Anda di halaman 1dari 2

1.

0 Pengenalan

Dari degi definisi integrasi ialah satu urutan perlaksanaan untuk menyatupadukan pelbagai
kelompok masyarakat melalui satu identiti bersama. Seperti mana yang kita semua tahu,
negara Malaysia adalah negara yang terdiri dari pelbagai kaum seperti kaum Cina, kaum
India, kaum Melayu. Manakala di Sabah dan Sarawak terdapat kaum Kadazan,Iban, Kayan,
Baju, Bidayuh dan banyak lagi dan proses ini merupakan satu matlamat utama yang diusakan
agar mencapai kejayaan bersama. Kejayaan negara Malaysia mengekalkan keamanan dalam
negara merupakan tempoh yang lama dengan rakyat berbilang bangsa dan kepercayaannya
adalah satu contoh terbaik dalam proses integrasi.

Integrasi juga membawa maksud tentang penyatuan kelompok masyarakat yang


mempunyai latar belakang yang berbeza, lalu menjadikannya satu entiti yang terikat oleh
nilai serta kepentingan bersama membentuk keamanan negara. Ia juga berperanan untuk
menyatupadukan rakyat menjadi teras kepada kemerdekaan negara yang berdaulat dan
menpunyai undang-undang agar kesemua rakyat tanpa mengira kaum atau latar belakang
dapat layanan yang sama rata dan adil tanpa sebarang penindasan berlaku.

Integrasi Nasional pada asalnya adalah sebagai usaha untuk memupuk kesefahaman
dan perpaduan antara pelbagai kaum yang ada. Sesebuah negara tidak akan mencapai
kemajuan dari pelbagai aspek terutamanya aspek ekonomi jika masyarakatnya tidak saling
bekerjasana dan berpecah. Dengai itu, dengan adanya kestabilan sosio-politik serta
Kerjasama antara semua kaum, sesebuah negara iu akan maju tanpa mempunyai masalah
yang mengekangnya. Di dalam konteks kehidupan masyarakat Malaysia pada hari ini, pihak
kerajaan amat menitikberatkan tentang perpaduan dan integrasi nasional di kalangan
masyarakat yang berbilang kaum di negara ini.

Malaysian juga seperti negara lain yang ingin mencapai kemajuan dan ianya sedang
menuju kepada negara maju berdasarkan wawasan 2020. Oleh itu, untuk mencapai impian
negara, kerajaan perlulah menyatupadukan semua kaum dengan melaksanakan pelbagai dasar
seperti Rukun Negara , Dasar Pendidikan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan , Dasar Ekonomi
Baru, Wawasan 2020 dan Dasar Pembangunan Negara. Justeru itu, semua kaum di Malaysia
perlulah memahami, menerima, menghormati dan mengamalkan nilai hidup dan identity yang
sama bagi membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu.

Anda mungkin juga menyukai