Anda di halaman 1dari 6

Apa itu kajian tindakan?

Kajian tindakan merujuk kepada penyelidikan yang dijalankan oleh guru untuk
memperbaiki amalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, guru boleh
menyelidik kaedah pengajaran dan bahan pengajaran yang digunakannya untuk
meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran guru.

Guru juga boleh menjalankan penyelidikan ke atas para pelajarnya bagi mengenal pasti
kesukaran yang dihadapi oleh mereka dalam memahami sesuatu perkara atau topik
yang diajar. Melalui penyelidikan yang dijalankan, guru akan beroleh maklumat bagi
merangka suatu tindakan yang bakal diambil, diikuti oleh suatu penyemakan sama ada
tindakan yang diambil itu berkesan atau tidak. Sekiranya tidak berkesan, maklumat baru
akan dikumpul bagi membuat tindakan susulan dengan diikuti penyemakan seterusnya.
Penyelidikan ini dijalankan secara berterusan sehinggalah penyelesaian ditemui untuk
masalah yang dihadapi.

Oleh itu, kajian tindakan boleh dikatakan menghubungkan suatu penyelidikan dengan
tindakan agar tindakan yang diambil oleh guru adalah tindakan yang berasaskan fakta
atau maklumat yang diperoleh melalui penyelidikan yang dijalankan oleh guru sendiri
sebagai pengamal.

Tujuan melaksanakan kajian tindakan:


1. memperbaiki dan menambah baik amalan dalam pdpc secara sistematik.

2. mengenal pasti kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dalam memahami sesuatu
perkara atau topik yang diajar.

3. guru merangka suatu plan tindakan untuk menyelesaikan masalah dihadapi.

4. memastikan tindakan yang diambil berkesan.


Jenis Kajian Tindakan
Kajian tindakan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

1. Kajian tindakan teknikal (technical action research),


2. Kajian tindakan praktikal (practical action research) dan
3. Kajian tindakan bebas (emancipatory action research) (Carr & Kemmis 1986;
Grundy 1982).

Jenis kajian tindakan dan tujuannya:


1. Kajian tindakan teknikal adalah lebih kepada keberkesanan dan kecekapan
pendidikan atau lebih tertumpu kepada produk. Projek di bawah jenis ini
(kajian tindakan jenis teknikal) dimulakan oleh pakar dari luar sebagai
fasilitator dan pengamal-pengamal banyak bergantung pada fasilitator
tersebut.
2. Kajian tindakan praktikal pula adalah melibatkan fasilitator dan pengamal
menyelidik secara bersama dan mengalakkan penglibatan serta refleksi
kendiri pengamal-pengamalnya.
3. Kajian tindakan bebas adalah masih melibatkan fasilitator dan pengamal
penyelidik bersama secara kolaboratif. Kajian tindakan bebas menggalakkan
tanggungjawab dikongsi sama rata oleh pengamal. Pengamal bebas
daripada mengikut cara tradisi dan membuat keputusan demokrasi.

Calhoun (1993) membahagikan kepada tiga senario kajian tindakan iaitu:

1. Kajian tindakan individu (individual action research),


2. Kajian tindakan kolaboratif (collaborative action research) dan
3. Kajian tindakan seluruh sekolah (school wide action research).
McNiff et al (2002) membahagikan tiga pendekatan kajian tindakan iaitu:

1. Pendekatan interpretif (interpretive approaches) iaitu pendekatan yang


mengakui kewujudan pengamal sebagai peserta kajian yang sebenar di
dalam kajian;
2. Pendekatan teoritik kritikal (critical theoritic approaches) iaitu pendekatan
yang membolehkan orang menjadi sedar tentang kekuatan sejarah dan
budaya yang telah mempengaruhi mereka dan situasi serta proses membuat
teori adalah terhad pada kenyataan secara retorik daripada wujud dalam
amalan mereka sendiri; dan
3. Pendekatan teori hidup (living theory approaches) iaitu pendekatan yang
menggalakkan pengamal sendiri yang mengemukakan penghuraian dan
penjelasan mereka bagi pembelajaran mereka sendiri.

Walau apapun jenis atau senario ataupun pendekatan kajian tindakan yang
dikemukakan, tujuan utama seharusnya adalah untuk menambahbaik amalan secara
sistematik. Malahan tiga jenis kajian tindakan yang diutarakan boleh dilihat sebagai
peringkat-peringkat perkembangan dalam amalan kajian tindakan. Kajian tindakan
boleh dimulakan dengan kajian tindakan teknikal, perlahan-perlahan berkembang
kepada kajian tindakan praktikal dan seterusnya kepada kajian tindakan bebas.

