Anda di halaman 1dari 25

PUSAT PERKEMBANGAN PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KURSUS: GGGC 6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

TAJUK (5)

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH PERKEMBANGAN


POTENSI PELAJAR SECARA MENYELURUHDAN SEIMBANG SELARAS
DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

NAMA PENSYARAH:
EN.JAMALUL LAIL ABD WAHAB

NAMA PELAJAR NO MATRIK


------------------------------------------------------------------------------
1. NOR AMIN LAWISAU GP 03473
2. ANWAR BIN MARAN GP 03512
3. ARMAN ABD SANI GP 03513
4. CETLYSIA DAILIS GP 03517
5. DAYANAH JUNIS GP 03520
6. FELICIA SULING EMANG GP 03528
7. ROZITA ZARATANG GP 03562
8. NOOR MAZNAH BINTI MOHD AZLAN GP 04023

PUSAT PEMBELAJARAN : KOTA KINABALU


2

KANDUNGAN

Muka surat

i.Isi Kandungan

1.Pendahuluan 3

2. Konsep 6

2.1 Pengajaran dan Pembelajaran

2.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

3.0 Teori pengajaran dan pembelajaran 8

4.0 Isu-isu adan implikasi PdP selaras dengan FPK 12

4.1 Prasarana

4.2 Kualiti Guru

4.3 Demografi

4.4 Isu semasa

5.0 Cabaran dan penyelesaian isu 20

6.0 Rumusan 23

Rujukan 24
3

1.0 Pendahuluan

Dunia pendidikan negara semakin hari semakin meniti pelbagai cabaran. Isu pendidikan
berkaitan dengan keperluan murid sering dibincangkan di media massa sebagai satu
pelengkap perantara antara masyarakat dalam mencapai kecemerlangan pendidikan Negara.
Guru berpeeranan sebagai satu elemen penting dalam mencorakkan kecemerlangan
pendidikan di kalangan murid pada hari ini. K. A Rahziyah (2008) mernjelaskan guru yang
mendidik murid dengan menggunakan pelbagai strategi dalam menyampaikan ilmu mampu
menjadikan murid menhadapi cabaran baru dalam hidup mereka. Pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru perlu seiring dalam usaha meningkatkan
pencapaian individu murid dalam kelas yang diajar oleh guru.

Penggunaan ilmu yang berterusan dalam proses pembelajaran dapat dilihat dalam
kesepaduan PdP guru khususnya seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara. Justeru
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dilihat sebagai pemangkin dalam merealisasikan
kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran guru serta kejayaan akademik murid dengan
lebih berkesan khususnya di dalam kelas. FPK juga dilihat sebagi satu panduan hala tuju
dalam panduan utama untuk menentukan haluan, asas dan inspirasi kepada semua usaha dan
perancangan dalam bidang pendidikan.

Pada dasarnya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah dirumuskan dan


digarapkan pada tahun 1988 dan telah dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 yang
berbunyi:

“ Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah \perkembangan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap
keharmonian dan kmakmuran masyarakat dan negara”

(Akta Pendidikan 1996, Akta 550)

Berdasarkan pernyataan FPK, matlamat utama pendidikan ialah melahirkan insan iaitu
pelajar sebagai modal insan yang baik serta menjadi warganegara Malaysia yang baik. Ciri-
ciri positif ini perlu diperkembangkan untuk menjadikan mereka sebagai modal insan
4

berketrampilan dalm pembelajaran di dalam kelas. Lantaran itu berlandaskan kepada FPK
yang telah dinyatakan, maka matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah sejajar
dengan amalan pendidikan terkini serta bimbingan berterusan dalam trend pendidikan terkini.
Ini adalah kesinambungan daripada matlamat Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang
baik serta sempurna dalam menjadikan warganegara yang berguna (KPM 2001). Dalam erti
kata lain, Matlamat Pendidikan Negara secara langsung bertujuan melahirkan rakyat
Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:

- Percaya serta patuh kepada Tuhan


- Berilmu pengetahuan
- Berakhlak mulia
- Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara
- Memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu; dan
- Memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum

Secara amnya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengandungi idea berkesan yang


rasional terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas itu sendiri. Fungsi asas
FPK memberi panduan dan haluan kepada pakar pendidikan khususnya mereka yang terlibat
dalam pengajaran dan pembelajaran guru dalam merancang atau merformasikan system
pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat Pendidikan Negara (KPM 2001).
Sehubungan itu, peranan guru di dalam kelas perlu dilihat sebagai elemen penting dalam
penyatuan FPK untuk melahirkan murid yang bercirikan matlamat tersebut.

Peranan FPK dalam PdP guru di dalam kelas boleh dilihat sebagai satu peranan
penting dalam menjadikan pembelajaran berkesan dalam bidang pendidikan guru. Pusat
Perkembangan kurikulum dalam KPM (2001) menyatakan bahawa selain daripada
perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, dihgarapkan juga, melalui
proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya seperti berikut;

- Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajipannya


sebagai seorang warganegara.
- Melahirkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membeolehkannya
melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna demi memberikan
sumbnagan terhadap kemajuan dan pembangunan
- Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan
prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut Perlembagaan
5

- Melahirkan rakyat yang setia kepada Raja dan cinta kepada Negara
- Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip Rukun Negara,
dan bersikap toleransi, agar dapat mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum
- Mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan
kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.

