Anda di halaman 1dari 15

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pendahuluan

Bab ini menerangkan kaedah kajian dilaksanakan. Satu rangka kajian telah
dibentuk dengan memberikan perhatian terhadap sampel yang dipilih, jenis instrumen
yang akan digunakan, prosedur atau langkah pelaksanaan kajian dan seterusnya
pengumpulan dan analisis data. Antaranya ialah, kajian ini adalah bertujuan untuk
melihat keberkesanan kaedah tersebut terhadap peningkatan minat murid terhadap
sains dibandingkan dengan pembelajaran yang diajar dengan kaedah tradisional. Di
samping itu, kajian ini juga mengkaji keberkesanan penggunaan perisian yang dibina
berdasarkan perisian power point dapat membantu murid dalam peningkatan konsep
sains.
29

3.2 Rekabentuk Kajian

Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kajian tindakan secara


kuasi eksperimen (rekabentuk pra dan pasca). Seterusnya, kajian ini juga dijalankan
untuk meninjau tahap pencapaian murid dalam menjawab soalan mengenai konsep
tajuk kitaran air.
Kajian ini dijalankan kepada dua kumpulan murid darjah lima yang terbentuk
daripada murid sedia ada di dalam kelas masing-masing yang lebih kurang sama dari
segi pencapaian dan latar belakang. Murid dalam kumpulan kawalan akan diajar oleh
guru sains kelas itu dengan menggunakan kaedah tradisional iaitu kaedah (“chalk and
talk’). Manakala murid dalam kumpulan eksperimen akan diajarkan oleh pengkaji
dengan pengajaran menggunakan kaedah PBK (pengajaran berbantukan komputer).
Kedua-dua kelas akan diajar tajuk yang sama dalam tempoh kajian. Pemahaman awal
murid dapat dikesan melalui Ujian Pra dan kemudiannya melalui Ujian Pos untuk
melihat keberkesanan kaedah pengajaran yang dijalankan.

Rajah 3.1 Carta alir Ujian Pra

Ujian Pra

Kelas Kawalan Kelas Eksperimen

Pembelajaran konvensional Pembelajaran kaedah


eksperimen

Ujian Pasca Minat dan


Ujian Pasca Pencapaian
Pencapaian
30

3.3 Sampel dan Tempat

Kajian ini dilakukan di sebuah sekolah rendah iaitu SJK (T) Telok Datok,
Banting pada sesi 2014 terdiri daripada murid-murid tahun 5. Kajian ini terdiri
daripada dua buah kelas yang mempunyai jumlah responden keseluruhan 60 orang
murid. Dalam kajian ini, sebuah kelas dipilih sebagai kelas kawalan manakala sebuah
kelas lagi sebagai kelas eksperimen.
Kumpulan ini dipilih supaya mereka dapat menguasai konsep kitaran air
sebagai persediaan sebelum menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun akan datang.

3.4 Instrumen Kajian

Kajian dijalankan secara soal- selidik. Instrumen kajian murid terdiri daripada
borang maklumat murid, dua kertas ujian iaitu kertas Ujian Pra dan kertas Ujian Pos
serta satu borang soal selidik. Ujian Pra digunakan untuk mengesan tahap pencapaian
murid menjawab soalan mengenai konsep kitaran air dengan kaedah pengajaran
tradisional. Ujian Pos pula digunakan untuk menguji kesan pengajaran kaedah
eksperimen untuk meningkatkan kemahiran murid menjawab soalan mengenai konsep
kitaran air. Manakala soal selidik pula untuk mengkaji minat murid mempelajari sains
dan keberkesanan terhadap penggunaan kaedah pembelajaran yang berbantukan
komputer dengan menggunakan perisian power point dalam tajuk kitaran air .
Instrumen kajian ini dibina dalam masa yang ditetapkan. Aras- aras item yang
telah dibina berdasarkan aras kemahiran dalam bidang kognitif pengetahuan dan aras
kefahaman. Item-item yang dibina menggunakan bahasa dan laras bahasa yang sesuai
dengan tahap murid tahun 5 agar supaya mereka boleh menjawab soalan kajian ini.
31

Instrumen yang telah siap dibina kemudiannya mendapatkan kesahan oleh guru pakar
dan rakan sejawat sebelum diedarkan kepada murid.

3.4.1 Borang Maklumat Murid

Tujuan utama borang maklumat murid yang digunakan dalam kajian ini adalah
untuk memperoleh maklumat tentang latar belakang responden kajian. Antara
maklumat yang dikehendaki meliputi nama, jantina, gred keputusan peperiksaan mata
pelajaran sains akhir tahun lalu, suka belajar mata pelajaran sains dan suka belajar
sains dengan PBK.

