Anda di halaman 1dari 44

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, bersyukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa
tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan
terima kasih kepada --------- kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami
untuk melunaskan tugasan yang diberikan.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami
yang memberi kami pemudah cara untuk menyiapkan tugasan dan kajian ini. Mereka telah
memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami
berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan dan responden
terutamanya pelajar ------------------ yang banyak membantu melancarkan urusan tugasan dan
memberi kerjasama sepanjang kami melakukan kajian ini.

Akhir sekali, syukur Alhamdulillah dalam menyiapkan tugasan ini banyak yang telah saya
pelajari sepanjang proses penyiapan kerja kursus ini dijayakan. Ianya memberi saya seribu satu
pengalaman yang amat bermakna. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah
terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung . Segala
bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan
mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

i
ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN i
ISI KANDUNGAN ii
ABSTRAK iv
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Permasalahan Kajian 3
1.3 Kajian Terdahulu 3
1.4 Objektif Masalah 7
1.5 Skop Kajian 7
1.6 Metodologi Kajian 7
1.7 Signifikan Kajian 7
BAB 2 SOROTAN KAJIAN 8
2.1 Pengenalan Sistem Pendidikan Di Malaysaia 8
2.1.1 Laporan Cheeseman (1946) 9
2.1.2 Laporan Barnes (1950) 10
2.1.3 Laporan Fenn Wu (1951) 10
2.1.4 Ordinan Pelajaran (1952) 11
2.2 Sekolah Vernakular 12
2.3 Sekolah Wawasan 15
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 19
3.1 Pengenalan 19
3.2 Kaedah Kajian 19
BAB 4 ANALISIS DATA 21
4.1 Pengenalan 21
4.2 Analisis Latar Belakang Responden 21
4.2.1 Jantina 21
4.2.2 Analisis Bangsa Responden 22
4.2.3 Fakulti 23
4.2.4 Lingkungan Umur Responden 25
4.2.5 Tahun Pengajian 25
4.3 Analisis Pendidikan Terhadap Responden 26
4.3.1 Jenis Pendidikan 26
4.3.2 Kenalan Berlainan Bangsa 27
4.3.3 Analisis Pengalaman Di Sekolah 27
4.4 Pendidikan Bangsa Dan Perpaduan 28
4.5 Responden Terhadap Cadangan Diberi 30
4.6 Rumusan 32
BAB 5 CADANGAN 33
5.1 Pengenalan 33
5.2 Individu 33
5.3 Masyarakat 34
ii
5.4 Kerajaan 36
BAB 6 KESIMPULAN 38
6.1 Kesimpulan 38
RUJUKAN v
KESIMPULAN vii

ABSTRAK

Pendidikan merupakan teras tunjang kepada perpaduan negara terutamanya melibatkan hubungan
etnik pelbagai kaum di negara ini. Namun isu-isu perkauman sering terjadi sejak kebelakangan
ini. Kajian ini dijalankan untuk menilai kepekaan pelajar tentang pentingnya perpaduan sesama
etnik yang mampu menguatkan dan mengukuhkan kedudukan negara kita dan juga membuka
mata penduduk Malaysia tentang pendidikan yang mampu menyatupadukan rakyat yang hidup
dalam berlainan etnik dan cadangan untuk mengatasi masalah ini. Seramai 67 orang pelajar
berbilang kaum di Universiti Tun Hussein Onn, Parit Raja, Batu Pahat, Johor telah terlibat
dengan kajian ini. Satu set soalan soal selidik menggunakan medium Google Forms telah
digunakan. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati majoriti keseluruhan data
menunjukkan mahasiswa dan mahasiswi menginginkan sistem pendidikan yang lebih baik pada
masa akan datang.

ABSTRACT

iii
Education is at the heart of national unity, especially in the country's ethnic diversity. But racial
issues have been rampant lately. The study was conducted to assess students' understanding of
the importance of ethnic cohesion that can strengthen and strengthen our nation and also open
the eyes of Malaysians on education that can unite people living in different ethnicities and
propose to solve this problem. A total of 67 students of various races at Tun Hussein Onn
University, Parit Raja, Batu Pahat, Johor were involved in this study. A set of questionnaires
using the Google Forms medium was used. Overall, the study found that the majority of the
overall data shows that students and students want a better education system in the future.

iv
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Tajuk yang dipilih untuk dijadikan kajian bagi kursus hubungan etnik ialah “ Pemerkasaan
Pendidikan Kearah Kesepaduan Sosial”. Sebagai belia negara yang mencintakan keamanan,
keharmonian kaum di Malaysia ini, kami merasa terpanggil untuk memilih tajuk ini kerana
merasa sudah menjadi tanggungjawab sebagai rakyat di negara ini untuk memastikan
keharmonian ini terus berlangsung.