Panduan dan haluan FPK menjadi satu titik tolak dalam melahirkan pelajar yang
berpotensi dalam menjadi modal insan yang berguna seiring dengan FPK yang wujud di
dalam kelas yang boleh dilihat sebagai panduan dan arah tuju dalam mengembangkan dan
memajukan pendidikan, rujukan kepada guru dalam sistem pendidikan negara, perlaksanaan
bimbingan berterusan untuk para guru semasa melaksanakan tugas PdP dan sebagai dasar
dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahan pembelajaran dan strategi
pengajaran dan pembelajaran.
6

2.0 Konsep

2.1 Pengajaran dan Pembelajaran


Pengajaran merupakan suatu tugasan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh guru
dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku dalam kalangan murid. Aktiviti pengajaran
dirancang untuk menyampaikan pemahaman tentang maklumat atau pengetahuan tertentu
kepada murid-murid. Menurut Koh Boh Boon (1985), pengajaran adalah satu proses yang
kompleks serta dipenuhi pelbagai unsur seperti kualiti pengajar, kecerdasan, bakat, minat,
pengaruh motivasi, persekitaran sekolah dan dorongan ibu bapa terhadap murid tersebut.
Robert Glaser (1968) berpendapat pengajaran adalah suatu proses yang melibatkan elemen
utama iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada, kaedah mengajar dan penilaian
pencapaian. Elemen-elemen tersebut saling mempengaruhi antara satu sama lain dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

Pembelajaran adalah proses mengakumulasi maklumat, kemahiran dan pengalaman


secara berterusan yang berlaku dalam diri seseorang sejak dilahirkan. Proses pembelajaran
berlaku dalam dua bentuk iaitu sama ada disedari atau pun tidak disedari. Pembelajaran
seseorang melibatkan sistem deria yang mengesan semua bentuk pengalaman dan ilmu
pengetahuan di persekitaran. Rangsangan deria yang bersesuaian kemudiannya diproses oleh
otak untuk dijadikan sebagai pengalaman pembelajaran bermakna. Menurut Crow dan Crow
(1983), pembelajaran merupakan pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Pembelajaran
menurut Robert M. Gagne (1970) merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan
seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan oleh proses
pertumbuhan fizikal.

Istilah pengajaran dan pembelajaran dapat disimpulkan sebagai satu proses memberi
dan menerima sesuatu ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk diaplikasikan dalam
kehidupan seharian. Pengajaran tidak bermakna tanpa pembelajaran dan begitu juga
sebaliknya.
7

2.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Menurut Kementerian Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan


(FPK) adalah merangkumi:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Istilah falsafah menurut Socrates adalah “ilmu yang menyintai hikmah fitrah
semulajadi”. Manakala menurut Aristotle, falsafah itu adalah “suatu ilmu yang mencari
sebab-sebab yang jauh atau pun ilmu yang mencari kewujudan terhadap sesuatu yang
wujud”. Kamus Dewan mentakrifkan falsafah sebagai pengetahuan tentang pengertian yang
dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain.

Istilah pendidikan mengikut Kamus Dewan membawa makna sebagai perihal


mendidik iaitu memelihara, menjaga, melatih, mengajar dan sebagainya. Pendidikan bukan
sahaja tertumpu kepada aktiviti mengajar, malahan berkait rapat terhadap usaha pembentukan
dan pembinaan insan murni yang seimbang dan bertanggungjawab. Menurut Lodge,
pendidikan adalah sama dengan pengalaman iaitu pengalaman organisme hidup yang
berinteraksi dengan persekitaran biasa. Langford berpendapat pendidikan adalah suatu
aktiviti bermatlamatkan hasil yang praktikal dan ia berbeza daripada aktiviti yang
bermatlamatkan hasil teoritikal. Pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan dan
berlangsung sepanjang hayat. Secara rasionalnya, manusia mengalami pertumbuhan dan
perkembangan dan ini akan menyebabkan perubahan berlaku kepada setiap individu.
Malahan, persekitaran yang sentiasa berubah-ubah menuntut individu mempertingkatkan
pengetahuan dari semasa ke semasa.
8

3.0 Teori pengajaran dan pembelajaran

3.1 Pengenalan

Perkembangan pendidikan di Malaysia pada masa kini telah memperlihatkan banyak


pembaharuan yang didasari oleh keperluan bagi memenuhi tuntutan pendidikan yang selari
dengan keperluan semasa yang semakin berubah mengikut peredaran zaman. Pengenalan
beberapa dasar pendidikan negara telah membentuk suatu iklim pendidikan yang
merangkumi semua aspek yang perlu sebagai melengkapi Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang bertujuan melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, jasmani dan emosi berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Ironinya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang digunapakai pada hari ini telah melalui
proses pembinaan negara bangsa yang dikaji dalam tempoh yang lama sejak negara ini
mencapai kemerdekaan lagi sebelum dirumuskan secara rasmi pada tahun 1988 dan disebut
dalam Akta Pendidikan 1996.

Menyelusuri sejarah pendidikan negara Malaysia yang bermula seawal tahun 1957 ketika
zaman pengukuhan pendidikan dilaksanakan di Tanah Melayu di mana Penyata Razak 1956
dan Ordinan Pelajaraan 1956 diperkenalkan. Pengenalan kepada sistem pendidikan terawal
ini menjadi pemangkin kepada pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia
pada ketika itu. Perkembangan pendidikan di Malaysia seterusnya dikemaskini dengan
Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 dengan beberapa penegasan pada aspek
kurikulum, penguasaan 3M(menulis membaca dan mengira), pendidikan kerohanian dan
disiplin serta tatacara pengurusan pelajaran bagi meningkatkan mutu pelajaran secara
keseluruhan. Seterusnya kesinambungan daripada Laporan Kabinet 1979, Rang Undang-
Undang Pendidikan Malaysia diperkenalkan di mana sistem pendidikan kebangsaan
dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia demi mencapai aspirasi negara.

Dalam konteks pembelajaran di sekolah, perkembangan yang seimbang dari segi sosial,
intelek, rohani, jasmani dan emosi perlu bergerak seiring dengan usaha yang bersesuaian
dengan matlamat tersebut. Menurut kenyataan yang diutarakan oleh Zins, Weissberg, Wang
& Walberg (2004) seperti yang dipetik dari artikel yang bertajuk “The Impact of Enhancing
Students’ Social and emotional Learning tulisan Durlak, Weisberg, Dymnicky, Tailor dan
Schellinger dari University of Chicago, pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah
sangat berkait rapat dengan komponen sosial, emosi dan akademik para pelajar. Pendapat ini
9

menyokong bahawa kedua-dua aspek sosial dan emosi mempunyai perkaitan rapat dalam
matlamat untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari semua aspek.

