Anda di halaman 1dari 21

PENDIDIKAN DAN PERPADUAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT

PELBAGAI KAUM

Konsep Pendidikan

Pendidikan ialah usaha sistematik yang disengajakan,yang dibuat oleh sesuatu masyarakat
untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya, usaha
memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara. (Shaharuddin Badaruddin, 2007).

Konsep Perpaduan dalam Masyarakat

Menurut Kamus Dewan, masyarakat merupakan kumpulan manusia yang hidup bersama di
sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Kebudayaan tidak wujud tanpa adanya
masyarakat.Manusia merupakan anggota masyarakat yang bertanggungjawab mencipta,
mengubah, menokok dan melestarikan budaya, menurunkannya dari generasi ke generasi
untuk jutaan tahun dalam peradaban manusia sedunia. Proses mewariskan budaya generasi
yang menurunkan budaya dan generasi yang menerima budaya. Kita perlu memahami konsep
masyarakat kerana untuk kelangsungan hidup, tiada pilihan lain melainkan hidup secara
bermasyarakat. Memahami cara hidup bermasyarakat dengan memahami budaya masyarakat
sendiri dan kaum lain dan memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan lain.

Sebab perlu memahami konsep masyarakat dengan lebih jelas dan faham bahawa manusia
demi kelangsungan hidup tiada pilihan lain selain hidup bermasyarakat. Manusia mesti faham
sebaik mungkin cara hidup bermasyarakat. Memahami budaya masyarakat sendiri dan
masyarakat lain terus memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan dengan masyarakat
lain. Mengetahui ciri dan sifat masyarakat kerana masyarakat adalah sesuatu yang dinamik.

1
Bangsa idaman berteraskan hubungan etnik yang harmonis dapat diukur berpandukan 3
perspektif utama iaitu kenegaraan, kewarganegaraan dan kebangsaan. Semangat ini perlu
ditanam dan dipupuk dalam diri rakyat demi memastikan keutuhan negara sebagai sebuah
kumpulan social dapat ditanam melalui simbol-simbol keutuhan negara seperti bendera
Malaysia, lagu kebangsaan dan Rukun Negara Malaysia.

Kewarganegaraan bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain dapat disatukan melalui
kewarganegaraan yang sama iaitu warganegara Malaysia. Kebangsaan dapat ditonjolkan
melalui kebudayaan kebangsaan yang merupakan penggerak dalam menyemarak dan
menguatkan semangat kebangsaan. Ini merupakan batu asas dalam pembentukan sebuah
bangsa Malaysia. (Abdul Rahman Ismail, 2007).

Hubungan antara ketiga-tiga aspek ini adalah bertimbal balik kerana masing-masing saling
menyokong dan menguatkan antara satu sama lain. Kebudayaan merupakan keseluruhan cara
hidup manusia. Penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian
Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan
pembangunan sosioekonomi dan politik. Memerlukan penggemblengan dan penglibatan
semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.

Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang
mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi
garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan
dunia antarabangsa. Peranannya melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan
penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari
pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.

Sistem Ekonomi Duaan /Dualisme ekonomi. Perkembangan sistem ekonomi moden dan
ekonomi tradisional tidak seimbang. Sistem pendidikan Sekolah Inggeris, sekolah Melayu,
sekolah Cina dan sekolah Tamil. Hubungan kaum baik dalam konteks “bercampur tetapi
tidak bersatu”.Sistem pendidikan kebangsaan dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum,
sukatan mata pelajaran dan orientasi berteraskan kepada laporan Razak 1956 dan Laporan
Rahman Talib.

2
Matlamat utama untuk menyatukan kanak-kanak daripada pelbagai etnik di bawah satu
sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa tunggal (Wan
Hashim,1983). Akta Pendidikan 1957 bersetuju di atas prinsip sekolah pelbagai aliran dan
pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing dibenarkan. Bahasa Melayu telah diiktiraf
sebagai bahasa kebangsaan, maka sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar Bahasa Melayu
sebagai satu daripada matapelajaran pendekatan dalam matapelajaran sejarah, geografi dan
buku teks lain mestilah berteras Malaysia dan bukannya berteraskan negara China dan India
(John Lowe,1960).

Pendidikan Asas Perpaduan Di Malaysia


Sistem pendidikan, melalui sistem persekolahan, merupakan elemen yang penting bagi
sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat dari segi ekonomi,
politik, dan sosial. Sistem persekolahan bukan sahaja berperanan untuk memberi pelajaran
kepada masyarakat semata-mata,bahkan ia merupakan saluran untuk menyampaikan kepada
rakyat berkenaan dengan wadah perjuangan negara yang sangat mementingkan nilai-
nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan. Malaysia adalah
sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama,dan adat resam di mana
ia dikenali sebagai masyarakat majmuk. Pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan
perlu mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat Malaysia.

Malaysia sememangnya terkenal dengan keharmonian penduduk berbilang kaumnya yang


hidup aman dan damai. Kaum yang terdapat di Malaysia ialah Melayu, Cina, India dan 27
etnik lain Di kawasan Sabah dan Sarawak. Kepelbagaian kaum di Malaysia ini amat unit di
bawah satu kerajaan dan pentadbiran serta dasar yang menyatupadukan semua rakyat di
negara ini untuk kestabilan yang berterusan. Oleh itu, pelbagai dasar kerajaan telah dan akan
dijalankan dalam menjayakan misi negara ini. (Wan Hashim,1983).

