Anda di halaman 1dari 29

KERJA KURSUS

SESI AKADEMIK 2023 / 2024

FAKULTI PENGAJIAN KONTEMPORARI ISLAM


DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN

KOD KURSUS
DWP 10102

TAHUN / SEMESTER
1/1

NAMA KURSUS
FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAJUK
STANDARD GURU MALAYSIA
DAN KEPENTINGANNYA DALAM PENDIDIKAN ALAF BARU

Nama Ahli Kumpulan

Bil Nama Pelajar No Matrik No K/P

1 MAIZURAH BINTI MOHAMMAD 079042 930506115712

2 SITI HAZIRAH BINTI ABD RASHID 078864 940408105894

Tarikh Hantar: 21 Januari 2024

PROFESOR MADYA USTAZ AB AZIZ BIN SULAIMAN


PENSYARAH DWP10102
KAMPUS PUTRAJAYA
UniSZA
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN ....................................................................................................................... 1

2.0 PERBEZAAN SGM1.0 DAN SGM2.0 .................................................................... 2 - 4

3.0 TUJUAN SGM2.0 ..................................................................................................... 4

4.0 KERANGKA SGM2.0 ............................................................................................... 5

4.1 DIMENSI KOMPETENSI ................................................................................ 5 – 15

4.2 ETIKA KEGURUAN ....................................................................................... 15 - 22

5.0 PENGGUNA SGM2.0 .......................................................................................... 22 - 23

6.0 KEPENTINGAN SGM DALAM PENDIDIKAN ALAF BARU.................................24 - 25

7.0 RUMUSAN.................................................................................................................26

8.0 RUJUKAN..................................................................................................................27
1.0 PENGENALAN

Standard Guru Malaysia (SGM) adalah satu dokumen yang disediakan oleh agensi
dan institusi latihan perguruan di mana ia menggariskan kompetensi profesional yang patut
dicapai oleh guru. Dokumen ini disediakan dengan bertujuan sebagai panduan dan rujukan
kepada para guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dengan usaha untuk
melahirkan guru yang holistik dan berkualiti. Bagi penambahbaikan berterusan, dokumen ini
akan disemak secara berkala untuk memastikan kompetensi profesional guru berada di
landasan yang betul mengikut keperluan semasa. Sebelum terbentuknya Standard Guru
Malaysia, sistem pendidikan sudah mempunyai Tatasusila dan Tatakelola iaitu bagaimana
seseorang guru itu perlu bertindak dan Laporan Razak (1971) berpendapat Malaysia perlu
mempunyai satu standard guru yang boleh dijadikan panduan bagi mengenalpasti kompetensi
profesional yang perlu guru capai. Oleh itu, pada tahun 2009 secara rasminya Standard Guru
Malaysia dilancarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pendidikan pada ketika
itu yang menetapkan kecekapan profesional yang harus guru-guru Malaysia miliki. Setiap
kompetensi yang digariskan akan dilancarkan oleh agensi dan institusi latihan guru adalah
untuk membantu guru mencapai kecekapan yang telah ditetapkan. Secara umumnya,
matlamat Standard Guru Malaysia adalah untuk melahirkan Guru Malaysia yang unggul dan
berpotensi untuk membangunkan modal insan yang hebat dan memastikan guru Malaysia
sentiasa bersedia dengan setiap cabaran semasa dunia pendidikan sejajar dengan
perkembangan pendidikan moden. Standard Guru Malaysia 1.0 diperkenalkan pada tahun
2009 dan terdapat sedikit penambahbaikan mengikut keperluan semasa. Dengan itu, melalui
semakan berkala secara berterusan dan terdapat tuntutan daripada rantau Asia Tenggara di
mana Malaysia perlu mewujudkan satu tahap kompetensi guru yang hampir sama dengan
negara-negara Asia Tenggara yang lain. Standard Guru Malaysia 2.0 diperkenalkan yang
merangkumi semua elemen yang diperlukan untuk kemenjadian guru yang proaktif. Terdapat
beberapa tujuan penggubalan SGM dilakukan iaitu mengenalpasti tahap kompetensi guru
dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta
kemahiran pengajaran dan pembelajaran, mengenalpasti tahap penyediaan dan pelaksanaan
keperluan latihan oleh agensi dan institut latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi
guru yang ditetapkan tercapai, dan untuk mengenalpasti dasar dan strategi pembangunan
pendidikan guru ditambah baik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia
pendidikan.

1
2.0 PERBEZAAN SGM 1.0 DAN SGM 2.0

Terdapat perbezaan antara Standard Guru Malaysia 1.0 dan Standard Guru Malaysia
2.0 iaitu dari segi komponen. Standard Guru Malaysia 1.0 mengandungi tiga komponen utama
iaitu Komponen Standard (S), Komponen Keperluan (K), dan Komponen Asas Penentuan
Standard dan Keperluan. Manakala Standard Guru Malaysia 2.0 yang mula diperkenalkan
pada 2019 hanya mengandungi dua komponen iaitu Dimensi Kompetensi dan Etika. Standard
Guru Malaysia 1.0 mengandungi komponen yang merangkumi amalan nilai profesionalisme
keguruan (S1) di mana standard ini menggariskan kompetensi amalan nilai profesionalisme
keguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial yang patut diterapkan dalam diri
seorang guru. Selain itu, perincian pengetahuan dan kemahiran (S2) yang perlu ada pada
guru mengenai kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan,
ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum. Selain itu juga, kemahiran pengajaran dan
pembelajaran (S3) yang menekankan agar guru menguasai kemahiran pengajaran dan
pembelajaran supaya penyampaian ilmu lebih berkesan. Seterusnya dari segi Komponen
Keperluan pula merangkumi syarat-syarat kelayakan guru memasuki institusi latihan
perguruan (K1) di mana perincian bagaimana pemilihan guru berdasarkan syarat dan kriteria
serta prosedur pemilihan calon. Dari segi keperluan latihan, pentaksiran dan penilaian (K2)
yang menitikberatkan program latihan, sistem pemantauan dan pentaksiran. Di samping itu,
keperluan kolaborasi (K3) menekankan hubungan baik antara agensi dan institusi latihan
perguruan dengan sekolah, institusi pengajian tinggi tempatan dan juga luar negara dan
badan bukan kerajaan bagi memastikan pemantapan latihan perguruan dan kecekapan guru
dipertingkatkan. Di samping itu juga, keperluan dan infrastruktur (K4) menjelaskan tentang
ruang pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, informasi dan komunikasi bagi
memantapkan kecekapan dan keberkesanan latihan perguruan. Komponen Keperluan yang
terakhir adalah jaminan kualiti (K5) yang menitikberatkan semua aspek dalam merancang dan
melaksanakan dasar , strategi, prosedur dan juga aktiviti sebagai usaha untuk melahirkan
keyakinan seorang guru bahawa kualiti latihan sentiasa terpelihara. Bagi Komponen Asas
Keperluan Standard dan Keperluan pula menekankan aspek Mini Nasional, FPK, FPG,
Tatasusila profesion keguruan dan Etika kerja KPM yang digunakan sebagai rujukan untuk
melestarikan Komponen S dan K. Manakala Standard Guru Malaysia 2.0 yang telah
diperbaharui, Dimensi Kompetensi menekankan keperluan yang perlu guru miliki pada
pelbagai tahap profesionalisme bagi memastikan PdP yang dilaksanakan berkesan sejajar
dengan landasan yang ditetapkan. Bagi komponen Etika Perguruan merupakan prinsip moral
dan nilai akhlak yang harus diterapkan dalam diri guru secara berterusan agar menjadi
pegangan dan amalan bagi memastikan profesion keguruan sebagai kerjaya profesional yang
dipandang mulia oleh masyarakat.

2
Sementara itu, perbezaan antara SGM 1.0 dan SGM 2.0 adalah dari segi manfaat
yang diperoleh setelah diaplikasikan. Bagi Standard Guru Malaysia 1.0, guru ditugaskan untuk
membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard serta mengenalpasti
kompetensi pembangunan profesional diri. Manakala Standard Guru Malaysia 2.0 pula
dijadikan sebagai panduan untuk menjadi guru yang memenuhi kriteria yang ditetapkan dan
ia juga berfungsi untuk mengenalpasti keperluan dan etika yang boleh dibangunkan serta
ruang penambahbaikan bagi memenuhi keperluan profesion guru. Dalam SGM 1.0, guru
besar dan pengetua bertanggungjawab untuk menganalisis dan mengenalpasti tahap
pencapaian standard guru dan merancang serta melaksanakan pelan tindakan untuk
meningkatkan tahap pencapaian standard guru seperti yang ditetapkan. Lain pula dengan
Standard Guru Malaysia 2.0 di mana dokumen ini menjadi rujukan untuk mengenalpasti
kompetensi guru dalam merancang dan melaksanakan PBB supaya guru sentiasa terlatih
untuk mewujudkan kemenjadian murid dan sekolah yang unggul. Dalam pada itu, SGM 1.0
digunapakai oleh pendidik guru di Institut Latihan Guru untuk menilai dan mengenal pasti
tahap pencapaian standard guru pelatih (guru pra perkhidmatan) atau peserta kursus (guru
dalam perkhidmatan) dan juga merancang strategi sebagai usaha untuk meningkatkan tahap
pencapaian standard guru pelatih dan peserta. SGM 2.0 pula digunakan sebagai panduan
kepada guru pelatih tentang keperluan dan etika yang perlu diamalkan sebagai persediaan
sebelum mereka memasuki dunia profesional perguruan. Terdapat juga perbezaan tugas
Pentadbir Institut Latihan Perguruan bagi SGM 1.0 dan SGM 2.0 di mana dalam SGM 1.0
pihak ini bertanggungjawab untuk mengenalpasti tahap pencapaian guru pelatih dan peserta,
tahap penyediaan dan keperluan latihan institusi serta merancang strategi untuk
meningkatkan standard pencapaian guru. Dalam SGM 2.0, pengurusan pendidikan menjadi
rujukan untuk mengenalpasti keperluan latihan dan pembekal latihan kepada institusi agar
guru mendapat peluang menjalani PPB yang sesuai mengikut bidang pengkhususan dan
tempoh perkhidmatan serta ia digunapakai dalam penetapan kriteria dalam pemilihan calon
guru.

