Anda di halaman 1dari 15

1

BAB 1
PENGENALAN

1.1 Pendahuluan
Matematik merupakan satu bidang ilmu pengetahuan yang amat penting dan berguna
dalam dunia kita hari ini. Ia tidak terasing dari kehidupan seharian. Mata pelajaran Matematik
dapat menyumbang kea rah pencapaian hasrat negara.
Pengetahuan Matematik amat diperlukan oleh negara kea rah melahirkan warga yang
boleh membangunkan negara di masa hadapan. Negara kita memerlukan pakar-pakar dalam
pelbagai bidang seperti saintis, perubatan, kejuruteraan melalui satu sistem pendidikan yang
mantap. Perkara ini sudah pastinya melibatkan mata pelajaran Matematik dan juga mata
pelajaran yang lain.
Keperluan inilah yang mengakibatkan ilmu Matematik semakin berkembang dan semakin
mendapat perhatian umum. Matematik membekalkan murid-murid dengan ilmu pengetahuan
Matematik untuk memperkembangkan kemahiran, penyelesaian masalah, komunikasi dan
pemikiran mantik serta bersistem. Walaupun ilmu Matematik semakin mendapat perhatian,
namun masih ramai lagi murid yang tidak berminat terhadap mata pelajaran tersebut. Ini akan
memberikan kesan buruk kepada negara kita. Ianya boleh diumpamakan sebagai virus yang
boleh merosakkan perkembangan negara di masa hadapan.






2

1.2 Pernyataan Masalah
Mata pelajaran Matematik merupakan mata pelajaran teras baik di sekolah rendah
ataupun sekolah menengah. Mempelajari matematik adalah penting kerana dalam kehidupan
seharian kita tidak boleh mengelak daripada aplikasi matematik contohnya semasa membeli-
belah, pembinaan bangunan, membuat pengukuran, membuat perbandingan dan sebagainya.
Sejak kebelakangan ini, sering didengari bahawa terdapatnya kemerosotan mata pelajaran
matematik di kalangan pelajar kita.
Kemerosotan ini sering dikaitkan dengan sikap mereka seperti tidak berminat untuk
mempelajari mata pelajaran matematik. Pelajar lelaki bersikap sambil lewa dalam memahami
objektif pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Berbeza dengan pelajar perempuan yang
lebih fokus semasa guru sedang mengajar di hadapan.
Perkara ini perlu dilihat secara serius dan satu kajian tentang permasalahan ini haruslah
dijalankan untuk mengenalpasti indikator-indikator masalah yang berkaitan agar langkah
penyelesaian dapat diambil.

1.3 Tujuan Kajian
Secara amnya, tujuan kajian ini dibuat adalah untuk melihat sejauh mana minat pelajar
terhadapa mata pelajaran Matematik dan juga perbezaan jantina pelajar terhadap pencapaian
Matematik. Kajian yang akan dibuat adalah ke atas dua kategori pelajar iaitu pelajar yang baik
dan yang kurang baik pencapaian Matematiknya. Tujuannya adalah untuk mengetahui hubungan
diantara pembolehubah dengan minat mereka terhadap pencapaian Matematik.

1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk :
1.4.1 Untuk mengetahui sejauh mana faktor minat dan jantina pelajar dapat
mempengaruhi pencapaian mata pelajaran Matematik mereka.
3

1.4.2 Untuk mengkaji sama ada faktor minat dan jantina mempunyai hubungan yang
signifikan di antara satu sama lain atau sebaliknya.

1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian berikut telah dikenalpasti sebagai faktor utama kajian :
1.5.1 Adakah wujud hubungan yang signifikan di antara minat terhadap mata pelajaran
Matematik dengan pencapaian mata pelajaran Matematik pelajar ?
1.5.2 Adakah wujud hubungan yang signifikan di antara minat terhadap mata pelajaran
Matematik dengan jantina pelajar ?
1.5.3 Adakah wujud hubungan yang signifikan di antara faktor jantina dengan
pencapaian pelajar ?

