Anda di halaman 1dari 9

Kajian Tindakan Kajian Tindakan adalah satu jenis penyelidikan yang berbentuk renungan kendiri dan melibatkan penyelidik

sendiri mengkaji amalan yang lazim dilakukan dalam bidang tugas mereka. Ia juga ialah salah satu kaedah penyelidikan yang kini digunakan dengan meluas dalam pendidikan. Kebanyakkan kaedah penyelidikan ini digunakan oleh guru dengan tujuan memperbaiki pengajaran mereka. Kaedah ini juga menggalakan guru memikirkan dengan mendalam tentang pengajaran mereka. Kajian tindakan melibatkan pengumpulan dan pentafsiran data untuk memahami dengan mendalam aspek-aspek tertentu pengajaran dan berlainan daripada kaedah penyelidikan lain kerana ia bertumpu kepada penyelidik melihat diri sendiri dan mencari jalan memperbaiki pengajaran. Somekh (1989) menyatakan penyelidikan tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing. (1988) pula mentafsirkan kajian McNiff tindakan sebagai satu pendekatan untuk

memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guruguru lain secara bersama. Menurut Gray: 2004, kajian tindakan adalah perkara yang praktikal yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku secara semulajadi. Penyelidikan merupakan kaedah yang penting untuk mendapatkan kesan berlakunya perubahan. Dengan kata lain, kajian tindakan merupakan proses penyelidikan yang dilakukan untuk mendapatkan kesan perubahan ke atas perkara yang dikaji. Menurut beliau lagi, kajian tindakan adalah latihan profesional yang menggunakan metodologi pengkajian untuk merubah pemikiran secara profesional.

Mengapa guru perlu membuat kajian tindakan Para guru dapat meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha berkongsi pengalaman. Boleh perbaiki prestasi dan kepuasan kerja. Menyelesaikan masalah -masalah professional tanpa arahan luar. Memperkembangkan kemahiran professional guru khususnya mengenal pasti teknik atau kaedah pembelajaran yang

berkesan untuk memperbaiki kefahaman tentang amalan dan situasi amalan tersebut dilakukan untuk melibatkan penyelidik dalam semua peringkat penyelidikan . Bagi menggalakkan penglibatan/penyertaan bagi mereka yang ingin memperbaiki mutu kerja/amalan mereka. Semua ini memerlukan usahasama di antara pihak-pihak yang terlibat. Kajian tindakan merupakan proses pembelajaran yang teratur dan dapat membentuk komuniti yang bersifat kritis terhadap persekitaran dan diri mewujudkan satu sendiri. Ia juga dapat menggalakkan fikiran yang terbuka bagi membantu perkembangan teori dan amalan secara serentak. Penyelidikan kumpulan manusia yang kritis dan bekerjasama dalam proses penyelidikan. Ia akan berkembang melalui lingkaran renungan kendiri iaitu satu lingkaran yang mengandungi tinjauan, perancangan, tindakan dan pemerhatian serta renungan. Ia melibatkan penyelidik menyimpan catatan atau rekod peribadi dan melibatkan kumpulan kecil dan seterusnya kumpulan yang lebih besar. Terdapat tiga perkara penting yang perlu diberi perhatian bagi guru melaksanakan kajian tindakan: 1. Mempelbagai cara penganjaran dan pembelajaran Kajian yang dilakukan oleh golongan profesional seperti guru adalah kesedaran yang datang dalam diri untuk meningkatkan pengetahuan dan memperolehi kefahaman yang luas mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan isu-isu di sekolah. Apa yang diharapkan oleh para penyelidik dalam kajian mereka adalah untuk meningkatkan cara pengajaran dan pembelajaran bagi kebaikan bersama. 2. Dapat mewujudkan teori baru Menurut Mcniff dan Whitehead (2005), kajian tindakan merupakan tindakan yang dilakukan secara khusus bagi membolehkan guru melibatkan diri dalam menghasilkan teori baru. 3. Bagi mempertingkatkan kemahiran berfikir Melalui kaedah yang digunakan, pemimpin atau guru dapat melakukan peningkatan dalam pengajaran dan pembelajaran, sekaligus dapat mewujudkan teori baru dalam penyelidikan hasil dari kemahiran berfikir yang digunakan. Konsep ini bermaksud dimulakan secara kecil-kecilan di mana mungkin seorang sahaja sebagai permulaan, kemudian

latihan reflektif, yang mana penyelidik berusaha untuk memikirkan cara terbaik untuk kajian mereka.