Sistem persekolahan yang terbaik adalah sistem pesekolahan yang meliputi keseluruhan
kehidupan masyarakat Malaysia, di mana ia tidak hanya terhenti apabila seseorang individu
tamat persekolahan atau tamat pengajian di institusi-institusi pengajian tinggi, tetapi ia
menjadi kesinambungan dalam kehidupan hingga ke hari tua dengan memberi
sumbangan bagi memartabatkan bangsa dan negara.Pendidikan pula dapat menyeimbangkan
sosio-ekonomi di antara kaum dan kumpulan etnik di mana ia dapat dilihat melalui peluang-
3
peluang pekerjaan, pendapatan, dan pegangan ekuiti. Apabila keadaan ini tercapai, kestabilan
ekonomi, politik, dan sosial akan dapat berkembang maju. Contohnya pada zaman
pemerintahan Inggeris, punca kaum Melayu mundur dan miskin adalah disebabkan mereka
tidak diberikan peluang yang sama untuk mendapat pendidikan. Ini juga menjadi penyebab
utama perpaduan yang erat di kalangan masyarakat majmuk sukar untuk dicapai. Hal
ini mempunyai kaitan yang rapat dengan dasar dan sistem pelaksanaan pendidikan yang tidak
meliputi semua golongan masyarakat. (Wan Hashim,1983).

Pendidikan, mengikut Plato, ialah suatu proses membentuk individu yang berakhlak mulia.
Menurut Jean Jacues Rousseau pula, pendidikan sebagai suatu proses yang berterusan
dan bermula dari masa kanak-kanak lagi. Dalam proses ini, segala kebolehan semulajadi lahir
dengan sendirinya mengikutkehendak dan peraturan semulajadi. Masyarakat dan pendidikan
adalah bergerak seiring kerana pendidikan adalah acuan membentuk insan.

Perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara
keseluruhannya melalui ideologi negara di mana setiap anggota masyarakat dapat membentuk
satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan
mereka. Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan
negara. Sejak, sebelum dan selepas merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat
perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai
proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan
2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana
kemajuan dan mengekalkan perpaduan sedia.

Dasar Perpaduan Dan Evolusi Pendidikan Di Malaysia


Dalam membentuk perpaduan kaum, kerajaan telah menjalankan dasar perpaduan supaya
rakyat Malaysia menjadikan dasar ini sebagai pegangan mereka dalam mencapai perpaduan
kaum yang harmoni. Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu:

1. Dasar Pendidikan : Falsafah Pendidikan Kebangsaan


2. Akta Bahasa Kebangsaan: Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
3. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
4. Sukan Sebagai Alat Perpaduan

4
Pada zaman British dahulu, sistem pendidikan kita berpandukan dasar pendidikan British
pada abad ke-19. Sistem ini hanya dijalankan di Negeri-negeri Selat (Melaka, Pulau Pinang
dan Singapura). Negara kita dahulu terikat dengan pendidikan yang dijalankan oleh penjajah
iaitu British yang mementingkan pendidikan untuk kepentingan mereka sendiri. Pada zaman
itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan
untuk orang Melayu diberikan untuk diberi jawatan rendah kerajaan sama ada sebagai kerani
atau guru. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian. Pendidikan ini
dikenali sebagai pendidikan vernakular. (John Lowe,1960).

Dasar pendidikan kerajaan yang mentadbir penting dalam membentuk perpaduan kaum di
negara kita. Bermula dengan Laporan Barnes ketika zaman penjajahan British dahulu
sehinggalah ke Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dijalankan kini. Berikut merupakan
kronologi dasar-dasar pendidikan kerajaan sejak dahulu, iaitu Pada peringkat permulaan,
kerajaan British telah memperkenalkan Laporan Barnes pada 1950 sebelum negara ini ingin
mencapai kemerdekaan. Tujuannya ialah supaya Tanah Melayu boleh berkerajaan sendiri
dengan perpaduan kaum yang berlaku. Tambahan pula, tentangan kuat komunis pada masa
itu menyebabkan British khuatir kaum-kaum di negara ini akan terpengaruh dengan komunis
sekaligus menyebabkan huru-hara. Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan
pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu
masyarakat Malaysia yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai
keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta
mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia. Satu cara yang
penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan.

Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan dan
kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut, iaitu Zaman
Pramerdeka (sebelum 1957), Zaman Pasca Merdeka (1957-1970), Zaman Dasar Ekonomi
Baru (1971-1990), Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) dan Zaman Dasar
Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).

Zaman Pra Merdeka (sebelum 1957), semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah
Melayu dipecahkan kepada empat aliran iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah
Cina dan sekolah Tamil. Setiap sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan
5
kurikulum yang berbeza di antara satu sama lain. Namun menjelang kemerdekaan timbul
kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah
ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan Laporan
Razak (1956) yang meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk
perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua. Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem
peperiksaan yang sama bagi semua sekolah. (John Lowe,1960).

Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet
Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) yang menggariskan cadangan pendekatan dan
strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun 1980-an, peluang
pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal
dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah
digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara.
Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk
pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Perpaduan Di Malaysia
Malaysia telah berjaya keluar daripada kumpulan negara mundur kepada negara sedang
membangun dan kini menuju ke arah status negara maju. (cita-cita dalam wawasan 2020).
Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik sejak
zaman penjajahan sehingga selepas merdeka. Peristiwa 13 Mei 1969 Daripada pengalaman
pahit tersebut, pengajaran penting yang diperolehi ialah, Kemajuan ekonomi sahaja tidak
lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik. Kestabilan politik sahaja tidak memadai
tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang. Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik
perlu berjalan dengan lancar dan seimbang agar tidak wujud kepincangan sehingga
menimbulkan konflik.

Keseimbangan kaum melibatkan agihan habuan ekonomi yang saksama serta perkongsian
kuasa pemerintahan yang matang. Persoalannya apakah faktor yang boleh membawa
keseimbangan dan apakah perkara yang perlu dipertahankan atau dipelihara untuk menjamin
keseimbangan secara berterusan. Jawapannya ialah usaha berterusan untuk memupuk dan
mengekalkan hubungan etnik yang harmonis. Peristiwa 13 Mei 1969 yang menyebabkan
6
berlakunya peristiwa berdarah rusuhan kaum Cina dan Melayu di Kuala Lumpur. Bermula
sebelum tahun 1969 lagi semasa Lee Kuan Yew memperkenalkan slogan ‘ Malayan Malaya’
sebelum keluar dari Persekutuan Malaysia pada 1965. Parti Gerakan dan DAP memainkan
isu perkauman semasa pra-pilihanraya.

