Anda di halaman 1dari 77

KAEDAH MENGAJAR

Topik 4 :
Struktur Pengetahuan
(Taksonomi Objektif Pendidikan)
& Sekolah Bestari

Disediakan Oleh :
MALINA BINTI A. RASHID (L20092004823)
MOHD RAZIHAN CHE HUSSEIN (L20092004829)
HASRYYATI BINTI HASBULLAH (L20092004832)
SUHANAH BINTI HAMZAH (L20092004866)
Pengenalan
• Pelajar mempunyai tahap motivasi yang
berbeza, berbeza sikap terhadap
pengajaran dan pembelajaran, memberi
respon yang berbeza kepada
persekitaran bilik darjah dan amalan
pengajaran.
• Pelajar belajar dalam berbagai cara –
dengan melihat dan mendengar,
merefleksi dan melakukan, berfikir
secara logik dan intuitif, dan menghafal,
mengingat dan menggambarkan.
samb
• Pembelajaran melibatkan usaha menguasai
kemahiran dan pengetahuan di samping membentuk
sikap.
• Kajian dalam bidang psikologi dan pendidikan
menunjukkan individu mempunyai kemahiran yang
berbeza memproses maklumat.
• Kaedah tersendiri individu mencari, menyimpan dan
mengeluarkan semula maklumat dikenali sebagai
gaya pembelajaran (Felder dan Henriques, 1995).
• Oleh itu untuk berjaya, individu pelajar perlu memiliki
sifat belajar dan menguasai kaedah belajar untuk
mendapatkan pengetahuan dan kemahiran.
samb
• Menurut Selmes (1987), kemahiran belajar
adalah kemahiran yang membolehkan
seseorang pelajar mencari, menilai,
memilih, menyusun, menyimpan dan
menyampaikan ilmu pengetahuan.
Kemahiran belajar merupakan keupayaan
atau kecekapan yang dikuasai oleh
seseorang pelajar untuk mengumpul,
memproses dan menyimpan maklumat
serta menuju ke arah pembelajaran seumur
hidup.
Persoalan
• Adakah pelajar mempunyai gaya pembelajaran
yang berbeza atau adakah mereka mengamalkan
gaya pembelajaran yang sama?
• Apakah gaya pembelajaran yang menonjol (atau
dominan) yang diamalkan oleh mereka?
• Di samping itu, adakah mereka mempunyai tahap
amalan kemahiran belajar yang betul atau
sebaliknya?
• Apakah sikap mereka terhadap kemahiran belajar
dan aspek kemahiran belajar yang manakah yang
kurang ditekankan oleh pelajar?
Aspek-aspek Perbezaan Individu

1. Jantina 10. Lokasi tempat tinggal


2. Fizikal 11. Kecerdasan
3. Kecerdasan otak 12. Aspirasi/motivasi
4. Bangsa dan bahasa 13. Status sosio-ekonomi
5. Personaliti/sahsiah 14. Sistem nilai/norma
6. Kesihatan 15. Gaya kognitif atau
7. Sosial gaya belajar
8. Emosi 16. Budaya dan world
9. Kesihatan/penyakit view
Taksonomi Bloom
• Dalam tahun 1956, Profesor Benjamin Bloom, daripada
University of Chicago, memperkenalkan Taksonomi
Objektif Pendidikan
• (Taxonomy of Educational Objectives) yang termasyhur
itu.Taksonomi Objektif Pendidikan menyediakan satu
kerangka untuk keseluruhan panorama objektif
pendidikan. Taksonomi ini menyediakan satu skema
kemahiran yang bertingkat-tingkat(hierarki).
• Keseluruhan Objektif Pendidikan ini terbahagi kepada
tiga domain yang besar iaitu:
1. Kognitif,
2. Afektif, dan
3. Psikomotor.
Domain pengajaran
• Domain kognitif- berkait dengan
perkembangan dan aktiviti mental.
• Mengambilkira tingkahlaku berkaitan
pengetahuan, pemahaman, aplikasi,
analisis,sintesis, dan penilaian.
Contoh:
• Pada akhir kelas pelajar dapat
menamakan ibu negara Malaysia dengan
tepat
samb
• Domain psikomotor - berkait perkembangan
dan aktiviti kemahiran motor atau pergerakan
fizikal.
• Mengambilkira tingkahlaku berkaitan kemahiran
manipulatif yang menekankan pergerakan
seperti
membaca, menulis, menjahit, melompat,
menggunting dll.
• Contoh:
• Pada akhir kelas pelajar dapat melukis peta
Malaysia dengan baik.
samb
• Domain afektif- menekankan tentang
perasaan, emosi, sikap, dan nilai
individu.
Contoh:
• Selepas mengikuti ceramah tentang
sejarah kemerdekaan negara, pelajar
dapat menunjukkan perasaan cintakan
negara dengan ikhlas
Aras aras dalam domain
kognitif:Taksonomi Bloom