1.6 Hipotesis Kajian
Berikut adalah hipotesis yang akan dikaji :
Bagi soalan kajian 1.6.1 :
H : Terdapat perbezaan minat terhadap mata pelajaran Matematik di antara pelajar
pencapaian baik dengan pelajar kurang baik dalam mata pelajaran Matematik.
Bagi soalan kajian 1.6.2 :
H : Terdapat perbezaan minat terhadapa mata pelajaran Matematik di antara pelajar
lelaki dengan pelajar perempuan.
Bagi soalan kajian 1.6.3 :
H : Terdapat hubungan di antara faktor jantina dengan pencapaian pelajar.

4

1.7 Definisi Istilah
1.7.1 Minat
Minat selalunya dirujuk sebagai kecenderungan seseorang untuk mendekati sesuatu objek
atau keinginannya untuk melihat diri kepada objek berkenaan. Super (1957, dalam
Muskamal Mohemad Jonan, 1991) telah membahagikan minat kepada 4 jenis;

1. Kecenderungan atau hobi
2. Minat yang dinyatakan dalam bentuk tindak balas melalui penglibatan di dalam
aktiviti.
3. Minat yang berasaskan kepada tindak balas terhadap skop soal selidik yang
berhubung dengan aktiviti.
4. Minat yang diuji.

Minat juga dikatakan sebagai kecenderungan atau tarikan terhadap sesuatu perkara atau
objek. Minat akan wujud apabila individu sedar tentang kecenderungan terhadap objek
itu (Rohani Nasir, 1984, m.s.12). Menurut Liong Kon Thai (1997) dalam latihan
ilmiahnya, beliau menyatakan bahawa minat adalah salah satu dimensi sikap dan sikap
pula adalah lebih bersifat kearah yang kita boleh nampak melalui tingkah laku individu.
Manakala minat pula dikatakan sebagai perasaan keseronokkan semasa melibatkan diri
dalam aktiviti-aktiviti dan berkecederungan untuk menyelesaikan sesuatu tugas yang
diberi. Menurut Crow & Crow ( tahun tidak dinyatakan, dalam Abdul Halim, 1998) minat
boleh dianggap sebagai daya pengerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian
kepada seseorang, sesuatu benda, kegiatan atau ia merupakan pengalaman yang
berpengaruh yang telah dirangsang oleh kegiatan itu sendiri. Minat boleh menjadi punca
kepada sesuatu kegiatan dan hasil dari penyertaan dalam kegiatan tersebut. Minat di
dalam kajian ini adalah merujuk sebagai kecenderungan murid-murid untuk memberi
tumpuan kepada mata pelajaran Matematik.




5

1.7.2 Pencapaian
Pencapaian seseorang dikaitkan dengan keputusan peperiksaan sekolah yang mana
kemudiannya di kira sebagai prestasi pelajar. Kerlinger (1973, dalam Muskamal
Mohemad Jonan, 1991, m.s.9) menyatakan bahawa pencapaian akademik secara
operationalnya merujuk kepada skor-skor atau gred-gred yang dicapai oleh murid-murid
di dalam sesuatu ujian atau peperiksaan. Ia juga boleh dinyatakan berdasarkan penilaian
guru terhadap prestasi pelajar di dalam kelas dalam bidang pendidikan formal.
Pencapaian juga adalah merupakan tingkat kecekapan yang dicapai dalam akademik.
Pencapaian boleh juga dirujuk sebagai prestasi akademik seseorang pelajar sekolah dan ia
diperolehi bukan hanya berasaskan kepada kecerdasan tetapi juga bergantung kepada
usaha-usaha keupayaan dan teknik mengulang kaji pelajaran. Allinson (dalam Abdul
Halim Kamaruddin, 1998) menyatakan orientasi pencapaian seseorang individu adalah
hasil daripada dua kecenderungan yang bertentangan untuk mendapatkan kejayaan dan
kecenderungan untuk mengelakkan kegagalan.