Pengajaran Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969. Hal perkauman adalah perkara yang sangat
sensitif dan amat mudah jadi bahan pertikaian. Semua kaum hendaklah dijaga dan ditadbir
secara saksama. Kerajaan lebih menitikberatkan perpaduan dalam kalangan rakyat.
Kepentingan Memahami Hubungan Etnik menjadikan Malaysia merupakan sebuah negara
yang berbilang kaum yang pernah mengalami konflik etnik. Hubungan etnik berkait rapat
dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah
pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauhmana struktur masyarakat
bersifat kolonial.

Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi


sesebuah negara. Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam
sesebuah masyarakat. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami mengenai prasangka dan
diskriminasi di sesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan
tingkah laku antara masyarakat. Hubungan etnik penting dalam memahami mengenai kesan
pengindustrian disesebuah negara. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan
perancangan sosial sesebuah negara.

Usaha-usaha ke arah memupuk perpaduan nasional ialah dengan penubuhan Jabatan


Perpaduan Negara yang kini dikenali dengan nama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional / JPNIN), Pengenalan Rukun Negara dengan menyemai ideologi Kebangsaan, DEB,
Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Usaha Kerajaan ( top down
) sahaja tidak memadai tetapi mesti digenapkan dengan usaha yang berbentuk ( bottom-up )
menerusi kerjasama dan sumbangan daripada sektor swasta, sektor komuniti dan semua parti
politik. Keharmonian Hubungan etnik di Malaysia tidak bergantung semata-mata kepada
keadaan berbaik-baik antara kumpulan kelas sosial yang berbeza (pekerja/kelas
menengah/golongan yang kaya daripada pelbagai kumpulan). Hubungan Etnik merupakan
satu ciri penting yang mencorak sistem sosial Malaysia walaupun tahap perpaduan nasional
di negara kita sukar diukur, namun negara luar melihat Malaysia sebagai negara yang berjaya
mewujudkan Hubungan Etnik yang harmonis ditambah pula dengan adanya sistem
7
pendidikan dan persekolahan yang berkonsepkan teknologi maklumat atau ICT akan
merancakkan lagi dunia pembelajaran dan perpaduan kaum di Malaysia kerana semua
maklumat senang dan cepat diperolehi.

Hala Tuju Sistem Pendidikan Di Malaysia: Ke Arah Perpaduan Nasional

Kementerian Pelajaran Malaysia memainkan peranan yang sangat penting dalam membawa
perubahan pendidikan di Malaysia sejak sekian lama lagi. Misi Kementerian Pelajaran
Malaysia ialah membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia, di
samping memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara.
Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan matlamat, iaitu melahirkan bangsa Malaysia
yang taat setia, bersatupadu, beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, sejahtera,
menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara, dan memberi
peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara. Pada tahun 2007, bekas Perdana
Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah melancarkan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP ) 2006-2010 yang bertujuan untuk melonjakkan tahap
kecemerlangan sekolah, melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab, berkemampuan, dan dapat mengangkat imej sistem pendidikan
negara di mata dunia (http//www.mohe.gov.my, 19/2/2010). Melalui PIPP 2006-2010
tersebut, 6 teras strategik digaris, iaitu: (1) Membina negara-bangsa, (2) Membangunkan
modal insan, (3) Memperkasakan sekolah kebangsaan, (4) Merapatkan jurang pendidikan, (5)
Memartabatkan profesyen perguruan, dan (6) Melonjakkan kecemerlangan institusi
pendidikan. (Shahril @ Charil Marzuki et al., 1995:110-126).

Jika dikaji secara teliti, ternyata enam strategik yang digariskan itu mampu untuk membawa
perubahan kepada sistem persekolahan yang berperanan sebagai alat perpaduan. Strategik
yang pertama iaitu pembinaan negarabangsa sangat ditekankan oleh kerajaan untuk
dilaksanakan kerana melaluinya perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang
bangsa dapat diperkukuhkan lagi. Pelan rancangan ini seiring dan dapat merealisasikan
matlamat utama pendidikan kebangsaan negara sejak merdeka, iaitu matlamat pendidikan
untuk perpaduan bangsa Malaysia. Sebab itu sekolah memainkan peranan yang penting untuk
menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa untuk menjalinkan hubungan
baik dan saling bertoleransi.

8
Apabila mereka pulang ke rumah, hubungan antara bangsa yang berbeza terhenti kerana di
rumah mereka hanya bergaul dengan keluarga, bahasa yang digunakan adalah bahasa ibunda,
dan untuk keluar bersama jarang dilihat. Masyarakat Malaysia lebih selesa dan kerap keluar
ke mana sahaja bersamasama dengan sahabat yang sama bangsa, agama, dan budaya.
Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa hanya bertemu di pasar, di tempat awam, dan
pejabat kerana atas urusan kerja dan kemudian mereka pulang ke rumah.

Jadi, melalui sistem persekolahan, mereka yang berbilang bangsa dapat saling kenal-
mengenal dan berinteraksi dengan baik. Dari ketika itu mula wujud hubungan antara
masyarakat dan seterusnya membina perpaduan nasional yang kukuh. Perpaduan yang erat
dapat dikekalkan dan diperkukuhkan melalui dasar-dasar yang kerajaan laksanakan. Strategik
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang ketiga adalah memperkasakan sekolah
kebangsaan, iaitu sekolah rendah dan menengah, merupakan usaha yang bertepatan dengan
keperluan semasa kerana melaluinya masyarakat mempunyai kepercayaan serta keyakinan
yang tinggi untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) tidak hanya memberi fokus kepada satu jenis
sekolah dan kaum tetapi ia untuk semua jenis aliran sekolah, termasuk sekolah jenis
kebangsaan Cina dan Tamil. PPIP termasuk dalam RMK 9, iaitu Rancangan Malaysia ke-
sembilan (2006-2010), adalah rancangan lima tahun pertama daripada tiga rancangan lima
tahun yang akan memacu Misi Nasional ke arah mencapai Wawasan 2020. RMK 9
merangkumi strategi, program, dan peruntukan yang diperlukan bagi merealisasikan impian
negara melalui Misi Nasional. Fokus utama ialah pembangunan modal insan, khususnya
pendidikan tinggi, dan penyediaan tanaga mahir. Rancangan Malaysia ke-sembilan telah
menetapkan pembangunan modal insan berminda kelas pertama sebagai salah satu daripada
lima teras utama ke arah mencapai Wawasan 2020.