Pendidikan Malaysia terhasil daripada Ordinan Pelajaran 1952 telah ditubuhkan, hasil
susulan daripada hala tuju Laporan Barnes 1950 yang menyatakan bahawa sekolah vernakular
akan mengugat perpaduan antara kaum dan Laporan Fenn-Wu 1951 yang mempertahankan hak
dan sistem pendidikan bangsa cina untuk dicapai. Maka, singkatannya, kesan daripada sistem
pendidikan penjajahan daripada British itu telah wujudnya pertama ,Sekolah Pondok dan
Madrasah, kedua, Sekolah Vernakular Melayu, ketiga,Sekolah Vernakular Cina, keempat,
Sekolah Vernakular Tamil, dan yang terakhir Sekolah Inggeris bagi untuk mengelak selisih
paham antara etnik.

Sistem pendidikan di Malaysia dikawal selia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia


(KPM). Pendidikan Malaysia boleh diporelehi dari sekolah tanggungan kerajaan, sekolah swasta
atau secara sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah kebangsaan atau
sekolah rendah dan sekolah menengah. Kerajaan negeri tiada kuasa dalam kurikulum dan aspek
lain yang berkaitan pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya semua
diputuskan oleh kementerian. Terdapat peperiksaan yang mengikuti piawai yang merupakan ciri
yang biasa bagi negara-negara Asia seperti di Singapura dan China .

v
Subjek subjek di Malaysia telah diselaraskan mengikut piawaian dari KPM yang
mewajibkan kepada semua peringkat sekolah seperti subjek subjek teras yang telah sedikit
sebanyak membantu dalam memupuk perpaduan antara kaum.

Hubungan etnik dalam masyarakat merupakan suatu fitrah yang menjadi keperluan untuk
dihayati bersama. Namun sejauh mana erat dan kukuhnya hubungan tersebut perlu dinilai dalam
konteks yang pelbagai dan sejauh mana rakyat ini menyokong pemerkasaan pendidikan untuk
kesepaduan sosial. Hubungan etnik di Malaysia contohnya perlu dinilai dalam bentuknya
perpaduan dan integrasi. Jadi sepanjang tempoh selepas merdeka hingga sekarang, pelbagai dasar
dijalankan termasuklah pendidikan oleh badan kerajaan dan bukan kerajaan demi mengeratkan
ikatan hubungan etnik.

Justeru, hakikat yang ingin diketengahkan dalam penulisan ini ialah sorotan beberapa
pandangan intelektual pelbagai etnik yang menyatakan pandangan berdasarkan pengalaman
konflik hubungan etnik dan hubungkait dengan pendidikan di Malaysia yang terjadi di mutakhir
kini. Semoga dengan kajian ini dapat menyedarkan setiap etnik akan kepentingan bersatu padu
dan juga hubungan sosian yang terjalin sejak beberapa dekad yang lalu.

vi
1.2 PERMASALAH KAJIAN

Tujuan utama kami mengadakan kajian ini adalah berdasarkan beberapa pernyataan masalah
yang timbul seperti yang berikut:
I. Wujudnya sekolah sekolah vernakular di Malaysia yang memisahkan kesatuan dalam pendidikan.
II. Wujudnya jurang dalam sistem peperiksaan sekolah sekolah di Malaysia
III. Subjek subjek yang diselaraskan di sekolah Vernakular.

1.3 KAJIAN TERDAHULU

Konsep sekolah vernikular masih diteruskan di Malaysia kerana Dasar Pendidikan


Kebangsaan. Menurut kajian oleh Azizi Yahaya, Amir Hamzah dan Sanif Sapaat ( 2003), masih
ada sekolah di Malaysia yang dikhaskan untuk kaum Melayu, Cina dan India. Persoalannya,
bagaimana jika sekolah sebegini masih wujud untuk tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang dan
adakah sistem pendidikan sedemikian mampu menjamin perpaduan antara kaum di Malaysia
tetap kukuh. Ilham yang telah dicetuskan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad
ketika itu, iaitu pengwujudan Sekolah Wawasan mampu menjadi titian untuk mencapai matlamat
penyatuan kaum yang terdapat di Malaysia untuk mencintai negara sepenuhnya.

Di dalam mengkaji perlaksanaan Sekolah Wawasan, Azizi Yahya et. al (2003)


menyatakan bahawa seandainya dilihat daripada strategi kerajaan, konsep Sekolah Wawasan
merupakan kesinambungan daripada matlamat Wawasan 2020 iaitu mengintegrasikan
masyarakat Malaysia dalam Wawasan 2020. Proses menyatupadukan masyarakat pelbagai etnik
merupakan satu agenda yang paling penting dalam negara seperti Malaysia. Dunia sudah acapkali
menyaksikan keruntuhan sistem sosial negara-negara yang mempunyai komposisi kaum berbeza
kerana tiada wujudnya persefahaman antara etnik.

Bagi menuju ke matlamat itu, Malaysia perlu bersedia menyediakan modal insan yang
jauh daripada unsur perosak sebaliknya sentiasa hidup dalam situasi harmoni dan bekerjasama.
Bukan mudah bagi negara memastikan ia sentiasa berada dalam situasi terkawal. Pembentukan
sistem persekolahan yang membolehkan murid pelbagai kaum bergaul dalam satu ruang yang

vii
sama adalah asas kepada kemenjadian warga pelbagai kaum berjiwa Malaysia tanpa
menghilangkan identiti setiap kaum.

