Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Mengenal Pasti Masalah Kajian

Sulaiman (2003) menyatakan bahawa permasalahan dalam penyelidikan perlu

mempunayi ciri-ciri yang mengerakkan kita untuk membahaskannya bagi mendapat manfaat

daripadanya. Manakala menurut Rosinah Edinin (2011) menyatakan bahawa masalah kajian

dihasilkan selepas mengetahui kesemua aspek penting yang berkaitan dengan tajuk yang

ingin dkaji. Secara ringkasnya, permasalahan kajian ini adalah isu atau masalah yang ingin

dikajikan oleh pengkaji. Pengkaji memilih isu yang dinginkan untuk dijadikan sebagai

permasalahan kajian sekaligus membentuk tajuk kajian. Proses pengenalpastian masalah

kajian adalah penting kerana pengkaji perlu memikirkan langkah bagi menyelesaikan

permasalahan kajian.

Salah satu ciri permasalahan kajian adalah dikaji secara empirikal. Permasalahan

kajian dikaji secara empirikal adalah bermaksud permasalahan hendaklah dialami sendiri

oleh pengkaji dan pengkaji berada dalam situasi masalah yang berlaku. Seterusnya, pemboleh

ubah dalam permasalahan kajian mempunyai kaitan. Sebagai contoh, pengkaji menggunakan

kaedah senaman ‘brain gym’ membantu meningkatkan kekemasan tulisan Bahasa Cina

murid-murid Tahun Lima. Pemboleh ubah tidak bersandar (‘brain gym’) adalah berkait rapat

dengan pemboleh ubah bersandar (kekemasan tulisan Bahasa Cina murid-murid Tahun Lima)

di mana penggunaan kaedah ‘brain gym’ mempengaruhi tahap kekemasan tulisan murid.

Permasalahan kajian juga mestilah spesifik dan jelas. Contohnya, pengkaji menggunakan

kaedah bermain untuk meningkatkan kosa kata murid diskelsia. Di sini, masalah

pembelajaran murid dinyatakan secara spesifik.


3.0 TUJUAN KAJIAN

‘Kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan senaman Brain Gym ke arah membantu murid-

murid Tahun 5 dalam meningkatkan tahap kekemasan tulisan mereka. Senaman melalui

PACE diharapkan dapat membantu mereka menulis dalam Bahasa Cina dengan teratur dan

kemas agar wujud keyakinan diri dan minat dalam menulis.’

Berikut adalah contoh tujuan kajian merujuk pada penulisan Lau (2010). Tujuan kajian

adalah merupakan penyataan umum yang melibatkan matlamat keseluruhan penyelidikan dan

perkara-perkara yang ingin dikaji oleh penyelidik. Seperti yang kita dapat lihat melalui

contoh di atas, tujuan kajian dinyatakan secara umum dan tidak melibatkan penomboran.

6.0 RUJUKAN

Lau, P. L. (2010). Kesan Senaman “Brain Gym” Terhadap Kekemasan Tulisan Murid Tahun
Lima. Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010,, 23-40.

Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan dan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur:
Freemin Horizone Sdn. Bhd.

Sulaiman Masri. (2003). Kaedah Penyelidikan Dan Panduan Penulisan (esei,proposal,tesis).


Cheras: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd .

Anda mungkin juga menyukai