6

BAB 2
TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan
Dalam bahagian ini, adalah menerangkan tentang kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji
sebelum ini. Banyak kajian dan penulisan berhubung dengan minat, jantina dan pencapaian
murid dalam pembelajaran telah lama dibuat. Kebanyakkan kajian telah melangkau puluhan
tahun. Kebelakangan ini tidak ramai penyelidik yang gemar membuat kajian tentang perkara ini.
Oleh itu, diharapkan dengan hasil kajian saya ini akan menyumbangkan salah satu kajian terbaru
tentang perkara ini. Kajian-kajian berkenaan adalah melibatkan hubungan ketiga-tiga pemboleh
ubah tersebut.
2.2 Hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah
2.2.1 Hubungan antara minat terhadap matematik dengan pencapaian
dalam matematik
Aiken (1976, dalam Muskamal Mohemad Jonan, 1991, m.s.15) telah mendapati hubungan di
antara minat terhadap matematik dengan pencapaian untuk pelajar rendah, menengah dan kolej,
mempunyai kolerasi yang positif. Keputusan mengesahkan minat positif adalah penting untuk
menjadi cekap dalam matematik. Perkara ini juga telah dibuktikan oleh Boswell dan Katz (1980,
dalam Gooi Ai Wei, 2000, m.s. 9) di mana hasil kajian mereka telah menunjukkan bahawa
perbezaan dalam pencapaian matematik di antara lelaki dan perempuan bukan disebabkan oleh
kebolehan mereka, sebaliknya dipengaruhi oleh minat. Ini bermakna hubungan antara minat
dengan pencapaian adalah wujud.

Selain itu Hussin Abdullah (1988, dalam Rokiah Palil, 1990, m.s. 50) juga mempunyai pendapat
yang sama. Beliau menyatakan selain dari faktor lain seperti pelajaran jasmani, tingkahlaku dan
tanggungjawab di luar sekolah, minat juga boleh mempengaruhi pencapaian murid dalam
pelajaran matematik.
7

Tang Ching Tong (1992) menjalankan satu kajian yang bertujuanuntuk melihat sejauh mana
hubungan minat terhadap pencapaian dalammatematik. Beliau menggunakan 80 orang pelajar
tingkatan 4. Hasil yang diperolehi pelajar jurusan sains lebih berminat terhadap matematik
berbanding pelajar jurusan sastera. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar yang minat
terhadap matematik akan memperolehi pencapaian yang tinggi. Beliau juga menyatakan, minat
adalah salah satu faktor yang mempengaruhi pencapaian kerana terdapat hubungan positif antara
minat terhadap matematik moden dengan pencapaian dalam matematik.

Begitu juga dengan Gooi Ai Wei (2000) di mana beliau mendapati hasil daripada kajiannya ialah
bahawa pelajar yang mempunyai minat yang lebih positif terhadap matematik mempunyai
pencapaian yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang mempunyai minat yang negatif.

Minat juga boleh menentukan kecemerlangan atau kemunduran seseorang pelajar di dalam
matematik (Minat tentukan", 2002, m.s. 1). Akibat tidak berminat terhadap matematik, sudah
tentulah murid tersebut tidak akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap pengajaran
guru
di dalam kelas. Mereka juga tidak akan menyiapkan kerja atau latihan yang diberi oleh guru
untuk disiapkan sama ada di dalam kelas mahu pun di rumah dan sebagainya.

Jadual 2.1
Hubungan antara minat dengan pencapaian
Terdapat Hubungan Tiada Hubungan
Aiken (1976) X
Boswell dan Kaltz (1980) X
Gooi Ai Wei (2000) X
Hussin Abdullah (1988) X
Muskamal Mohamed Jonan
(1991)
X
Tang Ching Tong (1992) X


8

2.2.2 Hubungan antara minat dengan jantina
(Keeves, 1973; Hilton dan Berglund, 1974) (dalam Muskamal Mohemad Jonan, 1991)
menyatakan bahawa kaum perempuan kurang berminat terhadap matematik berbanding
lelaki. Ini telah dibuktikan oleh (Gooi Ai Wei, 2000, m.s. 14; Muskamal Mohemad
Jonan,1992, m.s. 16) di mana hasil kajian yang dibuat nilai yang diperolehi menunjukkan
terdapatnya perbezaan yang signifikan dengan min. Ini bermakna terdapat pembezaan
minat terhadap matematik dikalangan pelajar lelaki dengan perempuan.