3.4.2 Borang Soal Selidik

Borang soal selidik hanya telah diberikan kepada murid kelas eksperimen
sahaja selepas kajian dilakukan. Instrumen ini adalah bertujuan untuk mendapatkan
maklum balas daripada murid tentang pandangan mereka terhadap penggunaan
kaedah pembelajaran yang melibatkan berbantukan komputer dengan menggunakan
perisian power point interaktif yang telah mereka jalani. Item soal selidik ini terdiri
daripada 15 item (lihat lampiran ).

BAHAGIAN A : Biodata Murid

BAHAGIAN B : Soal selidik Minat dan Kecenderungan Murid


Mempelajari Sains (15 item)
32

Selain itu, soal selidik ini dijalankan dengan menggunakan skala likert bagi
mendapatkan persetujuan responden terhadap pernyataan yang dinyatakan. Berikut
adalah skala pengukur yang ditetapkan dalam Borang Soal Selidik.

Jadual 3.1 : Pemarkahan item-item (Skala Likert)

Nilai Skala Pernytaan


3 Setuju
2 Tidak Pasti
1 Tidak Setuju
(Sumber : Uma Sekaran 1992)

Oleh itu, pada peringkat pra soal selidik, kertas soalan diedarkan kepada
murid sebelum kaedah PBK dilaksanakan manakala pada peringkat pos soal selidik,
soalan diedarkan selepas kaedah PBK dijalankan. Daripada dapatan pra soal selidik,
keputusan yang diperolehi dijadikan bahan rujukan atau gambaran terhadap tahap
kemampuan dan kefahaman murid terhadap minat dan kecenderungan mempelajari
sains. Seterusnya kaedah eksperimen (PBK) yang dicadangkan akan dijalankan
kepada responden mengikut jadual perancangan yang teratur. Selepas kaedah
eksperimen selesai, responden perlu menjawab soalan pos soal selidik dan memberi
maklum balas mengenai minat dan kecenderungan mempelajari sains. Data ini
dianalisis dan dapatan daripada kedua-duanya dapat membantu pengkaji mengetahui
kesan kaedah PBK terhadap responden dengan menggunakan SPSS 16.
Akhirnya, data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan analisis
kuantitatif mudah min dan peratus perubahan peningkatan atau penurunan.
33

3.4.3 Ujian Pra dan Ujian Pos

3.4.3.1 Ujian Pra

Ujian ini dilaksanakan adalah untuk meninjau penguasan murid terhadap


konsep kitaran air. Data yang diperolehi daripada hasil kajian, peyelidik dapat
mengaitkannya dengan teknik pengajaran yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.
Dapatan daripada ujian pra, boleh dijadikan rujukan atau gambaran awal
tentang pengukuran penguasaan murid terhadap kefahaman konsep kitaran air.
Selepas itu, Ujian Pos akan dilaksanakan.

3.4.3.2 Ujian Pos

Ujian Pos ini adalah terdiri daripada soalan bagi menguji kesan kaedah PBK
ke atas responden. Jadi, ujian yang diberikan oleh penyelidik kepada murid adalah
menepati huraian sukatan pelajaran sains darjah lima. Item-item ujian adalah
berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran Sains Tahun 5. Data yang diperoleh
dikumpulkan untuk membuat banding beza dan melihat keberkesanan pengajaran
kaedah eksperimen (PBK). Kedua-dua ujian pra dan pos adalah hampir sama di mana
terdapat beberapa pindaan soalan akan dilakukan pada ujian pos. Soalan- soalan dalam
ujian pos akan disusun semula supaya menjadikannya sebagai satu ujian yang baru.

Terdapat selang masa antara ujian pra dan ujian pos dijalankan bagi
perlaksanaan tindakan rawatan. Instrumen ini dapat digunakan untuk memberi
34

gambaran kepada pengkaji tentang keberkesanan proses tindakan rawatan yang telah
diambil. Kebolehpercayaan dan kesahihan menggunakan ujian-t.

Hasil ujian pra dan pos ini kita dapat melihat sama ada telah berlaku
perubahan atau tidak ke atas sampel selepas berlakunya tindakan rawatan. Analisis
akan dilakukan menggunakan analisis kuantitatif mudah min dan peratus perubahan
peningkatan.

Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih untuk menyediakan soalan daripada
tajuk kitaran air berdasarkan sukatan Sains Tahun 5.

3.4.3.3 Temubual

Pengkaji telah menggunakan kaedah temu bual untuk mengenal pasti masalah utama subjek

kajian. Temu bual merupakan satu Teknik yang amat berkesan untuk meninjau perpepsi

seseorang termasuk sikap, nilai dan pendapatnya. Melalui temubual, pengkaji boleh

memahami mengapa seseorang itu menghadapi sesuatu masalah (Chow Fook Meng dan Jaizah

Mahamud, 2011). Dalam melaksanakan tinjauan awal,pengkaji telah memulakannya dengan

bertanya kepada guru matapelajaran matematik bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh

murid supaya mendapat kepastian yang lebih mendalam terhadap kajian yang akan dijalankan.

Selain itu, pengkaji telah bertanya berkenaan dengan sikap murid di sekolah ini.

Antara soalan-soalan yang diajukan oleh pengkaji kepada guru kelas subjek matapelajaran

saians ialah:
35

1. Bagaimana sikap semasa berada di dalam kelas?

2. Apakah masalah utama subjek dalam topik kitaran air yang aiar ini ?

3. Apakah yang dapat menarik minat subjek ini dalam sesi pengajaran?

4. Bagaimana penglibatan murid semasa melaksanakan eksperimen berkaitan

topik kitaran air ini?

Pengkaji mengajukan soalan-soalan tersebut adalah untuk mengetahui aras pengetahuan murid

tentang kitaran air dan kecenderungan minat mereka untuk belajar..

3.5 Tatacara Kajian

Berikut adalah tatacara kajian yang dijalankan oleh pengkaji:


36

Rajah 3.2 :Carta alir tatacara kajian

Penghasilan soalan

Pengesahan Kajian rintis Pembetulan

Pengenalan Kaedah

Ujian pra & pos

Temubual

Analisis data

Perbincangan
37

3.6 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi dalam kajian ini terdiri daripada murid-murid tahun 5 di sebuah


sekolah iaitu sekolah rendah di kawasan daerah Kuala Langat pada sesi 2018.
Daripada populasi ini, responden adalah terdiri daripada semua murid dari dua buah
kelas tahun 5 yang terdapat di sekolah tersebut untuk menjadi responden kajian.

3.7 Kajian Rintis

Kajian rintis dilakukan untuk mendapatkan kesahan sebenar soal selidik yang
telah dibina oleh penyelidik. Selain itu, melalui kajian rintis penyelidik dapat
menganggar jumlah masa dan kesesuaian aras soalan sebelum kajian sebenar
dijalankan dan boleh mengubah bentuk soalan jika terdapat masalah kefahaman murid
terhadap soalan soal selidik dan soalan kefahaman yang telah dibina.
Seramai 15 orang murid daripada sebuah kelas tahun 5 di SJK (T) Telok
Datok terlibat dalam kajian rintis ini dan telah dipilih secara rawak. Peruntukan masa
selama 40 minit diberikan untuk menjawab soalan yang diberi. Kertas soalan itu
kemudiannya dikumpul dan dianalisis.

3.8 Prosedur Kajian

Kajian yang dilaksanakan oleh penyelidik di sekolah yang sama di mana kajian
rintis dilakukan. Sebelum kajian dijalankan, kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan
tradisional dan eksperimen (PBK) telah diberi ujian pra bagi menentukan tahap
pencapaian mereka dalam menjawab soalan mengenai konsep bagi tajuk kitaran air.
Soalan ujian pra meliputi beberapa tajuk yang telah pun dipelajari sebelumnya.
Selepas ujian pra, jawapan dikumpulkan dan dianalisis untuk mendapat skor bagi
setiap murid.
38

Langkah seterusnya, kumpulan eksperimen turut diberi pra borang soal selidik
untuk memerhatikan minat dan kencenderungan mereka dalam mempelajari sains dan
meninjau keberkesanan kaedah pengajaran eksperimen (PBK) dijalankan. Di samping
itu, kumpulan eksperimen pula diajar oleh pengkaji dengan menggunakan kaedah
pembelajaran berbantukan komputer (penggunaan perisian power point interaktif)
selama satu jam. Manakala kumpulan kawalan pula akan diajar oleh guru sains
mereka dengan kaedah tradisional.
Sejurus sesi pengajaran tamat, satu ujian pos akan dijalankan kepada kedua-
dua kumpulan. Ujian ini untuk menunjukkan keberkesanan penggunaan kaedah
pembelajaran berbantukan komputer dalam meningkatkan kefahaman murid terhadap
konsep kitaran air. Kumpulan eksperimen juga di minta menjawab soal selidik
berhubung dengan minat dan kecenderungan mereka dalam mata pelajaran sains
selepas kaedah eskperimen dijalankan. Berikut adalah rajah prosedur kajian:

Rajah 3.3 : Prosedur kajian

Aktiviti

Pra Ujian (Pengajaran Ujian Pos


Eksperimen)
39

3.9 Analisis Data (deskriptif)

Data dikumpulkan dan dianalisiskan dengan menghitung peratus murid yang


menjawab setiap soalan dengan betul. Peratus pilihan murid bagi setiap item jawapan
juga ditentukan. Dengan kaedah ini, maklumat berkaitan dengan tahap penguasaan
konsep sains dapat ditentukan dalam kajian ini boleh dikenalpasti.

Seterusnya, penganalisisan data dijalankan dengan menggunakan perisian


SPSS 16 untuk meneliti tahap penguasaan konsep sains bagi tajuk kitaran air yang
terlibat dalam kajian ini. Analisis data merangkumi proses mengumpul, mengolah,
menganalisis data dan mempersembahkan dapatan dalam bentuk yang difahami.

3.10 Rekabentuk Perisian

Bagi menjawab soalan penyelidikan data, perisian multimedia direkabentuk


dengan menggunakan program Microsoft Power Point dan terdapat unsur hyperlink
dengan perisian words, exel dan internet dalam memberi maklumat dan isi kandungan
pengajaran dan pembelajaran dalam topik kitaran air. Perisian ini dibentuk dengan
menggunakan pelbagai media seperti teks, grafik, audio, animasi dan unsur hyperlink.
Untuk mengelakkan kebosanan murid ketika menggunakan sesuatu perisian
rekabentuk antara muka adalah mudah, jelas dan menarik. Teks yang disediakan
adalah isi penting dalam bentuk ringkas, padat, tepat dan mudah difahami. Tambahan
pula, perisian yang dibina harus mudah dikendalikan oleh murid. Dalam perisian yang
dibina, murid dapat mengendalikan dengan mudah walaupun pengetahuan mereka
tentang pengendalian Microsoft Power Point adalah terhad. Jadi, pengkaji telah
menyediakan butang-butang navigasi untuk memudahkan pelompatan dari satu antara
40

muka sama ke hadapan, ke belakang atau kembali ke menu pilihan. Butang-butang


navigasi tersebut adalah seperti berikut dalam rajah bawah :

Rajah 3.4 : Menunjukkan contoh butang – butang navigasi

Soalan kuiz 1

Ke paparan Ke paparan Unser hyperlink


sebelumnya seterusnya

Kembali ke menu
utama

Responden diberi peluang untuk menggunakan program tersebut secara


individu. Seterusnya, latihan yang disediakan dalam rekabentuk ini dapat
membimbing murid dalam menguasai konsep yang terdapat dalam topik kitaran air
dan juga memberi rangsangan untuk meneruskan pembelajaran. Murid tidak perlu
bimbang yang mereka tidak dapat melaksanakan sepenuhnya arahan-arahan yang
diberi kerana pengkaji memastikan perisian tersebut berkualiti serta dapat bergerak
lancar semasa menggunakannya.
41

3.10.1 Carta Alir Perisian

Satu carta aliran perisian disediakan bagi memberikan suatu gambaran secara
grafik untuk rekabentuk perisian . Rajah 3.5 di bawah merupakan stuktur isi
kandungan perisian yang dibangunkan.

Rajah 3.5:Carta Alir Perisian

Skrin Tapak

Menu Utama

Objektif

Nota kitaran air Latihan Keluar

3.11 Penutup
42

3.11 Rumusan

Secara keseluruhannya, bab ini mengutarakan metadologi kajian yang


melibatkan dengan rekabentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian serta cara
pengumpulan dan pemprosesan data yang akan digunakan dalam kajian. Selain itu,
bab ini juga telah menerangkan cara pengkaji mentadbir pembelajaran berbantukan
komputer dijalankan di dalam kelas terhadap dua kumpulan iaitu kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan ini menduduki Ujian Pra
dan Ujian Pos. Kumpulan eksperimen diajar dengan menggunakan kaedah
berbantukan komputer manakala kumpulan kawalan diajar dengan kaedah
tradisional. Jadi diharapkan data yang didapati daripada kajian ini dapat menentukan
keberkesanan pembelajaran berbantukan komputer dalam sesi pembelajaran dan
pengajaran sains dapat meningkatkan pencapaian murid.

Anda mungkin juga menyukai