Anda di halaman 1dari 2

Cadangan Mengeratkan Perpaduan Berasaskan Rukun Negara.

Bagi mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, kesemua pihak haruslah memainkan peranan terutamnya kerajaan. Kerajaan merupakan penggerak utama bagi segala rencana untuk memantapkan lagi perpaduan. Kerajaan yang efisen akan melakukan banyak perubahan-perubahan yang positif bagi membantu memantapkan perpaduan di negara ini. Antara usaha yang kerajaan dapat lakukan ialah dengan menambah baik pelan ekonomi negara. Seperti yang kita maklum, Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) banyak merapatkan jurang ekonomi antara kaum. Perapatan jurang ekonomi ini dapat membantu semua kaum lebih bertolak ansur. Kerjasama antara kaum dalam bidang ekonomi dapat menjana ekonomi negara dengan lebih baik. Peristiwa berdarah 13 Mei terjadi juga disebabkan oleh jurang ekonomi yang terlalu besar antara kaum terutamanya kaum Melayu dan kaum Cina. Kaum Cina menguasai ekonomi pada ketika itu kerana mereka mendiami kawasan bandar dan lombong. Selain itu, kerajaan juga dapat memperkasakan pendidikan negara. Sistem pendidikan yang mantap dapat menyediakan generasi yang lebih berilmu dan berfikiran terbuka. Generasi muda merupakan pewaris negara. Oleh sebab itu, pihak kerajaan haruslah menyediakan satu pelan pendidikan yang mantap dan sesuai agar dapat menyediakan generasi muda pada masa kini menjadi generasi yang dapat memaju negara ke tahap yang tertinggi. Generasi muda akan lebih berfikiran jauh dan mengetahui kesan buruk disebabkan oleh perpecahan perpaduan.

Generasi yang diberi pendidikan yang baik akan lebih menghargai perpaduan yang sedia ada seterusnya berusaha untuk memperbaikinya lagi. Kerajaan juga dapat memantapkan perpaduan dengan memperkasakan aktiviti keagamaan dalam kalangan rakyat. Malaysia mempunyai pelbagai agama, tetapi tidak menjadi satu batu penghalang bagi memantapkan lagi perpaduan antara kaum. Semua agama menyuruh penganutnya berkelakuan baik dan menghormati orang lain. Dengan peneguhan agama yang lebih baik, nescaya rakyat negara ini menjadi individu yang lebih baik. Penerapan nilai agama akan menjadikan seseorang lebih bertolak ansur dan menghormati oeang lain tanpa mengira agama. Agama persekutuan adalah agama Islam tetapi agama lain bebas diamalkan menurut

perlembagaan. Jadi, tiada menjadi halangan untuk agama sebagai satu ejen menyatupadukan rakyat Malaysia. Di samping itu juga, kerajaan boleh memperbanyakkan aktiviti-aktiviti rakyat. Dengan aktiviti seumpama ini, penglibatan rakyat akan menunjukkan perpaduan dalam kalangan mereka. Aktiviti ini memerlukan penglibatan daripada rakyat sendiri dan dana daripada kerajaan. Dana yang kerajaan sumbangkan akan merealisasikan segala perancangan aktiviti. Rakyat juga turut bersemangat untuk melibatkan diri apabila kerajaan sendiri turun padang. Pergaulan dan interaksi sesama rakyat akan memperkukuhkan lagi perpaduan dengan lebih mengenali satu sama yang lain. Dengan mengenali sesama rakyat, mereka akan lebih memahami adat budaya masing-masing seterusnya akan lebih menghormati adat kaum yang lain. Anjuran secara besaran-besaran juga boleh diadakan dengan mempromosi menggunakan media massa supaya segala maklumat boleh disampaikan kepada semua. Akhir sekali, kerajaan juga boleh menguatkuasa undang-undang bagi kesalahan yang boleh menggugat perpaduan negara. Dengan tertubuhnya Akta Keharmonian Nasional yang menggantikan Akta Hasutan 1948 menunjukkan bahawa kerajaan serius dalam isu yang boleh menggugat kehormonian masyarakay majmuk di Malaysia. "Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Penguatkuasa undang-undang dengan lebih ketatkan akan membuatkan seseorang individu takut untuk memecahbelahkan perpaduan seterusnya sedaya upaya untuk memelihara keharmonian dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai