D Clay sebagai Nazir
Sekolah-sekolah Persekutuan, Bahagian Pendidikan Jasmani. Sukatan pelajaran
Pendidikan Jasmani telah dikaji semula. Pada tahun 1966, wujudlah sukatan pelajaran
pendidikan jasmani bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan. Kursus tambahan selama
setahun dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani diadakan di Maktab Perguruan Ilmu
Khas pada tahun 1960 serta diikuti pula dengan kursus tambahan bagi guru-guru
perempuan sekitar tahun 1961. Pada tahun 1971, sukatan pelajaran pendidikan
jasmani telah disemak semula. Sukatan itu telah dikeluarkan dalam dua bahasa iaitu
8

dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Sukatan ini dikatakan lebih dinamik dan berkesan
kerana dalam sukatan ini, ia lebih menitik beratkan kepada kesan, pergerakan serta
kemahiran. Dalam mata pelajaran pendidikan jasmani ini juga telah dimasukkan aspekaspek moden seperti tarian moden serta tarian pendidikan bagi golongan perempuan.
Pada hari ini, mata pelajaran pendidikan jasmani wajib diambil oleh semua pelajar di
peringkat sekolah rendah dan menengah. Walaupun sejarah pendidikan jasmani di
negara kita tidak sama dengan masyarakat Yunani pada zaman dahulu, dimana
pendidikan jasmani sangat diperlukan namun kita bersyukur kerana mata pelajaran ini
bukan sahaja menjadi satu mata pelajaran yang wajib diambil oleh murid sekolah
namun ianya juga menjadi satu keperluan yang harus kita lakukan dalam kehidupan
kita seharian.
ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN JASMANI
Pendidikan Jasmani memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita seharian.
Seperti yang kita ketahui juga, pendidikan jasmani memiliki isu-isu yang tersendiri.
Antara isi-isu semasa yang boleh dilihat dalam pendidikan jasmani dan sukan ialah :

Penyalahgunaan Dadah
Penyalagunaan dadah selalu berlaku dalam bidang kesukanan. Kita boleh

katakana dadah sebagai sesuatu bahan yang dapat diambil dan mampu memberi
perubahan pada badan. Perubahan ini boleh dikelaskan kepada dua bahagian iaitu
memberi manfaat kepada badan dan dadah ini disebut sebagai ubat. Sekiranya
perubahan daripada pengambilan dadah itu membawa kepada keburukan maka
ianya disebut sebagai racun. Di Malaysia penyalagunaan dadah sangat
membimbangkan semua pihak. Setiap hari ada sahaja kes yang mengatakan para
remaja meninggal akibat daripada kesan pengambilan dadah ini. Dalam bidang
kesukanan pula, penggunaan dadah tetap mendapat temapt kerana ianya mampu
untuk meningkatkan tahap keupayaan badan. Seseorang ahli sukan memerlukan
tenaga yang banyak dan mengurangkan keletihan dalam badan. Mereka mengambil
dadah bagi meningkatkan prestasi dan persembahan mereka dalam sukan. Isu ini
9

sangat membimbangkan sehingga pada tahun 1967, jawatankuasa Olimpik


Antarabangsa telah bersetuju untuk mengharamkan penggunaan sesetengah bahan
yang dikatakan boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit. Seseorang atlit yang
berisiko akan disingkirkan dari menyertai sesuatu pertandingan sekiranya didapati
positif mengambil dadah terlarang iaitu melalui ujian secara rambang. Manakala
kesan kepada individu itu pula, mereka akan merana akibat kesan pengambilan
dadah samada secara jangka pendek mahupun jangka panjang.
Penggunaan dadah diharamkan dalam sukan kerana beberapa isu yang
dikatakan penting seperti :

Kesihatan
Ini dapat dikatakan bahawa bahan yang digunakan boleh memberi kesan yang
tidak baik terhadap kesihatan jika penggunaan dadah ini tidak digunakan dengan

betul
Etika

Ini boleh dikatan penggunaan dadah ini boleh menyebabkan peningkatan atlit yang
mendadak dan luar biasa. Ini menyebabkan berlaku persaingan yang tidak sihat.

Undang-undang

Sesuatu dadah yang digunakan itu adalah haram dan penggunaanya dalam sukan
adalah dilarang sama sekali.
Penggunaan dadah dalam sukan adalah tidak dibenarkan dan mampu untuk
melahirkan seorang atlit yang tidak beretika. Secara tidak langsung atlit itu
mengamalkan permainan yang tidak sihat. Selain itu juga kesan sampingan
daripada penggunaan dadah ini sangat banyak bahkan yang paling teruk lagi,
seorang atlit itu boleh meninggal atas kesan pengambilan dadah yang berbahaya.
Pendopan Bahan
Pendopan merujuk kepada penggunaan bahan serta teknik yang digunakan oleh
atlet yang mampu meningkatkan prestasi mereka. Antara bahan-bahan yang
diharamkan seperti :
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Perangsang ( Stimulants )
Analgesik nakotik ( Narcotic analgesic )
Steroid anaboli ( anabolic steroids )
Beta Penghalang ( beta blockers )
Diuretik ( Diuretics )
10

vi.

Hormon pertumbuhan manusia ( Human Growth Hormone)

Minuman Alkohol

Kita mengetahui bahawa alkohol boleh menyebabkan kemabukan. Bahkan apabila


kita melihat di dada-dada akhbar dan di kaca televisyen, kita melihat banyak
kemalangan jalan raya berlaku akibat daripada pemandu yang mabuk. Seseorang
itu dikatakan mengambil alkohol akibat daripada beberapa sebab, seperti :
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Merupakan Tabiat tersendiri,


Warisan ataupun tradisi daripada kelauarga sacara turun temurun,
Semasa mengadakan perayaan kebudayaan, keagamaan serta sosial,
Menunjuk-nunjukkan diri supaya dilihat tampan dan menarik,
Stress,
Terpengaruh daripada iklan dan rakan-rakan,
Perasaan ingin mencuba yang tinggi menyebabkan seseorang itu mengambil
alkohol.

Dalam bidang pendidikan jasmani dan juga bidang kesukanan alkohol tidak
digalakkan diambil kerana alkohol juga boleh memberi kesan sampingan kepada atlet
dan juga seseorang yang menceburi bidang sukan. Pengambilan alkohol yang banyak
boleh menyebabkan lemahnya daya tahan dalam badan, menyebabkan kerosakan
ataupun ganguan pada otak yang boleh melemahkan fikiran dan sebagainya. Sebagai
seorang yang menceburi bidang sukan, kita tidak seharusnya mengambil alkohol
kerana bidang sukan adalah untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan memiliki
kesihatan yang tinggi.

Rasuah
Masalah seterusnya yang sering bahkan yang selalu menjadi isu hangat

bukan sahaja dalam bidang sukan malah dalam bidang pentadbiran negara juga
berlaku tabiat ini. Rasuah adalah satu bentuk jenayah yang tidak asing lagi dalam
bidang kesukanan. Rasuah sering berlaku apabila berlangsungnya sukan-sukan
yang bertaraf dunia. Rasuah yang sering berlaku ialah rasuah kepada atlet. Rasuah
jenis ini sering terjadi apabila atlet yang menjadi harapan tiba-tiba mengalami

11

kekalahan. Ini menunjukkan satu kesalahan jenayah yang sangat besar. Dalam
bidang sukan seharusnya seorang atlet itu bersaing secara sihat namun apabila
rasuah diamalkan, maka perlakunya kekalahan yang disengajakan. Dalam konteks
yang lebih besar lagi ialah rasuah dikalangan jurulatih. Ini dapat dilihat dalam acaraacara sukan seperti permainan bola sepak, hoki, bola tampar dan sebagainya.
Seseorang jurulatih sengaja untuk menurunkan pemain-pemain yang mudah
sehinggakan pasukannya mengalami kekalahan. Selain itu juga, strategi yang
digunakan telah diketahui oleh musuh menyebabkan sesuatu pasukan itu mengalami
kekalahan. Oleh yang demikian, rasuah harus diharamkan dalam sukan bagi
menjadikan sukan sebagai satu medan pertarungan yang sihat tanpa pengaruhpengaruh daripada luar.
ETIKA DALAM SUKAN
Etika dalam sukan banyak membawa kepada personality seseorang itu. Etika
dalam sukan bermaksud panduan tentang tingkah laku serta nilai-nilai positif yang
harus ada dalam setiap individu yang terlibat dalam sukan. Dalam sesuatu bidang ada
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan harus dipatuhi. Dalam bidang
kesukanan juga terdapat peraturan yang harus dipatuhi bahkan diamalkan dalam diri
mereka. Jika peraturan ini dilanggar ataupun tidak diendahkan, kita boleh mengatakan
bahawa individu ini tidak memiliki tanggungjawab ataupun disiplin diri serta semangat
kesukanan. Disiplin, nilai-nilai murni, keadilan, permainan yang bersih, sukan yang
bebas daripada dadah, keselamatan semasa bermain dan permainan yang bebas
daripada keganasan adalah unsur-unsur yang harus ada dalam bidang kesukanan.
Unsur-unsur ini haruslah menjadi amalan setiap orang yang melibatkan diri dalam
sukan sekaligus akan mewujudkan perpaduan dalam diri seseorang itu jika etika
kesukanan ini terus diamalkan. Sebagai seseorang yang menceburi bidang sukan, etika
yang perlu ada dalam diri seorang atlet itu adalah memiliki personality yang baik.
Personaliti boleh dikatakan sebagai satu corak perlakuan ataupun sikap yang
ditunjukkan oleh individu itu. Personaliti boleh merangkumi sikap, cara pemikiran
seseorang, perasaan, cara bertindak serta berinteraksi dan sebagainya. Sebagai
seorang yang menceburi bidang kesukanan, sifat ataupun personaliti yang baik harus
ada kerana seorang atlet sering menjadi perhatian masyarakat. Seorang atlet itu
12

haruslah memiliki cirri-ciri yang baik seperti mempunyai disiplin diri yang tinggi,
mengamalkan permainan yang bersih, tidak pernah terlibat dalam jenayah iaitu
mempunyai rekod yang bersih sepanjang penglibatan dalam sukan, memiliki semangat
kesukanan yang sangat tinggi bahkan mampu mengawal emosi dan menunjukkan
komitmen yang baik dalam pertandingan. Sebagai seorang atlet juga disiplin diri harus
dititik-beratkan. Disiplin diri ini haruslah ditunjukkan bukan sahaja semasa berada
dalam gelanggang mahupun diluar gelanggang. Disiplin diri yang tinggi didalam diri
seorang atlet mampu menjadikan atlet itu mencapai kejayaan dalam sukan. Seorang
atlet yang berdisiplin haruslah memiliki tanggungjawab dan juga peranan , sentiasa
menghormati arahan ketua pasukan bahkan jurulatih pasukan, sentiasa mengikuti
jadual latihan yang telah ditetapkan . Pengawalan emosi sangat penting dalam
permainan kerana kegagalan mengawal emosi menyebabkan seseorang itu boleh
mengalami kekalahan, bahkan akan membawa padah kepada pemain itu sendiri dan
mungkin juga seluruh ahli pasukannya. Seorang atlet juga seharusnya sentiasa
menjaga nama baiknya seperti tidak terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral
yang mampu memusnahkan kerjayanya sebagai seorang ahli sukan.

BIOLOGI DALAM PENDIDIKAN JASMANI


Anatomi dan Fisiologi dalam Pendidikan Jasmani

13

Anatomi dan fisiologi bermaksud struktur serta kedudukan sesuatu organ berkaitan
dengan badan manusia serta fungsinya dalam aktiviti dalam kehidupan manusia.
Anatomi dan juga fisiologi memainkan peranan yang penting sebagai pengetahuan
asas bagi pakar-pakar dalam bidang perubatan seperti doktor perubatan dan juga
pakar bioperubatan.
Anatomi
Anatomi boleh dikatakan sebagai satu kajian tentang struktur sesuatu badan manusia
dan perkaitan antara struktur itu satu dengan yang lain. Perkataan anatomi berasal
dari perkataan Yunani ana yang bermaksud asingkan manakala tome yang
membawa maksud memotong. Anatomi badan manusia tergolong dalam kumpulankumpulan berikut:

Sel dan histologi,


Sistem pernafasan,
Sistem kardiovaskular,
Sistem pencernaan,
Sistem lokomotif,
Sistem saraf.

Badan manusia terdiri daripada struktur asas tubuh iaitu yang terdiri daripada Sistem
Rangka dan juga Sistem Otot. Sistem Rangka merupakan gabungan daripada
tulang-tulang yang terdapat dalam badan. Sebanyak 206 tulang yang ada dalam
sistem rangka. Sokongan adalah satu fungsi dalam tubuh badan manusia. Tulangtulang yang ada dalam badan akan menjadi penyokong untuk bergerak, berlari,
berjalan, melakukan aktiviti-aktiviti fizikal dan sebagainya. Selain itu juga sistem
rangka juga memainkan peranan yang penting sebagai pelindung. Kita boleh
katakana sisitem rangka sebagai pelindung kerana tulang-tulang ini akan melindungi
organ dalamaan badan daripada tercedera. Sebagai contoh seorang pemain bola
tidak akan mengalami kecederaan organ dalaman yang teruk apabila terkena
tendangan yang kuat kerana sistem rangka ini memberi perlindungan kepada organ
dalaman badan. Pergerakan juga merupakan fungsi sistem rangka. Tulang-tulang
dalam badan akan membantu pergerakan badan kita. Jika badan kita tidak
14

mempunyai tulang, ini akan menyebabkan badan kita akan menjadi satu jasad yang
tidak akan dapat bergerak. Penghasilan darah merah berlaku didalam tulang
manusia. Selain daripada memberi perlindungan, sokongan bahkan membantu
dalam pergerakan sistem rangka juga penting sebagai satu tempat penghasilan
darah merah dalam sum-sum tulang. Oleh yang demikian badan memerlukan tulang
bukan sebagai penyokong dan sebagainya tetapi juga sebagai tempat penghasilan
sel darah merah.
Jenis-jenis tulang yang terdapat pada badan manusia

Gambar 1 Tulang panjang dan pendek dalam badan manusia


Tulang dalam badan manusia boleh dikelaskan dalam empat kumpulan iaitu tulang
panjang, tulang pendek, tulang pipih dan juga tulang yang tidak sama bentuk.

Radius
15

Femur

Tarsal

Karpal

Humerus
Tulang Panjang
Tulang Pendek

Ulna

4 Kelas Tulang dalam


badan manusia

Tulang Pipih

Tulang tak sama

bentuk

Rusuk

Sternum

Tulang Vertebra

Rajah 1 Kelas tulang dalam badan Manusia


Sistem otot juga memainkan peranan yang sangat penting dalam badan
manusia. Tiga jenis otot utama yang ada dalam badan manusia ialah otot rangka
yang terdiri daripada delton, bisep, trisep dan sebagainya. Otot yang terpenting dan
hanya terdapat pada jantung manusia ialah otot kardiak. Selain itu, otot licin adalah
satu jenis otot yang paling penting dalam badan manusia. Otot ini lebih kepada otot
dalaman seperti otot hati, usus dan sebagainya. Sistem hati memainkan peranan
yang sangat penting dalam tubuh badan manusia. Otot-otot ini digunakan untuk
menghasilkan pergerakan. Selain itu juga otot otot ini dapat mengekalkan postur
badan manusia daripada berubah bentuk. Otot badan juga sangat penting untuik
penghasilan haba dalam badan disamping menstabilkan sendi-sendi.
16

PSIKOLOGI DALAM PENDIDIKAN JASMANI


. Psikologi sukan merupakan satu pokok perbincangan serta persoalan yang
berlaku didalam sukan. Cox (1998) merumuskan bahawa psikilogi sukan merupakan
satu bidang yang luas serta terbuka sehingga ia memudahkan orang awam dan
peminat sukan memberi komen berkaitan psikologi sukan. Psikologi sukan juga
merupakan proses memilih dan memotivasikan atlet supaya atlet tersebut boleh
bersaing atas usaha dan keupayaannya sendiri. Selain itu psikologi sukan juga
seharusnya dapat mengurangkan atau menangani tekanan yang dihadapi oleh atlet.
Psikologi sukan juga harus dapat mencegah penggunaan dadah dikalangan atlet
bahkan membina strategi berpasukan dan menerapkan pembelajaran kemahiran
kepada atlet.
Psikologi sukan boleh ditakrifkan sebagai satu bidang kajian saintifik yang
melihat kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, efektif serta
kognitif mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan
aktiviti tersebut. Menurut pakar psikologi sukan, (Wann, 1997), bidang ini
membabitkan bidang sukan dan pergerakan. Antaranya Cox (1998) menjelaskan
bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang sains atau prinsip-prinsip psikologi
diaplikasi dalam bidang sukan. Bagi Weinberg dan Gould (1999) pula meruskan
bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang kajian saintifik tentang manusia dan
perlakuan mereka dalam konteks sukan dan pergerakan. Takrifan ini membuka skop
yang lebih luas dalam bidang psikologi sukan dengan mengambil kira segala bentuk
perubahan yang berlaku kepada atlet, pegawai serta penonton digelanggang atau
padang permainan serta melibatkan mereka yang menyaksikan atau mengikuti
perkembangan aktiviti tersebut dari jauh.
TUGAS DAN PERANAN AHLI PSIKOLOGI SUKAN
Majlis Olimpik Amerika Syarikat (USOC) telah menerbitkan satu artikel pada tahun
1983 yang mengandungi satu artikel yang menggariskan peranan serta klasifikasi
ahli psikologi sukan. Menurut USOC ahli psikologi sukan boleh dibahagi kepada dua
iaitu ahli psikologi sukan gunaan dan penyelidik psikologi sukan. Terdapat dua
17

kategori ahli psikologi sukan yang ditentukan oleh USOC iaitu ahli psikologi sukan
klinikal dan pendidik psikologi sukan.
1. Ahli Psikologi Sukan Gunaan
(a) Ahli psikologi sukan klinikal
Ahli psikologi sukan klinikal ini ialah golongan yang terlatih dalam bidang psikologi
klinikal yang mana berkelayakan menjadi seorang pakar psikologi. Secara amnya,
tugas ahli psikologi sukan klinikal ini adalah untuk membantu atlet yang menghadapi
masalah personaliti serta mental yang serius seperti atlet yang mengalami masalah
gangguan emosi yang teruk seperti kemurungan, panik, yang memerlukan rawatan
dalam sesuatu jangka masa yang tertentu. Ahli psikologi sukan klinikal yang
berkelayakan perlulah mendaftar sebagai ahli dalam persatuan psikologi yang diiktiraf
dan mempunyai lesen untuk menjalankan perkhidmatan bagi membantu atlet dalam
menangani masalah mereka.
(b) Pendidikan psikologi sukan
Kebanyakan ahli psikologi sukan yang tergolong dalam kumpulan ini lazimnya
mendapat latihan dalam bidang pendidikan jasmani dan sains sukan. Mereka
berkemahiran serta mempunyai pengetahuan asas psikologi sukan. Kebanyakannya
bertugas sebagai tenaga pengajar di pusat pengajian tinggi atau kolej yang terlibat
dalam pengajaran kursus psikologi sukan, memberikan ceramah, memberikan
khidmat rundingcara terhadap atlet, membantu atlet membina kemahiran psikologi,
menyedari potensi diri serta kursus kepada jurulatih yang bertindak sebagai konsultan
kepada pasukan dan atlet tertentu. Tugas mereka lebih kepada jurulatih mental iaitu
membantu individu yang terbabit dengan sukan tentang cara untuk mengenali serta
memaksimumkan potensi diri masing-masing
2. Penyelidik Psikologi Sukan
Mereka yang terlibat dalam sesuatu bidang akan mempengaruhi perkembangan serta
kemerosotan sesuatu cabang ilmu yang mana ianya bergantung kepada hasil kajian
yang mereka jalankan. Oleh itu, tugas seorang penyelidik psikologi sukan amatlah
18

penting bagi memastikan bidang ini mampu berdiri dengan sendirinya serta mendapat
perhatian yang wajar di kalangan ahli akademik serta mampu memberikan
sumbangan kepada mereka yang terlibat (Anshel, 1997; Wann, 1997). Sumbangan
ahli psikologi sukan gunaan banyak bergantung kepada hasil kajian penyelidikan
psikologi sukan. Kedua-duanya saling bantu-membantu dalam menegakkan bidang
ini. Penyelidikan ini juga mestilah menunjukkan bukti kesarjanaan bidang penyelidikan
tentang aktiviti yang dikaitkan dengan sukan serta latihan. Selain itu juga, mereka
perlu menjalankan kajian seperti menerbitkan hasil kajian serta mempersembahkan
hasil kajian mereka dalam konferens profesional.
ETIKA DALAM PSIKOLOGI SUKAN
Sejak akhir-akhir ini, kerjaya sebagai ahli psikologi sukan mahupun jurulatih mental
ini semakin popular kerana ramai orang telah melibatkan diri secara langsung dalam
bidang ini untuk melatih atlet ataupun pasukan tertentu di negara kita. Bagi
memastikan khidmat yang diberikan mendatangkan kebaikan kepada mereka yang
memerlukan khidmat tersebut maka etika psikologi perlu diwujudkan serta dipraktikkan
oleh mereka yang terlibat. Seterusnya topik perbincangan ini akan membantu kita
mengenali kemampuan, kemahiran serta bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada
atlet serta jurulatih yang memerlukan khidmat ahli psikologi sukan. Kebelakangan ini,
ramai orang telah memperkatakan bahawa teori-teori serta teknik-teknik psikologi
sukan telah menunjukkan keberkesanannya kerana ramai diantara mereka yang
bergiat dalam sukan mengakuinya kerana ia mampu membantu mereka meningkatkan
prestasi serta mencapai kejayaan dalam sesuatu pertandingan sukan.
Pendedahan kepada beberapa konsep, teori serta teknik psikologi sukan yang dapat
membantu anda meningkatkan mutu persembahan dan pencapaian yang
membanggakan.
(Anshel, 1997; Cox, 1998; Wann, 1997)
Walaupun di Malaysia masih belum wujud satu badan khusus untuk ahli psikologi
sukan seperti mana bidang profesional yang lain seperti kaunseling dan doktor
perubatan. Pakar psikologi sukan bimbang tentang risiko yang mungkin akan timbul
19

dari kesilapan penggunaan teori serta teknik psikologi sukan sekiranya ia dipraktikkan
oleh mereka yang kurang mahir dalam bidang ini (Silva, 1989). Kesannya mungkin
akan menyebabkan ramai orang meragui peranan serta kepentingan dalam bidang ini
dan proses penyediaan atlet atau pasukan sukan.
Tugas seorang ahli psikologi sukan boleh diklasifikasikan kepada dua tugas utama.
Pertamanya tugas yang bersifat memberikan tunjuk ajar ataupun lebih dikenali
sebagai memberi pendidikan kepada atlet serta jurulatih tentang cara melakukan
teknik latihan mental dengan cara lebih berkesan (Cox, 1998). Dalam konteks ini, guru
atau jurulatih yang betul betul terlatih dalam bidang ini sahaja yang boleh
melaksanakan tugas ini (Smith, 1992). Keduanya, tugas bersifat klinikal dimana
seorang ahli psikologi sukan diminta untuk memberikan bantuan yang bercorak klinikal
seperti memberikan kaunseling, psikoterapi serta membuat pemeriksaan psikologi dan
mental atet terbabit. Oleh sebab itu, adalah penting bagi seseorang ahli psikologi
sukan yang mempunyai kemahiran serta pengetahuan yang berkaitan untuk
melaksanakan tugas tersebut.
Bagi memudahkan kita mendalami isu-isu yang berkaitan dengan etika, satu garis
panduan tentang kajian dan tugas klinikal dalam bidang psikologi sukan yang
digariskan oleh Persatuan Psikologi Sukan dan Aktivit Fizikal Amerika Syarikat telah
dibuat. Garis panduan ini menjelaskan tentang tatacara seorang ahli psikologi sukan
(Wann, 1977) :
1. Bertanggungjawab Ahli psikologi sukan bertanggungjawab diatas segala
perlakuan, nasihat serta saranan yang diberikan dan bertanggungjawab keatas
kesan dan akibat berkaitan dengan saranan tersebut serta memastikan tindakan
yang diambil itu bertepatan dengan keadaan.
2. Berkelayakan Ahli psikologi sukan memberikan bantuan dan latihan yang mana
ianya berkelayakan serta berpengalaman melakukannya.
3. Mematuhi moral dan etika Ahli psikologi sukan tidak membabitkan diri dengan
kegiatan yang berlawanan dengan peraturan, etika serta moral yang ditetapkan.

20

4. Kenyataan umum Ahli psikologi sukan menyatakan kelayakan ikhtisas serta


penglibatan mereka dengan persatuan profesional dengan jelas.
5. Kerahsiaan Ahli psikologi sukan menghormati serta menjaga rahsia atau
maklumat yang diberikan oleh klien atau subjek kajian mereka.
6. Kebajikan klien Ahli psikologi sukan menjaga kebajikan serta integriti klien serta
kumpulan yang mendapatkan khidmat mereka.
7. Hubungan profesional Ahli psikologi sukan mesti peka terhadap keperluan serta
pendapat rakan-rakan dalam bidang lain yang berkaitan dengan sukan.
8. Teknik penilaian Dalam usaha untuk membentuk, menerbit serta menggunakan
sesuatu alat atau teknik penilaian atau pengukuran,keselamatan klien perlu
diutamakan.
9. Kajian yang melibatkan manusia Dalam melaksanakan kajian psikologi
kebajikan mereka yang terbabit dengan kajian tersebut perlu diutamakan agar ia
selaras dengan peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak yang
berkuasa diperingkat persekutuan, negeri serta badan profesional terbabit.
SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN JASMANI
Sosiologi ialah satu kajian saintifik tentang struktur serta proses sosial dalam
masyarakat. Saintifik lebih kepada sesuatu yang teratur, emperikal, sistematik serta
mengambil kira isu yang berkaitan dengan validity dan reliability dalam sesuatu
kaedah kajian yang digunakan. Struktur pula adalah suatu organisasi yang wujud
dalam masyarakat mikro seperti individu, pelajar, altet ataupun guru. Manakala
masyarakat makro pula lebih kepada kumpulan yang ramai seperti sekumpulan
pelajar, satu pasukan dan satu unit beruniform. Proses pula adalah satu proses
interaksi yang berlaku antara individu serta kumpulan dalam masyarakat iaitu dalam
bentuk komunikasi, konflik, birokratik, sosialisasi dan proses lain yang berkaitan.
Sosiologi ialah satu hubungan ataupun boleh dikatakan sebagai interaksi yang biasa
yang mewujudkan beberapa sifat seperti :
21

Bahagian pekerja,
Peraturan,
Hierarki pangkat dalaman seperti kuasa, prestij dan juga ganjaran,
Hukuman mahupun dendaan bagi yang mengingkari peraturan,
Kriteria untuk menilai,
Ahli-ahli yang bekerja untuk mencapai matlamat dalam kumpulan.