1. Aras pengetahuan
2. Aras kefahaman
3. Aras aplikasi
4. Aras analisis
5. Aras sintesis
6. Aras penilaian
Aras Pengetahuan
• Aras pengetahuan-membolehkan pelajar mengingat
fakta dan maklumat seperti definisi, maksud, istilah
dll.
• Pengingatan semula tentang yang khusus (spesifik)
dan yang umum (universal),pengingatan semula
kaedah dan proses, atau pengingatan semula pola,
struktur,atau kedudukan dan sekitaran.
• Pengingatan semula hanya melibatkan menerbitkan
kembali kepada fikiran kita perkara atau benda yang
disoal itu. Kemahiran mental yang ditekan di sini
hanyalah proses mengingat semula
Samb…
1. Pengetahuan peraka spesifik
2 .Pengetahuan tentang cara dan kaedah mengendalikan
perkara spesifik
3 .Pengetahuan umum (universal) dan abstrak dalam
sesuatu bidang

Contoh soalan pada aras pengetahuan Contoh 1


Definisi pecutan ialah

A. jisim/daya
B. perubahan halaju/masa
C. jisim/halaju
D. jarak/masa
E. rintangan/daya
Kefahaman
• Pada aras ini, pengetahuan tentang fakta,teori,
kaedah dsb adalah dianggap telah dikuasai, dan
seseorang diuji sama ada dia memahaminya atau
tidak pengetahuan itu.
• Kefahaman merupakan tahap faham yang terendah. Ia
merujuk kepada proses pemahaman atau tanggapan
dalam minda yang membolehkan seseorang individu
mengetahui apa yang telah disampaikan dan boleh
mengguna bahan atau idea tersebut tanpa bantuan
maklumat lain.
1. Terjemahan
2. Pentafsiran
3 .Ekstrapolasi
samb
Contoh soalan pada aras pemahaman (terjemahan)
Contoh 2

“Milton! Thou should be living at this hour: England


hath need of thee: she is a fen of stagnant waters” –
Wordsworth. The metaphor, “she is a fen of stagnant
waters” indicates that Wordsworth felt that
England was
A. largely swampy land
B. in a state of turmoil and unrest
C. making no progress
D. in a generally corrupt condition
Aras Aplikasi
• Pada aras ini, seseorang diperlukan
mengaplikasikan pengetahuan dan
pemahamannya kepada situasi yang baru
• Penggunaan idea-idea umum, peraturan-
peraturan, atau kaedah-kaedah umum
pada situasi yang baru. Ia boleh
melibatkan prinsip-prinsip yang teknikal,
idea-idea, dan teori-teori yang mesti
diingat, difahami dan diguna semula pada
situasi yang baru.
Samb…
• Contoh soalan pada aras aplikasi
Contoh 3
Tangga yang masuk ke dalam kolam mandi kelihatan
bengkok di tempat ia memasuki air. Yang manakah di
antara berikut baik sekali menerangkan fenomena ini?

A. Biasan cahaya oleh permukaan air


B. Serakan cahaya ketika cahaya memasuki air
C. Biasan cahaya disebabkan oleh perbezaan halaju
cahaya di dalam udara dengan halaju cahaya di
dalam air
D. Cahaya tidak bergerak lurus dalam air
Aras Analisis
• Analisis memerlukan seseorang itu
memecah-mecahkan fakta yang diberi
kepada bahagian bahagian atau elemen-
elemen supaya pertalian di antara mereka
dapat diperjelaskan.
Contoh:
Jika anda adalah seorang pegawai polis
yang ditugaskan untuk menyelidik suatu
kejadian kemalangan jalan raya, apakah
maklumat yang anda sepatutnya kumpulkan
untuk membuat laporan?
Samb…
• Analisis mencerakinkan bahan yang disampaikan kepada
bahagian-bahagian atau elemen-elemen supaya hierarki
bahagian-bahagian itu dan pertalian di antara mereka
dapat diperjelas atau menjadi nyata.
• Pencerakinan begini adalah bertujuan untuk memperjelaskan
lagi apa yang hendak disampaikan, dan untuk menyatakan
bagaimana maklumat yang disampaikan itu telah disusun,
dan juga untuk menunjukkan bagaimana ia diatur untuk
memberi kesan yang dikehendaki, dan menerangkan asas
bagi penyusunan tersebut.

1. Analisis elemen
2. Analisis pertalian
3 .Analisis prinsip organisasi
Samb…
• Contoh 4 Contoh soalan pada aras analisis

Cahaya mempunyai ciri-ciri gelombang. Yang manakah di


antara berikut merupakan bukti eksperimen yang terbaik
kepada penyataan di atas.

A. Cahaya dipantulkan oleh cermin.


B. Satu alur cahaya tersebar apabila ia melalui
satu bukaan kecil.
C. Satu alur cahaya dipecahkan kepada tujuh
warna apabila ia melalui satu prisma.
D. Cahaya menyebabkan arus elektrik mengalir
dalam litar sel foto elektrik
Aras sintesis
• Pada peringkat ini, anda dikehendaki untuk
menggunakan fakta, maklumat dan
pengalaman yang ada untuk
menyatukannya menjadi satu laporan,
alasan, pelan, atau penghujahan yang
teratur dan sistematik.
Contoh:
Sebagai seorang pegawai polis, anda telah
mengumpul maklumat tentang suatu kejadian
kemalangan jalan raya. Sediakan satu
laporan tentang kejadian tersebut untuk
dibawa ke mahkamah.
Samb…
• Sintesis mencantumkan semula elemen-elemen atau
bahagian-bahagian supaya menjadi satu tubuh kembali.
• Ini melibatkan proses bekerja dengan bahagian-bahagian,
elemen-elemen atau unsur-unsur dan proses mengatur,
menyusun dan mencantum supaya ia membentuk satu
pola atau struktur yang dahulunya tidak jelas kelihatan.

1. Pembinaan suatu bahan komunikasi yang unggul


2. Penghasilan pelan atau cadangan operasi
3. Mendeduksikan satu set pertalian abstrak

• Contoh soalan pada aras sintesis


Contoh 5 Gubah satu sajak bertajuk “Guru”.
Aras Penilaian
• Memerlukan kepada penulisan yang logik
dan sistematik, kaedah penyelidikan yang
sah, interpretasi data yang logik, dan
pertimbangan yang adil.
Contoh:
Anda sekarang seorang hakim. Berdasarkan
maklumat yang telah di sampaikan oleh pihak
polis, tentukan siapakah yang bersalah di
dalam kejadian kemalangan jalan raya
tersebut.
Samb…
• Penilaian ialah pertimbangan yang dibuat tentang nilai
sesuatu bahan atau nilai sesuatu kaedah bagi
sesuatu tujuan. Ia termasuk pertimbangan kualitatif
dan kuantitatif tentang sejauh mana bahan atau
kaedah itu memenuhi satu set kriteria. Kriteria pula
boleh yang telah ditetapkan atau yang dibina sendiri.

1. Pertimbangan yang merujuk kepada kriteria


dalaman
2. Pertimbangan yang merujuk kepada kriteria luaran
Contoh soalan pada aras penilaian
Contoh
Kritik puisi “Nelayan” karangan Usman Awang
PENGUBAHSUAIAN
TAKSONOMI OBJEKTIF

 Abdul Aziz Abdul Talib (1993), taksonomi


digunakan oleh guru untuk memilih dan
mengatur objektif P&P dalam kandungan
mata pelajaran
 Digunakan oleh pengkaji untuk menguji dan
mengukur keberkesanan P&P
 Dlm bidang kajian bahasa, pengkaji
mengubahsuai taksonomi untuk menjadikan
lebih tepat dan berupaya mengukur
keupayaan pemahaman membaca pelajar
Sanders (1966)

• 7 tahap pengelasan soalan kefahaman


berdasarkan taksonomi Bloom :
1. Tahap ingatan
2. Tahap terjemahan
3. Tahap interpretasi
4. Tahap aplikasi
5. Tahap analisis
6. Tahap sintesis
7. Tahap penilaian
Santoz (1976)

• Berasaskan taksonomi yang diasaskan


oleh Bloom dan Sanders
• 6 peringkat aras pemahaman

1. Peringkat mengecam dan mengingat butiran


o Mengingat semula maklumat yg terdapat dalam
petikan
o Aktiviti – memberi tindak balas terhadap fakta,
senarai maklumat, ingat nama, tempat tarikh dan
sebagainya
Samb…
2. Peringkat terjemahan
o Kebolehan menulis semula maklumat yang diperolehi
dengan menggunakan perkataan sendiri tanpa
menghilangkan maksud asal
o Aktiviti – menulis semula masalah, menceritakan
semula, menukar bahasa dan sebagainya