Menurut Haron Khsim dan Zainal Abidin Daud (1988, dalam Rokiah Palil, 1990,
m.s.51), didapati keputusan hasil kajian masing-masing adalah sama. Mereka mendapati
murid lelaki yang berminat dengan matematik adalah 40%, manakala murid perempuan
pula adalah 60%. Ini juga menunjukkan bahawa wujudnya hubungan antara minat dengan
jantina.

Begitu juga dengan Hillary dan Schofield (tahun tidak dinyatakan, dalam Samsudin
Husin, 2000, m.s.18) di mana hasil kajian menunjukkan bahawa hubungan di antara
minat dan pencapaian lebih signifikan bagi pelajar lelaki jika dibandingkan dengan
pelajar perempuan. Beliau juga mendapati bahawa hubungan di antara minat dan
pencapaian lebih signifikan di akhir tahun jika dibandingkan dengan awal tahun. Ini
mungkin kerana pelajar sedar akan pentingnya peperiksaan yang akan mereka hadapi
terhadap kehidupan.
Jadual 2.2
Hubungan antara minat dan jantina
Terdapat Hubungan Tiada Hubungan
Gooi Ai Wei (2000) X
Haron Khasim dan Zainal
Abidin Daud (1988)
X
Hillary dan Schofield (tidak
dinyatakan)
X
Hilton dan Berglund (1974) X
9

Keeves (1973) X
Muskamal Mohamed Jonan
(1992)
X

2.2.3 Hubungan antara jantina dengan pencapaian mata pelajaran Matematik
pelajar
Kajian-kajian yang menghubungkaitkan faktor jantina dengan prestasi murid di dalam
matematik telah banyak dijalankan. Cohn (1979, dalam Tang Ching Tong, 1992, m.s.14)
telah menunjukkan bahawa hasil kajian mereka terdapat perbezaan antara pencapaian
dengan jantina dalam matematik di kalangan murid-murid yang cerdas. Ada juga
pendapat yang menyatakan bahawa, bukan sahaja faktor jantina yang mempengaruhi
pencapaian dan minat terhadap matematik tetapi ia juga dipengaruhi oleh faktor sosial-
budaya (Beckmann dan Stephen, 1982, dalam Muskamal Mohemad Jonan, 1991,m.s. 18).

Hasil kajian Benbow dan Stanley (1980, dalam Gooi Ai Wei, 2000, m.s.13) yang
mengambil masa selama 8 tahun, terhadap murid cerdas yang terpilih. Keputusan dari
kajian mereka juga sama iaitu murid lelaki yang terbaik menunjukkan pencapaian yang
lebih baik daripada murid perempuan yang terbaik.

Satu kajian telah dijalankan oleh Yaziz Salim (1987, dalam Rokiah Palil, 1990, m.s.50) di
mana beliau menyatakan bahawa pencapaian muridmurid perempuan dalam matematik
Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) melebihi pencapaian murid-murid lelaki.
Bagaimanapun dalam matematik Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) kebolehan
murid-murid lelaki melebihi murid-murid perempuan dalam semua bidang kecuali
operasi. Ini menunjukkan bahawa faktor jantina mempengaruhi pencapaian matematik
murid. Namun begitu terdapat juga kajian yang mengatakan bahawa jantina tidak
memberikan apa-apa pengaruh atau kesan ke atas pencapaian matematik murid.