Pada keseluruhannya, banyak perbezaan Standard Guru Malaysia 1.0 dan Standard
Guru Malaysia 2.0 terutama dari segi peranan SGM itu sendiri. Namun begitu, walaupun telah
digubal tetapi matlamat Standard Guru Malaysia masih sama iaitu untuk menetapkan tahap
pencapaian kompetensi profesional yang patut dicapai guru untuk memastikan setiap guru
berpotensi untuk mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada generasi Malaysia. Oleh
hal demikian, guru haruslah mempunyai kesedaran akan kepentingan kompetensi yang harus
guru miliki dan menghargai usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan guru

3
yang holistik, sentiasa bersedia dengan cabaran semasa dunia pendidikan agar profesion
guru sentiasa dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat.

3.0 TUJUAN STANDARD GURU MALAYSIA 2.0

Pelaksanaan Standard Guru Malaysia 2.0 bersifat lebih sistematik dan merupakan
panduan yang menjadi pegangan kepada para pendidik bagi mengenalpasti tahap
kompetensi profesional yang perlu guru capai. Pelbagai manfaat yang boleh guru dapati
sekiranya guru menjadikan Standard Guru Malaysia 2.0 sebagai satu penghayatan dan
rujukan antaranya alah Penilaian Kendiri. Guru boleh menggunakan SGM 2.0 untuk membuat
penilaian kendiri di mana daripada hasil penilaian kendiri ini, guru dapat mengenalpasti
standard kompetensi yang diperlukan seterusnya merancang keperluan latihan
pembangunan kerjaya mereka. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sudah menyediakan
satu sistem yang dinamakan Sistem Guru Malaysia di mana guru boleh menjawab senarai
semak di dalam sistem berdasarkan 4 kompetensi yang digariskan dah seterusnya guru boleh
membuat penambahbaikan daripada keputusan senarai semak yang dilakukan.

Selain itu, peranan SGM2.0 adalah untuk membentuk Pembangunan Profesionalisme


Berterusan. Pihak sekolah dan institusi pendidikan memanfaatkan hasil penilaian kendiri guru
untuk merancang Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) dan melaksanakan
program atau latihan berasaskan sekolah untuk meningkatkan profesionalisme guru dan
pembangunan organisasi. Di samping itu, peranan SGM2.0 berkenaan instrumen penilaian
kompetensi iaitu SGM2.0 digunakan sebagai panduan kepada pembuat dasar untuk
membangunkan instrumen penilaian kompetensi dan penetapan kriteria serta syarat-syarat
pemilihan dan pengambilan guru. Akhir sekali, SGM2.0 dijadikan panduan dan rujukan dalam
keperluan latihan oleh pembekal latihan bagi mengenalpasti keperluan latihan yang
bersesuaian dengan keperluan laluan kerjaya dan Pembangunan Profesionalisme Berterusan
guru.

4
4.0 KERANGKA STANDARD GURU MALAYSIA 2.0

Rajah 1: Kerangka SGM 2.0

Kerangka SGM 2.0 dibangunkan melalui proses pemetaan dan analisis kandungan
dokumen asas, dokumen utama dan dokumen sokongan. Analisis SGM1.0 mendapati tiga
elemen kompetensi iaitu nilai profesional, pengetahuan dinyatakan secara berasingan.
Dapatan SEA-TCF iaitu Southeast Asia Teacher Competency Framework memberi
penekanan terhadap kompetensi sebagai kombinasi nilai, pengetahuan dan kemahiran dan
elemen etika berasaskan Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia (TPPM) mengandungi
tanggungjawab guru. Justeru, terbentuklah SGM2.0 yang terdiri daripada dua komponen
iaitu Dimensi Kompetensi dan Etika Perguruan. Dimensi Kompetensi menjelaskan
kompetensi yang perlu dimiliki oleh guru pada pelbagai tahap pembangunan profesionalisme
untuk memastikan keberkesanan PdP. Manakala Etika Perguruan merupakan prinsip moral
dan akhlak yang seharusnya menjadi pegangan dan amalan guru di Malaysia bagi
memastikan profesion keguruan sebagai kerjaya profesional serta dipandang mulia oleh
masyarakat.

4.1 DIMENSI KOMPETENSI SEBAGAI GURU

Dimensi Kompetensi merupakan kompetensi yang perlu dimiliki oleh guru pada
pelbagai tahap pembangunan profesionalisme untuk melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Terdapat 4 domain dimensi kompetensi yang perlu guru miliki
iaitu Orientasi Ilmu, Kualiti Peribadi, Instruktional dan Penglibatan Peribadi. Keempat-empat
dimensi kompetensi ini harus diterapkan dalam diri guru supaya setiap guru dapat
mengamalkan jiwa pendidik dengan memainkan peranan yang penting dalam memastikan
keberkesanan PdP.

5
Rajah 2: 4 Domain kompetensi

4.1.1 ORIENTASI ILMU

Orientasi ilmu adalah keupayaan mendalami pengetahuan PdP, falsafah, dasar,


kurikulum, pengurusan organisasi dan trend pendidikan terkini serta meluaskan pengetahuan
selari dengan dinamik pendidikan. Profesion perguruan merupakan satu kerjaya yang mulia
dan dipandang tinggi dan masyarakat. Ini kerana kerjaya guru mewarisi tugas para nabi dan
rasul untuk mendidik masyarakat menjadi bijak,hebat, berilmu dan sebagainya. Namun
begitu, perkembangan pesat dunia pada hari ini juga mempengaruhi perkembangan
pendidikan. Oleh hal yang demikian, guru perlu bersedia dengan segala cabaran semasa
pendidikan yang pada hari ini kian pesat supaya kualiti guru Malaysia terjaga dari pelbagai
aspek kerana insan inilah yang menjadi pengaruh besar dalam melahirkan modal insan yang
terulung. Dalam konteks orientasi ilmu, guru di Malaysia perlu mendalami dan meluaskan
pengetahuan mereka mengenai PdP untuk memastikan penyampaian ilmu pada sesi PdP
berkesan. Prinsip asas model kompetensi adalah prestasi seorang pegawai perkhidmatan
akan meningkat sekiranya beliau mempunyai semua kompetensi yang diperlukan dalam
menjalankan tugas dan jawatan yang disandang. Sebagai contoh, pengkhususan dalam
sesuatu bidang dan kekerapan melakukan tugas tersebut akan menyebabkan kecekapan dan
kemahiran individu akan meningkat. Kemahiran dan kecekapan yang tinggi yang guru miliki
akan membantu guru dalam mengendalikan sesi PdP agar semua pelajar dapat mengikuti
pembelajaran dengan lancar dan juga objektif sesuatu pembelajaran tercapai.

Selain itu, sebagai guru yang mempunyai jiwa pendidik haruslah memahami falsafah,
dasar dan kokurikulum dan trend pendidikan terkini kerana adalah menjadi keperluan bagi
guru untuk mendidik pelajar sejajar dengan dasar-dasar pendidikan yang telah ditetapkan

6
agar objektif untuk melahirkan kemenjadian murid yang dapat memenuhi kriteria-kriteria yang
diperuntukkan tercapai. Antara kepentingan guru memahami kandungan falsafah, dasar-
dasar, trend pendidikan terkini adalah guru adalah guru akan memainkan peranan yang
penting dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu
dan berakhlak. Guru akan sentiasa berfikiran kreatif dan kritis untuk menjana idea dalam
mempelbagaikan kaedah penyampaian ilmu agar pendekatan menyeluruh dilakukan semasa
PdP. Selain itu, guru juga akan berusaha melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu
pengetahuan, ilmu pedagogi, ilmu penggunaan teknologi dan sebagainya selari dengan
perkembangan teknologi dunia serta mengambilkira mengenai keperluan pendedahan pelajar
pada setiap peringkat umur.

Sehubungan itu, guru juga perlu meningkatkan pengetahuan dari semasa ke semasa
tentang trend dan perkembangan pendidikan terkini kerana guru adalah member dan
menyampaikan maklumat kepada pelajar. Cabaran pada hari ini memerlukan guru memiliki
pelbagai ilmu pengetahuan dan kepakaran. Sebagai contoh, guru perlu mahir dalam
penggunaan teknologi maklumat di mana dunia pendidikan sekarang menggunakan sistem
pendidikan digital. Guru perlu kuasai kemahiran dan teknologi maklumat kerana ia adalah
pemangkin ke arah kecemerlangan pendidikan. Perkembangan sains dan teknologi
mempengaruhi perkembangan teknologi maklumat dari semasa ke semasa dan untuk
menjadi seorang guru yang berkualiti, kita haruslah sentiasa berusaha untuk mengaplikasikan
dan meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan
pembelajaran. Oleh hal yang demikian, guru boleh meningkatkan kemahiran dengan
menghadiri kursus-kursus IT dan juga bertanya kepada mana-mana rakan guru yang lebih
mahir dalam bidang ini. Jika kita mempunyai kemahiran yang tinggi dalam mengendalikan
penggunaan IT dan mengaplikasikannya dalam sesi PdP, sudah pasti kita dapat mencapai
kualiti pendidikan yang tinggi dan murid juga dapat mempertingkatkan kemahiran mereka
juga. Selain itu, guru juga mempunyai kemahiran yang tinggi dalam penggunaan Bahasa
Inggeris seiring dengan polisi KPM iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh
Bahasa Inggeris (MBMMBI). Guru perlu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik kerana
perkembangan sistem pendidikan masa kini memerlukan guru untuk menguasai Bahasa
Inggeris dengan baik. Untuk mempertingkatkan kemahiran berbahasa inggeris, guru perlu
menggunakan bahasa inggeris semasa berkomunikasi dengan rakan sekerja dan pelajar.
Selain itu juga, guru perlu mempunyai daya kreativiti dan inovatif iaitu kebolehan mencipta
dan menghasilkan sesuatu idea baru serta kebolehan mengubahsuai sesuatu idea menjadi
lebih menarik. Pendidikan abad ke -21, guru bukan lagi pendeta ‘Chalk and Talk’ tapi
pendidikan masa kini menekankan pembelajaran secara ‘belajar sambil bermain’. Ini kerana
untuk memastikan pendekatan secara menyeluruh, guru perlu kreatif dalam menghasilkan

7
Bahan Bantu Mengajar yang menarik, menggunakan Alat Bantu Mengajar yang dapat mencuri
tumpuan murid untuk terus fokus sehingga sesi PdP tamat. Rentetan itu, guru juga perlu
meningkatkan kebolehan intelek. Kebolehan intelek ini sangat penting kerana ia akan kekal
dalam diri jika kita menanamkan sikap ingin tahu. Sifat ingin tahu itu akan mendorong kita
untuk menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubah-ubah dari segi sukatan
kurikulum dan juga kaedah mengajar.

Justeru itu, pentingnya penekanan domain orientasi ilmu dalam mewujudkan sistem
pendidikan yang berkualiti. Guru yang mahir dalam ilmu pedagogi pasti menjaga kualiti
pengajaran mereka di mana ia adalah pengukur utama tahap profesionalisme guru kerana
mengajar merupakan “core business” guru terhadap pelajar.

4.1.2 KUALITI PERIBADI

Kualiti Peribadi bermaksud keupayaan seorang pendidik yang unggul, disegani dan
dihormati. Kepentingan guru untuk mempunyai kualiti peribadi yang tinggi memang tidak boleh
disangkal kerana guru adalah orang yang paling berpengaruh dalam mendidik masyarakat
berilmu. Guru adalah pendidik dan pengasuh kanak-kanak yang akan menjadi warisan
kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa akan datang (Mok
Song Sang, 2003). Perkara pertama yang guru harus lakukan untuk memperkukuh kualiti
perbadi iaitu menjiwai amalan keguruan. Sebagai penjawat awam yang bergelar guru, kita
perlulah menyesuaikan diri serta menjiwai roh profesion keguruan sepenuh hati. Menjiwai
amalan keguruan bermaksud kita harus meletakkan diri secara fizikal, mental dan spiritual
dalam situasi mendidik untuk memenuhi harapan murid-murid yang dahagakan ilmu daripada
guru. Dalam melaksanakan tugas guru di sekolah, guru sepatutnya mampu membuat satu
transformasi diri dari segi fizikal, spiritual dan mental. Sebagai contoh dari segi fizikal, seperti
yang guru ketahui setiap gerak geri guru diamati dan dikagumi serta amalan dan tindakan
guru dicontohi pelajar. Oleh hal yang demikian, guru haruslah mempunyai disiplin yang tinggi,
personaliti yang menarik dan dihormati, serta gaya hidup guru yang murni. Selain itu, dari segi
mental pula guru haruslah berfikiran matang dan dapat berfikir luar dari kotak di mana guru
haruslah tegas dalam membuat keputusan, bijak mengemukakan pandangan serta ikhlas
dalam memberi teguran. Guru yang mempunyai buah fikiran yang bernas pasti dihormati
pelajar kerana ia mampu meyakinkan mereka dan juga menerapkan ilmu serta kemahiran
dalam melahirkan modal insan yang progresif sebagai usaha untuk memenuhi wawasan
negara. Seterusnya, dari segi spiritual pula guru haruslah mempunyai jiwa yang tenang dan

8
rohani yang stabil. Guru sebagai pembimbing murid haruslah menunjukkan contoh yang baik
dalam menghadapi apa jua cabaran dan rintangan dengan mempunyai semangat yang kental.

Di samping itu, dalam usaha menjaga kualiti peribadi, guru haruslah menerima
kepelbagaian budaya. Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan
wujudnya kepelbagaian bangsa maka wujudlah kepelbagaian budaya dalam masyarakat.
Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian budaya tidak dilihat dari segi ras, etnik dan adat
budaya sahaja tetapi ia juga merangkumi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian,
tatasusila, undang-undang, adat resam dan sebagainya. Dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah pula, guru akan melihat kepelbagaian budaya murid seperti
murid rajin dan malas, murid memberi dan tidak memberi perhatian serta pelbagai contoh
yang lain. Terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi kepelbagaian budaya dalam bilik darjah
ini terutamanya latar belakang pelajar itu sendiri. Kebiasaannya pelajar yang bijak mempunyai
latar belakang keluarga yang juga bijak dan begitu juga sebaliknya. Perbezaan persekitaran
dari segi sosioekonomi keluarga merupakan faktor yang mempengaruhi peningkatan
pembelajaran murid. Oleh hal yang demikian, guru perlulah menerima keadaan kepelbagaian
pelajar dengan seadanya dan bukan menuding jari serta menghukum pelajar tanpa
mengetahui keadaan sebenar mereka.

Di samping itu juga, guru perlu mengamalkan gaya kepimpinan pendidik yang bersifat
insaniah. Insaniah berasal dari perkataan Arab yang bermaksud manusia, bersifat
kemanusiaan. Di sekolah, guru sebagai penggerak kepada pembelajaran harus mempunyai
daya kepimpinan yang bersifat kemanusiaan. Sebagai contoh, guru perlu mengamalkan cara
bekerja secara kolaborasi atau kerja berpasukan dalam semua perkara dan aktiviti yang
dijalankan. Kerjasama dan komitmen penuh antara guru sangat penting dalam membentuk
kemenjadian murid kerana kesepakatan dan kesungguhan guru ini akan membantu
mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang progresif. Guru juga perlu sentiasa memberi
motivasi dan bersama-sama menyelesaikan masalah pelajar yang ketinggalan. Kewujudan
kepelbagaian dari segi tahap perkembangan pelajar samada dalam domain kognitif, afektif
dan psikomotor menyebabkan guru mengambil pendekatan untuk mengadakan kelas
pemulihan dan sebagainya. Tidak lupa juga pelajar yang menghadapi masalah untuk ke
sekolah menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran. Oleh hal yang demikian, guru-
guru perlulah bersama-sama memberi motivasi serta bersepakat dalam membantu pelajar
yang sedemikian. Selain itu, guru juga perlu memanfaat maklum balas pelajar, ibu bapa
mahupun pihak pentadbir sekolah dengan hati terbuka. Ini jelas menunjukkan guru ada sikap
keterbukaan dan menerima teguran daripada mana-mana pihak. Sikap keterbukaan guru
menunjukkan diri seorang pendidik yang profesional dan juga sentiasa berusaha untuk

9
mempertingkatkan diri untuk menjadi lebih baik. Selain itu juga, guru perlu mengamalkan
peningkatan dan refleksi sendiri. Refleksi adalah proses merenung, menganalisis, mencari
alasan, cadangan dan tindakan untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan
(Hanipah,1999). Guru perlu membuat refleksi mendalam tentang diri sendiri dan amalan
pengajaran dan pembelajaran dengan bertujuan untuk mengupas tentang penilaian kendiri
sebagai aspek untuk meningkatkan kualiti guru. Dengan adanya refleksi sendiri, guru akan
mengenal pasti kelemahan serta kekuatan mereka dan setiap kekuatan itu akan dimantapkan
secara berterusan. Begitu juga dengan pengenalpastian kelemahan, guru akan mencari solusi
sebagai langkah mengatasi kelemahan mereka agar matlamat guru untuk mendidik murid
menjadi insan yang berguna tercapai.

Oleh itu, domain kualiti guru dalam pendidikan sangat penting dalam memastikan
kerjaya guru menjadi satu profesion yang disegani dan dipandang mulia oleh masyarakat.
Guru haruslah bersifat dinamik, mempunyai perwatakan menarik di mana setiap imej guru
diperhatikan dan dicontohi tidak kira di dalam sekolah mahupun di luar sekolah.

4.1.3 INSTRUKSIONAL

Instruksional merupakan keupayaan merancang dan melaksanakan amalan


instruksional untuk membangunkan potensi murid secara holistik (kemenjadian murid). Ia
merupakan domain kompetensi yang ketiga dalam senarai piawaian Standard Guru Malaysia
2.0 yang patut dicapai oleh guru yang mana ia juga dapat membantu guru dalam pelaksanaan
PdPc yang berkesan pada abad ke-21. Instruksional memfokuskan kaedah, strategi dan
tingkah laku yang digunakan dan ia dilihat sangat penting dan relevan untuk diaplikasikan
semasa proses pemudahcaraan seiring dengan perubahan dalam bidang pendidikan
terutama dari segi aspek kurikulum dalam abad ke-21.

Dalam abad ke-21 merangkumi perubahan gaya hidup manusia, baik dalam bekerja,
bersosialisasi, bermain dan tidak terkecuali juga dalam pendidikan. Pendidikan di abad ke-21
menjadi semakin penting untuk menjamin murid murid memiliki keterampilan belajar dan
berinovasi, keterampilan menggunakan teknologi dan media informasi, serta dapat bekerja,
dan bertahan dengan menggunakan keterampilan untuk hidup (life skills) seperti yang
dihasratkan dalam falsafah pendidikan kebangsaan yang inginkan kemenjadian murid
meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, sosial mahupun sosial. Oleh itu, guru guru perlu
memiliki ciri ciri kompetensi instruksional bagi memastikan kelancaran pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah yang afektif yang akan memberi impak

10
kepada kualiti pendidikan seterusnya dapat melahirkan murid murid mencapai standard global
sejajar dengan perkembangan pendidikan abad ke-21 masa kini.

Setiap guru perlu menguasai kemahiran mengajar dalam proses mendidik.


Kepelbagaian strategi, kaedah, dan teknik pengajaran membantu guru mengajar dengan lebih
berkesan kerana setiap kemahiran, ilmu, kehendak sesuatu subjek dan pelajar memerlukan
aplikasi pendekatan mengajar yang berbeza. Hal ini kerana menurut Glickman (1990; 1992;
2002), seorang pemimpin kurikulum atau instruksional yang berkesan seharusnya menguasai
tiga (3) aspek utama iaitu pengetahuan asas, memahami bidang tugas, dan menguasai
kemahiran yang bersesuaian yang akan memberi kesan yang nyata dalam menjadikan
sekolah lebih berkesan serta dapat meningkatkan kecemerlangan muridnya. Di sini, guru akan
berusaha merancang dan melaksanakan PdPc yang berkesan berpandukan SGM 2.0 bagi
memastikan sejajar dengan perkembangan PAK21.

Antara kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam PAK21 adalah dari
segi aspek pelaksanaan aktiviti P&P dan interaksi sosial. Guru berupaya untuk mengaktifkan
dan menghidupkan ruang kelas dalam rangka melaksanakan proses pembelajaran serta
pengelolaan kelas yang efektif bersesuaian dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran
PAK21 yang berpusatkan kepada murid. Sebagai contoh, guru boleh menyusun atur
kedudukan murid murid yang menyokong dan menggalakkan pembelajaran bersifat
kolaboratif bagi menggalakkan penyertaan murid di dalam bilik darjah. Secara tak langsung
membolehkan kemahiran komunikasi pelajar diasah ke tahap yang boleh menyerlahkan lagi
kemahiran berfikir mereka. Guru juga boleh menggunakan alat berfikir dan teknik penyoalan
dalam usaha membudayakan pemikiran yang kritis dan kreatif dalam kalangan murid. Dalam
hal ini, pedagogi yang melibatkan murid berfikir telah lama dilaksanakan, melalui program
seperti Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) yang dilaksanakan di sekolah pada tahun
1994. Program ini diteruskan dan dimantapkan dengan pengenalan KBAT seperti yang
disarankan dalam PPPM (2013-2025). Pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang ada
pada seseorang individu memainkan peranan penting dalam proses berfikir. Kesemua aspek
ini menjadi latar belakang untuk membuat penaakulan dan refleksi sehingga membolehkan
seseorang individu berfikir aras lebih tinggi dalam konteks dapat membuat keputusan,
menyelesaikan masalah, menginovasi dan mencipta. Dalam proses ini, empat tahap
pemikiran yang tinggi diberi fokus iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.
Untuk mencapai strategi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc), guru juga boleh
menggunakan kaedah pembelajaran elektronik sebagai inovasi dalam pembelajaran.
Misalnya, guru menerapkan konsep e-learning dalam aktiviti PdP di kelas yang sudah
semestinya memiliki keunggulan dibandingkan pembelajaran secara manual. Penggunaan

11
aplikasi seperti Kahoot, Quizizz, Canva, padlet dapat membantu guru dalam
mengintegrasikan teknologi dalam proses PdPc bagi memudahkan aktiviti PdP. Hasil
daripada usaha itu, ia akan memberikan dan meningkatkan motivasi belajar dan menimbulkan
minat dalam pembelajaran, sesuai dengan kaedah pembelajaran PAK21 iaitu sebagai
contohnya, dengan melalui pembikinan filem pendek mengenai subjek Sejarah, di mana murid
lebih jelas tentang silibus yang dipelajari. Murid murid juga menjadi lebih aktif, kreatif dan
berdaya saing untuk menimba ilmu pengetahuan seterusnya dapat meningkatkan penyertaan
100% murid serta dapat mewujudkan komunikasi dua hala.

Seterusnya, dalam konteks kompetensi instruksional, guru juga berperanan


merancang PdP dengan meneliti dengan merujuk DSKP iaitu standard pembelajaran berupa
bentuk pernyataan tentang apa yang murid patut ketahui dan boleh lakukan sebelum
membuat RPH. Di sini amalan penyediaan RPH sangat signifkan kerana rancangan kerja
membolehkan guru merancang dan bersedia untuk mengajar muridnya dengan terancang
dan teratur. Oleh itu, pelbagai strategi PdP dilaksanakan dan digunakan agar proses PdP
berkesan dan mencapai objektif berpandukan standard pembelajaran. Antara kaedah dan
strategi yang digunakan adalah seperti yang pertama pembelajaran berasaskan kontekstual
yang mana kaedah ini menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman individu,
masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang
melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Dalam strategi ini, murid dapat menggunakan
pengetahuan sedia dalam situasi yang berlainan. Di sini, guru perlu mempunyai guru perlu
memastikan diri mereka dilengkapi dengan kemahiran pedagogi bersifat holistik.

Selain itu, strategi konstruktivisme dapat dilihat sebagai strategi yang relevan dengan
abad ke-21 yang mana pembelajaran berpusatkan murid. Kaedah ini memerlukan murid
membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada. Guru perlu mengemukakan soalan aras tinggi supaya murid dapat
berfikir dan menggunakan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk
membina pengetahuan baru. Guru harus menggalakkan murid mencari jawapan sendiri.
Justeru, guru perlu mempunyai kemahiran pedagogi yang bersifat holistik dan perlu meneroka
penggunaan model pembelajaran pelbagai mod yang memanfaatkan teknologi supaya dapat
mencungkil kemahiran berfikir aras tinggi serta mengukuhkan pembelajaran murid.

Akhir sekali, guru juga harus berani meneroka pelbagai cabang ilmu untuk
mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran berkesan selain perlu memiliki iltizam tinggi
untuk menguasai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Guru juga perlu mereka bentuk
dan membangunkan pengalaman pembelajaran serta pentaksiran era digital. Oleh yang

12
demikian, guru perlu mampu mempamerkan cara bekerja dan mengajar era digital yang
relevan dengan pembelajaran abad baru.

Tambahan : Guru yang kompeten perlulah 1) memahami struktur dan fungsi kurikulum dalam
pendidikan dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran.

4.1.4 PENGLIBATAN KOMUNITI

Penglibatan komuniti bermaksud keupayaan membina jaringan dan jalinan bagi


menyokong pembelajaran murid. SGM 2.0 telah meletakkan penglibatan komuniti sebagai
garis panduan kompetensi profesional keguruan yang perlu dicapai oleh setiap guru di
Malaysia supaya menjadi seorang guru yang profesional. Bagi domain diri, seorang guru
profesional haruslah mempunyai hubungan yang baik bukan sahaja dengan murid di sekolah,
malah dengan komuniti luar juga. Hal ini kerana, dengan penglibatan komuniti dapat
membantu dan menyokong pembelajaran murid agar keberlangsungan proses pendidikan
bertambah baik dan berkesan. Guru yang berkesan adalah guru yang banyak memberi
sumbangan kepada sekolah melalui aktiviti kokurikulum sekolah dan kemasyarakatan.
Sebagai guru juga seharusnya memberi sumbangan yang konstruktif kepada sekolah secara
meluas, menerima tanggungjawab fungsi yang luas kepada sekolah secara formal atau
secara tidak formal dan mengambil berat terhadap tugas dan budaya selain guru ini juga
mempunyai pelajar yang baik, reputasi dan pendirian komuniti serta hubungan yang utuh
dengan ibu bapa dan seluruh komuniti. Nilai kompetensi dalam penglibatan komuniti guru ini
juga dapat dilihat apabila guru bersikap profesional sepanjang masa semasa berhadapan
dengan pelajar, rakan sejawat, ahli-ahli dalam profesion dan komuniti luar. Sebagai contoh,
penglibatan guru dalam aktiviti kokurikulum seperti unit uniform pengakap, PBSM, KRS,
pandu puteri dan puteri islam akan menerbitkan nilai perpaduan di kalangan pelajar yang
berbilang bangsa dan kaum dan secara tidak langsung menuju ke arah integrasi nasional.
Contoh yang lain pula, penglibatan guru dalam program sukarelawan untuk membantu
sekolah dalam pelaksanaan aktiviti seperti hari sukan dan aktiviti bergotong-royong dapat
mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan yang membawa kepada perpaduan antara
pelajar-pelajar sekolah seterusnya dapat merapatkan lagi hubungan bersama ibu bapa dan
masyarakat. Oleh itu, hubungan yang erat terjalin antara guru dengan komuniti setempat
dapat bersama-sama dalam menyumbang ke arah kemajuan sekolah.

Selain itu, guru juga berperanan dalam membina jalinan dan jaringan dengan ibu bapa
atau penjaga serta komuniti luar untuk menyokong pembelajaran murid. Dalam hal ini,

13
sebenarnya ibu bapa akan sentiasa memberi harapan kepada anak mereka. Justeru, di situ
guru harus mempunyai kemahiran untuk berhadapan dengan situasi ibu bapa yang mana
mahukan anak mereka menjadi yang terbaik. Guru ini juga perlu melayan sedikit kerenah
daripada ibu bapa berdasarkan tuntutan tersebut. Hal ini disebabkan jelas ternyata dengan
penglibatan ibu bapa dan guru dalam pendidikan anak-anak dapat memberikan impak yang
positif terhadap perkembangan pendidikan dan sahsiah anak-anak. Kesedaran tentang
kepentingan penglibatan para ibu bapa atau penjaga ke arah meningkatkan prestasi dan
kualiti sekolah telah mewujudkan satu penubuhan iaitu Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
di sekolah yang mana matlamatnya adalah membina persetujuan antara ibu bapa dengan
guru agar dapat mewujudkan kesefahaman tentang tanggungjawab bersama dan peranan
yang dimainkan masing-masing bagi memenuhi semua keperluan anak mereka dan
membantu mereka untuk berjaya. Seperti yang diketahui, sekolah membentuk komunikasi
dua hala seperti hari terbuka. Jadi, guru perlu memiliki kemahiran komunikasi untuk
berhadapan dengan pihak ibu bapa bagi memenuhi tuntutan harapan ibu bapa terhadap
prestasi anak mereka tidak kira sama ada dalam kurikulum mahupun kokurikulum. Sebagai
contoh, semasa hari terbuka iaitu hari penyerahan kad laporan prestasi murid,guru kelas
akan menyampaikan makluman tentang kemajuan setiap murid kepada para ibu bapa
termasuk kekuatan, kelemahan dan peluang yang ada. Ibubapa dan penjaga juga boleh
memanfaatkan saat tersebut untuk meluahkan rasa, pendapat, harapan dan mengambil tahu
keadaan pembelajaraan anak-anak mereka di sekolah. Mereka boleh berbincang cara atau
tips yang bersesuaian untuk perkembangan dan pengukuhan anak-anak dalam perjuangan
menimba ilmu pengetahuan. Dari sudut murid itu sendiri, hari terbuka sekolah boleh menjadi
satu wadah untuk mereka melangkah lebih maju dalam pelajaran. Maka dengan itu, guru yang
profesional kompeten dari segi aspek penglibatan komuniti dapat memberikan sumbangan
terhadap profesion dan sekolah khususnya pada prestasi murid dan sekolah yang akhirnya
dapat dicapai dengan cemerlang.

Dalam konteks ini, guru juga perlu meraikan kepelbagaian komuniti yang mana
peranan guru adalah sebagai agen sosialisasi dalam masyarakat pelbagai kaum. Di dalam
bilik darjah, para guru berdepan dengan murid yang terdiri daripada pelbagai ras, etnik dan
budaya yang tersendiri dan berbeza-beza. Setiap murid juga berbeza antara satu sama lain
dari aspek komunikasi, latar belakang keluarga dan dan tahap ekonomi. Kepelbagaian yang
wujud antara murid ini perlu dikaji dan difahami dengan sebaiknya oleh seorang guru agar
dapat membantu guru memahami gaya pembelajaran setiap murid melalui penggunaan
strategi pengajaran yang lebih berkesan.Terdapat beberapa elemen yang perlu dikuasai oleh
guru untuk menjadikan sesi pengajarannya berkesan seperti strategi pengajaran dan
pembelajaran, kesesuaian bahan pengajaran, sumber pembelajaran, pengurusan bilik darjah

14
termasuk pengurusan harian dalam menangani kepelbagaian sosial budaya murid.
Pengetahuan ini akan menghakis sikap prejudis guru dan bersikap adil kepada murid ketika
mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antaranya, peranan guru di dalam kelas
dalam menyusun atur atau mengendalikan kelas semasa aktiviti berkumpulan supaya tiada
isu unsur bias kepada mana-mana agama dan bangsa agar dapat memberi peluang
pendidikan yang saksama kepada semua murid. Sebagai contoh, seorang guru seharusnya
memastikan murid-muridnya ditempatkan dalam satu kumpulan murid dari pelbagai latar
belakang semasa melakukan sesuatu aktiviti kumpulan. Ini secara langsung akan memberi
peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi antara satu sama lain sekaligus mewujudkan
pergaulan yang tidak berkelompok dan tanpa sekatan budaya serta masyarakat. Suasana
pembelajaran yang menyeronokkan akan terbentuk dan ini dapat membantu guru mengawal
persekitaran bilik darjah dengan berkesan. Justeru itu, kompetensi guru dari segi aspek
penglibatan komuniti dalam SGM 2.0 sebagai standard profesional guru dapat diimplemen
sekaligus menjadi penanda aras menjadi guru yang berkualiti, profesional, berkemahiran dan
berpengetahuan tinggi dalam menghadapi dan menangani cabaran-cabaran baru terutama
tuntutan-tuntutan sebagai "knowledge worker" dalam era revolusi informasi abad ke-21.

4.2 ETIKA KEGURUAN

Etika Keguruan merupakan prinsip moral dan nilai akhlak yang seharusnya menjadi
pegangan dan amalan guru di Malaysia bagi memastikan profesion keguruan dipandang
mulia oleh masyarakat. Terdapat 4 teras dalam etika keguruan yang menjadi rujukan dan
panduan guru supaya jelas dengan tanggungjawab tersebut. Jadi jelaslah bahawa, antara
kualiti pendidik yang dititikberatkan di dalam Standard Guru Malaysia 2.0 ialah kualiti peribadi
yang mengamalkan gaya kepimpinan pendidik yang bersifat insaniah dan holistik.

Rajah 3: 4 Teras etika keguruan

15
4.2.1 TANGGUNGJAWAB TERHADAP PROFESION

Profesion keguruan cukup mencabar jika dilihat dari segi tanggungjawab guru
terhadap agama, bangsa dan negara. Hal ini demikian kerana merekalah yang
bertanggungjawab memastikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dicapai dengan jayanya.
Justeru, salah satu tujuan SGM 2.0 diwujudkan adalah untuk melahirkan guru guru yang
mempunyai roh jiwa pendidik yang profesional dan komited dengan kerja sebagai pendidik.

Dalam pada itu, bagi membentuk guru yang profesional, seorang guru haruslah fokus
kepada elemen sikap dan tingkah laku, imej sebagai guru, hubungan, komunikasi dan
interaksi dengan pelajar atau ibu bapa serta berkemahiran dan berpengetahuan tinggi.
Mengikut Collie, Shapka, Perry dan Martin (2016) seperti di dalam kertas kajian Abu Hassan
dan Musa (2020), watak guru dijelaskan dengan lebih terperinci. Ciri watak guru memainkan
peranan dalam mempengaruhi bagaimana kepercayaan dan persepsi di tempat guru
dikaitkan. Watak guru memainkan peranan penting di dalam institusi Pendidikan. Guru yang
mempunyai personaliti di tahap rendah berkemungkinan akan membawa persepsi buruk
kepada individu tersebut dan juga institusi perguruan. Sebagai contoh, guru yang tidak
mengendahkan kekemasan diri semasa bertugas akan memakai pakaian yang tidak
bersesuaian seperti berselipar dan berpakaian yang tidak menutup aurat misalnya berseluar
pendek atau berpakaian ketat semasa berada di dalam kawasan sekolah. Guru yang
mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi dapat mengikuti etika dan kod pemakaian yang
telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ketika berada di dalam kawasan
persekolahan atau kawasan berilmiah tanpa mengira citrasasa atau pilihan mereka sewaktu
di luar waktu bekerja. Sebagai role model, guru yang tidak mematuhi kod pemakaian yang
telah ditetapkan oleh kementerian akan memberikan persepsi dan imej buruk kepada anak
murid. Lebih parah apabila anak murid juga ikut melanggar peraturan pemakaian ketika
berada di dalam kawasan sekolah. Ini akan mengganggu disiplin di dalam kawasan sekolah
dan juga sesi pengajaran dan pembelajaran.

Tanggungjawab utama guru terhadap profesion ialah menjalankan tanggungjawab


dan tugas yang diberi dengan penuh dedikasi, sempurna dan ikhlas tanpa mementingkan diri
atau suka memilih pekerjaan. Tugas seorang guru melibatkan sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas iaitu untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. Guru yang
profesional dapat membantu murid belajar dan mengembangkan ilmu pengetahuan mereka
dalam sesuatu subjek selari seperti yang terkandung di dalam Standard Guru Malaysia 2.0.
Di sini, guru harus bersungguh sungguh dalam menjalankan kewajipannya bagi memastikan

16
pelaksanaan PdPc yang berkesan. Dalam konteks ini, guru yang cemerlang akan
menyampaikan ilmu kepada murid dengan bersungguh-sungguh pada setiap kelas dengan
mengikut kemampuan pelajar tanpa mengambil kira status murid tersebut sama ada bangsa,
warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga, intelek,
akademik dan sebagainya. Guru juga perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang
tinggi dari segi penyampaian ilmu pengetahuan. Di sini, guru haruslah berkebolehan dalam
menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar sehingga mudah difahami dan
menggunakan menggunakan teknik soal jawab bagi merangsangkan idea-idea dan mampu
menyampaikan teknik mengajar dengan cara yang berbagai bagi menarik minat murid untuk
terus diamalkan dalam kehidupan seharian murid. Sebagai contoh, guru Matematik boleh
memperkenalkan teknik “ kawan besar” dan “kawan kecil” pada garisan nombor atau dengan
menggunakan tangan murid bagi menyelesaikan konsep pembundaran. Cara ini amat
berkesan kepada murid yang lemah ingatan tentang nombor besar dan nombor kecil dengan
menggunakan hafalan sebutan sahaja. Jadi, dengan cara ini murid menggunakan jari tangan
untuk mengingatkan nombor besar dan kecil adalah lebih berkesan dan mudah untuk guru
mengajar dan menerangkan tajuk pembundaran. Secara keseluruhan, penting bagi seorang
guru haruslah sentiasa memperbaiki diri dengan membuat refleksi kendiri ke atas tindakan
yang mereka lakukan serta menganalisa pengajaran mereka supaya sifat guru profesional
dan kompeten dapat dicapai seperti yang dikehendaki dalam SGM 2.0.

Selain itu, sikap dan tingkah laku merupakan kriteria kompetensi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan menekankan pendidikan secara bersepadu untuk membangunkan potensi insan
secara holistik, iaitu keseimbangan dari segi intelek, rohani, jasmani, dan emosi. Pendidikan
holistik bukan sahaja merangkumi aspek kecemerlangan akademik seperti cemerlang di
dalam bidang Sains, Matematik, dan juga Bahasa, malah menekankan dalam aspek akhlak.
Justeru, guru yang ideal adalah guru yang bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan yang
mantap, tetapi juga mempunyai nilai profesionalisme yang tinggi. Kualiti guru yang baik dapat
membentuk generasi seterusnya yang holistik dan berketerampilan. Nilai profesionalisme
tidak hanya terletak di bahu guru yang sedang berkhidmat, malah bakal guru yang masih
belajar samada di institusi pendidikan atau universiti awam juga diharapkan dapat
menunjukkan sifat profesionalisme yang tinggi. Hal ini kerana mahasiswa guru merupakan
bakal agen pelaksana yang akan mendominasi aktiviti pendidikan, dan kelak menjadi
perhatian masyarakat terutamanya anak didik mereka sendiri. Sebarang bentuk tingkah laku
yang dipamerkan semasa di dalam kelas akan menjadi rujukan oleh anak didik mereka
sebagai role model. Justeru, amatlah penting bagi seorang pendidik serta bakal pendidik
untuk mempunyai profesionalisme yang tinggi.

17
Seorang guru mestilah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau
ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu
bapa, atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. beliau juga
tidak patut melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai
seorang guru serta sentiasa berusaha dengan sepenuh-penuhnya untuk menunaikan
tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Beliau juga perlu sentiasa bersedia untuk
membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru menyertai profesion. Guru juga
patut mengawal diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion serta menjadi ahli
sesebuah pertubuhan guru.
Dalam konteks ini, sifat guru perlu mengutamakan adab dalam berkomunikasi dan
berhubungan baik tidak kira sama ada dengan murid, ibu bapa mahupun masyarakat dalam
pelbagai lapisan umur, bangsa dan agama. Hal ini demikian kerana guru adalah sebagai
pengemudi dan role model dalam menjamin kemajuan pendidikan terutama dalam melibatkan
prestasi di sekolah. Hal ini jelas dilihat sekiranya guru bersikap penyayang maka tindak balas
daripada murid juga adalah berperasaan penyayang seterusnya budaya penyayang dapat
diterapkan dan diamalkan di sekolah agar sekolah menjadi sekolah penyayan. Di samping itu,
guru yang mempunyai sifat personaliti yang tinggi haruslah mempunyai interaksi yang baik
dengan murid iaitu mesra dengan murid, jarang bertindak kasar dengan murid, tidak suka
melabel pelajar secara negatif dan pelbagai lagi. Sebagai contoh, jika murid melakukan
kesalahan di dalam kelas, guru yang mempunyai tahap profesionalisme yang baik dapat
mengawal diri daripada melampiaskan kemarahan kepada anak murid tersebut, malah
mereka berupaya menyelesaikan isu ini di dalam keadaan yang
terkawal. Oleh itu jelas bahawa, guru perlu sentiasa menjaga tingkah laku diri terutamanya
ketika berada di sekolah agar tidak menjatuhkan imej sebagai seorang guru dan dipandang
mulia oleh masyarakat.

4.2.2 TANGGUNGJAWAB TERHADAP MURID

Salah satu etika kerja yang penting kepada guru adalah etika terhadap pelajar. Antaranya
termasuklah lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain,
bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,
emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama, merahsiakan maklumat ikhtisas atau
sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya, membimbing atau
mengajar seseorang pelajar lain tanpa sebarang bayaran, memelihara dan memperbaiki
kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas,
persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mereka mencapai mutu yang

18
setinggi-tingginya dan menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang
dapat memberi contoh yang baik kepada pelajar.

Di samping itu, guru juga hendaklah bertindak sebagai tempat penyelesaian segala
masalah yang dihadapi oleh para pelajar sama ada masalah dalam pelajaran mahupun
masalah yang berkaitan dengan diri mereka. Hal ini dapat mengurangkan bebanan atau
tekanan yang berlaku terhadap diri mereka. Jika seseorang guru tidak mahu mengambil berat
akan masalah yang dihadapi oleh pelajarnya maka pelajar tersebut akan menyendiri dan tidak
mahu bergaul dengan orang lain.

Tambahan lagi, pelajaran mereka akan turut merosot ekoran daripada masalah yang
dihadapi. Setiap guru tidak seharusnya mengambil mudah dengan perkara sedemikian. Hal
ini adalah kerana ia melibatkan masa depan pelajar itu sendiri. Sekiranya masalah ini sudah
sampai pada peringkat yang kronik maka pelajar tersebut hendaklah dibawa berjumpa dengan
guru kaunseling dengan kadar segera untuk mendapat khidmat nasihat daripada guru
kaunseling dan pada masa yang sama untuk mengelakkan mereka daripada melakukan
perkara di luar kawalan mereka.

Seterusnya, seorang guru itu mestilah mengutamakan kepentingan pelajarnya


berbanding daripada kepentingan diri sendiri. Hal ini adalah untuk memastikan setiap
pelajarnya memperoleh ilmu pengetahuan serta perhatian yang secukupnya. Sekiranya
didapati salah seorang pelajarnya tidak memahami akan pelajaran yang diajarnya maka guru
tersebut hendaklah bertindak segera untuk mengatasinya dengan memberi tumpuan yang
lebih kepada pelajar yang terlibat tanpa mementingkan diri sendiri walaupun terpaksa
meninggalkan perkara yang lain.

Oleh yang demikian, kemajuan para pelajar akan sentiasa bertambah meningkat
disebabkan terdapat guru yang mengambil berat pelajar yang bermasalah dan pada masa
yang sama pelajar tersebut akan bertambah seronok belajar.

19
4.2.3 TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA

Selain tanggungjawab terhadap profesion, guru juga mempunyai tanggungjawab


terhadap ibu bapa pelajar. Guru haruslah menghormati tanggungjawab utama ibu bapa
terhadap anak-anak mereka di mana guru mempunyai sempadan untuk melakukan apa-apa
ke atas pelajar. Ini sangat penting kerana guru perlu menghormati hak asasi individu dengan
kepelbagaian budaya yang wujud dalam negara kita. Guru juga tidak boleh menafikan hak ibu
bapa daripada memasuki bilik darjah kerana mereka mempunyai hak untuk melihat
persekitaran pembelajaran anak mereka. Oleh hal yang demikian, guru perlu menghormati
dan menjaga sensitiviti agar tiada isu yang timbul. Selain itu, guru perlu berusaha dalam
menjalinkan hubungan mesra dan kerjasama erat antara institusi pendidikan dan keluarga.
Dengan penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) secara tidak langsung boleh
mewujudkan hubungan yang baik antara guru dan ibu bapa. Banyak kepentingan dengan
mempunyai hubungan baik dengan ibu bapa seperti guru boleh berkolaborasi dengan
keluarga murid dalam mempertingkatkan prestasi murid. Selain itu juga, guru dibenarkan
untuk menyimpan segala dokumen murid dan keluarga murid. Namun begitu, guru harus
menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa tentang status keluarga atau
anak-anak sebagai sulit dan tidak boleh didedahkan kepada sesiapa kecuali mereka yang
berhak mengetahuinya. Guru juga tidak dibenarkan untuk memuat naik foto mahupun video
murid ke dalam media sosial dan menjadikan pelajar sebagai ‘content’ untuk meraih populariti.
Guru haruslah menyedari sempadan dan hak mereka ke atas murid dan jika kesedaran ini
ada pada setiap guru, pasti guru dapat menjalinkan hubungan yang baik bersama ibu bapa.

Di samping itu, guru perlulah memberi maklumat kepada ibu bapa untuk manfaat anak-
anak dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa dengan bijak dan teliti.
Penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran sama ada dalam kokurikulum mahupun kurikulum
khususnya ketika di rumah sangat penting dan kajian membuktikan ia membawa perubahan
ketara dalam kejayaan seseorang murid. Oleh hal yang demikian, guru haruslah
menyampaikan setiap maklumat kepada ibu bapa agar mereka cakna akan perkembangan
dan setiap penglibatan anak mereka. Sokongan dan dorongan daripada ibu bapa juga
mempengaruhi kecenderungan murid dalam menceburi sesuatu bidang. Di samping itu juga,
guru perlu mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial
dan ekonomi ibu bapa pelajar. Sebagai guru yang profesional, adalah menjadi tanggungjawab
guru untuk menjaga sensitiviti terutama dari segi pertuturan terhadap taraf kehidupan ibu bapa
pelajar. Tambahan, guru perlu mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau
melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa dan
penjaga mereka.

20
Justeru itu, pentingnya guru dalam menjalankan tanggungjawab terhadap ibu bapa
dan penjaga murid sebagai satu usaha untuk melahirkan generasi yang hebat dan seimbang
serta harmonis selaras dengan aspek JERIS.

4.2.4 TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

Tanggungjawab guru tidak terhad kepada profesion, murid dan ibu bapa sahaja malah
terhadap masyarakat dan negara juga. Guru haruslah mengelakkan diri daripada
menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat,
negara atau pun bertentangan dengan Rukun Negara. Melalui dapatan ini, guru haruslah
menyampaikan ajaran yang memberi manfaat kepada pelajar, masyarakat dan negara agar
di mana guru adalah agen yang penting dalam membina sahsiah dan jati diri modal insan
yang hebat di persada dunia. Penerapan dan penghayatan tentang kelima-lima Rukun Negara
harus disemai sejak di bangku sekolah dan menjadi tugas guru untuk memberi pendedahan
supaya setiap masyarakat Malaysia mempunyai kepatuhan terhadap Rukun Negara.
Tambahan pula, guru juga perlu memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap murid yang
boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua dan menghormati
perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Seperti yang kita ketahui, pendidikan awal
murid adalah bermula di sekolah di mana mereka mempelajari nilai kemanusiaan, nilai
kerohanian, nilai moral dan sebagainya. Tugas ini tidak terhad kepada guru Pendidikan slam
sahaja dalam membentuk kesepaduan sahsiah diri pelajar bahkan semua guru diwajibkan
untuk memberi pendedahan serta motivasi berkaitan 17 nilai-nilai yang diperlukan untuk
kemenjadian murid yang seimbang seperti yang disenaraikan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Seterusnya, guru perlu menghormati masyarakat tempat di mana guru berkhidmat dan
memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup
mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. Malaysia adalah sebuah negara
yang kaya dengan pelbagai kaum, budaya dan adat yang berwarna-warni. Sebagai penjawat
awam yang sentiasa bersiap siaga untuk berkhidmat dan juga berbakti pada anak bangsa,
sudah pasti kita juga sanggup untuk dihantar di mana-mana tempat di Malaysia tidak kira
Semenanjung mahupun Sabah Sarawak. Kepelbagaian budaya di Malaysia membuatkan kita
perlu meraikan perbezaan dan begitu juga dengan guru. Guru perlu bercampur dengan
masyarakat walaupun berbeza dari segi budaya dan adat. Guru juga perlu menyertai dan
mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat sama ada anjuran daripada

21
komuniti mahupun Non Government Organization (NGO). Dengan sikap keterbukaan dan
mesra guru akan membuatkan masyarakat memandang guru dari perspektif yang positif dan
secara tidak langsung matlamat SGM 2.0 untuk membuat masyarakat memandang mulia
terhadap kerjaya guru tercapai. Yang terakhir, guru haruslah menggalakan kerjasama dan
persefahaman antara guru dengan ibu bapa, serta institusi pendidikan dengan masyarakat.
Guru juga perlu memberi sumbangan untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan
kecendekiawanan masyarakat serta berpegang pada tingkah laku yang sopan yang diterima
oleh masyarakat dan menjalani kehidupan guru sehari-hari dengan baik. Pentingnya guru
yang mempunyai profesional yang tinggi terutama dari segi emosi kerana ini mempengaruhi
perspektif masyarakat mengenai kualiti guru Malaysia yang dilantik.

5.0 PENGGUNA SGM 2.0

SGM2.0 terpakai khusus kepada pendidik yang bertugas di sekolah mahupun institusi latihan
pendidikan di bawah pemantauan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). SGM2.0 digunakan
sebagai panduan dan rujukan kepada guru pelatih, guru, pengetua dan guru besar, pembuat
dasar pendidikan, agensi latihan keguruan awam dan swasta serta pembekal latihan dalam
perkhidmatan bagi menerapkan tahap kompetensi yang perlu guru capai.

● Guru Pelatih
SGM 2.0 menjadi panduan kepada guru pelatih bagi mengenalpasti keperluan kompetensi
dan etika dalam persediaan untuk melengkapkan diri sebelum memasuki profesion keguruan.

● Guru
SGM 2.0 merupakan panduan menjadi guru yang profesional yang diguna pakai untuk
mengenal pasti kompetensi dan etika yang boleh dibangunkan, serta ruang penambahbaikan
untuk merancang keperluan pembangunan profesionalisme guru. Guru juga boleh merujuk
SGM 2.0 untuk membuat refleksi diri bagi mengenal pasti tahap keupayaan kompetensi sedia
ada melalui SKKD, dan seterusnya merancang pembangunan profesionalisme kendiri secara
berterusan.

● Pengetua dan Guru Besar


SGM 2.0 digunakan untuk mengenal pasti kompetensi dan etika sedia ada guru di sekolah
bagi merancang dan melaksanakan PBB agar guru sentiasa berkualiti tinggi ke arah
kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti. Pengetua dan guru besar juga menganalisis
dapat SKKD untuk merancang dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan tahap
pencapaian kompetensi guru.

22
● Pembuat Dasar Pendidikan
SGM 2.0 digunakan oleh Pembuat Dasar Pendidikan untuk mengenal pasti keperluan latihan
oleh institusi dan pembekal latihan untuk memastikan guru diberi peluang menjalani PPB yang
bersesuaian mengikut laluan kerjaya dan tempoh perkhidmatan. SGM 2.0 juga menjadi
rujukan dalam penetapan kriteria dalam pemilihan guru.

● Agensi Latihan Keguruan Awam dan Swasta


SGM 2.0 dijadikan rujukan untuk merancang dan menambah baik strategi pembangunan
profesionalisme dan peningkatan profesion keguruan. SGM 2.0 juga dijadikan rujukan dalam
penetapan syarat-syarat pemilihan dan pengambilan guru pelatih.

● Pembekal Latihan dalam Perkhidmatan


SGM2.0 dijadikan rujukan kepada pembekal latihan dalam perkhidmatan bagi menetapkan
fokus perancangan dan pelaksanaan latihan bersesuaian dengan keperluan laluan kerjaya
dan PPB guru sepanjang tempoh perkhidmatan.