3. Peringkat aplikasi
o Mengingat semula pengalaman dan kemahiran untuk
digunakan bagi menerangkan dan menyelesaikan
masalah dalam situasi yang berlainan
o aktiviti – membuat perbandingan, pemerhatian, teori
untuk menyelesaikan masalah dan mengunakan
kemahiran untuk menguasai sesuatu bidang dan
mencipta sesuatu
Samb…
4. Tahap analisis
o Mencerakin dan mengenal bahagian2 tertentu
seperti komponen
o Aktiviti – mengesan ciri2 sesuatu,
menyenaraikan butiran, tentukan objektif

5. Tahap sintesis
o Kebolehan untuk merumus teks/bahan
o Menggunakan pengalaman @ pengetahuan
sedia ada untuk mencipta sesuatu yang baru
o Aktiviti – membina konsep, menentukan tajuk
kajian dan membuat konklusi
Samb…

6. Tahap penilaian
– Membuat pengadilan, justifikasi @
mengukur keupayaan
– Berdasarkan kriteria tertentu
– Aktiviti – menilai perkaitan sesuatu,
mengkritik bahan, menilai kekuatan dan
kelemahan dan lain-lain
Barrett (1972)
• Dibahagikan kepada 6 peringkat
1. Peringkat pemahaman literal
• Tahap kebolehan yang paling rendah dan
mudah
• Memproses idea2 dan pengatahuan yang
dinyatakan secara terus-terang
• Mencari maklumat dan mengingati fakta yang
terkandung dalam teks
• Proses mengeluarkan apa yang ada dalam
memori ingatan selepas pembelajaran
• Melibatkan jenis soalan mudah dan ringkas
Samb…
2. Peringkat pemahaman terjemahan (reorganization)
– Memahami dan menulis semula maklumat yang dibaca
tanpa mengubah maksud asal
– Memerlukan daya intelek yang kuat bg
menginterpretasikan secara ilmiah
– Masih pada tahap peringkat rendah

3. Peringkat pemahaman aplikasi


– Melibatkan mengingat semula pengalaman dan
kemahiran; mengetahui apa dan bila suatu prinsip
dapat dilakukan dan menggunakan dengan berjaya
– Melakukan sesuatu berdasarkan pengalaman dan
pengetahuan yang ada dan diaplikasikan dalam
konteks yang baru
Samb…
4. Peringkat pemahaman analisis
– Dapat menganalisis maklumat yang terdapat
dalam teks
– Dapat mengaitkan dengan maklumat lain
– Keupayaan membandingkan sesuatu

5. Peringkat pemahamah inferens


– Melibatkan memahamkan teks, menginterpretasi,
kenalpasti perkaitan dan dapat membuat telahan
– Dapat berfikir scr logik dan tepat suatu maklumat
– Tahap benar2 faham dan dapat membuat rumusan
dengan logik dan tepat (Safiah Osman, 1990)
Samb…

6. Peringkat pemahaman penilaian


– Tahap pemahaman yang tertinggi
– Boleh mengadili sesuatu dengan tepat;
betul @ salah suatu maklumat
– Pembaca akan mempertimbangkan
kewajaran isi, kekuatan dan kelemahan
suatu bahan
– Pembacaan yang kritis dan dilihat dalam
pelbagai aspek
PENULISAN OBJEKTIF
PENGAJARAN
• Suatu pernyataan yang telah ditentukan
yang perlu dicapai oleh pelajar
mengikut tahap2 tertentu
• Meliputi pengetahuan, kemahiran,
perubahan tingkah laku, sikap perangai
dll
• Boleh diukur dengan mengambil kira
syarat2 yang telah ditetapkan
Kepentingan objektif
pengajaran
• 3 perspektif
– Pelajar
• Memberikan maklumat jangkaan terhadap apa
yang telah dapat dipelajari oleh pelajar
– Guru
• Memberikan rangka tindakan untuk proses
P&P
– Pentadbir
• Untuk menyemak proses P&P yang dijalankan
oleh guru mengikut sukatan pelajaran
Samb…
• Membantu guru menjalankan P&P dgn
sistematik dan berkesan
• Menentukan strategi mengajar
• Mengenalpasti bahan2 pengajaran
• Menentukan tugasan @ aktiviti yang
hendak dijalankan
• dll
Bentuk Objektif Pengajaran
1. Objektif Am (objektif umum/objektif implisit)
 Untuk melihat pencapaian bagi keseluruhan
program pembelajaran atau pendidikan.
 Contoh penulisan objektif am:
i. Setelah mengikuti beberapa siri pembelajaran,
pelajar dapat memahami apa yang diterangkan
oleh guru.
ii. Pelajar dapat menghayati beberapa perkara
berkaitan peristiwa sejarah.
iii. Pada akhir pembelajaran pelajar dapat
mengetahui cara-cara untuk meningkatkan
prestasi sendiri.
Samb…
2. Objektif Khusus (objektif khas/objektif
eksplisit)
 Adalah objektif tingkah laku. Ia dinyatakan untuk
mengesan pencapaian pelajar sebaik-baik sahaja
sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu berakhir.
 Contoh penulisan objektif khusus:
i. Berdasarkan kepada contoh yang diberikan, pada
akhir pembelajaran, pelajar dapat memberikan
penjelasan dengan sempurna terhadap cara-cara
berfikir gaya induktif.
ii. Melalui tayangan klip video, pelajar dapat mengingati
perjalanan rentetan peristiwa dengan jelas.
iii. Pelajar dapat menyatakan dengan jelas dan
berkesan.
SYARAT-SYARAT MENULIS OBJEKTIF
Objektif Pengajaran yang lengkap melibatkan beberapa elemen :