Justeru, perlu dipastikan bahawa, pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (Pdp)
yang berjaya perlu menggunapakai teknik-teknik yang mengambil kira faktor yang
bermatlatkan pencapaian lima aspek penting tersebut. Amalan penggunaan teori-teori
pembelajaran yang telah diperkenalkan oleh tokoh-tokoh yang terdahulu antara lainnya
seperti Teori Pembelajaran Behavioris, Teori Pembelajaran Kognitif, Teori Pembelajaran
Sosial dan Teori Pembelajaran Humanis adalah teori-teori asas yang diterapkan dalam subjek
Ilmu Pendidikan di institut-institut perguruan seluruh negara sebagai persediaan kepada guru
baru dalam merancang pdp bersama para pelajar.

3.2 Teori Pembelajaran

Para pelajar mempunyai latar belakang yang berbeza-beza dan amat perlu bagi seorang
pendidik mengenalpasti titik kreativiti yang boleh dicungkil dalam kalangan pelajarnya dan
memanipulasi setiap kelebihan yang berbeza-beza untuk diterjemahkan kepada suasana
pembelajaran yang lebih kondusif dan menarik. Walaubagaimanapun, konsep pengajaran
dan pembelajaran (PdP) mengikut cara konvensional masih menjadi pilihan popular para
pendidik dalam menyampaikan pengajaran sehingga menjadikan suasana pembelajaran agak
membosankan. Kaedah pengajaran seperti ini dianggap kurang relevan lagi dengan situasi
perkembangan semasa yang semakin pesat dengan perubahan ke arah pembelajaran yang
progresif dan lebih ke arah era globalisasi (Sharifah, Najihah dan Mohd, 2010)

Ikhsan dan Rohizani (2010) mencadangkan pengintegrasian unsur-unsur kecerdasan


pelbagai dalam pelaksanaan kurikulum di sekolah. Teori kecerdasan pelbagai yang dipelopori
oleh tokoh Howard Gardner yang bersifat kondusif apabila dilaksanakan dalam bilik darjah
didapati berjaya memperkembangkan sikap positif dan nilai murni di kalangan pelajar di
samping mampu menonjolkan kecerdasan pelbagai dalam kalangan pelajar di dalam kelas.
Secara tidak langsung nilai kreativiti dan kelebihan diri setiap pelajar dapat diserlahkan
hingga mampu menjadikan pdp menjadi lebih bermakna.

Terdapat sembilan teori kecerdasan pelbagai yang disenaraikan dalam Gardner (1983)
iaitu kecerdasan verbal, visual, logikal, muzikal, kinestetik, interpersonal, intrapersonal,
naturalis dan eksistensial. Sharifah, Najihah dan Mohd, (2010) telah menjalankan kajian ke
atas 75 orang pelajar Politeknik Tuanku Sirajuddin dari program Diploma Seni Digital dan
10

Diploma Video Digital menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Walaupun fokus
penyelidikan hanya melibatkan satu modul, pengkaji telah dapat merumuskan bahawa setiap
pelajar adalah individu unik yang mempunyai kelebihan tersendiri. Proses pengajaran dan
pembelajaran secara pangkas rata dianggap kurang sesuai diamalkan oeh para pengajar
kerana setiap daripada para pelajar tersebut mempunyai perlakuan khusus yang membezakan
mereka antara satu sama lain.

Kamariah dan Siti Raihanni (2014) dalam satu kajian lain melibatkan aspek pembelajaran
bahasa yang berkaitan jenis-jenis ayat turut merumuskan bahawa aplikasi teori kecerdasan
pelbagai yang diterapkan dalam pdp dapat meningkatkan keyakinan, kreativiti dan motivasi
pelajar dan menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan. Pembelajaran yang melibatkan
bahasa terutama yang melibatkan proses pengenalan kepada jenis-jenis ayat dianggap
membosankan bagi para pelajar. Justeru, menurut pengkaji, aplikasi teori kecerdasan pelbagai
ini dapat dijadikan alternatif ataupun kaedah utama pengajaran bagi membolehkan
penyampaian ilmu pengetahuan menjadi lebih efektif dan berkesan.

Walau bagaimanapun, sesuatu teori yang dianggap sangat baik dan amat sesuai
dilaksanakan di dalam proses pdp akan menjadi kurang berjaya jika pengetahuan dan
pendedahan mengenainya masih di tahap yang rendah dan pelaksanaanya yang dilihat masih
samar-samar di kalanganan para pengajar. Kajian Yahya dan Roselan yang bertajuk
Pelaksanaan Penyerapan Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran yang menumpukan antara
lainnya adalah persepsi guru dalam pelaksanaan pengajaran berdasarkan teori kecerdasan
pelbagai mendapati, penyerapan konsep dan teori kecerdasan pelbagai dalam kalangan guru
dalam sampel kajian yang dipilih masih di tahap sederhana dan tidak diaplikasikan secara
meluas dalam pengajaran serta masih memerlukan pendedahan khusus bagi membantu guru
atau pengajar lebih jelas tentang teori dan kaedah pengajaran yang mengamalkan teori ini.

3.3 Kesimpulan dan penutup


Secara keseluruhannya, teori kecerdasan pelbagai yang dipelopori oleh tokoh
Howard Gardner amat sesuai dipraktikkan dalam kalangan guru kerana selain bersifat
kondusif, pelaksaan teori ini juga dapat menjangkau dengan lebih jauh ciri-ciri perbezaan
individu dalam setiap diri pelajar. Selain itu, aplikasi teori ini memberi peluang kepada
tenaga pengajar untuk lebih menyelami dan memahami kelebihan dan kekurangan setiap
pelajar. Golongan pengajar juga boleh menggunakan pengetahuan tersebut bagi tujuan
11

pembelajaran yang lebih bersifat menjurus ke arah mencungkil potensi dan bakat semulajadi
murid.

