Anda di halaman 1dari 10

CONTOH KARANGAN LARAS SASTERA

CONTOH KARANGAN 1

Malaysia terkenal dengan keunikannya yang mempunyai penduduk berbilang kaum


namun hidup rukun damai sejak kemerdekaannya 52 tahun lalu. Inilah yang
menjadi resepi dan pemangkin ke arah pencapaian kejayaan negara. Sebagai
rakyat yang prihatin, di bahu kitalah tergalasnya tanggungjawab untuk
mengekalkan keharmonian ini.

Di antara kepentingan memelihara perpaduan kaum ialah untukmewujudkan


suasana kehidupan bermasyarakat yang aman dan harmoni. Semangat saling
menghormati dan memahami antara satu sama lain mampu mengelak sebarang
perasaan negatif seperti hasad dengki, pentingkan diri sendiri dan lain-lain.
Hubungan baik yang terjalin erat bukan sahaja menjadi asas kehidupan yang
tenteram bahkan juga memakmurkan negara.  Sebagai contoh, setelah melewati
setengah abad negara Malaysia mencapai kemerdekaan, telah banyak
perubahan positif yang berlaku. Malah negara malaysia juga sudah terkenal
sebagai sebuah negara membangun.

Selain itu, kehidupan yang harmoni juga merupakan jambatan utama menuju


kemajuan. Negara yang sejahtera membolehkan rakyatnya mengambil peluang
meningkatkan taraf hidup. Semua pihak dapat berganding bahu memikul tugas
masing-masing tanpa sebarang perasaan syak wasangka.  Hasilnya, negara kita
akan membangun dengan stabil merangkumi segenak aspek kehidupan.
Pembangunan pesat negara kita setanding dengan negara-negara maju di
dunia.

Menyedari kepentingan perpaduan kaum maka beberapa langkah yang efisien


perlu dijalankan bagi mengekalkannya. Antara lain, kerajaan telah mewujudkan
Sekolah Wawasan. Konsep sekolah wawasan ini adalah untuk memelihara
perpaduan kaum yang dipupuk sejak awal lagi iaitu dalam kalangan kanak-kanak.
Institusi pendidikan dengan corak perpaduan kaum ini membantu masyarakat
untuk saling mengenali dan menghormati kebudayaan serta adat resam kaum-
kaum yang lain. Hal ini secara tuntasnya menjamin kestabilan negara dengan
adanya hubungan yang erat di antara kaum.

Selain itu, kemakmuran negara yang wujud dengan resepi perpaduan ini juga
adalah hasil daripada matlamat misi dan visi negara. Sebagai contoh, kerajaan
melancarkan Dasar Ekonomi baru dan Wawasan 2020. Cetusan visi para pemimpin
ini menyemarakkan lagi usaha mengekalkan perpaduan kaum. Ini jelas dibuktikan
dengan konsep keadilan dari segi memperolehi kekayaan. Semua kaum berpeluang
menceburi bidang ekonomi mengikut kemahiran dan usaha masing-
masing. Kesannya, kestabilan dari segi ekonomi turut memperkembangkan
kemajuan negara sehingga menjadi contoh kepada negara jiran iaitu
Indonesia.

Kesimpulannya, kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara itu amat bergantung


pada hubungan baik yang terjalin antara masyarakat. Perumpaan; ‘bersatu teguh,
bercerai roboh’ begitu sinonim dengan usaha mengekalkan perpaduan kaum demi
kesejahteraan hidup .

KARANGAN MODEL 2

Pembentukan masyarakat majmuk yang harmonis merupakan agenda kerajaan


yang paling penting kerana prasangka perkauman boleh menghancurkan perpaduan
yang sedia wujud. Menyedari hakikat dan kepentingan mengekalkan perpaduan
maka pelbagai langkah perlu dijalankan bagi memastikannya berterusan.