1) Tingkahlaku, kebolehan atau kemahiran. Pernyataan objektif


harus melibatkan kata kerja yang eksplisit iaitu action verb
seperti menganalisis, mengenalpasti, mengukir, membancuh
dan lain-lain.

contoh:
a) Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat menerangkan sifat-
sifat seorang budak yang baik.
b) Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat menyatakan cara-
cara membentuk konsep dalam minda kita.
c) Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat membandingkan dua
jenis permainan yang telah dipelajarinya dengan baik.
Samb…

2) Situasi, keadaan atau had-had dimana sesuatu tingkah


laku akan dilakukan. Bahagian ini menerangkan apakah
bahan atau peralatan yang diberikan kepada pelajar untuk
melakukan tingkahlaku berkenaan.

contoh :
a) Dengan menggunakan bahan petikan yang telah dikaji,
pada akhir pelajaran pelajardapat membina satu alat
tertentu daripada bahan-bahan yang disediakan.
b) Dengan berpandukan gambarajah yang diberi, pada akhir
pembelajaran, pelajar dapat menghuraikan keadaan muka
bumi di negeri Kelantan dengan berkesan.
c) Melalui maklumat yang diberi, pelajar dapat membina satu
peta konsep dengan sempurna.
Samb….
3) Kriteria atau piawai yang menerangkan paras penguasaan
atau kecekapan yang perlu dicapai oleh pelajar untuk
menunjukkan pencapaian objektif.

contoh :
a) Berdasarkan petikan yang dikaji, pada akhir pelajaran,
pelajar dapat menjawab 8 daripada 10 soalan dengan
tepat.
b) Berdasarkan fakta-fakta yang diberi, pada akhir pelajaran
pelajar dapat menyusun semua maklumat mengikut
kategori masing-masing dengan sempurna.
c) Berdasarkan petikan yang diberi pada akhir pelajaran,
pelajar dapat merumuskan isi karangan tersebut dalam
masa lima minit.
Samb….

4) Lazim juga sesuatu objektif itu memerlukan si


pembuatnya, iaitu siapakah yang diharapkan dapat
menghasilkan produk sesuatu pembelajaran itu.

contoh :
a) Berdasarkan data yang disediakan, pada akhir
pelajaran, pelajar dapat menciptakan satu carta pai
yang sempurna.
b) Berdasarkan ransangan yang diberi, pada akhir
pelajaran, pelajar dapat menyelesaikan enam
daripada lapan masalah dengan tepat.
ARAS
PENGETAHUAN

ARAS
KEFAHAMAN

ARAS APLIKASI
ARAS
TAKSONOMI ARAS ANALISIS

ARAS
SINTESIS

ARAS
PENILAIAN
Penulisan Objektif Berdasarkan
Aras Taksonomi
ARAS PENGETAHUAN
I. Berdasarkan penerangan yang diberi, pada akhir
pembelajaran, pelajar dapat mengenalpasti lima sebab
seseorang itu boleh gagal dalam peperiksaan.
II. Berdasarkan cerita yang dibincangkan, pada akhir
pelajaran, pelajar dapat menyebutkan lima watak jahat
dan dua watak baik dalam cerpen tersebut.

Soalan-soalan aras pengetahuan :


III. Nyatakan lima sebab mengapa seseorang itu boleh
gagal dalam peperiksaan.
IV. Nyatakan lima watak jahat dan dua watak baik dalam
cerpen tersebut.
Samb…

Perkataan action verb yang sesuai


digunakan untuk aras ini :
- Mengulangkan
- Merakamkan
- Menyenaraikan
- Memberitahu
- Menyatakan
- Mengenalpasti
- mendefinisikan
ARAS KEFAHAMAN
I. Berdasarkan gerak kerja yang dilakukan, pada akhir
pelajaran, pelajar dapat menerangkan proses
menyediakan oksigen dengan sempurna.
II. Berdasarkan petikan yang dibaca, pada akhir pelajaran
pelajar dapat menjelaskan enam idea utama dalam
petikan tersebut.