Sekolah Wawasan merupakan merupakan antara percubaan yang dilakukan oleh kerajaan
bagi membawa perubahan dalam sistem pendidikan negara. Sekolah Wawasan bererti
sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersamasama dalam satu kawasan yang sama
tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, tiga buah sekolah rendah berlainan
aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis
kebangsaan Cina, dan Tamil. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh
disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung. Antara tujuan
9
utama penubuhan Sekolah Wawasan ialah mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid
yang berbagai bangsa dan latar belakang, memupuk semangat integrasi antara pelajar dari
pelbagai aliran, melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang
tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, dan menggalakkan interaksi
maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan
pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah. Melalui cara ini ternyata ia dapat membawa
kesedaran yang tinggi kepada masyarakat tentang pentingnya perpaduan di kalangan
masyarakat yang perlu dipupuk sejak dari kecil lagi.

Kewujudan Sekolah Bestari dan Kluster juga menjadi perintis perubahan kepada sistem
pendidikan di Malaysia. Mengikut perancangan kerajaan, Sekolah Bestari akan dilaksanakan
di seluruh negara pada tahun 2010, namun begitu hasrat untuk melihat kejayaan pelaksanaan
Sekolah Bestari di seluruh negara masih tidak kesampaian. Sama seperti Sekolah Kluster dan
Sekolah Wawasan, ia hanya berjaya dilaksanakan di beberapa kawasan tertentu sahaja.

Sekolah Bestari merupakan sekolah yang ditubuhkan dengan teknologi canggih, dengan
pengubahsuaian kurikulum agar selari dengan perkembangan pesat dalam era sains dan
teknologi. Secara khususnya, objektif Sekolah Bestari ialah melatih pelajar-pelajar supaya
cerdas dan pandai menggunakan teknologi terkini dalam aktiviti pembelajaran mereka yang
bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf
dunia dan melahirkan generasi yang mampu menghadapi cabaran Wawasan 2020.

Sekolah Kluster pula ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti
cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid.
Kewujudan Sekolah Kluster bertujuan untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam
sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah
dalam kluster yang sama (KPM, 2010b).

Dalam pada itu, konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia
sekarang, Y.A.B. (Yang Amat Berhormat) Datuk Seri Najib Tun Razak, menjadi penggerak
utama ke arah mencapai perpaduan dan integrasi kaum yang bertemakan ”rakyat
didahulukan, pencapaian diutamakan”. Konsep 1Malaysia merupakan satu gagasan bagi
memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan
beberapa nilainilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Dalam
10
menjayakan matlamat ini, sektor pendidikan – terutamanya melalui sistem persekolahan –
memainkan peranan utama dengan menerapkan nilai-nilai murni dan perpaduan nasional. Ini
bukan sesuatu yang baru untuk dilaksanakan di sekolah tetapi ia boleh menjadi perintis
bermulanya perubahan masyarakat Malaysia supaya mencapai matlamat perpaduan nasional.

Terkini, pada tahun 2010 pula, mengikut Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin
Mohamad Dom, pihak kerajaan telah merangka kukikulum yang baru untuk diterapkan dalam
sistem pembelajaran (Sunday Times, 3/1/2010). Pelaksanaan kurikulum yang baru ini akan
dikuatkuasakan tidak lama lagi dan bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan di
Malaysia. Pelaksanaannya nanti diharapkan akan memberi keberhasilan yang positif kepada
mutu pendidikan murid-murid dan menjadi pemangkin pengukuhan perpaduan negara
Malaysia.

Kebaikan Sistem Pendidikan Negara Dalam Memupuk Kesepaduan Kaum Dan Etnik
Di Malaysia
Umum mengetahui bahawa terdapat dua kesan dalam pelaksanaan sistem ini terhadap
pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Kebaikan pertama ia akan menarik minat
pelajar untuk meneroka lebih lanjut pengetahuan sedia ada. Hal ini berbeza dengan sistem
lama yang lebih berjurus kepada buku teks semata- mata. Dengan sistem ini pelajar dapat
mencari sendiri maklumat- maklumat yang dapat menajamkan pemikiran mereka, menambah
ilmu pengetahuan dan mengekalkan asas perpaduan sedia ada antara pelbagai etnik di
Malaysia melalui sistem pendidikan yang sama.

Sebagai bukti sekolah bestari menggalakkan pengunaan ICT dalam pengajaran. Oleh hal
demikian pelajar dapat meneroka lebih banyak maklumat menggunakan internet dan bahan-
bahan bercetak yang lain. Dalam menjelaskan perkara ini, Kementerian Pelajaran telah
menyediakan prasarana dan kemudahan yang lengkap bagi memastikan proses pengajaran
dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kemajuan internet dihujung jari ini menjadikan
murid pelbagai kaum senang memperolehi pelbagai maklumat terutamanya yang melibatkan
kaum di Malaysia seperti latar belakang, kebudayaan, adat resam dan keagamaan dengan
hanya melayari internet dan suasana pembelajaran yang sama di Malaysia.
Sebagai contoh sekolah Seri Bintang Utara di Cheras telah dilengkapkan dengan 470 buah
komputer yang boleh digunakan oleh warga sekolah bagi sesuatu masa. Hal ini memudahkan
urusan pelajar untuk mencari maklumat tanpa perlu beratur panjang atau menunggu giliran
11
untuk mencari maklumat terutama pada mereka yang sering menggunakan waktu rehat
persekolahan untuk pergi ke pusat sumber atau meluaskan masa untuk berehat sambil
mencari maklumat. Semua pelajar tanpa mengira kaum dapat berkongsi maklumat dan
kemahiran menerusi ICT dalam sisitem pendidikan sekolah yang sama. Keadaan ini dapat
memupuk semangat perpaduan antara kaum sejak awal kanak-kanak lagi.