Kajian Tindakan bertitik tolak daripada proses refleksi (imbas kembali) yang dilakukan
oleh guru terhadap tugas seharian mereka. Sebagai contoh, guru mengimbas kembali
sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang telah dijalankan di dalam kelas terhadap
murid-muridnya. Kekuatan dan kelemahan p&p diteliti sama ada murid dapat
memahami apa yang ingin diajar serta masalah yang dihadapi oleh murid dan guru
dalam melaksanakan p&p. Proses refleksi ini perlu dilakukan secara kritis agar guru
dapat melihat pelbagai isu dan masalah yang wujud dalam melaksanakan tugas
seharian.

Kajian tindakan dijalankan berpandukan proses berikut:

1. Guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan


pembelajaran yang hendak ditangani;
2. Guru menyediakan satu rancangan yang sesuai untuk mengatasi masalah
yang dihadapinya; dan
3. Guru melaksanakan rancangan yang dihasilkan dan dalam proses
pelaksanaannya guru memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu.
Prosedur menjalankan kajian tindakan
mempunyai 4 peringkat utama, iaitu:
1. Merancang;
2. Bertindak;
3. Memerhati; dan
4. Merefleks.

Prosedur menjalankan kajian tindakan


diperincikan kepada 6 peringkat. Fasa-fasa
adalah seperti berikut:
Fasa 1: Mengumpul data

Fasa 2: Mengesahkan andaian

Fasa 3: Tafsiran

Fasa 4: Tindakan

Fasa 5: Laksana dan memantau

Fasa 6: Analisis dan refleksi


Contoh Skrip Bagaimana Memulakan
Kajian Tindakan
FASA 1: MENGUMPUL DATA
Keinginan untuk mengetahui apa yang berlaku dalam kelas / pengajaran saya
(membuat rakaman audio).

” … Saya rasa seolah-olah saya agak cepat (abrupt) dalam teknik penyoalan saya dan
tidak memberi murid masa yang cukup untuk membentuk jawapan kepada soalan
saya.”

Keputusan:

“Saya meneroka lebih lanjut dan memastikan sama ada hal ini merupakan amalan
pengajaran saya (tekal) atau hanya dipengaruhi oleh keadaan masa itu.”

FASA 2: MENGESAHKAN ANDAIAN


(Membuat rakaman sekali lagi dan disokong dengan pencerapan oleh rakan dan
berbual-bual dengan murid selepas pengajaran)

FASA 3: TAFSIRAN
“… Saya dapati memang benar bahawa saya meminta jawapan dengan cepat selepas
mengemukakan soalan dan agak kerap juga saya menjawab sendiri soalan saya itu.”

FASA 4: TINDAKAN
Membuat rujukan (Membaca) Saya terjumpa dengan literatur yang membincangkan
perkaitan antara tempoh yang berlalu selepas guru mengemukakan soalan dengan
kualiti
maklum balas (response) murid. Saya merasakan bahawa saya tidak memberi murid
cukup masa untuk berfikir selepas mengemukakan sesuatu soalan. Keadaan ini
mungkin menjejaskan proses berfikirkan mereka.
FASA 5: LAKSANA DAN MEMANTAU
Saya merangka satu rancangan bagi mengubah tingkah laku pengajaran saya itu dan
menentukan kaedah untuk memantau teknik penyoalan saya. Saya mengambil masa
yang agak panjang (lebih satu bulan) untuk melaksanakan rancangan ini.

FASA 6: ANALISIS DAN REFLEKSI


Saya mendapat bukti bahawa:
– respons murid bertambah baik;
– banyak jawapan aras tinggi yang diberikan murid;
– suasana kelas menjadi bertambah baik;
– murid menjadi lebih aktif dalam menjawab soalan; dan
– murid bertambah komited untuk mengikuti pelajaran saya.

Namun demikian saya dapati cara penyoalan saya masih belum menyeluruh (sebaran
soalan). Ia menyebabkan masih terdapat beberapa murid yang pasif dan tidak
melibatkan diri dengan aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya bercadang
untuk meneruskan rancangan saya ini dan membaiki beberapa aspek kelemahan dalam
rancangan awal.

Anda mungkin juga menyukai