Foo Siet Chooi (1988) mendapati hasil kajiannya menunjukkan bahawa, tidak ada
pengaruh yang jelas di antara jantina dengan pencapaian pelajar terhadap matematik.
Beliau mendapati keputusan Anova menunjukkan bahawa pencapaian matematik
10

mengikut jantina dan tahap penguasaan konsep asas matematik murid perempuan lebih
baik jika dibandingkan dengan murid lelaki. Walau bagaimanapun hasil dari keputusan
ujian statistik pula, beliau mendapati tidak ada perbezaan yang signifikan di antara
jantina dengan pencapaian matematik bagi kedua-dua buah sekolah yang di kaji. Dengan
ini didapati faktor jantina tidak mempengaruhi pencapaian dalam matematik. Perkara ini
juga telah dibuktikan oleh kajian (Low Yoke Ken, 1989, Gooi Ai Wei, 2000) yang turut
menyatakan perkara yang sama iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara
lelaki dan perempuan dalam pencapaian matematik.

Jadual 2.3
Hubungan di antara faktor jantina dengan pencapaian mata pelajaran Matematik

Terdapat Hubungan Tiada Hubungan
Benbow dan Stanley (1978) X
Cohn (1979) X
Foo Siet Chooi (1988) X
Gooi Ai Wei (2000) X
Loo Yoke Ken (1987) X
Yaziz Salim (1987) X










11

BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan
Satu kajian adalah merupakan persiapan yang rapi untuk mengumpul maklumat. Ia
menerangkan proses dan prosedur yang digunakan untuk mendapatkan maklumat pelajar.

3.2 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat minat murid-murid terhadap mata pelajaran
Matematik serta hubungan dengan pencapaian. Satu set soalan soal selidik disediakan untuk di
jawab oleh murid-murid Tahun Lima di Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin, Kajang. Dalam
kajian ini seramai 40 orang murid Tahun Lima akan di pilih secara rawak berdasarkan rekod
profil murid yang diperolehi dari guru kelas mereka. Soal selidik diedar kepada responden untuk
mendapatkan maklum balas tentang minat, jantina dan pencapaian mereka.

Saya berpendapat adalah sukar untuk mendapat data melalui kaedah yang lain
berdasarkan kekangan masa dan persekitaran yang akan dihadapi oleh penyelidik. Responden
yang terdiri dari kalangan murid Tahun Lima ini diharapkan dapat memberikan data yang sesuai
untuk digunakan dalam kajian ini.


3.3 Lokasi Kajian

Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah di daerah Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Sekolah ini di kategorikan sebagai sekolah yang terletak di kawasan luar bandar dan jaraknya
lebih kurang 10 km dari pecan Kajang iaitu pusat bandar bagi daerah Kajang.



12

3.4 Persampelan

Seramai lebih kurang 820 orang murid di sekolah ini iaitu dari Tahun Satu hingga Tahun
Enam. Memandangkan bilangan murid yang agak ramai dan kawasan sekolah yang tidak begitu
besar, sekolah ini mengendalikan persekolahan pada sesi pagi dan sesi petang. Kesemua murid
di sekolah ini datangnya dari kawasan perumahan Taman Jasmin dan Taman Kajang Prima yang
terletak sekitar 2 km dari kawasan sekolah dan terdiri dari semua pelajar Melayu. Rata-rata ibu
bapa mereka adalah terdiri dari pekerja kerajaan. Keputusan mata pelajaran Matematik di dalam
peperiksaan Penggal Pertama akan dijadikan asas untuk pemilihan murid di dalam kajian ini.

Berdasarkan keputusan tersebut murid-murid dibezakan kepada dua kategori iaitu murid-
murid yang rendah dan tinggi pencapaiannya di dalam matematik. Pencapaian gagal merujuk
kepada skor yang kurang dari 50% sementara pencapaian lulus pula merujuk kepada skor yang
sama dan lebih dari 50%. Dari 65 orang murid Tahun Lima, 40 orang sahaja yang terlibat
berdasarkan kepada jantina dan pencapaian mereka. Seramai 10 orang murid lelaki dan 10 orang
murid perempuan dipilih untuk setiap kategori iaitu pencapaian lulus dan kategori pencapaian
gagal. Pemilihan murid mengikut kategori ini dibuat secara rawak berdasar.

Jadual 3.1
Menunjukkan taburan responden mengikut jantina
Jantina Kekerapan Peratus (%)
Lelaki 20 50
Perempuan 20 50
Jumlah 40 100







13

Rajah 3.1
Taburan responden


Jadual 3.2
Menunjukkan taburan jantina dan pencapaian tinggi dan rendah responden
Pencapaian Lelaki Perempuan Jumlah
Lulus 10 10 20
Gagal 10 10 20
Jumlah 20 20 40

Jadual 3.3
Menunjukkan taburan pelajar mengikut pencapaian awal
Pencapaian Awal Kekerapan Jumlah
Lelaki Perempuan
Lulus 10 10 20
Gagal 10 10 20
Jumlah 20 20 40

0
5
10
15
20
25
30
35
40
45
50
Lelaki Perempuan
14

3.5 Instrumen Kajian

Soal selidik yang menumpukan kepada minat murid terhadap matapelajaran matematik.
Soal selidik ini terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.

Bahagian A terdiri daripada 2 item iaitu pencapaian matematik dalam penggal pertama
dan jantina. Manakala bahagian B pula terdiri daripada soalansoalan tentang minat murid
terhadap pelajaran matematik. Sebanyak 30 soalan tentang minat terhadap pelajaran matematik
yang berbentuk skala likert akan digunakan dalam kajian ini. Skala ini digunakan kerana ia
senang difahami oleh murid dan sesuai digunakan oleh semua pengkaji dalam membuat analisis.

Jawapan responden adalah jawapan pilihan nilai berdasarkan kepada sangat tidak setuju
(1), tidak setuju (2), setuju (3), dan sangat setuju (4). Murid hanya perlu bulatkan pada jawapan
yang dirasakan munasabah.


3.6 Tatacara Pengumpulan Data

Sebelum kajian dijalankan di sekolah, saya terlebih dahulu akan mendapatkan kebenaran
daripada Guru Besar sekolah berkenaan untuk menjalankan kajian. Penerangan diberikan kepada
Guru Besar tentang tujuan kajian ini di buat.

Selepas memberi penerangan dan penjelasan, saya meminta kerja sama dari pihak
sekolah untuk membantu menjayakan kajian ini. Dengan berpandukan keputusan matapelajaran
Matematik dalam Peperiksaan Penggal Pertama, maka saya mengkategorikan responden kepada
dua peringkat pencapaian mereka. Selepas pemilihan dibuat, saya memberikan penerangan
kepada responden yang terpilih tentang kajian dan cara bagaimana borang soal selidik perlu
dilengkapkan. Saya akan memberi penjelasan bagi setiap soalan soal selidik, supaya responden
lebih memahami apa yang dikehendaki oleh soalan. Set soal selidik akan dikumpulkan setelah
murid selesai menjawabnya tanpa menghadkan masa.

15

3.7 Kaedah Kajian

Data yang diperolehi akan dianalisa dengan melihat hubungan antara pembolehubah.
Proses menganalisa melibatkan dua jenis analisis iaitu analisis deskriptif dan analisis inferensi.
Analisa deskriptif digunakan untuk memerihalkan maklumat tentang profil responden seperti
jantina dan pencapaian awal pelajar. Ia juga digunakan untuk menghuraikan minat murid
terhadap pembelajaran matematik. Statistik yang akan digunakan adalah kekerapan, peratus, min
dan sisishan piawai.

Analisis inferensi pula digunakan untuk menguji hipotesis nul. Analisis inferensi yang
digunakan ialah ujian t. Ia digunakan bagi menguji pembezaan min dua kumpulan dan
menentukan sama ada pembezaan itu berlaku atau sebaliknya. Bagi ujian ini aras signifikan
ditetapkan pada tahap a = 0.05.

Anda mungkin juga menyukai