Selaras juga dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan


melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani dan
emosi, kurikulum yang menjurus ke arah penumpuan terhadap potensi dan perbezaan
kecerdasan individu pelajar bakal melahirkan generasi muda yang lebih berkeyakinan,
berdaya saing dan kreatif. Selain aktiviti pembelajaran yang semakin menarik dan
mempunyai kelainan daripada kaedah pengajaran tradisional yang hanya menjurus kepada
peranan guru semata-mata, kaedah pengajaran yang mengaplikasikan teori ini akan dapat
menyaksikan penglibatan pelajar dengan lebih aktif dan progresif. Langkah ini juga dapat
menjadikan generasi muda di Malaysia mampu bersaing seiring dengan generasi-generasi
muda daripada negara-negara maju yang telah lama mengaplikasikan teori kecerdasan elbagai
ini.

Sebagai cadangan penambaikan kepada sistem pendidikan di Malaysia,


pengkhususan mata pelajaran yang kini lebih tertumpu pada pendidikan peringkat tinggi iaitu
di peringkat menengah atas mahupun di universiti mungkin boleh dikaji semula untuk
diperkenalkan di peringkat lebih awal lagi. Walaubagaimanapun sebagai langkah permulaan,
pengisian kursus dan kurikulum di institut-institut perguruan seluruh negara perlu
memberikan pendedahan dan persediaan yang lebih lagi dari segi latihan pengajaran yang
mengamalkan teori ini untuk memastikan guru baru mempunyai pengetahuan dan persediaan
yang cukup sebelum mereka memasuki dunia pendidikan yang sebenar nanti.

Guru yang berkualiti pasti akan menjamin modal insan yang lebih berkualiti pada
masa akan datang tanpa akan berlaku lagi pembaziran masa dan tenaga baik bagi golongan
pengajar mahupun pelajar. Ini kerana setiap pelajar berpeluang menonjolkan kelebihan dan
minat masing-masing dalam menjalani proses pembelajaran sehari-harian tanpa perlu
terpengkap dengan skema pembelajaran yang tetap dan kurang fleksibel. Guru juga akan
berusaha ke arah menginovasikan teknik pengajaran mereka supaya lebih kreatif. Jika usaha
ini dapat direalisasikan pastinya matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan tercapai.
12

4.0 Isu-isu dan implikasi PdP selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

4.1 Isu Prasarana

Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010 setiap institusi pendidikan


di bawah Kementerian Pelajaran Malasia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur
yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan
kokurikulum. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan
dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah
bagi mengurang jurang perbezaan antara sekolah beruntung dan sekolah kurang beruntung.
Selain itu, KPM menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar
Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak
kemajuan khusunya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan
perguruan ( Sumber : Pembangunan Pendidikan 2001-2010,KPM)

Walaubagaimana pun, peruntukan yang disediakan oleh KPM masih belum


mencukupi untk pelaksanaan dan untuk persediaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Masih terdapat kekurangan prasarana yang amrat diperlukan seperti bilik darjah, jalur lebar,
komputer dan buku teks terutamanya di sekolah-sekolah luar bandar. Malah ada isu yang
ditimbulkan berkaitan dengan ketidakseimbagan penyediaan infrastuktur seperti penydiaan
komputer dan jalur lebar yang kurang meluaskan dilaksanakan dalam pemgajaran dan
pembelajaran di luar bandar disebabkan oleh beberapa faktor. Ini turut disokong oleh Sufean
(2004) yang menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikategorikan iaitu
pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan.

Kekurangan infrastruktur komunikasi multimedia seperti kemudahan komputer, jalur


lebar dan serta sambungan internet ketidakberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
yang berasaskan teknoogi maklumat dan ICT (komunikasi) dimana ianya merujuk kepada
kebolehan guru mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dan pengajaran
serta kemampuan pelajar mengakses dan belajar dari bahan yang disediakan. Malah,
infrastruktur ICT yang tidak lengkap dan tidak efisien boleh menyebabkan guru dan pelajar
tidak dapat menjalani pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan perlaksanaan ICT dan
proses pengajaran dan pembelajaran akan gagal. Jadi adalah amat pentng, peranan guru masa
kini yang mengalami transformasi dari seorang pembawa dan penyampai maklumat kepada
seorang pengurus, jurulatih dan fasilitator (Gallo &Houton, 1994; Killian, 1995)
13

Kejayaan pengajaran dan pembelajaran terletak sejauh mana dasar, galakan,


kemudahan prasarana yang dibekalkan dan pemantauan yang dilaksanakan dalam sistem
pendidikan di Malaysia. Selain itu, gabungan pengajaran yang berasaskan teknologi
maklumat dan komunikasi serta penerapan nilai murni semasa pengaran terutaman dalam era
sumber maklumat melalui internet.

Bagi melahirkan genrasi yang berilmu, semua pihak harus berganding bahu dan
sedaya upaya untuk menyediakan kemudahan prasarana kepada sekolah-sekolah di luar
bandar dan pedalaman. Infrastruktur yang lengkap penting dalam memberi suasana
pembelajaran kondusif kepada pelajar. Langkah ini penting agar pelajar di kawasan luar
bandar dapat menikmati pembelajaran selesa agar setanding dengan pelajar lain di bandar.
Prasarana yang lengkap juga turut memberi impak yang baik terhadap pencapaian pelajar
samada dalam kurikulum dan juga kokurikulum.
14

4.2 Kualiti guru

Seseorang guru perlu membina identiti profesional untuk menyokong pengajaran


yang efektif serta mempunyai pandangan yang positif tentang sumbangan mereka (Kosnik &
Beck, 2009). Ini berkait rapat dengan kualiti guru yang memainkan peranan penting dalam
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dalam dunia
pendidikan khususnya di Malaysia, kualiti guru merupakan satu isu yang kontemporari dan
sedang mendapat perhatian yang amat serius. Ini dapat dilihat dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu anjakan keempat yang memberi penekanan
kepada transformasi keguruan sebagai profesion pilihan. Di bawah anjakan ini, Kementerian
Pendidikan telah meningkatkan kualiti pengambilan guru pelatih di IPG pada tahun 2013
iaitu 42% daripadanya mendapat 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Manakala guru-
guru pelatih yang telah diambil pada tahun sebelumnya pula sebanyak 70% sekurang-
kurangnya mendapat 5A dalam SPM. Ini merupakan suatu titik tolak ke arah penyediaan
calon-calon yang layak dan berkualiti untuk memasuki bidang perguruan.

Aspek kualiti guru juga boleh dilihat menerusi salah satu aspirasi pendidikan iaitu dari
segi kualiti yang ingin menjadikan Negara Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam
pentaksiran antarabangsa seperti (Trends in International Mathematics and Science Study)
TIMMS dan Program for International Student Assessment (PISA) dalam tempoh 15 tahun.
Ini memerlukan kualiti yang menyeluruh termasuklah kualiti guru. Ini kerana guru
merupakan anggota pelaksana bagi sistem pendidikan yang telah digubal di negara ini.
Malaysia perlu bersaing dengan lebih kompeten dalam mendapat kedudukan yang baik dalam
pentaksiran antarabangsa. Singapura yang mempunyai kedudukan geografi serta latar
belakang budaya berbeza seperti Malaysia sudah mencapai prestasi pendidikan yang baik. Ini
boleh dilihat melalui pencapaian mereka dalam TIMMS yang secara konsisten selalu
menduduki tempat kelompok teratas atau menghampiri kelompok teratas Menurut Godwin
(2012). Wajarlah Malaysia juga bertungkus-lumus ke arah pencapaian kualiti tersebut.

Pelbagai usaha telah dilakukan bagi menjamin kualiti guru. Antara yang terbaru ialah
kelulusan peruntukan RM5 juta kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di bawah
Skim Geran Penyelidikan NIC yang bertajuk ‘Development of a Teacher Education Model
for Preparing Quality Teachers for the Future’ (Akhbar Sinar Harian, 13 Mac 2014). Ini
adalah antara usaha terbaru Kementerian Pendidikan yang juga merupakan satu pelaburan
15

jangka masa panjang bagi membina satu model pendidikan guru yang mampu melahirkan
golongan pendidik yang berkualiti.

Ramakanta Mohalik,( 2010) menyatakan bahawa guru-guru dalam perkhidmatan


perlu diberikan pendidikan yang berterusan dari semasa ke semasa bagi memperbaharu
pengetahuan am pedagogi dan pedagogi mereka. Satu lagi program di bawah kendalian
Bahagian Pendidikan Guru (BPG) ialah Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB).
Program ini merupakan program khas bagi guru-guru yang ditempatkan bermula pada tahun
2011. Guru-guru baru akan dipantau oleh guru lama melalui sistem pementoran selama satu
tahun. Bimbingan yang berterusan akan diberikan kepada guru baru dalam semua aspek
termasuklah pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah, pelaksanaan aktiviti
kokurikulum dan sebagainya. Program ini secara tidak langsung dapat meningkatkan
profesionalisme guru-guru baru serta menjadikan guru-guru ini lebih berkualiti dan efisien
dalam menjalankan tugas.

Guru mempunyai implikasi yang besar terhadap pencapaian suatu sistem pendidikan.
Sehingga tahun 1960-an, Psai (2012) mendapati bahawa pencapaian pendidikan di Finland
adalah rendah iaitu sama seperti Malaysia dan Peru. Tetapi kini, Finland merupakan antara
negara yang mempunyai penduduk yang paling berpendidikan di dunia dan kecemerlangan
guru-guru merupakan penyumbang utama kepada kejayaan Finland sehingga mendahului
negara lain dalam pendidikan dan juga kemajuan Sains dan Matematik. Ini merupakan satu
indikator bahawa guru yang berkualiti mampu mengubah pencapaian pendidikan sesebuah
negara. Tuntasnya guru-guru yang guru berkualiti melancarkan proses pengajaran dan
mengoptimumkan pembelajaran.
16

4.3 Demografi

Melihat dari sudut demografi, ia juga menjadi satu elemen penting dalam mengukur
potensi diri dan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan seterusnya
melihat potensi perkembangan murid secara menyeluruh dalam pelbagai aspek. Menurut
kamus dewan demografi melibatkan jantina, peringkat umur,kelahiran, kematian, kepadatan
penduduk dan taburan penduduk dalam tempoh tertentu. (Kamus Dewan Edisi 4)

Umum mengetahui Falsafah Pendidikan Negara merupakan satu usaha berterusan


dalam memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dari segi
intelek, rohani,emosi dan jasmani. Oleh itu kita melihat FPK sebagai suatu usaha dalam
melahirkan potensi yang lebih cemerlang dan berjaya di dalam kelas melihat daripada sudut
ddemografi itu sendiri.

Dalam pencapaian akademik, di dalam kelas, guru membimbing tidak mengira bangsa
dan darjat. Lagu kami guru Malaysia antara lirik nya ialah “ berikrar dan berjanji,
membimbing dan mendidik” . Jelas peranan guru ialah membimbing dan mendidik. Siapa kah
insan yang di didik? Jawapannya ialah murid-murid yang berada di dalam kelas. Guru
menerima mereka semuanya tanpa mengira misikin , berharta atau pun bijak, kurang bijak,
kurang upaya dan sebagainya. Guru di anggap sebagai tunjang dalam sistem pendidikan dan
merupakan factor utama dalam menentukan kejayaan dan kegagalan sesuetu program
pendidikan. Justeru itu, keberhasilan program pendiidkan negara menjurus kepada matlamat
wawasan negara dan Falsafah Pendidikan Negara itu sendiri yang terletak di bahu guru itu
sendiri,( Zaitol, 2012)

Dalam pencapaian akademik seseorang murid, jantina juga menjadi kayu pengukur
dalam pencapaian murid-murid di dalam kelas. Kebiasaannya apabila keputusan awam di
umumkan murid perempuan mengatasi pencapaian akademik dan kecemerlangan murid di
dalam kelas, berbanding murid lelaki. Menurut Zalizan Jelas, Saemah Rahman, Roselan Baki
& Jamil Ahmad (2005) dalam kajian mereka ada mendapati murid perempuan lebih baik
dalam tugasan yang memerlukan penghafalan fakta dan peraturan yang jelas manakala murid
lelaki lebih cenderung kepada tugasan berbentuk terbuka yang berkaitan dengan situasi yang
realistik dan praktikal. Murid perempuan juga didapati mempunyai ciri-ciri positif yang
menyumbang kepada pencapaian prestasi akademik yang lebih baik berbanding murid lelaki.
17

Dalam peperiksaan awam seperti UPSR, PT3, SPM dan STPM, jurang pencapaian
murid lelaki lebih rendah berbanding perempuan. Sebagai contoh, laporan berita Kosmo
online bertarikh 11 Ogos 2015 menyatakan kemasukan ke IPTA sesi 2015/2016
menunjukkan pelajar perempuan masih mendominasikan kedudukan kemasukan di dalam
IPTA seluruh negara. Seramai 26,030 mendaat tawaran , dan lelaki hanya 11437 sahaja yang
berjaya.

Melihat jurang potensi kawasan bandar dan luar bandar, sudah tentu perlaksanaan
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dapat meningkatkan potensi perkembangan diri
murid bandar berbanding murid di kawasan luar bandar.Murid bandar mempunyai peluang
belajar yang lebih baik berdasarkan kemudahan pembelajaran yang lebih selesa berbanding
dengan murid di kawasan luar bandar. Kajian oleh Aloysius Polius (2009), murid luar bandar
di Tenom mempunyai potensi rendah dan semangat waja yang kurang menyebabkan mereka
kurang keyakinan diri dan seterusnya kurang cemerlang dan pencapaian akademik mereka.
Potensi murid di luar bandar dan bandar sememangnya amat ketara dalam pencapaian
akademik. Justeru itu, perlaksanaan Transfromasi Pembangunan Pendidikan Negara di
lancarkan untuk membantu mengurangkan jurang pencapaian akademik tersebut.

Peranan guru semestinya perlu dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran


yang lebih berkesan dan menerapkan peotensi diri murid tidak mengira jantina dan juga
jurang pencapaian dan sekolah sama ada di dalam bandar mahu pun di luar bandar.
Perlaksanaan pembelajaran abad ke 21, sedikit sebanyak membantu murid luar bandar
diterapkan dengan menggunakan ICT di dalam pembelajaran mereka. Murid perlu diberi
peluang sama rata dalam melaksanakan pembelajaran ICT di dalam kelas dan seterusnya
dalam perlaksanaan pembelajaran abad ke 21 yang lebih terancang.

Dalam menjayakan pembelajaran abad ke 21 di dalam kelas yang menumpukan


penggunaan pembelajaran menggunakan ICT, guru perlu mengetahui potensi murid mereka
supaya seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara. Guru perlu mengetahui elemen-elemen
penting yang perlu ada pada murid dalam menjadikan mereka seorang murid yang boleh
bersaiang dalama era globalisasi negara. Justeru itu, guru harus berdaya saing dan sentiuasa
menjadikan pembelajaran mereka lebih menarik di dalam kelas supaya murrid-murid boleh
mengetahui perkembangan potensi mereka dan kecemerlangan diri.
18

4.4 Lain-lain isu

4.4.1 Murid dan gejala sosial

Tiada sekolah tanpa murid dan keberhasilan murid merupakan penentu


kecemerlangan sesebuah sekolah. Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah
untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam
kehidupan(PPPM 2013-2015). Setiap murid mempunyai keupayaan dan sikap yang berbeza.
Perbezaan individu memberikan kesan yang besar terhadap kepelbagaian tingkah laku dalam
bilik darjah (Suppiah Nachiappan, 2008). Perbezaan individu merupakan cabaran terbesar
kepada guru dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang baik dan
kondusif. 
Dewasa ini, seringkali surat khabar memaparkan perlakuan salah laku remaja yang
masih merupakan pelajar sekolah. Kadar peningkatan krisis akhlak dan moral golongan
remaja di negara ini semakin menggerunkan apabila statistik menunjukkan jumlah kes
jenayah membabitkan pesalah juvana meningkat sebanyak 111 peratus dalam tempoh
setahun.(MyMetro, 2015). Masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah masa kini
sememangnya amat merisaukan. Tingkah laku golongan pelajar dan remaja khususnya
semakin mencabar dengan pelbagai masalah. Penglibatan dalam pelbagai masalah disiplin
seperti ponteng sekolah, buli, pergaduhan dan dadah memberi kesan negatif kepada prestasi
akademik pelajar.
Penglibatan remaja dalam pelbagai gejala sosial berpunca daripada beberapa faktor
antaranya ialah faktor dalaman diri remaja itu sendiri iaitu dari aspek perkembangan
personaliti, kegagalan fungsi institusi keluarga dan juga pengaruh rakan sebaya(Abd. Rahim,
2006). Pengaruh persekitaran di sekolah juga menjadi punca keruntuhan akhlak di kalangan
remaja (Zainal dan Sharani, 2004) Gejala sosial ini akan semakin merebak sekiranya tidak
dibendung segera. Ia akan menjadi batu sandungan yang akan merencatkan matlamat sistem
pendidikan negara.

4.4.2 Ibu Bapa


Peribahasa Melayu ada mengatakan “ Melentur buluh biarlah daripada rebungnya”,
yang membawa maksud “ melatih anak biar daripada kecil”. Ini menunjukkan peranan ibu
bapa dalam mencorakkan keperibadian seorang anak adalah sangat penting. Anjakan
kesembilan transformasi sistem pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2015(PPPM 2013-2015) juga menetapkan bahawa penglibatan ibu bapa,
19

komuniti dan sektor swasta dalam pendidikan perlu diperluaskan untuk menjayakan
pembangunan pendidikan di Malaysia.
Menurut PPPM 2013-2015, Kajian antarabangsa menunjukkan dengan jelas bahawa
proses pembelajaran turut berlaku di luar sekolah, termasuk di rumah dan dalam masyarakat.
Kajian OECD tentang PISA menunjukkan bahawa aktiviti antara ibu bapa dengan anak,
dapat meningkatkan keberhasilan murid secara signifikan. Semua ibu bapa menghantar anak
ke sekolah dengan satu harapan agar anak menjadi insan yang berilmu dan berjaya dalam
pelajaran. Oleh itu, ibu bapa meletakkan harapan yang tinggi agar anak masing-masing
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam sekolah.
Namun, tidak semua harapan ibu bapa ini dapat di realisasikan oleh anak masing-
masing. Ini akan menyebabkan kekecewaan pihak ibu bapa. Kekecewaan ini akan
menyebabkan pihak sekolah, khasnya guru-guru dipersalahkan. Anak juga turut
dipersalahkan. Terdapat juga ibu bapa di sekolah luar bandar yang masih tidak menyedari
kepentingan pendidikan anak-anak dan mengabaikan tanggung jawab mereka untuk
menyokong anak-anak di sekolah. Sikap ini menyebabkan keciciran murid berlaku dan
menyumbang kepada kemerosotan prestasi akademik murid. Fenomena prestasi lemah akan
menjejaskan impian Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) bagi melahirkan insan dalam
mencapai wawasan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4. 4.4 Globalisasi dan Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)


