Anda di halaman 1dari 1

Malaysia terkenal dengan keunikannya yang mempunyai penduduk berbilang kaum namun hidup rukun damai sejak kemerdekaannya

52 tahun lalu. Inilah yang menjadi resepi dan pemangkin ke arah pencapaian kejayaan negara. Sebagai rakyat yang prihatin, di bahu kitalah tergalasnya tanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian ini. Antara kepentingan mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk ialah untuk mengekalkan keharmonian dan mengelakkan perselisihan. Penduduk Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa boleh hidup aman damai sejak dahulu lagi kerana adanya perasaan saling menghormati dan memahami antara satu sama lain. Amalan nilai murni ini menjadi tunjang kekuatan sesebuah negara. Perpaduan kaum yang wujud juga turut mempercepat dan memperkasa pembangunan negara. Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap bertoleransi dan hidup bersatu-padu memangkinkan usaha memajukan negara dalam segenap aspek merangkumi ekonomi, sosial, politik dan pendidikan. Pembangunan pesat yang jelas kelihatan pada hari ini membantu masyarakat menjalani kehidupan seharian dengan selesa Bagi merealisasikan kejayaan negara dengan ramuan perpaduan kaum ini, maka pelbagai usaha ke arahnya hendaklah terus dijalankan. Antara lain, kerajaan mewujudkan banyak dasar bertujuan menerapkan nilai-nilai bagi mengekalkan perpaduan kaum.Terkini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan konsep 1 Malaysia. Dasar kepimpinan yang memperkenalkan konsep rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan memperlihatkan keutamaan masyarakat dalam pencapaian sesebuah negara. Tanpa rakyat yang bersatu padu maka pincanglah negara itu. Selain itu, segenap lapisan masyarakat juga berperanan menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk memelihara perpaduan. Media massa sebagai medium komunikasi menjadi saluran maklumat dan membangkitkan semangat bersatu-padu. Memperbanyakkan iklan dan risalah melalui kempen-kempen mencintai negara dapat menyedarkan masyarakat tentang peri pentingnya menjaga keharmonian hidup sesama rakyat. Semua ini dapat dikongsi bersama-sama dengan adanya alat komunikasi media massa seperti televisyen, radio mahupun internet. Kemudahan yang kita nikmati sekarang ini adalah bukti nyata hasil kemajuan negara. Antara lain, kerajaan telah mewujudkan Sekolah Wawasan. Konsep sekolah wawasan ini adalah untuk memelihara perpaduan kaum yang dipupuk sejak awal lagi iaitu dalam kalangan kanak-kanak. Institusi pendidikan dengan corak perpaduan kaum ini membantu masyarakat untuk saling mengenali dan menghormati kebudayaan serta adat resam kaum-kaum yang lain. Hal ini secara tuntasnya menjamin kestabilan negara dengan adanya hubungan yang erat di antara kaum. Tuntasnya, kemakmuran negara berkait rapat dengan hubungan baik antara kaum yang sama-sama mendokong usaha ini. Hubungan baik inilah yang perlu diamalkan bila-bila masa dan selamanya agar kejayaan yang kita nikmati kini tidak ranap begitu sahaja setelah 56 tahun negara kita mencapai kemerdekaan.

Anda mungkin juga menyukai