Proses pembelajaran dan pengajaran akan menjadi lebih menarik kerana pelajar hari ini sudah
bersiap sedia dan mempunyai pengetahuan sedia ada yang baik. Hal ini memudahkan tugas
guru dalam menyampaikan maklumat kepada proses pembelajaran dan pengajaran disekolah.
Pembelajaran akan lebih berpusatkan kepada pelajar dan guru berfungsi sebagai fasilitator
semata-mata. Sistem pembelajaran yang berorientasikan teknologi maklumat menarik minat
pelajar untuk meneroka pelbagai maklumat baru. Kesan kebaikan lain dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas ialah had tugasan yang terusun dan sistematik
kepada tenaga pengajar dalam mencari pelbagai bahan dan untuk memulakan pengajaran dan
pembelajaran. Semua maklumat tentang kaum, etnik dan akademik senang diperolehi pada
bila-bila masa sahaja. Dengan ini masyarakat berbilang kaum akan lebih memahami budaya
kaum lain untuk saling menghormati. (Sufean Hussin, 2002).

Kesediaan pelajar untuk memulakan pelajaran pada tahap yang baik akan meningkatkan
motivasi guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
Berbanding dengan sekolah harian biasa yang rata- rata pelajarnya belum bersedia untuk
memulakan pelajaran dan agak liat untuk berusaha dalam mencari maklumat yang perlu
diketahui sebelum memulakan pengajaran. Dengan ini guru perlu menjalankan teknik
koperatif bagi memudahkan pelajar berbincang sesama mereka mengenai topik tersebut.
Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih tersusun dan menarik. Semua pelajar
akan belajar dan menguasai proses pembelajaran

yang sama tanpa mengira kaum. Hal ini menggalakkan perpaduan kaum terus diamalkan di
Malaysia dari semasa ke semasa.

Dalam sistem pendidikan juga para pelajar sentiasa terdedah dengan pelbagai tugasan.
Tugasan yang tersusun yang diberikan oleh guru akan menjadikan murid mudah memberi
fokus dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini akan menjadikan menjadikan
12
pelajar-pelajar lebih berdikari dan menyiapkan pelbagai tugasan secara bersama tanpa
mengira kaum. Mereka menguasai kemahiran, memperolehi ilmu dan pengetahuan secara
bersama semasa menyiapkan sesuatu tugasan tersebut. Hal ini baik untuk perpaduan kaum
diperingkat awak remaja semasa menjalani proses pendidikan di sekolah.

Pengurusan yang tersusun amat dititikberatkan dalam menjamin kecukupan sumber tenaga
pengajar bagi meringankan dan memudahkan tugas guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Dengan ini pelajar juga akan mudah menerima input- input daripada guru
dengan berkesan. Guru juga akan sentiasa memberikan input yang terbaik semasa proses
pengajaran dan pembelajaran ini. Hal ini dapat menjadikan proses tersebut berjalan dengan
baik. Kelebihan yang seterusnya kepada sistem pembelajaran hari ini ialah semua murid
tanpa mengira kaum berupaya belajar mengikut keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran
masing-masing mengikut tahap kecedasan yang berbeza seperti yang dibuktikan oleh Howard
Gardner iaitu ialah kecerdasan logik- matematik, vebal- lingusistik, kinestatik, ruang visual,
interpersonal, intrapersonal, naturalis dan eksistensialis.

Sistem pendidikan guru yang sistematik dan teratur akan mengurangkan beban guru untuk
merancang program kecemerlangan kepada pelajar-pelajar mereka selain daripada
menjadikan guru- guru ini lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan dengan
lebih baik. Ibu bapa akan terlibat sama dalam menentukan program pembelajaran anak-anak
mereka di sekolah atau institusi pengajian tinggi. Mereka juga akan membantu guru-guru
yang memerlukan bantuan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti dalam dan luar bilik darjah
serta lawatan sambil belajar. Sistem pendidikan sedemikian akan menggalakkan pembelajar
yang lebih efisien di Malaysia. (Sufean Hussin, 2002).

Guru sentiasa mengadaptasi kurikulum kebangsaan yang luas dengan melihat keperluan dan
kebolehan murid supaya selaras dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid.
Kaedah pengajaran guru disekolah biasanya lebih berpusatkan kepada guru dan murid.
Perkara ini menggalakkan kebebasan pelajar untuk memberikan idea atau pendapat masing-
masing. Pelajar mempunyai pandangan serta pengalaman tersendiri yang mereka lalui
sebelum ini.

Hal ini akan merancakkan lagi sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah untuk semua
kaum kerana idea dan kebolehan semua pelajar dapat dikembangkan di sekolah secara
13
bersama. Sebagai contoh pelajar sudah mengetahui bagaimana hendak mengendalikan
sesuatu bahan atau alatan seperti komputer riba. Ramai pelajar sudah tahu dan mendapat
pendedahan menggunakan komputer. Keadaan ini akan menyenangkan guru untuk mengajar
mereka kemahiran menggunakan komputer.

Kelemahan Sistem Pendidikan Negara Dalam Memupuk Kesepaduan Kaum Dan Etnik
Di Malaysia
Apa pun, kita menyedari kesan nyata daripada kepincangan sistem pendidikan negara sudah
jelas iaitu wujudnya fenomena pengangguran dalam kalangan siswazah akibat tidak tahu
memanfaatkan ilmu yang diperoleh. Masalah itu berlaku kerana sistem pendidikan dikekang
birokrasi sehingga sukar berubah. Jelaslah sistem pendidikan yang ada sekarang, melahirkan
pelajar yang hanya tahu menjawab soalan tetapi tidak boleh berfikir. Kesannya, pelajar
berlumba-lumba ke kelas tuisyen dan meninggalkan aktiviti kekeluargaan dan
kemasyarakatan. Ini juga akan membantutkan usaha untuk mengekalkan perpaduan di negara
kita. (Sufean Hussin, 2002).