Reka bentuk kajian tindakan Model Lowen menggunakan model semasa kajian dijalankan. Beliau menjelaskan bahawa proses kajian tindakan adalah merupakan satu putaran iaitu: 1. Merancang 2. Bertindak 3. Memantau 4. Mereflek

Merancang Sebelum seseorang pengkaji atau penyelidik melakukan penyelidikan ke atas sesuatu perkara, mereka perlu membuat perancangan supaya dapat mengelak daripada kesukaran-kesukaran yang terdapat dalam kajian tersebut. sekurangkurangnya apabila berhadapan dengan kesukaran tersebut, mereka sudah bersedia untuk menghadapinya. Antara persoalan yang perlu di titikberatkan sebelum melakukan kajian tindakan ialah: 1. Apakah masalah yang perlu saya kenalpasti ? 2. Apakah kenyataan yang dapat saya kumpul untuk menerangkan masalah yang berlaku? 3. Apakah jalan penyelasaian yang perlu dibuat? 4. Bagaimana cara untuk melakukan penyelesaian? 5. Bagaimana cara untuk menilai hasil? 6. Apakah tindakan yang perlu dibuat?

Bertindak

Untuk melihat keseluruhan putaran kajian tindakan yang dijalankan di dalam latihan. Apabila fokus penyelidikan perlu dilakukan, peringkat seterusnya adalah untuk menetapkan apakah jenis tindakan untuk memulakan dan bagaimana untuk mengambil data yang berkaitan dengan tindakan yang akan dilakukan. Pengumpulan data, contohnya mungkin melibatkan perkara-perkara seperti temuduga, pemerhatian, rakaman video dan menganalisis maklumat. Panduan dalam pemilihan bahan mengumpulkan data tersebut mesti bertepatan dengan tujuan.

Memantau Selepas tindakan dilakukan, penyelidik perlu melakukan pemantauan untuk mengetahui sejauhmana keberkesanan kajian yang dilajankan supaya tidak tersasar daripada perancangan yang telah digariskan.

Mereflek Selepas semua perkara di atas dilakukan, penyelidik perlu membuat refleksi untuk mengetahui kajian yang dijalankan berjaya atau sebaliknya dan membuat penilaian di atas perubahan yang berlaku. Putaran kajian tindakan adalah sempurna dan mungkin akan berlaku pusingan seterusnya, sekiranya penyelidik tidak berpuas hati dengan perubahan yang berlaku.

Prosedur kajian tindakan Langkah yang perlu dilakukan adalah merancang, bertidak, memantau, dan menilai kesan daripada tindakan yang dilakukan. Terdapat 6 cara prosedur kajian tindakan dijalankan: 1. Mengesahkan kawasan untuk melakukan penyelidikan dan perubahan yang perlu dibuat 2. Membawa keluar perubahan yang dikenalpasti (bertindak untuk membuat perubahan) 3. Melihat kepada kesan perubahan yang berlaku 4. Mengatur semula atau mengubah perubahan 5. Mengulangi

6. Berusaha menghubungkan refleksi dan latihan

Teknik pengumpulan data Pemerhatian Pemerhatian adalah kombinasi yang kompleks dari berbagai deria (pandangan, pendengaran, sentuhan, bau dan juga rasa) .(Gray, 2004). Ia melibatkan cara yang sistematik, tinjauan yang dilakukan, merekod tindakan dan yang lebih penting adalah menganalisis dan menafsir apa yang telah dilihat. Pemerhatian merupakan elemen terakhir yang boleh menyebabkan berlaku kesukaran, yang mana tafsiran yang dilakukan mempengaruhi seseorang untuk menafsir dan menganalisis dengan pandangan sendiri dan akan berlaku ketidaksamarataan dari segi pengumpulan data.

Diari, artikel dan nota ringkas Diari, artikel dan nota ringkas juga boleh dijadikan sebagai cara untuk mengumpul data. Mana-mana nota harian, artikel atau nota ringkas akan menambahbaik sesuatu projek dengan tambahan maklumat penting sebagai pelengkap. Ketiga-tiga data tersebut mungkin berasal daripada berbagai tahap, antaranya: 1. Data yang belum diproses - diambil daripada manusia, persekitaran, perbualan, tarikh, masa dan temu duga murid . Pemerhatian dijalankan dengan menggunakan senarai semak dengan memerhati apa yang berlaku di kalangan murid . Penyemakan hasil kerja murid seperti lembaran kerja, latihan, karangan, lukisan, tulisan dan lain-lain seperti : Jurnal - merekod pendapat, perasaan dan pandangan guru

Buku nota - mencatat apa yang diperhatikan berlaku dalam bilik darjah - Mengambil gambar tentang apa yang berlaku dalam kelas - Tape audio perbualan dengan murid, guru lain.

2. Refleksi atau pengulangan- menyemak perkembangan nota asal selepas sesuatu peristiwa berlaku. Data yang dikumpulkan adalah data kualitatif dan terdiri daripada " perkataan" , " frasa" , " ayat pendek" dan sebagainya. Ini berlainan dengan data kuantitatif yang merupakan nombor dan angka yang ditukarkan menjadi peratus, kekerapan, min, sisihan piawai dan sebagainya.Kaji dengan teliti " perkataan" , " frasa" atau " ayat" yang disebut oleh murid atau " perkataan" , " frasa" atau " ayat" yang anda telah catatkan berdasarkan apa yang anda perhatikan.Susunkan " perkataan" , " frasa" atau " ayat" yang diperolehi kepada kategori tertentu.

3. Tema dan pengertian- perjalanan rakaman dari analisis dan tafsiran. Cari tema, pola dan idea-idea umum yang timbul daripada data yang dikumpulkan. Contohnya: murid yang lemah turut bercakap dalam kelas, murid pandai membantu murid lemah, murid suka membuat kerja secara berkumpulan. Baca semua data kualitatif yang anda telah kumpulkan walau pun ia bercanggah dengan apa yang anda telah rancangkan. Baca semua data beberapa kali supaya anda tidak terlepas pandang dan mungkin idea-idea baru akan muncul. Kongsi data yang anda telah memperolehi dengan guruguru lain untuk mendapat pandangan mereka.

4. Maklumat tentang pengalaman- rekod atau artikel dari perasaan kamu tentang proses penyelidikan atau peristiwa penting yang berlaku melibatkan penyelidik menyimpan catatan atau rekod peribadi kajian dimulakan penyimpanan rekod kajian secara kecil-kecilan di mana mungkin seorang sahaja sebagai permulaan, kemudian melibatkan kumpulan kecil dan seterusnya kumpulan yang lebih besar.

Sumber Dokumentari menurut Bell (1999), kebanyakan projek pendidikan memerlukan analisis dari kenyataan atau bukti dokumen. Maklumat- maklumat yang didapati harus dianalisis

untuk tindakan susulan samada kajian tindakan itu berjaya atau sebaliknya. Jika gagal maka kajian tindakan yang baru dengan idea baru boleh dijalankan sebagai susulan.

Kesimpulan Kesimpulannya, saya bersetuju bahawa kajian tindakan merupakan methodologi yang fleksibel dan boleh disesuaikan mengikut keperluan semasa kajian dijalankan. Penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan. Ia juga merupakan kajian

terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.

Kajian tindakan ini akan menjadikan guru lebih sedar tentang amalan sendiri akan menjadi lebih kritis terhadap amalan guru dalam penyampaian ilmu dan bersedia mengubahnya. Ini dapat menjadikan guru lebih profesional serta berminat dalam aspek pedagogi, lebih bermotivasi dan minat mengajar dengan cara yang lebih holistik. Semoga dari hasil penyelidikan guru itu sendiri dapat memajukan diri guru dan juga menambahkan kefahaman murid dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kajian tindakan juga proses pengamatan seseorang guru tentang pelanggannya di sekolah iaitu murid-murid. Pengamatan ini lebih merujuk kepada bentuk kajian yang lebih sistematik tentang perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran, keberkesanannya, masalah, langkah mengatasi dan penambahbaikan. Apabila permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid dapat dikenalpasti, maka mudah untuk guru mencari jalan penyelesaiannya. Dalam konteks pendidikan sekarang, memang tidak dinafikan para pendidik perlu membuat kajian pendidikan dalam bidang yang diceburi supaya mampu mencapai taraf pendidikan bertaraf dunia dengan memastikan kecemerlangan pendidikan dan konsep tanpa cacat. Konsep tersebut akan tercapai sekiranya berlaku penglibatan yang menyeluruh dan komitmen yang tinggi bermula dari pegawai JPN, PPD. Pengetua dan Guru Besar, Guru Cemerlang serta semua guru dari segi fizikal dan moral yang mencakupi aspek kajian , kewangan, kursus dalaman, sistem

pengiktirafan dan pemantauan. Ini adalah elemen- elemen

penting bagi

merealisasikan matlamat pemupukan budaya kecemerlangan di kalangan guru. Tanpa sokongan yang menyeluruh , amalan kajian sedikit sebanyak akan terganggu dan akhirnya tidak berjaya dipupuk sepenuhnya dalam jiwa semua guru.

Dengan methodologi yang fleksible ini , guru boleh menjalankan kajian bila-bila masa bila dirasakan perlu. Guru juga boleh membuat penyelidikan berkaitan apa sahaja kes yang dialami asalkan tidak tergelincir daripada konsep dan matlamat kajian tindakan. Kaedah yang tidak rigid memudahkan lagi kajian dijalankan bagi meningkatkan prestasi guru dan murid untuk mencapai kejayaan seperti pepatah Melayu lama Jika Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sagunya.

BIBLIOGRAFI

1. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (1995). Modul Kajian Tindakan. Kuala Lumpur 2. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur 3. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan Ke XII 2005 dari 6 9 Disember 2005 di Swiss Garden Resort, Pahang
4. http://www.slideshare.net/Fadzliaton/manual-kajian-tindakan

5. .Kemmis, S. (1994). Dikod dari John W. Creswell, 2005, Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research, 2nd Ed., Upper Saddle River, NJ 6. Open University Press.Jamil Ahmad. (2005). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru: Satu Penilaian. Kertas dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan Ke XII 2005 dari 6 9 Disember 2005 di Swiss Garden Resort, Pahang 7. Pearson Prentice Hall.Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Geelong, Victoria, Australia: Deakin University Press.

Anda mungkin juga menyukai