Anda di halaman 1dari 11

APA ITU BAHASA MELAYU?

Bahasa Melayu adalah sebuah bahasa Austronesia dan mempunyai kaitan


yang rapat dengan bahasa-bahasa etnik lain yang dituturkan di Nusantara. Bahasa
ini dituturkan di seluruh Kepulauan Melayu Nusantara yang antaranya di Indonesia,
Malaysia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Selatan Filipina malah sehingga
Pulau Christmas di Australia. Bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa lingua
franca pada kemuncak Kesultanan Melayu Melaka. Sejak kebelakangan ini
kepentingan Bahasa Melayu semakin disedari oleh masyarakat di dunia.

Rajah 1 Bahasa Melayu daripada keluarga Bahasa Austris

ASAL USUL BAHASA MELAYU


Bahasa melayu adalah satu bahasa yang digunakan pada hari ini adalah satu
bahasa yang digunakan sebagai bahasa rasmi negara bahkan sebagai satu bahasa
kebangsaan. Sebagai seorang rakyat melaysia kita seharusnya tahu tentang sejarah
bahkan asal usul bahasa melayu dan perkembangannya di negara kita. Secara
umumnya kelahiran bahasa melayu agak kabur kerana kerana sejarah kuno Asia
Tengara masih belum diselidiki dengan lebih mendalam. Terdapat tanda-tanda
sejarah yang cuba membuktikan kehadiran bahkan asal usul bahasa melayu itu. Kita
dapat melihat pada sekitar 644-645 Masihi yang mengatakan sebuah kerajaan Molo-yeu yang mempersembahkan hasil bumi kepada raja China. Walau bagaimanapun
kerajaan ini tidak dapat dipastikan. Ada sumber yang mengatakan tentang kerajaan
ini terletak disemenanjung tanah melayu dan ada yang mengatakan kerajaan ini
bertempat di Jambi, Sumatera. Manakala ada catatan yang mengatakan kerajaan
Mo-lo-yeu ini berpusat di Jambi Sumatera, iaitu daripada sebuah sungai yang deras
alirannya dan dikatakan sebagai sungai Melayu. Menurut catatan I-Tsing iaitu
seorang rahib Buddha yang menggunakan kata Mo-lo-yu tentang dua buah kerajaan
yang dilawatinya sekitar 675 Masihi. Manakala pengertian mlayu adalah
bermaksud berlari ataupun mengembara. Hal ini boleh dilihat dan dikaitkan dengan
orang-orang Indo-Melayu yang bergerak dari Yunan. Orang Indo-Melayu ini
dikatakan sebagai satu keluarga Austronensia. Pada tahun 683 Masihi barulah ada
bukti yang mengatakan sifat bahasa melayu itu melalui tinggalan batu bersurat yang
terdapat di Kedukan Bukit, Palembang pada 683 Masihi, Talang Tuwo, Palembang
pada tahun 684 Masihi , Kota Kapur, Pulau Bangka pada tahun 686 Masihi dan di
Karang Brahi, Meringin daerah Hulu Jambi pada 686 Masihi.

Gambar 1 Batu bersurat Talang Tuwo

Melalui bukti-bukti ini jelaslah bahawa bahasa Melayu telah lama wujud di
Kepulauan Melayu sejak beratus ratus tahun dahulu.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu ini datang dari dua
tempat:
1. Berasal dari Asia Tengah
Menurut teori-teori, bahasa Melayu datangnya dari Yunan melalui golongan
Austronensia. Penyokong teori pertama yang paling terkenal ialah Geldern H.R.
Beliau menggunakan ulasan kapak tuan, batu yang dijumpai di Nusantara. Menurut
beliau, kapak yang sama juga dijumpai di sungai-sungai di india utara, China, Burma
dan Nusantara. Teori ini lemah kerana kapak-kapak seperti itu juga dijumpai di
Amerika dan Eropah pada zaman yang sama. Selain itu juga,J.H.C. Kern membuat
kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama
tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan
yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina,
Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik. Perkataan tersebut di antaranya
seperti padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai
perkataan yang dikajinya itu Kern membuat kesimpulan bahawa bahasa Melayu ini
berasal daripada satu induk yang ada di Asia. Dalam teori ini, kumpulan yang
pertama ini dikenali sebagai Melayu Proto. Golongan ini berpindah ke Asia Tenggara
melalui teori gelombang. Teori gelombang ini boleh dikatakan sebagai masalah yang

dialami di tempat asal mereka seperti gempa bumi, bencana alam bahkan merasa
tempat mereka terasa terancam dan mendorong mereka untuk berpindah ke tempat
lain. Golongan ini berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru iaitu sekitar
tahun 2500 sebelum Masihi. Contoh golongan mereka pada hari ini adalah Orang
Asli di semenanjung Malaysia, orang Dayak di Sarawak dan Juga orang Batak di
Sumatera. Pada sekitar tahun 1500 sebelum Masihi satu lagi gelombang pergerakan
kedua yang disebut sebagai kumpulan Melayu-Deutro. Golongan ini berpindah ke
Asia Tenggara dan mendiami kawasan-kawasan sekitar pantai dan juga lembah di
Asia Tenggara. Golongan ini mahir dalam bidang astronomi, pelayaran dan pandai
untuk bercucuk tanam. Sebagai contoh golongan ini adalah orang Melayu di
Malaysia.
2. Berasal dari Kepulauan Melayu itu sendiri.
Ini bermaksud bahasa Melayu ini tidak datang dari mana-mana melainkan
wujudnya di kepulauan Melayu sejak dahulu lagi. Ada sesetengah ahli sejarah yang
menyokong bukti ini dan berkata berdasarkan penemuan orang Jawa yang telah
menghuni Kepulauan Melayu sejak ribuan tahun dahulu. Teori ini disokong oleh
Gorys Keraf. Beliau menyatakan bahawa bangsa Melayu sudah sedia ada di
kepulauan Melayu dan mereka menuturkan bahasa Nusantara. Menurut beliau lagi
negeri asal orang Melayu ialah daerah Indonesia iaitu orang Jawa dan juga Filifina.
Asmah Hj. Omar mengatakan kepulauan Melayu atau Nusantara memang
mempunyai penduduk aslinya dan dikenali sebagai Melayu Negrito. Golongan ini
telah ada di Nusantara sejak 8000 S.M, dan mereka adalah nenek moyang orangorang Melayu Asli.
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
A. Bahasa Melayu Kuno,
B. Bahasa Melayu Klasik,
C. Bahasa Melayu Moden.
Kedatangan agama Hindu, Islam dan penjajah Eropah ke Asia Tenggara telah
menyebabkan berlakunya perbezaan yang ketara dalam bahasa Melayu Kuno,
bahasa Melayu Klasik serta Bahasa Melayu Moden. Kesan daripada kedatangan

Hindu, Islam serta penjajah Eropah ini menyebabkan penutur bahasa Melayu Moden
tidak mungkin dapat memahami bahasa Melayu dari zaman-zaman sebelumnya. Ahli
bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama dan
setiap tahap bahasa mempunyai sifatnya yang tersendiri misalnya bahasa Melayu
kuno mempunyai pengaruh Sanskrit dan Hindu yang kuat, manakala bahasa Melayu
klasik terpengaruh dengan bahasa Arab dan Islam. Manakala Bahasa Melayu Moden
pula banyak dipengaruhi oleh penjajahan barat terutamanya penjajah Inggeris
Bahasa Melayu Kuno
Sebelum dikenali sebagai bahasa Melayu Kono, bahasa ini dikenali sebagai
Bahasa Melayu Purba. Bahasa ini adalah bahasa yang digunakan sebelum
kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu. Zaman kegemilangan bahasa
Melayu Kuno ini bermula dari abad ke-7 hingga abad ke-13 semasa zaman kerajaan
Sriwijaya sebagai Lingua Franca dan sebagai bahasa pentadbiran. Penggunaan
bahasa Melayu kuno ini merangkumi Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau
dan Sumatera kerana dikatakan bahasa Melayu ini bersifat sederhana dan mudah
menerima pengaruh luar, seterusnya tidak terikat kepada perbezaan susun lapis
masyarakat iaitu semua susun lapis masyarakat dapat menuturkan bahasa ini serta
mempunyai sistem yang lebih muda berbanding bahasa Jawa. Bahasa Melayu Kuno
banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Ini adalah kerana kebanyakan
masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan Bahasa Sanskrit telah menjadi
bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang tinggi. Selain itu, sifat bahasa
Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan juga antara penyebab bahasa asing
seperti sanskrit diterima. Ini boleh dibuktikan daripada pengaruh tulisan atau aksara
Pallava dan Devanagari yang datang dari India, kata-kata pinjaman daripada bahasa
Sanskrit, rangkai-rangkai kata pinjaman, dan fonem-fonem Sanskrit. Kesan daripada
bahasa sanskrit ini menyebabkan penambahan kosa kata Bahasa Melayu Kuno.
Contoh contoh perkataan yang diambil daripada Bahasa Sanskrit adalah seperti
syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya.
PENGGUNAAN BAHASA MELAYU KUNO YANG DIKEKALKAN DALAM BAHASA
MELAYU MODEN