Antara kepentingan mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk


ialah untuk mengekalkan keharmonian dan mengelakkan perselisihan. Penduduk
Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa boleh hidup aman damai sejak
dahulu lagi kerana adanya perasaan saling menghormati dan memahami antara
satu sama lain. Amalan nilai murni ini menjadi tunjang kekuatan sesebuah
negara. Perkara ini dapat mengelak berlakunya perselisihan seperti kejadian
dalam sejarah hitam negara iaitu peristiwa 13 Mei 1959. Rusuhan kaum
yang berlaku tidak memberi apa-apa keuntungan malah membawa banyak
kemudaratan.

Perpaduan kaum yang wujud juga turut mempercepat dan memperkasa


pembangunan negara. Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap bertoleransi
dan hidup bersatu-padu memangkinkan usaha memajukan negara dalam segenap
aspek merangkumi ekonomi, sosial, politik dan pendidikan. Pembangunan pesat
yang jelas kelihatan pada hari ini membantu masyarakat menjalani kehidupan
seharian dengan selesa. Sebaliknya, jika keharmonian kaum terancam maka
amat sukarlah kerajaan mengatur agenda mencapai kemajuan negara.
Kesannya negara akan ketinggalan dan rakyat menderita kemiskinan.

Bagi merealisasikan kejayaan negara dengan ramuan perpaduan kaum ini, maka
pelbagai usaha ke arahnya hendaklah terus dijalankan. Antara lain,
kerajaan mewujudkan banyak dasar bertujuan menerapkan nilai-nilai bagi
mengekalkan perpaduan kaum.Terkini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri
Najib Tun Razak menggunakan konsep ‘1 Malaysia’. Dasar kepimpinan yang
memperkenalkan konsep “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”
memperlihatkan keutamaan masyarakat dalam pencapaian sesebuah
negara. Tanpa rakyat yang bersatu padu maka pincanglah negara itu.
Selain itu, segenap lapisan masyarakat juga berperanan menjalankan
tanggungjawab masing-masing untuk memelihara perpaduan. Media massa sebagai
medium komunikasi menjadi saluran maklumat dan membangkitkan semangat
bersatu-padu. Memperbanyakkan iklan dan risalah melalui kempen-kempen
mencintai negara dapat menyedarkan masyarakat tentang peri pentingnya
menjaga keharmonian hidup sesama rakyat.  Semua ini dapat dikongsi bersama-
sama dengan adanya alat komunikasi media massa seperti televisyen, radio
mahupun internet. Kemudahan yang kita nikmati sekarang ini adalah bukti
nyata hasil kemajuan negara.

Tuntasnya, kemakmuran negara berkait rapat dengan hubungan baik antara kaum
yang sama-sama mendokong usaha ini. Hubungan baik inilah yang perlu diamalkan
bila-bila masa dan selamanya agar kejayaan yang kita nikmati kini tidak ranap
begitu sahaja setelah hampir 52 tahun negara kita mencapai kemerdekaan.

Kepentingan Perpaduan

     'Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan
kehidupan masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum
namun semangat tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk
melaksanakan sesuatu perkara. Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini,
akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan merupakan aset
terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat
dinikmati ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'.

    Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai


sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai
ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan.
Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu
menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan
kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni
tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah
warisan daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek
hujan, tak lekang dek panas.

     Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu
semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing'. Semangat assabiah ini akan menimbulkan
permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik
kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar
Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara
golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah
pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit.
Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia wajar mengekalkan perpaduan demi
mengelakkan semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini.

    Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat
membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat
Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat
lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat
hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi
negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat
Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan
negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia.
Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara
akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara
lain.

     Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau


aktiviti yang dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia
juga perlu memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara
kekal dalam kemerdekaan. Semoga 52 tahun kemerdekaan pada tahun ini akan
meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan
popular di seluruh sarwajagat ini. Laungan 'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar
semangat warganegara Malaysia ini digeruni oleh negara luar. 

