Anda di halaman 1dari 3

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN

IDRIS FAKULTI SAINS


KEMANUSIAAN
PENGAJIAN KENEGARAAN (HNP3312)
SEMESTER 1 SESI 2020/2021

ARAHAN:
Para pelajar perlu menyiapkan dua tugasan untuk pentaksiran. Pentaksiran pelajar adalah berasaskan kepada;
1. Tugasan berkumpulan (ulasan artikel berbentuk slaid powerpoint) – 40 Markah.
2. Tugasan individu (Perbincangan forum) - (10 Markah).

PANDUAN:
TUGASAN BERKUMPULAN (Ulasan artikel dalam bentuk ‘slide powerpoint presentation’) – 40 Markah
1. Setiap pelajar akan diberikan kumpulan dan artikel terpilih oleh para pensyarah masing-masing.
2. Setiap kumpulan dikehendaki untuk membuat ulasan artikel terpilih. Ulasan ke atas artikel tersebut perlu ditulis dalam bentuk
‘slide powerpoint’
3. Ulasan tersebut merangkumi bahagian muka hadapan, pengenalan, isi kandungan artikel, penutup dan rujukan.
4. Elemen di bahagian muka hadapan adalah terdiri daripada; maklumat ahli kumpulan, nama pensyarah, nama dan kod kursus,
maklumat artikel seperti tajuk dan penulis artikel, nama jurnal, tahun terbitan, volum, isu dan muka surat
5. Pengenalan – kenyataan ringkas penilaian ke atas artikel sama ada positif atau negatif
6. Isi kandungan;
i. Ulasan ringkas artikel yang terpilih
ii. Isu utama yang dibangkitkan penulis artikel
iii. Adakah isu tersebut menarik dan mengapa?
iv. Adakah artikel ini dapat mengubah atau memberi kesan terhadap cara anda berfikir tentang perkara yang
dibangkitkan dalam artikel tersebut?
v. Penilaian dan perbincangan kekuatan dan kelemahan artikel tersebut.
7. Ulasan artikel yang baik memetik sumber / rujukan untuk menyokong penilaian kumpulan
8. Penutup – Menyatakan pendapat keseluruhan dan ringkasan penilaian kumpulan tentang artikel terpilih

1
9. Elemen seperti grafik, bunyi dan animasi turut diambil kira. Pemilihan gambar yang bersesuaian juga digalakkan.
10. Pelajar disarankan untuk merujuk rubrik yang disediakan untuk melihat elemen yang dinilai untuk memperoleh markah
11. Slaid yang disediakan mestilah tidak melebihi 20 termasuk muka hadapan, rujukan dan gambar-gambar.
12. Tugasan ini perlu dihantar pada minggu KEENAM.

TUGASAN INDIVIDU - PERBINCANGAN FORUM (10 MARKAH)


Pelajar perlu memilih satu video daripada beberapa senarai video yang disenaraikan dan membuat ulasan berdasarkan soalan yang
disediakan
i. Mengapa anda memilih video tersebut?
ii. Apakah pengajaran yang tersurat dan tersirat di sebalik video tersebut?
Rumusan perlu ditulis dalam ruangan forum di platform Myguru. Minimum patah perkataan adalah dalam lingkungan 200-350 patah
perkataan. Tugasan ini perlu dihantar pada minggu KELAPAN.

1. Sejarah Malaysia - Berapa Lama Tanah Melayu Dijajah?


https://www.youtube.com/watch?v=w8xPMD8ubOE

2. Sistem Kerajaan Malaysia


https://www.youtube.com/watch?v=WFB1eSxHh0Q

3. Sistem Beraja & YDPA


https://www.youtube.com/watch?v=PtdOgFPbAfY

4. Sejarah Pembentukan Persekutuan Malaysia


https://www.youtube.com/watch?v=9y6olvtGVC8

5. PETRONAS National & Malaysia Day 2015


https://www.youtube.com/watch?v=NnPexM_Ul4U

6. Keranamu Malaysia
https://www.youtube.com/watch?v=PPsEAsRQQjM

2
7. Saya Anak Malaysia 2020 (Bahasa Malaysia Version) - MALAYSIA DAY SONG
https://www.youtube.com/watch?v=VebUb5j_daU

8. Putrajaya. Apa yang anda tahu tentang?


https://www.youtube.com/watch?v=hyj6esmY58s

9. Sejarah Rukun Negara


https://www.youtube.com/watch?v=2YVcrPlMBcA

10. Melaka Historical City. Jelaskan kesan peninggalan penjajah di Melaka.


https://www.youtube.com/watch?v=AC2xbVWVKTc

Anda mungkin juga menyukai