Sistem pendidikan sedia ada telah membazirkan banyak sumber pendidikan, justeru tidak
efektif dalam pembentukan bakat profesional yang sanggup dan mampu menghadapi masalah
globalisasi pada abad ke 21 ini. Sistem pendidikan negara kita juga memusatkan (centralized)
juga menyebabkan kandungan pendidikan diputar belitkan dibawak faktor politik. Banyak
dasar-dasar pendidikan diputuskan bukan atas dasar pendidikan. Ini akan melahirkan
masyarakat yang tidak adil seperti kekurangan guru sekolah aliran Cina dan Tamil. Keadaan
ini juga akan merenggangkan hubungan antara kaum sedikit demi sedikit yang akan
merencatkan perpaduan kaum di Malaysia dalam jangka masa panjang dan boleh mengikis
adat dan kebudayaan asal sesuatu etnik di Malaysia secara sedikit demi sedikit.

Ada juga masyarakat dan pihak pentadbiran pendidikan birokrasi yang menganggap
peperiksaan sebagai piawaian utama pengajaran guru dan pentadbiran pengetua atau guru
besar disesebuah sekolah. Fungsi peperiksaan telah disalah ertikan dan guru-guru serta pihak
sekolah dipersalahkan jika anak-anak mereka tidak cemerlang dalam peperiksaan. Masalah
ini menghantui hampir semua kaum dan etnik dinegara kita sama ada di Sekolah Kebangsaan,
sekolah Cina mahupun sekolah Tamil. Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga kini masih
enggan mengemukakan rancangan penilaian alternatif ekoran pemansuhan peperiksaan dan
lebih banyak butir-butir berkenaan pelaksanaan membangkitkan kekhuatiran bahawa cara
14
penilaian baru mungkin akan memberikan kesan kepada corak kebudayaan dan bahasa
pengantar serta bahasa pentadbiran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

Isu-Isu Dan Masalah Dalam Sistem Pendidikan:

Sistem Persekolahan Pelbagai Aliran


Memasuki tahun 2010 telah menjadikan sistem pendidikan di Malaysia bergerak seiring
dengan keperluan semasa kerana masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus
permodenan dan globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan
sistem persekolahan lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis
kebangsaan Cina, dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Seringkali isu-isu berkenaan dengan
sistem persekolahan dibincangkan dan diperdebatkan yang akhirnya tiada jalan penyelesaian
yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan yang baru. Isu-isu sistem
persekolahan merupakan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa,
kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapat persetujuan daripada masyarakat yang
mempunyai pandangan dan kepentingan yang berbeza.

Seringkali setiap keputusan, sama ada yang hendak mahupun yang telah dibuat, dipengaruhi
oleh politik tanah air yang bermula sejak zaman penjajah lagi. Umum mengetahui bahawa
pihak kerajaan sentiasa memainkan peranan bagi menaikkan mutu pendidikan kebangsaan,
tetapi sejauh mana setiap tindakan yang diambil dapat menyelesaikan masalah yang timbul.
Sistem persekolahan Malaysia kini masih tidak banyak berubah dari aspek perpaduan kaum.
Murid-murid dan pelajar-pelajar dapat menjadikan sekolah sebagai asas permulaan membina
hubungan baik sesama mereka di mana di sekolah, mereka dapat beramah mesra, bergaul,
bersukan, makan bersama, saling kenalmengenal, dan merapatkan hubungan silaturahim.

Namun begitu, kewujudan sekolah yang pelbagai aliran – seperti sekolah kebangsaan dan
sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil – telah menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia.
Kini, ianya sudah tidak relevan untuk diguna pakai kerana sekiranya ia masih diteruskan,
maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan semakin pudar. Hal demikian kerana
sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu
untuk saling mengenal.

15
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengatakan bahawa beliau sedia
menimbangkan untuk mewujudkan hanya satu sistem sekolah sahaja yang diguna pakai
sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk mengikuti satu sistem persekolahan. Dalam
melaksanakan dasar baru itu, kerajaan perlu mengambil kira kehendak rakyat kerana tidak
mahu timbul perbalahan dan kesan buruk kepada rakyat. Sehingga kini, masyarakat Malaysia
masih belum bersetuju untuk menggunakan satu sistem sekolah sahaja. Masyarakat Cina dan
India dilihat masih mahu menggunakan sistem sekolah pelbagai aliran yang dianggap dapat
menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin hak-hak mereka.

Idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu dilaksanakan kerana melaluinya
semangat perpaduan di kalangan rakyat dapat dipupuk. Pelaksanaan sekolah satu aliran tidak
akan menyebabkan kehilangan identiti kaum tertentu, malah ia akan terus menyemai
semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarakat Malaysia. Masyarakat Cina, India,
dan semua kaum masih boleh mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka, walaupun
belajar di sekolah yang sama aliran.

Di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bilangan murid-murid Melayu terlalu
sedikit jika dibandingkan dengan sekolah kebangsaan. Keadaan ini menunjukkan jurang yang
begitu luas antara murid-murid Melayu, Cina, dan India. Masalah ini disebabkan oleh
penggunaan bahasa, iaitu bahasa Melayu, Cina, dan Tamil yang menjadi faktor utama wujud
jurang pendidikan antara masyarakat. Contohnya, di sekolah kebangsaan, bahasa Cina dan
Tamil tidak diterapkan; manakala di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bahasa
Melayu bukan bahasa utama. Jadi, wujud dua keadaan yang berbeza dan masalah ini sering
berlanjutan sehingga kini.