Kemahiran ICT adalah sangat penting dalam mempersiapkan generasi muda untuk
menghadapi keperluan abad ke 21. Ledakan teknologi maklumat serta inovasi dalam
teknologi maklumat yang begitu pesat membolehkan maklumat diperoleh dengan pantas.
Kemajuan pesat dalam ICT adalah pencetus globalisasi. Globalisasi meluaskan konsep dunia
tanpa sempadan. Globalisasi memberikan cabaran terhadap guru bagaimana perancangan
pembelajaran dan dunia pendidikan boleh dimajukan dari perspektif global yang melibatkan
penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan maklumat melalui ICT, pengawalan
dan penyeliaan, serta peranan efektif guru dalam memajukan dunia pendidikan. (Abd. Rahim,
2005).
Sehubungan dengan itu, anjakan ke-7 dalam sebelas anjakan utama untuk
mentransformasikan sistem pendidikan Negara akan memanfaatkan ICT bagi meningkatkan
kualiti pembelajaran di Malaysia. (PPPM 2013-2025) ICT mempunyai potensi yang besar
untuk memacu proses pembelajaran ilmu dan kemahiran berfikir yang luas. Walau
20

bagaimanapun, penggunaan ICT di sekolah masih tidak mencapai tahap yang memuaskan
baik dari segi kualiti mahupun kuantiti.

5.0 CARA PENYELESAIAN ISU

Melestarikan FPN merupakan satu matlamat setiap individu dalam bidang pendidikan
khasnya Guru untuk mejamin generasi yag lebih berkualiti. Perkara ini bukan mudah untuk
dilaksanakan bagi memastikan semua mendapat manfaat dalam merealisasikan matlamat
tersebut. Suasana pembelajaran yang kondusif dapat menarik minat dan tumpuan murid di
dalam kelas. Oleh itu, suasana ruang kelas dan lingkungan sekitar yang kondusif akan
membantu terlaksananya proses pembelajaran. Kekurangan infrastruktur multimedia seperti
ketidak keseimbangan bilangan yang dibekalkan dengan permintaan di sekolah menyebabkan
kebolehupayaan guru dan murid dalam mengekses dan menggunakan kemudahan ICT adalah
terhad. Bagi memastikan infrasturktur yang mencukupi dan berkualiti,pihak kerajaan boleh
berkerjasama dengan pihak swasta dalam mencari dana untuk mendapatkan kemudahan
prasarana yang mencukupi. Pihak swasta juga dapat menjalankan tanggungjawab sosial
korporat (CSR) dalam menaja kemudahan ICT di sekolah-sekolah. Ini dapat memastikan
pembahagian kemudahan ICT yang sama rata di antara sekolah-sekolah.

Untuk menanggani cabaran-cabaran yang dihadapi tersebut, seseorang guru itu


perlulah mempunyai ciri dan kualiti yang profesional sesuai dengan peroses globalisasi ini.
Cabaran guru untuk merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan, khasnya meningkatkan
kualiti sekolah ialah guru haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf professional melalui
latihan dalam perkhidmatan, perlaksanaan penyelidikan tindakan secara kolaborasi, membuat
refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e-
pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini untuk
merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Dari segi pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti pula, bergantung kepada
perlakuan mengajar guru dalam proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian.
Keberkesanan pengajaran boleh berlaku apabila guru telah merancang sesuatu program
mengajar mengikut prinsip mengajar.pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran
eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan murid-murid. Selain
itu melaksankannya dengan cekap dan berjaya menggunakan teknik mengajar yang sesuai.
Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah sesuai dan cerdas diberikan aktiviti
21

pengayaan, manakala murid-murid yang lambat dibimbing dengan aktiviti pemulihan.


Keberkesanan pengajaran ini dapat dilihat apabila guru menggunakan teknik penilaian
terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan Profesionalisme. Guru harus


sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai
wawasan negara. Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini.
Berusaha mengaplikasi kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru perlu
menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-
pihak berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi
mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat
dilakukan oleh para pendidik.

Perkara yang paling penting bagi guru zaman globalsasi ini ialah meningkatkan
kemahiran Dalam Penggunaan ICT. Bidang perguruan sentiasa berkembang dan berubah
sejajar dengan perubahan zaman. Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan
internet menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional. Para guru
mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin
canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai
melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah
bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan
negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020. Guru juga harus
memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat masa kini
masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian
sebagai cara hidup moden. Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan
SchoolNet, hendaklah dihargai oleh guru dengan menggunakan segala kemudahan semaksima
mungkin.

Selain itu juga seorang guru perlulah berpengetahuan, berdaya Fikir dan berakhlak.
Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk
peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari
penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, ekonomi dan
sebagainya. Guru yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang
di kemudian hari. Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion
perguruan perlu menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam
22

kurikulum pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar
dalam pengajaran. Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan para pelajar menjadi
warga yang berguna kepada bangsa dan negara.

Di samping itu, guru juga mestilah berupaya membuat keputusan,menyelesai masalah


serta berfikiran kritis dan kreatif. Para pendidik juga mesti sedar bahawa profesion mereka
bukan sahaja mengajar tetapi terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana,
penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.

Tanggungjawab merupakan suatu perkara yang amat penting untuk membimbing


pelajar bagi mencapai kemajuan dan wawasan, para guru perlu melaksanakan tanggungjawab
terhadap terhadap pelajar seperti mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar, bersikap
adil, memupuk nilai murni. Tanggungjawab terhadap ibu bapa juga penting seperti seperti
mewujudkan hubungan mesra, menghormati mereka, tidak dipengaruhi oleh kedudukan
sosial dan ekonomi mereka dan memberi maklumat kepada mereka untuk kepentingan anak-
anak mereka. Seterusnya tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti mengelak
dari menyebar perkara negatif, menghormati masyarakat setempat serta menggalakkan
kerjasama dan persefahaman. Dan akhirnya tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan
profesion seperti mengelak dari membuat kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam
kegiatan yang menjejaskan kepercayaan masyarakat serta membantu rakan sejawat.
23

6.0 Rumusan

Melalui perbincangan ini, dapatlah dikatakan bahawa Falsafah Pendidikan Negara


merentas kurikulum di dalam kelas. Konsep asas yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan tersebut menjadi titik tolak dalam pengjaran dan pembelajaran (PdP)) di dalam
kelas itu sendiri. Guru berperanan penting dalam meletakkan pendidikan berteraskan Falsafah
Pendidikan Negara dapat di terapkan secara lebih khusus di dalam kelas untuk emmenuhi
keperluan modal insan murid tersebut. Nilai ilmu yang ada dalam penerapan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan menjadi satu titik tolak dalam pembangunan pembelajaran sepanjang
hayat. Keberkesanan pengajaran guru dapat membantu pembentukan ilmu yang tinggi
seterusnya boleh mengubah diri serta masyarakat.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini telah menekankan bahawa pendidikan adalah


suatu usaha yang berterusan dalam meletakkan individu iaitu murid seimbang dari segi
emosi, rohani, jasmani dan intelek. Lantaran itu, penerapan falsafah tersebut mampu memberi
impak dan keperluan dari segi emosi, rohani, jasmani dan intelek secara lebih teratur dan
berdaya saing di dalam kelas itu sendiri. Guru sebagai pemangkin menjayakan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan sebagai proses asas dan usaha dalam pembinaan seorang individu
yang seimbang yang berhasrat tinggi seiring hala tuju negara.

Guru merupakan elemen yang penting dalam menjadikan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan menjadi satu panduan di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Perlaksanaan FPK di dalam kelas dengan menerapkan nilai-nilai JERI dalam kelas akan
menjadikan pembelajaran kelas lebih berjaya dan seterusnya pencapaian akademik pelajar-
pelajar dapat di tingkatkan.Oleh itu, pelajar perlu sentiasa berusaha untuk menjadi yang
terbaik kerana guru merupakan pemangkin FPK di dalam kelas dan pelajar itu sendiri
sepatutnya menjadikan pembelajaran di dalam kelas seronok bersama guru mereka sendiri.
24

Rujukan

Abd Rahim Abd Rashid . 2006 . Menangani perkembangan dan masalah tingkah laku
remaja dalam keluarga. Universiti Malaya. Pusat Pembangunan Keluarga.

Abd. Rahim Abd Rashid. 2005. Profesionalisme keguruan prospek dan cabaran.
Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Sani Yahaya .2003. Mengurus Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. Bhd.

Aloysius Polius. 2009. Pencapaian rendah dalam ujian penilaian sekolah rendah dalam
kalangan murid luar bandar: Kajian kes daerah Tenom, Sabah. Tesis sarjana
Universiti Malaysia Sabah.

Joseph, A.D. Roger, P.W . Allison, B.D. Rebbeca , D. T. Kirston, B. S. 2011. The impact of
enhancing students’ socialand emotional learning : A meta-analysis of
school.school-based universal interventions. Child Development . 82( 1).
405–432

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi. 2001 Kementerian Pendidikan


Malaysia .

Gardner, H. 1983. Frames of mind: The theory of multiple intelligences. New York:
Basic Book.

Godwin, A. L. 2012. Quality Teachers, Singapore style. In. Linda Darling Hammond &
Lieberman Ann (Eds). Teacher Education around the World. Routledge . New York .
(22-43).

Infrustruktur lengkap mampu lahir pelajar cemerlang. http://www.utusansarawakonline.com/


(10 September 2015)

Idris Jala. Empat Faktor lonjak semula kecemerlangan pendidikan sekolah. Berita Harian.

Ikhsan Osman& Rohizani Yaakub. 2010. Aplikasi teori kecerdasan pelbagai dalam
pelaksaaan pembelajaran. Asia Pasific Journal of Education. 25 (2). 21-32.

Kementerian Pendidikan Malaysia . Laporan tahunan. Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia . http://www.moe.gov.my/. (09 September 2015)

Kementerian Pendidikan Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
09 September 2015.

Kosnik, C. & Beck, C. 2009. Priorities in teacher education. Asia Pacific journal of
educators and education. 10 (25). 21–32.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. 2012. Kementerian


Pendidikan Malaysia.
25

Sahlberg, P. 2012. Finland: A non-competative education for comnpetative economy in


OECD: Strong performers and successful reformers- Lesson from PISA for
Japan and Paris. (93-111).

Sejarah pendidikan di Malaysia.http://pmr.penerangan.gov.my/ (08 September 2015)

Sharifah Nadiya Syed Yahya Jamalullail, Najmiah Abdullah. 2010. Aplikasi teori
kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran bagi subtopik modul
design dialogue – Satu tinjauan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis. 1-6

Shuhada Mansor. My Metro: Statistik moral remaja kita. http://www/mymetro.com


(11 Mac 2015)
.
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor.2008. 
Siri Pendidikan Guru: Psikologi Pendidikan.  Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Undang-Undang Malaysia, Akta Pendidikan . (Akta 550).1996


Kuala Lumpur : Percetakan Nasional Berhad

Zainal Madon & Mohd. Sharani Ahmad. 2004. Panduan Mengurus Remaja Moden.
Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Zaitul Azma & Zainon Hamzah. 2012. Peranan Guru. Pelita Bahasa. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Zalizan Jelas, Saemah Rahman, Roselan Baki & Jamil Ahmad. 2015. Prestasi akademik
megikut gender . Jurnal Pendidikan. 30 (111). 93 – 111.

Anda mungkin juga menyukai