Soalan-soalan aras kefahaman :


III. Terangkan bagaimanakah proses menyediakan gas
oksigen?
IV. Jelaskan enam idea utama dalam petikan tersebut?
Samb…
Perkataan action verb yang sesuai digunakan
untuk aras ini :
- Menyatakan - Menjelaskan
- Melaporkan - Merumus
- Mengulas - Memberitahu
- Mentafsir - Menceritakan
- Menerangkan - Memberi maksud
- Mengenalpasti
ARAS APLIKASI
I. Berdasarkan perbincangan guru, pada akhir
pelajaran, pelajar dapat menulis karangan
berformat dengan sempurna.
II. Berdasarkan penerangan yang diberi, pada akhir
pelajaran, pelajar dpat menulis sepucuk surat
kiriman rasmi dengan betul.

Soalan-soalan aras ini :


III. Tuliskan sebuah karangan berformat dengan
dengan sempurna.
IV.Tuliskan sepucuk surat rasmi dengan sempurna.
Samb…
Perkataan action verb yang sesuai digunakan untuk
aras ini :
- Menterjemahkan - mengilustrasi
- Mentafsirkan - menjangkakan
- Mengaplikasikan - mempraktikkan
- Menggunakan - mengira
- Menunjukkan cara - menunjukkan
- Menyusun - mendramatisasikan
- Menjadualkan - melakar
- Melukis
ARAS ANALISIS
I. Berdasarkan penerangan guru, pada akhir
pengajaran, pelajar dapat membezakan dua
pendekatan mengajar dengan tepat.
II. Berdasarkan petikan yang dibaca, pada akhir
pelajaran, pelajar dapat menyatakan sebab-sebab
berlakunya penyakit denggi.

Soalan-soalan aras ini :


III. Bezakan dua pendekatan mengajar dengan tepat.
IV.Nyatakan apakah sebab-sebab berlakunya penyakit
denggi.
Samb…
Perkataan action verb yang sesuai
digunakan untuk aras ini :
- Mencerakin - memeriksa
- Membezakan - mengkaji
- Membandingkan - membahaskan
- Mengira - mengkritik
- Mencirikan - mengulas
- Menganalisis
- mengkategorikan
ARAS SINTESIS

I. Berdasarkan penerangan yang disampaikan, pada akhir


pengajaran, pelajar dapat mereka bentuk satu cadangan
pengajaran untuk pelajar yang kurang bernasib baik.
II. Berdasarkan isu ysng dikaji, pada akhir pengajaran,
pelajar dapat menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan secara bijaksana terhadap isu yang dihadapi
oleh penduduk setempat.

Soalan-soalan aras ini :


III. Reka bentuk satu rancangan pengajaran untuk pelajar
yang kurang bernasib baik.
IV. Selesaikan masalah dan buat satu keputusan yang
bijaksana terhadap isu yang dihadapi oleh penduduk
setempat.
Samb…
Perkataan action verb yang sesuai digunakan
untuk aras ini :
- Membezakan - Menyusun atur
- Merancang - Memasang
- Mencadangkan - memungut
- Mereka bentuk - mengurus
- Mencipta - mencerakin
- Merumuskan - menyediakan
- Membina - menggubah
- menghasilkan
ARAS PENILAIAN
I. Berdasarkan petikan yang dibaca, pada akhir
pengajaran, pelajar dapat memberikan lapan kekuatan
dan empat kelemahan yang terdapat pada sisitem
pendidikan di negara ini.
II. Berdasarkan rencana yang dibaca, pada akhir
pengajaran pelajar dapat menyatakan empat
pendapatterhadap keruntuhan akhlak muda mudi kini.

Soalan-soalan aras ini :


III. Beri lapan kekuatan dan empat kelemahan yang
terdapat pada sistem pendidikan negara ini.
IV. Nyatakan empat pendapat terhadap keruntuhan akhlak
muda mudi kini.
Samb…