Bahasa Melayu Kuno


Vulan
Nasyik
Mangalap

Bahasa Melayu Moden


Bulan
Asyik
Mengambil

Selain itu juga berlaku perubahan awalan ayat. Bahasa Melayu Kuno
menggunakan awalan ni- manakala Bahasa Melayu Moden menggunakan awalan
di-. Sebagai contoh ayat nimakan berubah kepada ayat dimakan. Selain itu juga
awalan Mar- berubah menjadi Ber-. Sebagai contoh ayat, Marvanum kepada
Berbangun. Manakala akhiran na berubah menjadi nya. Sebagai contoh ayat
ialah, Vinina menjadi Bininya.
Bahasa Melayu Klasik
Bahasa Melayu Kuno, bahasa ini berkembang menjadi Bahasa Melayu Klasik.
Peralihan ini dikaitkan dengan kedatangan agama Islam ke Asia Tenggara pada
abad ke-13. Dalam Bahasa Melayu Klasik, pengaruh Islam menjadi semakin kuat
sehingga bahasa Melayu mengalami banyak perubahan pada hari ini, seperti kosa
kata, struktur ayat dan tulisan. Zaman kegemilangan bahasa Melayu Klasik berlaku
setelah pemimpin kerajaan kerajaan Melayu iaitu kerajaan Melaka memeluk Islam
dan mempelajari bahasa Arab daripada pedagang Islam dan ini yang menyebabkan
adanya penyerapan unsure Arab dan Parsi dalam bahasa Melayu pada hari ini.
Zaman ini boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu:

Zaman kerajaan Melaka

Zaman kerajaan Acheh

Zaman kerajaan Johor-Riau

Penggunaan bahasa arap semasa zaman Melayu Klasik menyebabkan beberapa


ayat yang digunakan serta mempengaruhi Bahasa Melayu Moden.
Antara perkataan yang dipinjam dari perkataan Arab ialah
? Duniawi

? Jahaman
? Akhirat
Ciri-ciri dalam Bahasa Melayu Klasik:

Ayat yang panjang serta berulang-ulang,

Banyak ayat pasif dan songsang,

Banyak menggunakan bahasa istana

Menggunakan kosa kata klasik spt. ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk
asmara), sahaya, masyghul (bersedih)

Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) spt.sebermula,


alkisah, hatta, adapun.

Banyak menggunakan partikel pun dan lah

Menggunakan aksara jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang
telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.

Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang
bahasa seperti alam bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan,
pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata
umum.

Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti
frasa ketahuilah olehmu (dari terjemahan IlamL, maka kemudian daripada
itu (dari Amma badu); atau pada ayat sunat berbuka atas tamar dan lain-lain.
Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teksteks bahasa Arab.

Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu seperti dalam
bidang ilmu Kalam, Tasawuf, ilmu Aqaid al-Iman dan lain-lain. Hasil Karya dan
Tokoh dalam Bahasa Melayu Klasik

Antara tokoh-tokoh penulis yang penting dalam bahasa Melayu Klasik ialah Hamzah
Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf alSingkel. Hasil karya yang terkenal pula ialah:

Hikayat raja-raja pasai

Hikayat Muhammad Ali Hanafiah

Hikayat Amir Hamzah

Bustanus Salatin

Sulalatus Salatin

Sejarah Melayu

Hikayat Iskandar Zulkarnain

Hikayat Hang Tuah

Misa Melayu

Tajus Salatin

BAHASA MELAYU MODEN


Bahasa Melayu Moden dijangka bermula pada abad ke-19. Bahasa Melayu
Moden ini berasal daripada Bahasa Melayu Klasik.Permulaan zaman Bahasa Melayu
Moden ini dianggap daripada hasil karangan Abdullah Munsyi dalam karyanya iaitu
Hikayat Abdullah yang dihasilkan pada tahun 1849. Dalam karya beliau ini, beliau
menyatakan kekesalannya yang mengatakan bahawa orang Melayu tidak ingin
mempelajari bahasanya sendiri. Abdullah Munsyi berkata bahawa orang Melayu
haruslah mempelajari bahasanya untuk memperolehi kepandaian agar setaraf
dengan bangsa lain yang mempelajari bahasa masing-masing. Kesedaran Abdullah
ini merupakan satu permulaan bagi bangsa Melayu untuk mempelajari bahasanya
sendiri dan mengetahui betapa pentingnya bahasa Melayu itu.

Bahasa Melayu Moden mula berkembang dengan pemilihan bahasa Melayu


sebagai bahasa yang digunakan dalam urusan pemerintahan di negeri-negeri
Melayu. Penggunaan bahasa Melayu Moden semakin kukuh apabila munculnya
teknologi percetakan yang dibawa oleh penjajah ke Tanah Melayu. Melalui alat
percetakan ini bahasa Melayu dapat dikembangkan kepada seluruh penduduk Tanah
Melay. Pada pertengahan abad ke-20 bahasa Melayu moden menjadi bahasa
terpenting di Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Brunei dan Borneo
Utara iaitu Sabah dan Labuan.
Pada tahun 1928 tercatatnya peristiwa yang penting dalam kalendar sejarah
bahasa Melayu apabila diadakan Sumpah Pemuda, seterusnya menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa persatuan bagi negara Indonesia. Melalui peristiwa ini,
bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi negara Indonesia yang kemudiannya
ditukar menjadi Bahasa Indonesia pada 1945. Manakalah di Tanah Melayu pula, hal
yang sama berlaku apabila bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan pada tahun
1967. Manakala di Brunei Darulsalam pula bahasa Melayu telah dijadikan bahasa
rasmi negara Brunei Darulsalam pada tahun 1959 dan di Singapura pada tahun 1965
Bahasa Melayu Moden terus berkembang dan menjadi utuh apabila terbitnya
majalah, akhbar, buku, jurnal yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
komunikasi untuk menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan. Tujuan bahasa
Melayu ini bukan sekadar meningkatkan kecerdasan berfikir serta perluasan ilmu
tetapi juga untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai suatu bahasa ilmu. Antara
akhbar dan majalah yang memainkan peranan berkenaan ialah al-Imam (1906),
Panji Poestaka dan Poesdjangga Baroe (1933), Warta Malaya, Lembaga Melayu dan
lain-lain lagi akhbar yang diterbitkan.
Bagi mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu, pelbagai usaha telah
dilakukan seperti lahirnya Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPB),
munculnya Sahabat Pena Malaya yang juga dikenali sebagai PASPAM di Pulau
Pinang sekitar tahun1930-an. Melalui penubuhan PASPAM ini, ramai ahli daripada
Tanah Melayu, Singapura, Labuan, Borneo Utara bahkan Sarawak menghasilkan
karya dan menjadi persatuan persaudaraan Melayu. Seterusnya penubuhan Pejabat
Karang Mengarang oleh O.T Dussek dan juga Zainal Abidin Bin Ahmad yang dikenali
sebagai Zaba. Asas 50 dan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pada 6 ogos

1950 di Singapura dan juga penubuhanDewan Bahasa dan Pustaka menyebabkan


bahasa Melayu Moden berkembang dengan pesat.
Bahasa Melayu Moden ini, banyak mengunakkan istilah-istilah baru sama ada
pinjaman dari bahasa asing mahupun pinjaman dari bahasa serumpun. Istilah-istilah
asing yang tiada dalam bahasa Melayu telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Melayu. Ini menjadikan bahasa Melayu kaya dengan istilah-istilahnya walaupun ada
di antaranya dipinjam dari istilah Inggeris, Belanda, Portugis, Arab, Sanskrit, Jawa,
Indonesia, Brunei dan sebagainya.
Penggunaan bahasa Melayu yang semakin meningkat mendorong lahirnya
kerjasama kebahasaan antara Tanah Melayu dan Indonesia pada tahun 1959.
Kerjasama ini dikukuhkan lagi pada tahun 1972 melalui majlis Bahasa IndonesiaMalaysia (MBIM) yang telah ditubuhkan. Pada tahun 1985 kedudukannya semakin
meningkat apabila MBIM menjadi MABBIM atau Majlis Bahasa Brunei Darussalam Indonesia - Malaysia ditubuhkan. Ini menyebabkan mutu bahasa Melayu semakin
terserlah apabila bahasa ini terus digunakan dalam pelbagai laras dan wacana
dalam pengajaran pelbagai ilmu dari peringkat rendah hingga ke peringkat pengajian
tinggi.
Bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang kaya dari segi tatabahasa, suku
kata dan sebagainya kerana mendapat pengaruh daripada banyak bahasa lain.
Apabila kita melihat perkembangan bahasa Melayu kuno sehingga ke Bahasa
Melayu Moden, banyak pengaruh yang dapat dilihat. Sebagai seorang yang
mempelajari bahasa Melayu, kita seharusnya menjadikan bahasa melayu itu sebagai
satu bahasa yang hidup bahkan terus kekal bagi generasi yang akan datang.
Rujukan
Siti Hajar Abdul Aziz, 2008, Bahasa Melayu 1, Siri Pendidikan Guru Oxford Fajar.
http://www.scribd.com/doc/22278368/Perkembangan-Bahasa-Melayu Acessed on
15-Ogos-2010.

Anda mungkin juga menyukai