Anda di halaman 1dari 3

Karangan PT3 :cari isi penting dan tuliskan.

Kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum melayakkan seseorang murid itu dinobatkan
sebagai murid cemerlang.

Bincangkan faktor-faktor kejayaan murid cemerlang.

Kejayaan pelajar sering dikaitkan dengan kemampuan diri seseorang itu memperoleh sesuatu
yang membanggakan diri dan keluarga dalam pelajaran serta kokurikulum. Antaranya kejayaan pelajar
memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan mewakili sekolah atau negara dalam acara
sukan. Jadi, apakah yang membawa seseorang pelajar itu berjaya dalam bidang akademik dan
kokurikulum itu.

Sudah pasti sebab utama melibatkan galakan ibu bapa pelajar itu sendiri. Golongan tua ini
perlulah memberikan galakan kepada anak dengan menyediakan ruang untuk belajar dan membeli
keperluan kokurikulum anak seperti pakain seni pertahanan diri itu. Jelaslah, pelajar akan lebih berusaha
dalam akademik dan kokurikulum jika mereka melihat kesungguhan ibu bapa dalam memberikan
sokongan itu.

Selain itu, kejayaan pelajar juga banyak bergantung pada kemampuan diri sendiri. Maknanya,
pelajar hanya menyedari betapa pentingnya kejayaan dalam akademik dan kokurikulum akan berusaha
untuk mencapainya walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Ringkasnya, pelajar yang berjaya itu
mempunyai naluri ini melakukan sesuatu dengan sebaik mungkin tanpa mengira masalah yang bakal
berlaku.

Malah, pengaruh rakan sebaya juga amat penting dalam membawa kejayaan kehidupan pelajar
itu. Rakan yang baik bukan sahaja memberikan galakan tetapi juga satu persaingan positif yang
membawa pelajar memberikan usaha terbaik mereka dalam akademik dan kokurikulum. Jelaslah, rakan
yang tepat akan memberikan satu kelebihan kepada pelajar untuk berjaya dalam kehidupannya.

Tambahan pula, kejayaan pelajar turut ditentukan oleh pihak sekolah. Sudah banyak pihak
sekolah yang menganjurkan pelbagai kelas tambahan dan bengkel motivasi serta latihan kokurikulum
tertentu kepada pelajarnya. Sesungguhnya, usaha murni lagi gigih daripada pihak pengurusan sekolah itu
sendiri membawa kejayaan dalam diri pelajar mereka.
Kesimpulannya, semua faktor tadi membuktikan bahawa kejayaan pelajar dalam aspek akademik
dan kokurikulum boleh diperoleh dengan baiknya. Pelajar harus menyedari semua penyebab ini lalu
berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupan itu. Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan
ruyungnya manakan dapat sagunya yang membuktikan kejayaan memerlukan usaha gigih yang tinggi
sahaja.
Pendahuluan:

_____________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________

Isi penting:

1) ______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

2) ______________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

3) ______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

4) ______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

Kesimpulan:

_____________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai