Anda di halaman 1dari 9

TOKOH KAJIAN TINDAKAN

KAJIAN TINDAKAN
Definisi Kajian Tindakan
1. Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau
meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru
menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya.
Ia dilakukan secara berterusan sehingga permasalahan di dalam kelas itu
menemui jalannya. Ia dilakukan dimana guru itu sebagai penyelidik bagi bilik
darjah mereka sendiri dan cuba membuat penambahbaikan kepada
pembelajaran dan pengajaran. Dan jika ianya bagus, ia boleh dijadikan
sumber rujukan kepada organisasi sekolah itu sendiri.
2. Kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang
melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk
memperbaiki kualiti amalan masing-masing.

1 | PROSEDUR MENJALANKAN KAJIAN TINDAKAN

3. Buku ini memberi penerangan tentang apa yang dimaksudkan dengan kajian
tindakan menurut beberapa pandangan tokoh-tokoh. Antaranya :
a) Hessen, 1996; McTaggart, 1997; Schumuck, 1997 mereka memberi
pendapat kajian tindakan ialah proses untuk mengkaji masalah yang
berlaku di dalam bilik darjah atau sekolah yang melibatkan proses
pembelajaran dan pengajaran. Seterusnya memperbaiki kualiti tindakan
yang dilakukan di dalam bilik darjah.
b) Foshy, 1998; Tomlinson, 1995 mereka pula memberi takrifan kajian
tindakan merupakan sejenis penemuan yang dirancang, disusun dan
boleh
dikongsi
dengan
orang
lain
tentang
maklumat
yang
diperolehi.Kajian tindakan yang dilakukan adalah bermatlamat untuk
memperbaiki teknik dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru dan
seterusnya meningkatkan fungsi sesebuah sekolah.
4. Kesimpulannya, Kajian Tindakan adalah belajar daripada apa yang dibuat.
(learning by doing)

Bagaimana kajian dilakukan?


Prosedur kajian tindakan yang dilaksanakan mempunyai beberapa langkah tetap
iaitu:Langkah 1: Mengenalpasti isu, masalah dan situasi yang dikaji
Masalah atau isu disekolah seperti kurikulum, pentadbiran proses pengajaran,
pembelajaran dan program kokurikulum ini perlu dikenalpasti terlebih dahulu dalam
melaksanakan kajian.Setelah isu/masalah kajian ditentukan, objektif kajian perlu
ditulis dengan jelas.

Langkah 2: Merancang Penyelidikan


Untuk merancang, perlu melibatkan guru yang ramai untuk mendapatkan idea dan
usul yang berkesan dalam menyelesaikan isu kajian. Antara lima rancangan yang
perlu dititikberatkan didalam merancang kajian tindakan ialah:i.
ii.
iii.
iv.
v.

Rancang
Rancang
Rancang
Rancang
Rancang

langkah-langkah tindakan yang akan diambil


tugas atau tanggungjawab atau aktiviti baru
cara-cara pemantauan yang akan dibuat
keperluan lain atau masa yang diperuntukkan
cara merefleks

Langkah 3: Melaksana Tindakan (bertindak)

2 | PROSEDUR MENJALANKAN KAJIAN TINDAKAN

Langkah ketiga ini merupakan peringkat dimana guru perlu melaksanakan strategi
kajian tindakan yang telah dirancang dalam langkah-langkah seperti aktiviti atau
program untuk menyelesaikan sesuatu masalah kajian.

Langkah 4: Membuat Pemerhatian


Apa yang berlaku pada peringkat ini adalah penyelidik (guru) akan mengumpulkan
data dan maklumat hasil kajian tindakan yang telah dilaksanakan. Pemerhatian
selalunya dibuat untuk mengesan kesan tindakan terhadap tingkahlaku dan reaksi
terhadap tindakan yang dijalankan. Pemerhatian yang berlaku secara langsung
adalah mencatat terus nota ke dalam buku catatan iaitu diari, jurnal atau buku log).
Melalui apa yang dilihat seperti pergerakan guru atau pelajar dan suasana
pembelajaran didalam kelas.

5. Pengumpulan dan penganalisan data


1. Instrumen Kajian
Antara instrumen yang digunakan ketika menjalankan kajian ialah seperti kertas
ujian, soalan soal selidik dan pita rakaman.