Perkataan action verb yang sesuai


digunakan untuk aras ini :
- Mengadili - mentaksir
- Memuji - mengkritik
- Menilai - menganggarkan
- Memberi kadar- merumus
- Mengukur - menghakimkan
Taksonomi Objektif
(Domain Afektif)
- Domain afektif melibatkan aspek kerohanian dan
memberi penekanan kepada pertumbuhandan
perkembangan sikap, perasaan, emosi dan nilai
yang wujud pada diri seseorang khususnya
pelajar.
- Krathwohl Bloom, Masia (1964) telah
mengklasifikasikan domain afektif ini kepada
empat kategori, iaitu peringkat penerimaan,
peringkat memberi gerak balas, peringkat
rasa bernilai dan peringkat mengorganisasi.
Samb…
1. Aras Penerimaan
- Ada hubungan dengan kemahuan pelajar-pelajar
memberi perhatian.
- Menekankan kepada kebolehan mendengar dengan
penuh minat atau pendapat, menanyakan soalan-
soalan dan menjawab dengan lengkap.
- Contoh : pada akhir pengajaran, pelajar sedar tentang
tiga jenis kepercayaan agama utama bagi penduduk
Malaysia.
- Ada 3 perkara yang perlu diberi perhatian
a) Tahap kesedaran
b) Kesudian untuk menerima
c) Perhatian yang terkawal atau terpilih
Samb…
2. Gerak Balas
- Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan
mendapat kepuasan daripadanya.
- Pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang
mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.
- Contoh : pelajar dapat membezakan antara tingkah
laku yang baik dengan tingkah laku yang buruk.
- Proses gerak balas berakhir dengan tahap kepuasan
selepas melibatkan diri dengan memberi gerak balas
terhadap rangsangan :
a) Persetujuan untuk bertindak balas.
b) Kesudian untuk bertindak balas.
c) Kepuasan dalam bertindak balas.
Samb…
3. Rasa Bernilai
- Ia menekankan penilaian dan penghargaan
pelajar terhadap sesuatu ransangan.
- Pelajar berupaya membuat pertimbangan
sesuatu aktiviti berasaskan nilainya kepada diri
sendiri.
- Contoh : pelajar berupaya menunjukkan tingkah
laku yang baik sebagaimana yang dituntut oleh
agama.
a) Penerimaan sesuatu nilai
b) Kecenderungan terhadap sesuatu nilai
c) Penglibatan
Samb…
4. Organisasi
- Membentuk sesuatu sistem nilai.
- Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dengan
keutamaan antara nilai-nilainya.
a) Penanggapan sesuatu nilai - pelajar mengenali ciri-ciri
asas nilai itu.
b) Organisasi sesuatu sistem nilai – beberapa nilai
dipertimbangkan secara serentak dan dibina dalam satu
hubungan yang teratur. Contoh : seorang pelajar
terpaksa merancang aktiviti-aktiviti kelasnya
berdasarkan kepada penilaiannya terhadap
pertandingan, kerjasama dan gred.
Samb…
5. Perwatakan
- Ia menekankan ketekalan tingkah laku dengan
sistem nilai yang dianuti oleh sesorang.
- pelajar mempunyai falsafah tersendiri dan falsafah
hidup ini dapat dizahirkan secara automatik apabila
perlu.
- Terdapat 2 peringkat aras perwatakan :
a) Set penyamarataan- melibatkan pembentukan set
umum di mana individu menggarap, memproses dan
bertindak terhadap sesuatu keadaan mengikut sistem
nilai yang dianuti.
b) Perwatakan- pada peringkat ini individu bertindak
berdasarkan falsafah kehidupan atau world view
Taksonomi Objektif (domain
psikomotor)

- Ia memberi penekanan kepada perkembangan


pergerakan anggota seseorang pelajar secara
sistematik.
- Bidang ini melibatkan semua bentuk
pergerakan anggota seperti bercakap, menulis,
makan, melompat, membaling, menangkap,
berlari dan berjalan.
- Ia mempunyai 5 aras :
Samb…
1. Persepsi
- Ia adalah proses menjadikan seseorang individu itu
mengetahui atau sedar tentang objek, kualiti dan
hubungan-hubungan melalui alat-alat deria.
- Ia melibatkan 3 perkara :
a) Ransangan deria – ia melibatkan satu atau lebih alat-alat
deria seperti pendengaran, penglihatan, sentuhan, rasa
dan kinestetik.
b) Pemilihan tanda saran – memutuskan apakah tanda saran
yang harus dipilih untuk memenuhi keperluan
perlaksanaan tugas.
c) Terjemahan – menghubungkan persepsi kepada tindakan
dalam melaksanakan satu tindakan motor. Ia merupakan
proses mental bagi menentukan makna tanda saran yang
diterima untuk tindakan. Ia melibatkan maklumbalas iaitu
pengetahuan daripada kesan proses.
Samb…
2. Set
- Ialah satu kesediaan untuk sesuatu jenis aksi atau
pengalaman.
a) Set mental – kesediaan untuk melaksanakan satu
tindakan motor yang tertentu. Diskriminasi iaitu
menggunakan pertimbangan dalam membuat
perbezaan adalah sesuatu aspek.
b) Set fizikal – kesediaan menjadikan penyesuaian
anatomis( berhubung dengan tubuh).ia melibatkan set
penerima iaitu penyertaan deria.
c) Set emosional – kesediaan dipandang dari segi sikap,
sesuai untuk tindakan motor berlaku.
Samb…
3. Gerakan Terbimbing
- Adalah tindakan perlakuan seseorang individu yang
nyata bawah bimbingan seorang tenaga pelajar.
- Ada terdapat 2 kategori :
a) Meniru – adalah perlaksanaan satu tindakan yang
merupakan satu tindak balas secara terus terhadap
persepsi seorang lain yang memerlukan tindakan
itu.
b) Cuba dan ralat – pembelajaran tindak balas berlipat
ganda yang membolehkan satu tindakbalas yang
tepat dipilih daripada pelbagai perlakuan, mungkin
melalui pengaruh hadiah atau hukuman.
Samb…
4. Mekanisme
- Pada peringkat ini pelajar telah mencapai satu keyakinan
dan kemahiran. Tindakan ini mungkin lebih kompleks
daripada peringkat permulaan. Kebolehan digabungkan
untuk mendapatkan kemahiran itu.