USAHA-USAHA MEMPERKUKUH PERPADUAN KAUM RAKYAT MALAYSIA 

     Sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat


berbilang kaum hidup bagai aur dengan tebing. Walaupun menyedari hakikat
bahawa rambut sama hitam, hati lain-lain , namun masyarakat yang berbilang
kaum ini hidup dengan aman dan damai. Oleh itu, pelbagai pihak perlu memegang
pada kekuatan jata negara, yakni “Bersekutu Bertambah Mutu”untuk
mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Perpaduan kaum di Malaysia
seyogianya menjadi kebanggaan Negara kita. 

    Sebenarnya, kita bolehlah mengadakan aktiviti gotong-royong di taman-taman


perumahan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Masyarakat yang
berbilang kaum akan keluar untuk bekerjasama membersihkan taman-taman
perumahan. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali
antara satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi kerana tak kenal maka
tak cinta. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah menegaskan bahawa
bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat; perpaduan
merupakan kekuatan negara. Oleh sebab itu, saya percaya bahawa jika kita
mengamalkan prinsip berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita dapat
menikmati pembangunan nusa tercinta ini bersama-sama. 

   Selain itu, kita juga boleh mengamalkan amalan kunjung-mengunjung ke rumah


rakan-rakan yang berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan untuk memupuk
semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Kebudayaan antara kaum dapat difahami dengan lebih mendalam sekali gus dapat
menjana tahap kefahaman dan membina masyarakat yang saling menghormati.
Amalan rumah terbuka juga boleh dipraktikkan untuk memupuk perpaduan kaum
rakyat Malaysia dengan amalan saling memaafkan sesama insan. Oleh itu, sikap
buang yang keruh , ambil yang jernih ternyata mampu menjalinhubungkan
semangat perpaduan yang tersedia utuh. 

       Seterusnya, pihak kerajaan sentiasa membuat anjakan paradigma demi


memperkuat jalinan kemesraan rakyat dengan mengadakan banyak aktiviti pada
peringkat taman-taman perumahan. Dengan langkah bestari itu, kita dapat
memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia. Misalnya, sambutan hari keluarga dan
jamuan tahunan yang diadakan oleh organisasi atau pertubuhan kerajaan dapat
mempererat hubungan antara pemimpin dengan penduduk tempatan. Selain dapat
mendengar rintihan hati rakyat, pemimpin turut dapat menjadi suri teladan
sebagai agen perpaduan. Saya yakin, orang ramai yang berbilang kaum akan lebih
mempercayai dan meyakini kewibawaan pemimpin dan saling menghormati antara
satu sama lain. Cara ini pasti ini akan mengurangkan pertengkaran dan
perselisihan faham antara kaum.

     Di samping itu, kita juga dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia dengan
menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaa . Dengan cara ini, kita akan dapat
melahirkan pemuda-pemuda yang tidak mempunyai masalah perhubungan dan
pergaulan antara kaum yang berlainan. Pergaulan mesra dan semangat bersatu
padu yang dijalin ini sudah mampu menjadi tiang kukuh untuk membuktikan
bahawa rakyat Malaysia patuh pada Rukun Negara. Hal ini sangat penting untuk
memupuk perpaduan kaum di Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak bangku
sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semua kekangan untuk
mempererat perpaduan kaum akan dapat diselesaikan jika anak-anak telah
mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan orang yang berlainan kaum
sejak kecil. 
    Tuntasnya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan bekerjasama
untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Hal ini penting supaya negara
dapat berkembang maju dengan lebih lancar bawah dasar 1Malaysia yang
diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Saya yakin
dan percaya bahawa rakyat Malaysia mengenali peribahasa ke bukit sama didaki,
ke lurah sama dituruni. Oleh itu, kita yang sudah melalui zaman prakemerdekaan
yang perit dan pahit haruslah mengisi kemerdekaan dengan penuh semangat
perpaduan kaum. Ingatlah wahai rakyatku bahawa semangat perpaduan harus
disemai dan diingati sampai bila-bila agar Wawasan 2020 menjadi realiti,
bukannya fantasi semata-mata. 