2. Teknik Pengumpulan Data


Untuk mendapat maklumat yang lengkap dan penting dalam kajian tindakan, guru
perlu mengutip pelbagai bentuk data. Ini kerana, setiap bentuk data mempunyai
fungsi tertentu untuk memberikan maklumat kepada kajian yang dijalankan.
Terdapat pelbagai kaedah mengumpul data iaitu:i) Pemerhatian

Pengkaji perlu memiliki pengetahuan dan pemahaman yang luas mengenai


situasi yang dikaji.
Melibatkan aktiviti meneliti dan berfikir secara original dan kritikal tentang
situasi.
Aspek penting ialah pemerhatian dilakukan secara sistematik.
Data yang dikutip dengan cara ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi
jika dikutip secara teratur dan pada masa sebenar kajian.
3 aspek penting dalam melakukan pemerhatian ialah tumpuan permerhatian
(siapa, dimana), masa pemerhatian (diadakan masa yang berlainan untuk
dapatkan kepelbagaian maklumat) dan cara pemerhatian (bagaimana
dicatat, teknik, prosedur pemerhatian iaitu mencatat data-data penting serta
merta semasa permerhatian data bentuk nota).

3 | PROSEDUR MENJALANKAN KAJIAN TINDAKAN

ii) Tinjau dan kutip bahan-bahan dokumen


Dokumen membekalkan maklumat berkaitan masalah yang dikaji dan penting untuk
fahami tujuan, rasional dan sejarah program.
Dokumen yang boleh digunakan untuk kutip data dalam kajian tindakan iaitu
sukatan dan rancangan pelajaran, kertas peperiksaan dan ujian, laporan kurikulum,
minit, mesyuarat panitia dan buku-buku yang dikaji.

iii) Rakaman Pita Video/Transkrip


Rakaman video dapat mengesan perlakuan guru, pelajar dan fakta-fakta yang tidak
dapat dikesan olehguru dalam kajian tindakannya yang dijadikan data-data untuk
dikumpul.- Rakaman ini juga dapat mengukur dan menilai kegiatan pelajar (individu
dan kumpulan) dalam aktivitikelas.- Transkripsi pula boleh menilai kefahaman
pelajar terhadap sesuatu konsep yang diajar oleh guru.

iv) Temubual
Kaedah ini membantu penyelidik mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam.Antara sampel yang penting untuk ditemubual ialah pelajar-pelajar, guru-guru yang
mengajar subjek samadan pihak pentadbiran sekolah.- Penting untuk mendapatkan
idea, perasaan dan sikap mereka terhadap kajian tindakan yang dijalankan
disekolah tersebut.

3. Teknik Penganalisisan Data


Proses analisis membantu mendalami data secara dekat dan jelas. Ia juga
membantu untuk penyelidik merangkakan perkara yang sedar atau tidak sedar
berlaku.teknik-teknik membuat analisis;eneliti data secara menyeluruh dengan
menetapkan kategori data serta meneliti semula dan membahagikan data mengikut
kategori.membuat proses sumbangsaranuntuk mendapatkan idea-membuat refleksi
idea-mengumpul idea yang tidak berkenaan-semakan semula data-membuat
senarai rangka isi-silang rujukan rangka isi- membuat refleksi pada senarai analisis
secara perbincangan.

4 | PROSEDUR MENJALANKAN KAJIAN TINDAKAN

KONSEP KAJIAN TINDAKAN


Kajian tindakan merupakan satu kajian yang dilakukan oleh peserta sama ada
secara individu atau kolobratif terhadap masalah mereka sendiri melalui tindakan
atau perubahan bagi tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan amalan mereka
sendiri di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta
situasi di mana amalan dilakukan.
Selain itu terdapat juga definisi yang diberikan oleh tokoh dalam bidang kajian
tindakan iaitu;
Kemmis & Mc Taggart (1988), menyatakan bahawa kajian tindakan merupakan
satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif, dilakukan oleh
peserta lain yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan
kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka
sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu
serta situasi di mana amalan itu dilakukan.
Seterusnya, Ebutt (1985) pula memperkatakan bahawa kajian tindakan
merupakan suatu pengkajian yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap
usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui
tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan
tersebut.
McNiff (1988), telah mendefinisikan kajian tindakan sebagai satu pendekatan
untuk memperbaiki atau mempertingkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan
dengan menggalakkan guru-guru menjadi mebih sedar tentang amalan mereka
sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk
mengubahnya. Ianya melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka
serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.
Bagi Somekh (1989) pula mendefinisikan kajian tindakan adalah satu kajian
terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendri
sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.
Kember dan Gow (1992) menyatakan bahawa kajian tindakan melibatkan
pengamal (guru) dalam mencuba membaiki pengajaran mereka melalui kitaran
yang melibatkan proses perancangan, pelaksanaan, pemerhatian dan refleksi.

MODEL REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN


1) MODEL KAJIAN TINDAKAN ( KEMMIS & Mc TAGGART)

5 | PROSEDUR MENJALANKAN KAJIAN TINDAKAN

Proses kajian tindakan Kemmis bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas
satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru
itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang
dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam
proses pelaksanaannya guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang
dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama
(Cycle 1) dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan
proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan.
Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan
tindakan beliau.

Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart

2) MODEL KAJIAN TINDAKAN (JOHN ELLIOT)


Model Elliott untuk kajian tindakan ialah idea utama Elliott ialah penyelidik
membangunkan pemahaman peribadike atas sesuatu masalah, dan pengertian
abstrak itu adalah penting dalam melaksanakan tindakan (Elliott , 1987:157). Bagi
John Elliott, kajian dalam pendidikan adlah satu usaha susila yang mencari dan
memahami nilai-nilai dalam pendidikan. Elliott (1985a) berpendapat kajian dalam

6 | PROSEDUR MENJALANKAN KAJIAN TINDAKAN

pendidikan sepatutnya menjadi bentuk kajian tindakan yang baru di mana para
guru akan menjadi penyumbang utama.

Model Kajian Tindakan Elliot

3) MODEL EBBUTT
David Ebbutt, seorang rakan sekerja John Elliott, telah mendakwa (Ebbutt, 1983a)
bahawa bentuk pilin bukan imej yang sesuai digunakan untuk menjelaskan proses
kajian tindakan. Ebbutt mencadangkan cara yang terbaik untuk menerangkan
proses kajian tindakan adalah menggunakan satu siri pusingan berturut-turut,
dengan menyediakan kemungkinan menggabungkan maklum balas di dalam dan
antara pusingan bagi tindakan. Pengertian Ebbutt adalah sama untuk dengan model
yang dikemnukakan oleh penulis masa kini.

7 | PROSEDUR MENJALANKAN KAJIAN TINDAKAN

Model Kajian Tindakan Ebutt


4) KAJIAN TINDAKAN DEAKIN
Model proses kajian tindakan Deakin adalah berbentuk pilin. Setiap kitaran terdiri
daripada empat elemen iaitu terdiri daripada elemen perancangan, pelaksanaan,
pemantauan dan penilaian serta penyemakan semula.

5) MODEL KAJIAN TINDAKAN STRINGER


Gelung interaksi menunjukkan 3 fasa kajian, iaitu bermula dengan penglihatan
(looking), pemikiran (thinking) dan tindakan (action). Ini menunjukkan proses itu
berulangan dan sentiasa diperbaharui. Dalam model ini, Stringer (1999)
mengutamakan penglihatan (looking) untuk membina satu gambaran bagi
8 | PROSEDUR MENJALANKAN KAJIAN TINDAKAN

membolehkan pihak yang berkepentingan (stakeholder) memahami isu yang


mereka alami.
Fasa ini meliputi pengumpulan data (seperti melalui temu bual, pemerhatian, dan
analisis dokumen), merekod dan menganalisis maklumat serta membina dan
melapor kepada pihak yang berkepentingan.
Fasa seterusnya meliputi pemikiran (think), iaitu mentafsir isu-isu dengan lebih
mendalam dan mengenal pasti keutamaan bagi menjalankan tindakan.
Pada fasa terakhir, penyelidik bertindak (act), iaitu menghasilkan penyelesaianpenyelesaian yang praktikal terhadap masalah-masalah yang timbul. Ini
merangkumi pengujudan pelan tindakan dan menentukan hala tuju seperti
menentukan objektif, tugas, dan orang-orang yang akan melaksanakan objektif
serta memperoleh sumber-sumber.

Model kajian tindakan Stringer

9 | PROSEDUR MENJALANKAN KAJIAN TINDAKAN

Anda mungkin juga menyukai