5. Gerak balas nyata yang kompleks.


- Pada peringkat ini, satu kadar kemahiran yang tinggi telah
dicapai.
- Terdapat dua kategori :
a) Ketepatan tidak kepastian – tindakan itu dilakukan tanpa
ragu-ragu untuk mendapatkan satu gambaran rangkaian
tugas.
b) Perlakuan automatik – sesorang itu boleh melakukan satu
kordinasi kemahiran motor dengan kawalan ototdan
mengerjakannya dengan mudah sekali.
TAKSANOMI OBJEKTIF (DOMAIN
PSIKOMOTOR)

• Kemahiran / kebolehan
• Penekanan perkembangan pergerakan
anggota seseorang pelajar secara
sistematik.
• Kebolehan otak menerima &
memproses bahasa – alat artikulasi.
• Terdapat 5 aras.
5 Aras Psikomotor

• Persepsi
• Set
• Gerakan Terbimbing
• Mekanisme
• Gerak Balas Nyata yang Kompleks
Persepsi

 Proses menjadikan seseorang individu


mengetahui / sedar tentang objek
kualiti dan hubungan melalui alat deria.
 Rangsangan Deria
 Pemilihan Tanda Saran
 Terjemahan
Set
 Adalah kesediaan untuk sesuatu jenis aksi
atau pengalaman
 Set Mental - Libatkan aras Persepsi.
Wujud diskriminasi untuk membuat
perbezaan dan pertimbanagan.
 Set Fizikal – Kesediaan penyesuaian
anatomis (tubuh)
 Set Emosional – Kesediaan dari segi
sikap sesuai tindakan motor berlaku.
Kerelaan untuk bertindak balas.
Gerakan Terbimbing
• Langkah permulaan membentuk kemahiran.
• Di bawah bimbingan tenaga pelajar
• Kesediaan dari segi SET untuk menghasilkan tindak
balas.
Meniru Cuba Dan Ralat

 Satu tindak balas  Mencuba pelbagai


secara terus tindak balas
terhadap persepsi sehingga
orang lain yang mencapai tindak
melakukan balas yang tepat.
tindakan itu.
Mekanisme

• Tindak balas yang dipelajari menjadi


habitat
• Telah ada keyakinan dan kemahiran
• Kebolehan-kebolehan digabungkan
untuk mendapatkan kemahiran.
Gerak Balas Nyata yang Kompleks
• Individu boleh melakukan tindakan motor yang
kompleks.
• Kadar kemahiran yang tinggi
• Menggunakan kuasa dan tenaga yang minimum.
Ketetapan Pelakuan Automatik
ketidakpastian
 Seseorang itu boleh
 Tindakan dilakukan melakukan 1
tanpa ragu-ragu untuk kordinasi kemahiran
mendapatkan 1 motor dengan
rangkaian tugas. kawalan otot dan
 Maju dengan melaksanakan
keyakinannya. dengan mudah.
Konsep Sekolah Bestari

• Pengajaran-Pembelajaran
• Pengurusan & Pentadbiran
• Sumber Manusia, Kemahiran &
Tanggungjawab
• Proses
• Teknologi
• Dasar
Objektif Sekolah Bestari

• Hasilkan tenaga kerja yang


berpemikiran & celik teknologi
• Mendemokrasikan pendidikan
• Meningkatkan penyertaan pihak yang
berkepentingan
• Memupuk perkembangan menyeluruh
individu.
Sekian…

TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai