Anda di halaman 1dari 2

Latihan 1

GB6023 Kaedah Penyelidikan II

1. Pilih satu artikel penyelidikan kuantitatif dalam prosiding atau jurnal.


a) Senaraikan pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar yang terbabit
dalam kajian tersebut.
b) Kenal pasti skala pengukuran bagi setiap pembolehubah-pembolehubah
tersebut.
2. Satu kajian tinjauan telah dilakukan terhadap 3500 orang pelajar Universiti di Malaysia
bagi mengetahui trait personaliti mereka. Hasil daripada dapatan tersebut mendapati
47% adalah individualistik, 13.5% bergaya, 9.5% adalah dinamik dan berkebolehan,
7.5% easy going dan 22.5% adalah lain-lain.
a) Kenalpasti apakah pembolehubah yang diukur?
b) Kelaskan sama ada pembolehubah itu berbentuk kategori atau kuantitatif?
c) Apakah analisis yang bersesuaian untuk melaporkan dapatan tersebut?

3. Lima puluh lima orang ibu bapa pelajar sekolah telah ditemubual mengenai tabiat
pengambilan sarapan pagi dalam kalangan keluarga mereka. Soalan yang ditanya
adalah, adakah anak mereka memperuntukkan masa untuk mengambil sarapan pagi
(direkodkan sebagai ya atau tidak). Gred bagi pelajar dalam sesetengah kelas
(contohnya membaca, menulis, matematik) turut direkod dan diselaraskan skornya
(skala 10 titik). Pada akhir kajian, didapati pelajar yang memperuntukkan masa untuk
mengambil sarapan mendapat skor yang tinggi berbanding mereka yang tidak
bersarapan.

a) Apakah jenis kajian ini? (eksperimen/pemerhatian)


b) Nyatakan pembolehubah bebas dalam kajian ini.
c) Nyatakan pembolehubah bersandar dalam kajian ini.
4. Abstrak berikut dipetik dari kajian Zulkifli et al.(2011).

a) Nyatakan pembolehubah bebas dalam kajian ini.


b) Nyatakan pembolehubah bersandar dalam kajian ini.
c) Cadangkan skala pengukuran yang bersesuaian bagi setiap pembolehubah di atas.

5. Berikut merupakan abstrak yang dipetik dari kajian Norulbiah dan Effandi (2016).

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti keupayaan pelajar dalam menjana masalah
matematik, sikap pelajar terhadap penyelesaian masalah matematik dan keupayaan pelajar
dalam menyelesaikan masalah matematik. Kajian ini juga ingin mengenal pasti keupayaan
menjana masalah matematik, sikap terhadap penyelesaian masalah dan keupayaan
menyelesaikan masalah matematik berdasarkan jantina. Sampel kajian terdiri daripada 370
orang pelajar tingkatan empat aliran sains tulen di sekitar Daerah Kuala Terengganu. Tiga jenis
instrumen digunakan iaitu Instrumen Penjanaan Masalah Matematik, Instrumen Sikap terhadap
Penyelesaian Masalah Matematik dan Instrumen Penyelesaian Masalah Matematik. Data
dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferens iaitu ujian-t. Keputusan kajian
menunjukkan pelajar lebih berkeupayaan menjana Masalah Due berbanding Masalah Uno.
Selain itu, kajian ini juga mendapati keupayaan pelajar dalam menjana masalah matematik,
sikap terhadap penyelesaian masalah matematik dan keupayaan menyelesaikan masalah
matematik adalah pada tahap yang sederhana. Dapatan kajian dengan menggunakan analisis
inferens menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan berdasarkan jantina terhadap ketiga-
tiga pemboleh ubah yang dikaji

a) Nyatakan pembolehubah bebas dalam kajian ini dan skala yang digunakan.
b) Nyatakan pembolehubah bersandar dan skala yang digunakan. dalam kajian ini.
c) Nyatakan rekabentuk kajian.

6. Rujuk lampiran artikel 1 yang bertajuk The Relationship between Motivation and
Achievement-A Survey of the Study Motivation of English Majors in Qingdao
Agricultural University. Berdasarkan artikel tersebut, bincangkan aspek-aspek yang
berkaitan dengan penyelidikan kuantitatif (pembolehubah, sampel kajian, skala
pengukuran etc.)

Anda mungkin juga menyukai