Tujuan sosiologi sukan akan membawa peribadi kita melibihi daripada pengalaman
emosi kita, peribadi kita, data-data statistic dan juga keperibadian untuk memberi
tumpuan ke atas deeper game yang ada hubung kaitnya dengan sukan.
Konsep Asas Kesukanan
Sukan adalah amalan budaya yang berbeza pada setiap tempat dan masa. Cara
mereka membezakan atau mengenal pasti, mengorganisasi, menggabungkan dalam
kehidupan sosial juga berbeza antara satu kumpulan dengan kumpulan masyarakat
yang lain. Jenis sukan yang dimainkan oleh sesuatu masyarakat juga berbeza.

Main
Main boleh dikatakan sebagai menyatukan dugaan serta harapan seseorang
melalui tindakannya semasa sukan. Hasil daripada penglibatan dalam sukan
maka bermain boleh dikatakan sebagai keadaan dan perasaan yang lahir

dalam fikiran itu.


Permainan
Permainan lebih kepada merujuk reka bentuk struktur, serta format sesuatu
aktiviti sukan. Komponen-komponen ini meliputi peraturan, strategi, kemudahan
dan peralatan sukan dalam sukan.

Sukan
Sukan pula lebih merujuk kepada cara serta gaya tindakan dalam sukan.
Sebagai contoh koperatif iaitu saling bekerjasama dan kompetitif iaitu memiliki
sifat pertandingan. Ini merupakan tingkah laku asas manusia yang biasa timbul
semasa mereka berinteraksi. Kedua-duanya merupakan pengalaman yang
diperoleh semasa bersukan.

Sifat sukan adalah berstruktur kerana segala aktiviti fizikal yang dijalankan adalah
22

berstruktur. Kita boleh katakana berstruktur disini kerana dalam sesuatu sukan itu aka
nada peraturan bahkan undang-undang bahkan ada yang memerlukan ruang seperti
kolam renang, padang golf, gelanggang bola tampar dan sebagainya. Selain itu juga
sesuatu sukan itu juga mempunyai masa yang ditetapkan. Kita boleh mengambil
contoh disini adalah permainan bola sepak yang menggunakkan pengiraan masa.
Selain itu juga sifat sukan adalah berbentuk formal, ada hierarki, memiliki objektif dan
matlamat. Sesuatu sukan itu memiliki matlamat yang tersendiri iaitu menyediakan
pelbagai bentuk pertandingan dan juga ujian kendiri disamping merupakan sesuatu
bukti kepada atlet, jurulatih, dan penonton untuk menunjukkan persaingan, usaha,
kesukaran sesuatu sukan itu bahkan kepakaran dan pencapaian dalam sesuatu
pertandingan sukan itu. Dalam pertandingan sukan pula, kita boleh bahagikan kepada
tiga bentuk iaitu :

Pertandingan secara terus iaitu pertandingan dengan orang lain seperti ping

pong, badminton dan sebagainya.


Pertandingan selari. Pertandingan ini adalah satu pertandingan yang

kawasannya dipisahkan sebagai contoh sukan boling, renang dan juga balapan.
Pertandingan melawan standard seperti acara memanah, gimnastik bahkan
acara terjun.

Sukan adalah berasaskan pertandingan. Menurut Weiss (1969), dalam pertandingan


atlet biasanya akan bertanding dan akan cuba mempersembahkan keupayaannya
berdasarkan kepada lima perkara yang penting iaitu kelajuan, daya tahan, kekuatan,
ketepatan dan juga koordinasi. Seterusnya sukan boleh dikelaskan kepada beberapa
bentuk iaitu sukan individu, sukan berpasukan seperti bola sepak, sukan dengan
haiwan seperti acara equestrian, sukan dengan alam sekitar seperti berkayak dan
sukan dengan mesin
Sukan banyak memainkan peranan yang penting dari sudut sosial. Ciri yang pertama
yang kita dapat lihat betapa pentingnya sosiologi dalam sukan itu adalah dengan
adanya penglibatan penonton dan penyertaan sebagai contoh penonton akan
bertindak sebagai penyokong dalam satu acara sukan. Selain itu juga, kehadiran
penonton yang ramai dalam sesuatu pertandingan sukan akan memberikan sumber
23

pendapatan kepada penganjur sukan itu dan lebihnya kepada negara itu sendiri.
Kepentingan sukan dari sudut sosiologi juga dapat dilihat melalui budaya masyarakat.
Budaya sukan boleh dilatih bahkan dipupuk dalam diri seseorang terutama sekali
kanak-kanak. Budaya sukan bukan sahaja dapat dilihat dari segi pertandingan, tetapi
juga boleh dilihat dari segi ataupun konteks masyarakat itu sendiri sebagai contoh
melakukan senaman untuk kesihatan tubuh badan, menyertai senamrobik bahkan
mengikuti aktiviti rekreasi yang mampu meningkatkan tahap kekuatan fizikal
seseorang itu. Sosiologi dalam sukan juga mampu memberi impak yang besar kepada
integrasi kaum. Kita sering melihat iklan yang mengatakan sukan untuk semua. Aktiviti
sukan adalah untuk semua. Ini bermaksud bahawa sesiapa sahaja boleh terlibat
dalam sukan tidak kira golongan muda, dewasa ataupun warga tua. Bahkan sukan
juga tidak mengira kaum seperti sukan golf hanya untuk orang-orang cina ataupun
orang berada sahaja, tetapi semua sukan yang dianjurkan boleh disertai oleh semua
orang tidak kira kaum ataupun golongan masyarakat. Nilai sukan dalam sesuatu kaum
dapat dilihat melalui penyatupaduan kaum bahkan bangsa, bahkan dalam konteks
yang lebih besar lagi ialah dari segi negara. Sukan mampu menaikkan nama sesuatu
negara itu sebagai contoh, negara kita sangat berbangga kepada pencapaian Dato
Nikol Ann David yang mampu mengharumkan nama negara sebagai pemain squash
nombor satu dunia.
Dalam sesuatu sukan juga terdapat nilai yang penting. Menurut Harry Edward ada
tujuh nilai yang penting didalam sukan seperti :
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Pembinaan karekter dan watak,


Disiplin,
Pertandingan,
Kecergasan Fizikal,
Kecergasan Mental,
Keagamaan,
Nasionalisme,

Sosialisasi Sukan

Proses sosialisasi adalah sebagai proses belajar seseorang anggota masyarakat


untuk mengenal dan menghayati nilai-nilai dalam masyarakat. Sosialisasi
24

bermula dari keluarga kemudian ke masyarakat setempat, teman sebaya,


sekolah, komuniti kerja dan dalam konteks yang lebih besar lagi dalam
masyarakat.
Sosialisasi boleh didefinisikan sebagai :
a) Sosialiasi adalah proses membimbing individu ke dalam dunia sosial
Prof Dr. Nasution, SH
b) Sosialisasi adalah proses seorang anak belajar menjadi anggota masyarakat
yang aktif
Peter I Beger
Sosialisasi bertujuan untuk adalah mengembangkan kemampuan seorang anak dalam
kehidupan untuk berkomunikasi secara efektif selain memberikan keterampilan
seseorang yang mempunyai tugas penting dalam masyarakat bahkan menanamkan
nilai-nilai kepercayaan kepada seseorang yang mempunyai tugas penting dalam
masyarakat.
Proses sosialisasi dan keperibadian individu terbahagi kepada empat tahap iaitu :
Tahap Persiapan
- Pada tahap ini anak mula belajar mengambil peranan orang-orang disekeliling
terutama dengan orang yang paling dekat dengannya iaitu keluarga
Tahap Meniru
-Pada tahap ini anak tidak hanya mengetahui peranan yang harus dijalankan, tetapi
harus mengetahui peranan yang dijalankan orang lain.
Bertindak
- Pada tahap ini anak dianggap mampu mengambil peranan yang dijalankan orang lain
dalam masyarakat
Menerima Norma
-Pada tahap ini anak telah siap menjalankan peranan orang lain, ia mulai memiliki
kesedaran dan tanggungjawab.
25

Fungsi utama proses sosialisasi ialah untuk menghasilkan seorang yang menyeluruh,
iaitu dari segi kebolehan berinteraksi dengan cekap dalam persekitarannya secara
sosial mahupun secara fizikal. Untuk berkesan di dalam mana-mana masyarakat,
seseorang itu haruslah mempunyai pengetahuan yang cukup luas tentang kemahiran,
pengetahuan dan kecenderungan kepada sesuatu pencapaian kemahiran.
Pengetahuan dan kecenderungan ini adalah salah satu pembelajaran sosial di mana ia
merupakan proses yang bertentangan dengan proses kematangan. Proses
kematangan adalah satu proses yang berlaku secara automatik, manakala
pembelajaran sosial melibatkan pembelajaran ke atas sesuatu budaya masyarakat
melalui proses pengulangan dan peneguhan terutamanya peneguhan sosial,
pemerhatian atau melalui model, proses perbandingan sosial termasuk dalam
pertandingan. Keberkesanan proses sosialisasi ini boleh dinilai melalui kebolehan
seseorang memainkan peranan sosial dalam masyarakatnya. Kecenderungan itu
didefinasikan secara berlainan oleh sesuatu masyarakat yang lain. Sebagai contoh,
merejam lembing di kalangan masyarakat Afrika sangat tinggi nilainya, tetapi bagi
masyarakat Amerika, ianya tidak bermakna. Sebaliknya, di Amerika memandu adalah
satu keperluan tetapi bagi masyarakat Afrika, ianya tidak menjadi satu
keperluan. Proses sosialisasi tidak sahaja membangunkan nilai kemahiran individu
malahan ianya turut memperkembangkan kemahiran, pengetahuan dan kecenderungan
seseorang untuk menjadi seorang yang menyeluruh dalam masyarakatnya. Kecekapan
Individu dirujuk kepada kemahiran sikap serta personaliti tertentu yang diperlukan
untuk perhubungan individu. Kecekapan Sosial melibatkan kemahiran motor dan
kemahiran bahasa untuk membolehkannya seseorang itu dapat berinteraksi dengan
masyarakatnya dengan cekap. Proses pembelajaran sosial ini tidak tertakluk di alam
kanak-kanak dan keremajaan saja, malahan ianya adalah satu proses yang berlanjutan
kerana perubahan yang berlaku dalam masyarakat adalah tidak tetap. Seseorang itu
perlu berubah setiap masa sesuai dengan perubahan masyarakatnya. Perubahan
fizikal dalam seseorang dewasa membolehkan proses sosialisasi yang baru berlaku.
APLIKASI SAINS DALAM SUKAN
26

Setiap hari kita melakukan aktiviti seperti berlari, berjalan, melompat dan sebagainya.
Tetapi kita tidak menyedari bahawa dalam aktiviti kita itu ada aplikasi-aplikasi sains
yang terlibat. Aplikasi sains dalam sukan boleh dikatakan sebagai biomekanik.
Mekanik Sukan:
Mekanik ialah satu cabang sains yang mengkaji daya pergerakan manusia serta kesan
yang akan terhasil daripada daya tersebut bagi membantu manusia meningkatkan
kecekapan, kemahiran dan prestasi. Mekanik sukan lebih kepada mengkaji daya-daya
luaran dan dalaman yang bertindak ke atas badan manusia serta kesan yang dihasilkan
daripada daya-daya tersebut. Prinsip mekanikal dalam sukan pula adalah lebih
berkaitan dengan pergerakan tubuh badan manusia, sebagai contoh sistem tuas
manusia yang dapat berfungsi bagi meningkatkan daya serta kelajuan dalam sistem
mekanikal jasad.
Antara aplikasi sains yang terdapat dalam sukan ialah :
i.
ii.
iii.
iv.

Hukum Newton ( Newton Law ),


Sistem Tuas,
Daya,
Momentum

HUKUM NEWTON:
Hukum newton boleh dikelaskan kepada tiga cirri yang utama iaitu hukum newton yang
pertama ( Inertia ), hukum newton yang kedua, dan hukum newton yang ketiga.
Newton first Law ( Hukum Newton pertama )
- Hukum newton ini boleh dikatakan sebagai inertia. Inertia bermaksud sesuatu objek
yang berada dalam keadaan pegun akan mengekalkan keadaan asalnya, manakala
sesuatu objek yang bergerak akan terus bergerak jika tidak ada daya luar yang
bertindak keatas objek itu.
Hukum Newton Kedua ( Newton Second Law )

27

Hukum newton kedua boleh dikatakan pecutan, a berkadar terus dengan jisim m dan
berkadar sonsang dengan daya F.
Hukum Newton Kelas Ketiga (Newton Third Law )
Hukum ini lebih kepada sesuatu daya yang dikenakan (action) akan sentiasa sama
dengan daya yang bertindak balas (reaction).
Tindakan

Gerak Balas
Aplikasi Hukum Newton dalam sukan.
1. Permainan softball,( Hukum Newton Kelas Ketiga )
Apabla seorang pemain sofbol menghayunbat dengan daya yang kuat, dia akan
memutarkan anggota badan atasnya. Ini akan menghasilkan tork pada sekeliloing
aksis menegak pemain tersebut(aksi). Reaksinya, anggota tubuh bawah akan
berputar disekeliling aksis menegak pada arah yang bertentangan jika pemain tidak
kukuh dirinya di atas padang. Pada kebiasaannya, pemain akan berpijak kukuh
pada padang. Oleh itu, tork dipindahkan dari anggota atas badan dialihkan kepada
ke padang yang mana bumi akan memindahkan tork yang sama magnitudnya dan
arah yang bertentangan ke atas kasut pemain.
2. Fasa Perlepasan Acara Pecut, ( Newton kelas tiga )
Apabila seseorang pelari mengenakan daya yang kuat keatas starting block maka
daya yang sama banyak juga akan bertindak balas ke arah kaki tersebut.
SISTEM TUAS:
Sistem tuas boleh didefinisikan sebagai salah satu struktur tegar yang pada satu titik
yang tetap. Dalam sistem tuas, tuas terdiri daripada fulkrum, beban dan daya. Paksi
28

yang tetap dinamakan fulkrum, daya luar yang bertindak ke atas strukur tegar
dinamakan daya serta rintangan yang bertindak dinamakan beban.
Sistem tuas boleh dikelaskan kepada tiga ketegori:
i.
ii.
iii.

Sistem tuas kelas pertama,


Sistem tuas kelas kedua,
Sistem tuas kelas ketiga.

Tuas Kelas Pertama


Beban

Daya

Fulkrum ( F )
Tuas kelas pertama dapat ditentukan apabila fulkrum terletak antara daya dan
beban. Dalam tuas kelas pertama, daya yang kecil sahaja digunakan untuk
mengatasi beban yang besar tetapi pergerakan perlahan.
Tuas Kelas Kedua

Beban

Daya

Fulkrum
Dalam tuas kelas kedua hanya sedikit sahaja daya yang diperlukan bagi mengatasi
beban yang besar tetapi pergerakan perlahan pada julat yang kecil.
Tuas Kelas Ketiga:
Daya

29

Beban
Fulkrum
Dalam tuas kelas ketiga ini daya yang digunakan adalah lebih besar tetapi dalam satu
pergerakan pantas.
Aplikasi sistem tuas dalam sukan dapat dilihat dalam permainan badminton. Aktivitiaktiviti seperti merejam dan menerima hantaran bulu tangkis akan menyebabkan sendi
pergerakan tangan sebagai fulkrum, otot lengan sebagai satu daya manakala raket
bertindak sebagai beban. Seterusnya dalam sukan gimnastik, apabila kaki dijengket
keatas maka hujung kaki bertindak sebagai fulkrum, otot kaki bertindak sebagai daya
manakala berat badan sebagai beban.
DAYA
Daya ditakrifkan sebagai suatu tindakan ke atas sesuatu jasad yang mungkin
memberikan kesan-kesan seperti berikut ;
i.

mengubahkan saiz sesuatu jasad

ii.

mengubahkan bentuk sesuatu jasad

iii.

mengubahkan keadaan rehat sesuatu jasad

iv.

mengubahkan laju sesuatu jasad

v.

mengubahkan arah gerakan sesuatu jasad

Beberapa daya yang ujud dalam sistem alam ialah seperti daya geseran, daya
tarikan graviti, daya magnet, daya elektrik dan pelbagai daya yang lain.
APLIKASI DAYA HERETAN AERODINAMIK DALAM SUKAN

1. Tukul besi
Diameter tukul besi yang disambung pada dawai besi mempengaruhi
daya heretan. Pada tahun 1981, peraturan diameter tukul besi telah diubah iaitu antara
102mm hingga 120mm kepada 110mm hingga 130mm. Dengan tukul besi yang lebih

30

besar, jarak yang akan dicapai mungkin berkurangan disebabkan rintangan udara yang
tinggi.
2. Lontar peluru
Aspek rintangan udara biasanya diabaikan dalam acara lontar peluru disebabkan jisim
yang besar oleh peluru berbanding halaju pelepasan yang rendah. Akan tetapi kajian
oleh Lichtenberg dan Wills (1978) menunjukkan bahawa dengan kelajuan tertentu,
jarak lontaran boleh dikurangkan sebanyak 5 cm akhibat rintangan udara. Lebih
rendah halaju pelepasan , lebih rendah heretan dan perbantutan. Seperti dalam acara
lempar tukul besi, bahagian hadapan peluru yang diprojeksikan mempengaruhi
heretan. Oleh itu dalam memilih peluru, atlit lebih cenderung untuk memilih peluru
yang kecil diameternya. Mengikut pengiraan , rintangan udara memainkan peranan
yang penting dalam acara lontar peluru.
3. Berlari
Kajian keatas atlit pelari pecut lelaki bertaraf dunia menunjukkan bahawa mereka
yang berlari pada 30m/s akan menghasilkan lebih kurang 31 n bergantung kepada
saiz badan . Oleh itu rintangan yang konstan seperti itu memerlukan tenaga yang
tinggi . Akan tetapi larian yang lama (jarak jauh memerlukan lebih banyak tenaga .
Dalam larian jarak jauh, halaju adalah rendah dan heretan turut berkurangan, akan
tetapi jangkamasa heretan bertindak adalah lama . Atlit jarak jauh yang mengekori
pelari di hadapan akan mempunyai heretan yang rendah dan dapat menjimatkan
tenaga. Berlari dengan bantuan angin akan mengurangkan halaju aliran udara yang
melepasi pelari dan seterusnya mengurangkan heretan. Angin yang bertentangan
akan meningkatkan halaju aliran udara yang melepasi pelari dan seterusnya
mengurangkan heretan . Angin yang bertentangan akan meningkatkan halaju aliran
dan heretan. Kajian membuktikan bahawa gangguan masa oleh angin yang
bertentangan adalah lebih tinggi berbanding mengurangkan masa semasa bantuan
angin
APLIKASI DAYA ANGKATAN AERODINAMIK DALAM SUKAN
1. Lempar Cakera
31

Mengawal sudut projeksi pusat graviti cakera sambil mengawal sudut serangan ketika
pelepasan dan memaksimimkan halaju pelepasan memerlukan kemahiran yang
terlatih. Cakera adalah tidak stabil secara relatif ketika penerbangannya. Ia
mendongak ke atas disepanjang penerbangannya. Oleh itu sudut serangan ketika
pelepasan haruslah kecil untuk menghalang penjatuhan awal yang biasanya berlaku.
Peningkatan sudut serangan adalah disebabkan oleh garisan penerbangan cakera
tersebut, dimana selepas mencapai pendakian maksimum ia akan mula mengalami
penjatuhan.
2. Rejam Lembing
Sudut dan halaju projeksi serta sudut serangan amat mempengaruhi pergerakan
lembing dan jarak yang dicapai olehnya. Faktor pusat tekanan amat penting dalam
acara ini. Jika pusat tekanan berada di hadapan pusat graviti, maka suatu torque
positif akan dihasilkan . Jika sudut serangan terlalu besar, maka lembing akan
mendaki dan kemudiannya jatuh mendada. Idealnya, lembing tersebut harus direjam
pada sudut projeksi dan sudut serangan yang membenarkan pusat tekanan sentiasa
di hadapan pusat graviti sehinggalah pada fasa pendaratan di mana pusat tekanan
akan berada dibelakang pusat graviti. Perubahan dalam aliran udara yang disebabkan
oleh haluan penurunan penerbangan akan menyebabkan pusat tekanan bergerak ke
belakang pusat graviti.
MOMENTUM
Halaju dan momentum adalah konsep-konsep penting dalam kemahiran sukan.
Momentum adalah hasil darab jisim dan halaju ialah kuantiti pergerakan yang
dikandung oleh sesuatu jasad. Lebih meningkat halaju atau lebih berat jisim, maka
momentum jasad itu akan bertambah.
Ia juga boleh dipindahkan dari sebahagian badan ke seluruh badan misalnya
hayunan atau kilasan kaki bebas dengan kuat pada fasa lonjakan dalam lompat
tinggi supaya dapat menghasilkan momentum yang lebih untuk membawa badan
pada takat yang lebih tinggi. Pergerakan lengan dan bahu juga menolong
melonjakkan badan ke atas.
32

RUMUSAN
Pengenalan pendidikan jasmani banyak memainkan peranan yang sangat
penting dalam kehidupan kita sebagai manusia. Pendidikan jasmani adalah satu
bidang yang perlu dipelajari oleh semua orang. Sejak daripada zaman purba lagi,
pendidikan jasmani sudat diamalkan dalam kehidupan. Kami dapat merumuskan
disini bahawa pendidikan jasmani itu tidak bermula pada era moden ini melainkan
sudah ada sejak dari zaman yunani lagi bahkan berkembang dan menjadi satu
subjek bahkan mata pelajaran yang penting untuk murid sekolah rendah, menengah
bahkan yang lebih tinggi lagi dalam institut pengajian tinggi. Selain itu juga kami
dapat melihat isu-isu yang sering berlaku dalam pendidikan jasmani seperti
penyalagunaan dadah, alkohol,rasuah dan sebagainya. Ternyata dalam sesuatu
sukan itu terdapat gejala-gejala pertandingan yang tidak sihat. Dalam pendidikan
33

jasmani juga kami dapat mempelajari serba sedikit bidang biologi iaitu dalam bidang
fisiologi dan juga anatomi. Sistem-sistem dalam badan banyak membantu dalam
sukan sebagai satu tempat penghasilan tenaga dan sebagainya. Selain itu juga kami
dapat mempelajari bidang psikologi dalam sukan yang banyak membatu atlet dalam
masalah-masalah mental dan juga perasaan. Bidang sosiologi juga adalah satu
bidang yang kami pelajari dalam pengenalan pendidikan jasmani. Dimana bidang ini
lebih kepada pergaulan atlet dengan masyarakat, sifat penonton, kesan sukan dalam
individu, masyarakat, bahkan dalam konteks yang lebih besar lagi iaitu negara dan
era global. Kami juga dapat mempelajari bahkan mengetahui aplikasi-aplikasi sains
yang terdapat dalam bidang sukan seperti momentum, sistem tuas, hukum newton,
pecutan ,daya, projeksi dan sebagainya.
Sebagai kesimpulan, bidang pendidikan jasmani adalah satu bidang yang
sangat luas dan bersifat menyeluruh. Pendidikan jasmani haruslah diaplikasikan
sejak dari kecil lagi bagi menjamin kesihatan tubuh badan disamping menjadikan
rakyat negara yang sihat dan aktif dari segi kesihatan, kesukanan dan sebagainya.

REFLEKSI
Saya sangat bersyukur kerana kasih dan kebaikan Tuhan dalam hidup saya
sehingga saya dapat menyiapkan kerja kursus jangka pendek ini dengan jayanya. Saya
menyedari bahawa untuk menyiapkan kerja kursus ini bukanlah satu perkara yang
mudah. Namun saya dapat mempelajari sifat kesabaran itu dalam diri saya. Walaupun
kami diberi kerja kursus pada masa yang serentak, namun kami dapat menyiapkan
kerja kursus ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Saya juga bersyukur kerana
dengan adanya kerja kursus ini saya dapat mempelajari dan memahami pendidikan
jasmani dengan lebih mendalam lagi. Saya mengetahui bahawa pendidikan jasmani
sangat penting bukan dalam diri saya sahaja tetapi juga dalam konteks yang lebih
besar iaitu dalam masyarakat sekeliling saya. Saya juga dapat mempelajari nilai
34

kerjasama. Nilai ini dapat saya pupuk apabila saya dapat bekerjasama dengan rakan
saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Walaupun pada peringkat awal ianya sangat
sukar untuk bekerjasama namun kerana adanya kesefahaman dalam diri saya bahkan
komitmen untuk menyiapkan kerja kursus ini maka nilai kesafahaman dan kerjasama itu
dapat dipupuk dalam diri kami. Kerajinan juga adalah satu nilai yang kami dapat
semasa saya menyiapkan kerja kursus ini. Saya terpaksa meminjam buku-buku
daripada pusat sumber, rakan-rakan bahkan terpaksa membuat rujukan daripada
internet untuk mendapatkan sedikit maklumat bagi membantu kami dalam menyiapkan
kerja kursus ini. Ternyata untuk menyiapkan kerja kursus ini bukanya satu perkara yang
mudah bagi saya. Saya terpaksa korbankan tidur saya, korbankan masa makan saya,
bahkan sebagainya bagi untuk menyiapkan kerja kursus ini. Namun kami sangat
bersyukur kerana kerja kursus ini banyak mengubah saya bukan sahaja dari segi
pengalaman namun juga dari segi pengetahuan. Selama ini saya merasakan bahawa
pendidikan jasmani lebih kepada permainan semata-mata. Namun sayai sedar betapa
kerja kursus ini banyak memainkan peranan yang penting kepada sesuatu individu,
kelauarga, rakan-rakan, masyarakat dan juga dalam negara. Saya berharap agar
dengan siapnya kerja kursus ini, ia akan membantu saya untuk meyiakan kerja-kerja
kursus yang akan datang bagi membentuk saya sebagai seorang bakal guru yang
bertanggungjawab.
Yobium Ressey Bin Thomas

35

Anda mungkin juga menyukai