Rajah 4: Pengguna SGM 2.0

23
6.0 KEPENTINGAN SGM DALAM PENDIDIKAN ALAF BARU

SGM 2.0 berkepentingan dalam memupuk pemantapan tentang pengetahuan guru


sama ada pengetahuan pedagogi mahupun pengetahuan sesuatu bidang kemahiran guru.
Dengan wujudnya SGM 2.0 guru akan membuat refleksi kendiri dan membuat
penambaikankan setiap kelemahan yang dikenalpasti dalam memastikan kelancaran PdPc.
Selain itu, guru juga akan bersedia akan cabaran semasa pendidikan yang memerlukan guru
menguasai kemahiran teknologi dan ia digunapakai sebagai kaedah pengajaran pada masa
kini. Dan sudah semestinya, cabaran semasa pendidikan pada masa akan datang lebih hebat
jadi perlu ada ketahanan mental dan emosi yang stabill dalam diri guru untuk melahirkan
generasi yang bermutu tinggi.

Di samping itu, kepentingan SGM 2.0 dalam melahirkan guru yang berkualiti di mana
SGM 2.0 menggariskan kompetensi yang perlu guru miliki. Para guru akan menjiwai amalan
profesion keguruan dengan sepenuh hati agar segala penyampaian ilmu berjalan lancar. Para
guru juga akan menanam sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup
berkorban masa dan tenaga serta mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa
banyak ilmu kepada murid-muridnya sekiranya mereka menjiwai watak mereka sebagai guru.
Antara kepentingan SGM 2.0 dalam membentuk seorang jiwa pendidik adalah sebagai
rujukan dan menjadi panduan kepada guru untuk menjadi guru yang profesional dan diguna
pakai untuk mengenal pasti kompetensi dan etika sedia ada, kompetensi dan etika yang boleh
dibangunkan serta ruang penambahbaikan untuk merancang keperluan pembangunan
profesionalisme guru.

Selain itu, guru sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan kaum kerana
dengan hubungan yang rapat antara guru ibu bapa dan masyarakat dapat memupuk
semangat patriotik dan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia
seterusnya dengan sikap guru yang aktif dan mudah mesra dengan lapisan masyarakat
mampu membuat guru tersebut membina jalinan kerjasama yang berterusan.

Selanjutnya, melalui etika keguruan terhadap profesion yang terkandung dalam SGM
2.0 dapat memberi penunjuk arah supaya dapat membantu guru dalam pelaksanaan PdPc
yang berkesan kerana watak guru memainkan peranan penting dalam mempengaruhi
kepercayaan dan persepsi murid dan guru dan secara tidak langsung akan membawa impak
kepada kemajuan masyarakat. Dalam hal ini, guru bertanggungjawab untuk mencapai
standard tertinggi dalam pekerjaan dan tingkah laku. Hal ini demikian kerana guru perlu ada
sikap jujur dan berintegriti, menguasai ilmu pengetahuan yang luas dalam subjek tertentu dan

24
sentiasa menguasai kemahiran yang selaras dengan zaman perkembangan. serta membuat
refleksi kendiri, menjalinkan hubungan positif dengan ibu bapa demi kepentingan murid
sekaligus dapat melahirkan guru yang profesional dan holistik.

Sepertimana kerangka SGM 2.0, etika keguruan terhadap murid juga perlu
dititikberatkan dan berkepentingan dalam aspek kebajikan murid agar terjaga dan terbela
kerana mereka adalah aset negara. Ini bermakna guru perlu mengambil berat terhadap tugas
mereka dalam melahirkan kemenjadian murid sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan
kebangsaan yang menekankan pendidikan secara bersepadu untuk membangunkan potensi
insan secara holistik, iaitu keseimbangan dari segi intelek, rohani, jasmani, dan emosi.
Pendidikan holistik bukan sahaja merangkumi aspek kecemerlangan akademik seperti
cemerlang di dalam bidang Sains, Matematik, dan juga Bahasa, malah menekankan dalam
aspek akhlak dan sahsiah bagi seorang individu murid. Justeru, guru yang ideal adalah guru
yang bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan yang mantap, tetapi juga mempunyai nilai
profesionalisme yang tinggi seperti yang digariskan dalam SGM 2.0 yang mesti mempunyai
etika keguruan yang mantap terhadap murid mereka barulah Falsafah Pendidikan
Kebangsaan itu tercapai.

Rentetan itu, SGM 2.0 juga memberi penekanan terhadap kolaborasi guru bersama
ibu bapa di mana penglibatan ibu bapa juga merupakan pengaruh besar dalam kejayaan
murid. Dengan ini, guru juga mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa dalam
membentuk murid yang bersepadu.Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KISB) yang dibentuk
sebagai saluran kerjasama dan komunikasi untuk merapatkan di antara ibu bapa, murid dan
sekolah. Melalui KISB banyak interaksi, perkongsian dan percambahan ilmu dapat berlaku
demi mewujudkkan hubungan yang bermakna antara ibu bapa dan guru. Justeru itu, guru
sebagai pemangkin dalam mewujudkan hubungan ini haruslah bertanggunjawab sepenuhnya
dalam mengendalikan KISB ini dengan baik.

Selanjutnya, SGM 2.0 juga penting dalam melahirkan guru yang mempunyai nilai dan
semangat kolaborasi dalam masyarakat yang mempunyai kepelbagaian budaya dan adat.
SGM 2.0 menekankan agar guru menyampaikan ilmu yang memberi manfaat kepada
masyarakat dan mengelakkan penyampaian ilmu yang boleh merosakkan nilai-nilai sesebuah
masyarakat. Tugas guru amat mencabar dalam mendidik dan membimbing umat agar mereka
dapat menjadi masyarakat yang berilmu. Penglibatan guru dalam masyarakat merupakan
satu usaha untuk guru mengenali pelbagai budaya dalam masyarakat kita. Ini penting untuk
melahirkan guru yang mempunyai sikap keterbukaan dan penerimaan perbezaan tahap
pendidikan serta memahami murid berdasarkan psikologi perkembangan mereka.

25
7.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, seorang guru memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk
pelajar yang seimbang dan harmonis. Guru berfungsi sebagai penggerak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bagi memastikan tujuan dan matlamat FPK selari dengan perkembangan
pelajar. Keseimbangan dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) boleh dicapai
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang membawa sistem pendidikan negara
menganjak di kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai
asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang
paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. Guru juga seharusnya
menyedari tentang peranan dan tugas utama guru supaya tidak lari daripada landasan yang
ditetapkan seperti yang terkandung di dalam SGM 2.0 sebagai standard guru bagi melahirkan
guru yang holistik dan berkualiti. Jika semua guru menyedari tanggungjawab dan tahu aspek
kompetensi yang telah dan belum dicapai mereka terhadap profesion dan etika sedia ada,
maka hasilnya mereka akan dapat melaksanakan tugas sebagai pendidik dengan baik dan
tidak melanggar prinsip etika kerja yang sedia ada. Oleh itu, amalan buruk yang dilakukan
guru kepada pelajar dan rakan sekerja dapat dihindarkan seterusnya standard kompetensi
dalam pelaksanaan SGM 2.0 mampu menjadi pemangkin bagi memartabatkan profesion
perguruan untuk membangunkan generasi murid bagi menghadapi dan menangani cabaran
baru dalam era revolusi abad ke-21.

26
8.0 RUJUKAN

1. Baser et.al, J. A. B. E. A. (2017). Standard Guru Malaysia dalam Persediaan Guru


Reka Bentuk Teknologi. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional UTHM, Hlmn 4.

2. Jopri, H. S. (2023). Buku SGM 2.0 (1st ed.). Kementerian Pendidikan Malaysia.
https://gurubesar.my/wp-content/uploads/2024/01/Buku-SGM-2.0-e-ISBN.pdf

3. Kementerian Pendidikan Malaysia (2019, January 31). Standard Guru Malaysia (SGM)
2.0. www.moe.gov.my. Retrieved December 16, 2023, from
https://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/sgm-2

4. Yasim, J. M. (2019). Kepimpinan Instruksional Abad Ke-21 Dan Amalan Komuniti


Pembelajaran Profesional Dalam Kalangan Guru Besar Di Malaysia. Asean
Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J), 3(2),
21-37.

5. Yusof, F. M. (2021). Soft Skills For Teachers: Accepting Standard Guru Malaysia 2.0
(Sgm) And Ssb4k Theory In Future Teaching Practices. International Journal Of
Education, Psychology And Counselling (IJEPC), 6(42), 40-52.
https://doi.org/10.35631/IJEPC.642004

6. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2009). Standard Guru Malaysia 2.0. Kementerian


Pendidikan Malaysia, Putrajaya.

7. Nor Hafizoh, I. & Rohana, H. (2012). Nilai Profesionalism Bakal Guru Berteraskan
Indicator Standard Guru Malaysia (SGM). Jurnal Teknologi, 60(1), 31-37.

27

Anda mungkin juga menyukai