Pengajaran Pendidikan Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)


Pada tahun 2003, semasa era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad, suatu dasar baru
pendidikan diperkenalkan, iaitu Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI). Tujuan ianya dilaksanakan adalah untuk memperkukuhkan penguasaan
bahasa Inggeris di kalangan masyarakat Malaysia. Namun begitu pada tahun 2009, Menteri
Pelajaran Malaysia mengumumkan bahawa PPSMI akan dimansuhkan sepenuhnya pada
2012, disebabkan timbulnya masalah-masalah. Walau bagaimanapun, atas sebab-sebab
tertentu, pelajar yang telah memulakannya boleh meneruskan pembelajaran dalam bahasa
Inggeris.
16
Isu PPSMI merupakan isu besar dalam pendidikan Malaysia kerana mendapat tentangan
daripada masyarakat Melayu terutamanya. Antara sebab-sebab ia mendapat bantahan dari
banyak pihak ialah kerana: (1) ianya bertentangan dengan Perlembagaan Perkara 152, iaitu
memartabatkan bahasa Melayu; (2) prestasi pelajar-pelajar Melayu terutamanya merosot
dalam subjek Sains dan Matematik; (3) kurangnya guru yang terlatih; dan (4) tentangan
daripada pejuang-pejuang bahasa Melayu, para cendiakawan, tokoh akademik, ahli politik,
dan NGO atau Non Governmental Organization yang memperjuangkan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi.

Pengisian Kurikulum Dan Ko-Kurikulum


Masalah lain yang turut timbul ialah berkenaan dengan pengisian dalam kurikulum dan
aktiviti ko-kurikulum yang menjadi penentu kepada perkembangan murid-murid dan pelajar-
pelajar (Awang Had Salleh, 1980). Hal ini penting kerana ia memberi kesan, sama ada positif
atau negatif kepada masyarakat dalam membentuk jati diri dan disiplin. Sekiranya pengisian
dalam kurikulum dan ko-kurikulum mengikut keperluan rakyat, maka tentu sebarang masalah
tidak timbul. Tetapi oleh kerana wujud kelemahan-kelemahan dalam pengisian kukirulum
dan ko-kurikulum, reaksi yang negatif kelihatan dalam hubungan masyarakat. Contohnya,
sekolah kebangsaan tidak menjadikan bahasa ibunda kaum Cina dan Tamil sebagai subjek
wajib telah menyebabkan ibu bapa daripada Cina dan India tidak mahu menghantar anak-
anak mereka ke sekolah kebangsaan.

Masyarakat perlu memahami bahawa objektif penggubalan dasar dan sistem pendidikan
adalah berlandaskan keperluan pembentukan negara Malaysia sebagai negara demokrasi yang
mempunyai masyarakat berbilang bangsa, agama, dan menjadikan Malaysia maju ke
hadapan. KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) dan KBSM (Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah) merupakan kurikulum yang diperkenalkan bagi meningkatkan lagi
pendidikan dan perpaduan masyarakat, tetapi keberkesanannya untuk menyatupadukan rakyat
yang berbilang kaum masih memerlukan penambahbaikan.

17
Cadangan Memupuk Kesepaduan Kaum Dan Etnik Di Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia juga harus mengumpul maklumat dan pendapat rakyat dan
masyarakat dan mengumumkan rancangan alternatif mereka selepas itu dengan butir-butir
pelaksanaanya dan memberikan masa yang seseuai untuk membolehkan pelbagai lapisan
rakyat membicangkannya. Dengan ini rakyat akan memahami pelaksaan rancangan alternatif
dengan lebih jelas dan tidak akan terkeliru. Pendidikan masih lagi menjadi objektif utama
manakala sistem pentaksiran menjadi sampingannya. (INTAN Malaysia, 1994).

Kementerian Pendidikan Malaysia juga perlu mengadakan satu jadual masa bagi
melaksanakan rancangan alternatif yang membolehkan masyarakat membuat persediaan yang
cukup ketika melaksanakan rancangan baru, khususnya latihan guru dan peruntukan kursus
ke seluruh negara. Reformasi ini harus dilaksanakan secara beransur-ansur dengan Guru
Besar diberikan kuasa autonomi untuk melaksanakan disekolah masing-masing.

Guru juga harus lebih profesional dan bijak untuk melaksanakan apa yang diarahkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Program dan kursus tertentu seperti Kursus Perguruan
Lepas Ijazah (KPLI) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) perlu dikaji semula untuk
mengelakkan pelatih memilih kerjaya ini kerana terpaksa sebab sukar mendapat pekerjaan
lain di luar sana.Sikap tidak minat menjadi guru ini memaksa mereka menjadi guru yang
hipokrit dan ini semestinya akan menggagalkan visi dan misi kerajaan dan lebih buruk lagi
akan memberi kesan negatif kepada pelajar dan kualiti pendidikan untuk jangka masa yang
panjang. (Simon Fisher, 2009).

Guru-guru yang kurang meminati kerjaya ini juga mungkin mempunyai prejudis perkauman
yang kuat. Pihak Kementerian Pendidikan dan kerjaan juga harus mengadakan satu
mekanisme penyingkiran sejak awal dengan memindahkan mereka ke badan-badan kerajaan
yang lain untuk memelihara dan meningkatkan profesionalisme peguruan daripada
dirosakkan oleh individu bernama guru yang sememangnya tidak berminat dan tidak layak
menjadi guru walaupun mereka memiliki pencapaian yang baik dalam penilaian dan
peperiksaan.

Berdasarkan prinsip keadilan sosial, maklumat sistem pendidikan nasional ialah untuk
mencapai satu masyarakat yang lebih adil, bukan memburukkan ketidaksamaan antara
masyarakat. Pengagihan sumber pendidikan harus lebih teliti peluang pendidian kanak-kanak
18
menengah dan rendah termasuklah pengagihan sumber dalaman sekolah seperti cara
penyusunan bilik darjah dan pengagihan guru-guru. Keadaan ini memungkinkan wujudnya
semangat belajar tanpa mengira kaum dan kebolehan pelajar.

Sistem Pendidikan Nasional harus di desertasikan. Kerajaan perlu meletakkan kuasa


pendidikan, menyelaras sistem birokrasi yang rigid di samping mengurangkan simpton
ketidak adilan dalam pendidikan. Kementerian Pelajaran tidak harus mempolitikkan dasar
tersebut dan menghormati pendapat profesional pendidikan.

Bagi SJK Cina dan Tamil, merujuk kepada prinsip hak asasi pendidikan, Kementerian
Pelajaran perlu menghormati niat ibu bapa komuniti tersebut menjamin bahawa segala
perubahan dasar tidak akan mengubah ciri-ciri kebudayaan, bahasa pengantar dan bahasa
pentadbiran di SJK Cina dan Tamil.

Pendidikan dan peperiksaan bukan sahaja masalah antara pelajar dan guru ataupun prestasi
guru besar dan sekolah, tetapi juga masalah budaya sesuatu masyarakat. Satu pakatan
reformasi pendidikan terdiri daripada ahli pakar akademik, pendidik, ibu bapa dan ahli
masyarakat duduk semeja membincangkan masalah pendidikan negara dan memantau
rancangan pelaksanaan atau pemansuhan sesuatu peperiksaan dalam sistem pendidikan
negara hari ini dengan mengkaji dan mengambil kira sistem pendidikan negara sebelum ini.
Kementerian Pelajaran dan pelbagai lapisan masyarakat khususnya pertubuhan pendidikan
harus mengusulkan konsep pendidikan yang betul. Ini adalah kerana ibu bapa ialah golongan
yang paling berpengaruh dalam menjayakan atau mengagalkan sesuatu reformasi pendidikan
yang dilaksanakan.

Kesimpulan
Pendidikan memberi kesan secara mendalam kepada aktiviti manusia dalam semua bidang
kerana ia satu proses berterusan dan inovatif yang membantu membangunkan potensi
individu untuk kebaikan dan kemajuan sesebuah negara. Oleh sebab itu misi pendidikan
negara seharusnya meningkatkan potensi seseorang individu, mengembangkan kebolehan,
menganalisis dan memotivasikan keyakinan dan kebolehan jasmani, rohani dan mental
individu yang dunamik,berinisiatif serta memberikan kebaikan kepada individu dan
masyarakat.

19
Dari segi keadilan sosial, semua individu dari pelbagai kaum dan bangsa harus diberi peluang
pendidikan yang saksama untuk semua rakyat dan bukan untuk sesuatu golongan yang
dianggap elit sahaja. Pendidikan sekarang yang berorientasikan peperiksaan semata-mata
banyak mengorbankan masa hadapan kebanyakan kanak-kanak di Malaysia tanpa mengira
kaum.

Rujukan

Abu Bakar Nordin. (1994). Reformasi Pendidikan dalam Menghadapi Cabaran 2020. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. (Buku)

Akhbar Sunday Times. Kuala Lumpur, Malaysia: January 3, 2010. (Akhbar)

Atan Long. (1984). ”Pendidik dan Pendidikan” dalam Siri Fajar Bakti. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd., ms.181-184. (Artikel)

Awang Had Salleh. (1980). Pendidikan ke Arah Perpaduan: Sebuah Perspektif Sejarah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. (Buku)

http//www.mohe.gov.my [dilayari di Kuala Lumpur, Malaysia: 19 Februari 2010]. (Website)

http://pmr.penerangan.gov.my [dilayari di Kuala Lumpur, Malaysia: 19 Februari 2010]. (Website)

Ibrahim Saad. (1986). Pendidikan dan Politik di Malaysia. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia. (Buku)

INTAN [Institut Tadbiran Awam Negara] Malaysia. (1994). Dasar-dasar Pembangunan Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka bekerjasama dengan INTAN Malaysia. (Artikel)

Jan-Erik Lane. (2000). The Public Sector: Concept, Models, and Approaches. London: SAGE
Publisher, third edition. (Buku)

Jeong Chun Hai @ Ibrahim & Nor Fazlina Nawi. (2007). Principle of Public Administration: An
Introduction. Kuala Lumpur: Pelanduk Publication. (Buku)

KPM [Kementerian Pelajaran Malaysia]. (2010a). Sekolah Wawasan di Malaysia: Konsep, Cabaran,
dan Pelaksanaan. PutraJaya: KPM. (Arikel website)

Mahzan Arshad. (2010). ”Sejarah Prinsip Asas dalam Pendidikan Bahasa Melayu: Satu Penilaian”.
Kertas kerja dibentangkan pada Fakulti Pendidikan UM [Universiti Malaya] di Kuala Lumpur.
(Buku)

20
Mansor Mohd Noor & Morshidi Sirat. (2005). Integrasi Etnik di Institusi Pengajian Tinggi Awam.
Kuala Lumpur: Penerbit IPPTN [Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara]. (Buku)

Marcus Shapie. (2010). ”Isu-isu Pendidikan di Malaysia”. Kertas kerja dibentangkan dalam
Persidangan di Institut Perguruan Malaysia Kampus Antarabangsa, Lembah Pantai Kuala
Lumpur, Malaysia. (Artikel)

Mok Soon Sang. (2000). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,edisi
ketujuh. (Buku)

Robiah Sidin. (1994). Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk Masa Depan. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. (Buku)

Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som. (1999). Isu Pendidikan di Malaysia: Sorotan dan
Cabaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. (Buku)

Shahril @ Charil Marzuki et al. (1995). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit UM
[Universiti Malaya]. (Buku)

Shamsul Amri Baharuddin. (1990). ”Masyarakat Malaysia yang Membangun”. Monograf Tidak
Diterbitkan. Bangi, Selangor Darul Ehsan:
UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia]. (Artikel)

Simon Fisher et al. (2000). Mengelola Konflik: Ketrampilan & Strategi untuk Bertindak. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Terjemahan. (Buku)

Sufean Hussin. (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia: Teori dan Analisis. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. (Buku)

Syed Othman Alhabhi & Hasnan Hakim. (2010). ”Dasar dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan
Kebangsaan”. Kertas kerja dibentang dalam Persidangan di Fakulti Pendidikan UM
[Universiti Malaya], Kuala Lumpur, Malaysia. (Artikel)

21

Anda mungkin juga menyukai