Anda di halaman 1dari 5

Memberi justifikasi keberkesanan penggunaan Quizizz di dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran kelas online anda.

1. TAHAP PENGLIBATAN MURID DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN


SECARA MENINGKAT

Seperti yang sedia maklum,majoriti pelajar pada hari ini masing-masing


mempunyai gadget atau smartphone yang akan mereka gunakan sepanjang hari samada
yang tinggal bersama ibubapa di rumah mahupun yang tinggal di asrama.Oleh yang
demikian,untuk memanfaatkan pengunaan gadget atau smartphone dalam kalangan
pelajar hari ini,maka kita sebagai guru perlu mengetengahkan aktiviti dalam kelas dengan
mengaplikasikan teknologi yang disediakan ini proses pembelajaran dan pengajaran
harian.Di samping dapat mengelakkan penyalahgunaan gadget dalam kalangan pelajar,ia
turut membantu menarik minat pelajar untuk berinteraksi dan memahami sesuatu
pelajaran.

Sebagai seorang guru subjek pendidikan islam,cabaran berhadapan dengan situasi


dimana pelajar perlu dan mesti hafal dan ingat fakta bagi setiap topik yang
dipelajari.Contohnya bab berkaitan ibadah.Pelajar mesti faham dan ingat setiap hukum
yang dipelajari.Bagi tidak membiarkan pelajar kebosanan dengan teknik penerangan 1
hala dalam kelas.Saya cuba untuk mengajak pelajar-pelajar saya untuk bermain Quizizz
didalam kelas untuk mengulangkaji topik yang sudah dipelajari.

Quizizz ini adalah satu aplikasi atau alat yang guru boleh gunakan untuk mencipta
atau membina soalan melalui visual tanpa menggunakan kertas.Guru boleh mencari
sebarang kuiz pembelajaran atau subjek di ruangan "search" jika guru tidak mempunyai
soalan sendiri.Hanya dengan menulis subjek atau nama topik yang ingin disampaikan
pelajar,maka guru akan pilih kuiz yang bersesuaian dengan tahap pelajar.

Salah satu pengajaran menggunakan Quizizz bersama pelajar ketika subjek


Pendidikan Islam.Dalam kelas kali ini,saya tidak membawa laptop untuk disambung pada
skrin utama kerana saya menggunakan "google chromecast" yang boleh disambung terus
ke smartphone melalui wifi dan Smart Screen.

Saya menekankan teknik pengajaran interaksi 2 hala antara guru dengan pelajar
dengan menggunakan aplikasi Quizizz sebagai alat atau tempat untuk menilai kefahaman
pelajar didalam kelas.Pada skrin utama hanya tertera markah setiap pelajar setelah
menjawab kuiz manakala pelajar pula akan menjawab soalan kuiz pada komputer
masing-masing.Bagi pelajar yang menjawab kuiz dengan betul,akan mendapat "point"
atau markah.Dan diakhir pembelajaran,pelajar boleh mengetahui siapakah yang mendapat
markah tertinggi dan dikira pemenang.
2. KAEDAH INI BERJAYA MENAIKKAN MOTIVASI MURID UNTUK TERUS
MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI PEMBELAJARAN

Dalam penggunaan quizizz juga,saya boleh menyemak soalan kuiz manakah yang
paling ramai pelajar betul dan salah. Daripada situ, saya akan membuat soal jawab dengan
pelajar dan membincangkan jawapannya. Justeru, kaedah ini berjaya menaikkan motivasi
murid untuk terus melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran.
Kita sedia maklum bahawa pembelajaran menyeronokkan juga berkait dengan
penggunaan bahan bantu mengajar. Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik akan
mewujudkan suasana pembelajaran yang menggembirakan. Hal ini disokong oleh Yahya dan
Dayang Raini (2011), menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi min prestasi
pemahaman bacaan antara murid-murid berpencapaian sederhana yang mengikuti pengajaran
pemahaman bacaan menggunakan aplikasi komputer secara interaktif dengan murid-murid
berpencapaian sederhana yang mengikuti pengajaran menggunakan kaedah tradisional dalam
ujian pasca. Kesimpulannya, pembelajaran yang menyeronokkan perlu melibatkan kreativiti
guru yang mampu memberi kesan terhadap pembelajaran di dalam bilik darjah.
Justeru, saya yakin dan optimis bahawa pengunaan Quizizz dapat memberi
keseronokan dalam pembelajaran di dalam kelas dan memberi kesan positif kepada pelajar
terutama dalam menarik minat pelajar untuk bersaing dalam pelajaran secara sihat.

3. PENGGUNAAN APLIKASI INI BERJAYA MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN

Langkah-langkah untuk mengaplikasikan Quizizz didalam kelas adalah seperti berikut:

Untuk lebih mudah,saya menggunakan Google Chrome kerana telah bersambung akaun
gmail.

1. Buka laman web : https://quizizz.com/


2. Jika anda belum akaun Quizizz,sila daftar atau "sign up" terlebih dahulu
3. Jika sudah ada akaun Quizizz,anda boleh masukkan atau "log in" identiti anda
4. Jika laptop atau komputer anda telah disambungkan akaun gmail,maka klik sahaja log in
atau sign up with gmail account.
5. Setelah itu,anda boleh mencari subjek atau topik yang ingin anda gunakan pada ruangan
"seacrh for quizzes on any topic".
Tuliskan subjek anda pada ruangan "seacrh for quizzes on any topic"

Cari topik subjek dan tahun berapa yang diperlukan


6. Setelah selesai proses carian,sila pilih mana-mana soalan yang ada untuk digunakan dan
diberikan pada pelajar.
7. Kemudian tekan butan "live game".
8. Sebelum klik host game, pastikan anda telah memilih "game mode" yang ingin anda
gunakan.

 team mode    : pelajar akan menjawab soalan  secara individu    tetapi markah
berkumpulan
 classic mode : pelajar akan menjawab soalan secara individu
 test mode      : pelajar akan jawab seorang-seorang seperti      dalam peperiksaan dan
pelajar perlu "log in" akaun sendiri

9. Jika sebelum ini,anda pernah menggunakan classroom,anda boleh sambung terus dengan
quizizz.

10. Akhir sekali,anda perlu bagi "code" kepada pelajar dan minta mereka masukkan "code"
tersebut  pada link ini join a game.
Guru-guru juga boleh memuat turun aplikasi Quizizz ini di "play store" bagi pengguna
android. Search sahaja Quizizz,download kemudian install dalam smartphone masing-
masing.Kemudian ikuti langkah-langkah seterusnya.
Saya yakin bahawa aplikasi ini Berjaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran saya
memandangkan Langkah-langkahnya amat mudah dan kedua-dua pihak iaitu guru dan murid
tidak akan berasa tertekan dengan kepelbagaian yang dibawa sesuai dengan tuntutan zaman
teknologi kini yang serba canggih.

Anda mungkin juga menyukai