Langkah-langkah dan Kepentingan Memupuk  Perpaduan Kaum

Pengenalan

Perpaduan kaum amat penting kepada kita.


- teras keharmonian dan kesejahteraan
- wajar dikekalkan daripada satu generasi ke satu generasi

ISI UTAMA

1. Mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan .


- gotong royong,,hari keluarga dan pelbagai lagi
- masyarakat tanpa mengira kaum turut sama berganding bahu

2. Budaya rumah terbuka dalam sesuatu perayaan.


- pelbagai bangsa akan hadir berkongsi kegembiraan
- bertukar-tukar fikiran dan saling mengenali

3. Menubuhkan rukun tetangga di taman-taman perumahan


- mengadakan rondaan keselamatan bersama-sama
- meningkatkan tali silaturahim sesama masyarakat

4. Keharmonian hidup akan terjamain.


- tidak berlaku rusuhan kaum seperti di negara- negara luar
- aktiviti seharian berjalan dengan aman dan tenang

5. Imej negara di mata dunia akan meningkat.


- negara yang harmoni walaupun didiami oleh masyarakat majmuk
- menggamit kedatangan para pelabur dan pelancong
6. Pembangunan yang dirancang berjalan dengan baik
- tiada unsur khianat dan dengki antara kaum
- malah antara kaum sama-sama berganding bahu dalam pelbagai sektor

Penutup

Perpaduan hidup amalan di Malaysia.


- Perdana Menteri telah melancarkan Program 1 Malaysia
- tujuannya hanya satu dalam mempertingkat perpaduan yang sedia ada.

Kepentingan Perpaduan
'Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan
kehidupan masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysiaberbilang kaum
namun semangat tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk
melaksanakan sesuatu perkara. Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini,
akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan merupakan aset
terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat
dinikmati ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'.

Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai


sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai
ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan.
Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu
menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan
kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni
tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah
warisan daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar tak lapuk
dek hujan, tak lekang dek panas.

Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu
semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing'. Semangat assabiah ini akan
menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh
terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan
Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan
antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya,
wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna
kulit. Sebagai iktibar, masayarakatMalaysia wajar mengekalkan perpaduan demi
mengelakkan semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini.
Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat
membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh
masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan
lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama
tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu,
ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat
Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan
negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia.
Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara
akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan
negara lain.

Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti


yang dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu
memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam
kemerdekaan. Semoga 52 tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan
kesepakatan masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di
seluruh sarwajagat ini.Laungan 'Malaysia  Boleh' perlu diteruskan agar semangat
warganegaraMalaysia ini digeruni oleh negara luar.

Karangan SPM: Perpaduan Dalam Masyarakat Majmuk


Kepentingan Perpaduan dalam kehidupan Masyarakat Majmuk

Malaysia bumi nan bertuah. Manakan


tidaknya, rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, India,
Cina, India, Iban dan kadazan yang membentuk sebuah negara bangsa yang
kukuh. Malah kehidupan masyarakat majmuk di negaa ini berlandaskan elemen
perpaduan yang disuntuk dalam diri individu sejak dahulu lagi. Tragedi 15 Mei
ternya menjadi penanda aras kepada masyarakat sarwajagat di Malaysia untuk
terus mengekalkan Integriti Nasional yang bepaksikan dengan penghayatan
sepenuhnya terhadap Rukun Negara. Perdana Menteri  Malaysia yang ke-6 turut
memandang penting isu ini lalu merencanakan Gagasan ’1 Malaysia’ dengan tema,
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Melalui pelaksanaan Gagasan 1
Malaysia, rakyat di negara ini digesa untuk terus memelihara serta mengekalkan
perpaduan antara kaum. Terdapat beberapa kepentingan perpaduan  dalam
kehidupan masyarakat majmuk.

            Perpaduan merupakan kunci kepada pembangunan negara. Dengan


Wawasan 2020 yang menghampiri penghujung sekali gus menjadi misi utama
negara yang perlu dikecapi. Perpaduan penting dalam memastikan tanah air kita
yang tercinta ini terus maju mengorak langkah ke hadapan. Masyarakat majmuk
tanpa mengira bangsa dan agama masing-masing berusaha dan bekerjasama
antara satu sama lain untuk meletakan Malaysia di peta dunia, agar berdiri sama
tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negaa maju yang lain. Pelbagai
bidang di negara ini mempu meraih kecemerlangan apabila wujud
perpaduan  dalam kalangan masyarakat. Dalam bidang sukan umpamanya, kita
akan mempu menjulang kejayaan sekiranya warga sukan menolak elemen
perkauman. Datuk Misbun Sidek, yang merupakan jurulatih kepada Datuk Lee
Chong Wee menjadi tertimoni terhadap kepentingan perpaduan apabila Datuk
Lee Chong Wee berjaya menempa nama sebagai Pemain Nombor Satu Dunia.
Gandingan mantap kedua-duanya terus-menerus memastikan Malaysia
mengungguli gelaran tersebut untuk sekian lamanya. Tak sungguh tak melata, tak
sungguh orang tak kata, ternyata dan sudah terbukti betapa elemen perpaduan
menjadi asas kepada pembangunan negara.

            Perpaduan juga dapat mewujudkan kestabilan politik dan ekonomi. Hal ini
dianggap begitu penting apabila  suatu masa dahulu Tanah Melayu perlu
mewujudkan perpaduan antara kaum dahulu sebelum dijanjikan kemerdekaan oleh
pihak British. Kerjasama politik yang ditunjukkan oleh setiap kaum pada ketika
itu merupakan tunggak kejayaan Malaysia pada hari ini. Malah Bapa Kemerdekaan
Malaysia Tungku Abdul Rahman bersama-sama denganTun Tan Cheng Lock dan
Tun Sambanthan berusaha gigih dalam memastikan Tanah Melayu ketika itu,
mengecapi kemerdekaan yang sepenuhnya. Pada hari ini perpaduan masih lagi
menjadi teras dalam memastikan kestabilan politik apabila UMNO, MCA, dan
MIC masih di bawah satu bumbung yang sama, iaitu Barisan Nasional (BN). Sikap
toleransi, kerjasama dan tolak ansur yang diamalkan oleh pemimpin masyarakat
marcapada ini memastikan Malaysia terus mengekalkan kestabilan dari aspek
politik. Mereka memimpin Malaysia hanya dengan satu matlamat yang sama
diiringi perasaan taat dan setia yang tak berbelah bahagi kepada Yang di-Pertuan
Agung selaku ketua negara.

            Di samping itu perpaduan dalam kalangan masyarakat mewujudkan


suasana yang aman dan tenteram. Setiap pihak berusaha mewujudkan suasana
yang aman dan harmoni untuk kesejahteraan semua pihak. Amalan hormat
menghormati yang diamalkan oleh masyarakat berbilang bangsa di Malaysia
berjaya mengekalkan keharmonian dalam kehidupan. Suasana yang aman dan
tenteram tanpa perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain dapat
melahirkan generasi yang cemerlang dari aspek sahsiah diri, rohani, mentel dan
fizikal. Oleh hal yang demikian , hal ini penting untuk terus  dikekalkan bagi
memastikan perpaduan dalam kalangan masyarakat terjamin.

            Kongklusinya, atas apapun alasannya,  perpaduan harus diberi penekanan


dan keutamaan dalam setiap agenda perdana negara. Semua pihak perlu
bekerjasama bagai aur dengan tebing agar nilai perpaduan terus terpelihara dari
masa ke masa. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Malah sekiranya
masyarakat memandang enteng isu perpaduan ini idak hairanlah sekiranya negara
Malaysia bakal menjadi kucar-kacir, bak kata pepatah pecah telur sebiji habis
telor sesangkak.

Oleh,
MUHAMMAD HAIDAR BIN IBRAHIM (5SN -2010)
Sek. Men. Keb. Seri Indah
Seri Kembangan,
Selangor

Anda mungkin juga menyukai