Kajian oleh Mohd. Izham dan Jamalullail (2006, seperti dalam Kamaruzzaman bin
Yahya, 2011), berkaitan pelaksanaan Sekolah Wawasan yang disiarkan dalam Jurnal Pengurusan
dan Kepimpinan Pendidikan IAB, Disember 2006, Jilid 16. Bil 02, mendapati bahawa :
(a) Kesemua guru (100%) bersetuju dengan penubuhan Sekolah Wawasan.
(b) Pencapaian akademik murid Sekolah Wawasan boleh ditingkatkan dengan cara
mengoptimumkan penggunaan sumber yang terdapat di Sekolah Wawasan seperti kepakaran
guru, kemudahan peralatan sains dan multimedia, BBM, bangunan dan sebagainya.
(c) Penggunaan sumber secara optimum boleh dicapai melalui pelbagai jenis kerjasama dalam
pengajaran dan pembelajaran di antara Guru Besar, guru dan murid yang terdapat di ketiga-tiga
sekolah di Kompleks Sekolah Wawasan.
(d) Sehubungan itu, matlamat penubuhan Sekolah Wawasan hendaklah dilihat secara menyeluruh
iaitu di samping faktor perpaduan, tetapi juga aspek lain yang sama penting iaitu untuk
peningkatan pencapaian akademik murid.

Kajian tersebut jelas menunjukkan konsep penubuhan Sekolah Wawasan telah diterima
dan terdapat peluang-peluang kerjasama antara ketiga-tiga sekolah berlainan aliran. Kerjasama
ini boleh dipertingkatkan dengan menggunakan sumber-sumber yang ada di sekitar sekolah
tersebut. Bagaimanapun kajian yang dilaksanakan adalah khusus kepada kerjasama dalam bidang
pencapaian akademik yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian di atas tidak
mempertimbangkan penggunaan prasarana di sekolah tersebut dalam aktiviti-aktiviti berbentuk
kokurikulum dan kesannya kepada integrasi murid sebagaimana yang diharapkan melalui
penubuhan Sekolah Wawasan.
Konsep Sekolah Wawasan ialah usaha melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih
bersifat cintakan negara dengan menyatukan sekolah dalam satu sistem pendidikan yang seragam
yang dahulunya terasing antara satu sama lain untuk mewujudkan satu pertembungan etnik dalam
satu ruang yang sama. Ini bermaksud penggabungan sekolah berkenaan sudah pasti akan
menemukan pelajar kepada satu andaian baru dalam hidup mereka.

viii
Kajian oleh Teh Kien Keat (2009) ke atas Sekolah Wawasan mendapati bahawa konsep
Sekolah Wawasan merupakan kaedah yang terbaik bagi merealisasikan integrasi kaum dan
menghapuskan tembok pemisah serta mengurangkan jurang yang wujud antara pelbagai kaum di
negara kita. Sama ada disedari ataupun tidak, dengan membiarkan Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan terus wujud dalam bentuknya yang asal akan menyebabkan proses integrasi dan
asimilasi terbantut. Semenjak pemerintahan kolonial British lagi pemecahan penempatan berlaku
berdasarkan kepada etnik yang telah menimbulkan satu jurang pemisah. Dasar pecah dan perintah
yang dilaksanakan oleh pemerintahan Inggeris ketika dahulu merupakan strategi bagi
mengelakkan wujudnya perpaduan antara etnik.

Kajian oleh Ahmad Rusdi (2006) pula memdapati bahawa konsep Sekolah Wawasan yang
diperkenalkan mempunyai matlamat yang baik dalam meningkatkan hubungan antara etnik
terutamanya pada peringkat usia awal. Walaupun terdapat pelbagai kritikan namun matlamat
penubuhan sekolah ini baik untuk perpaduan negara terutamanya dalam usaha mencapai
Wawasan 2020. Walaupun demikian, masih terdapat beberapa perkara yang boleh
dipertingkatkan lagi melalui tatacara dan penyusunan program dalam konsep Sekolah Wawasan
ini seiring dengan perubahan zaman dan teknologi yang semakin maju sekarang ini.

Sebenarnya konsep Sekolah Wawasan telah pun dipersetujui oleh Kabinet pada tahun
1997 berikutan wujudnya kesedaran di kalangan para pemimpin negara betapa pentingnya
perpaduan etnik dipupuk di peringkat yang lebih awal. Pendidikan pula dapat menyeimbangkan
sosio-ekonomi di antara etnik di mana ia dapat dilihat melalui peluang-peluang pekerjaan,
pendapatan, dan pegangan ekuiti (Robiah Sidin, 1999). Apabila keadaan ini tercapai, kestabilan
ekonomi, politik, dan sosial akan dapat berkembang maju. Contohnya pada zaman pemerintahan
Inggeris, punca etnik Melayu mundur dan miskin adalah disebabkan mereka tidak diberikan
peluang yang sama untuk mendapat pendidikan. Ini juga menjadi penyebab utama perpaduan
yang erat di kalangan masyarakat majmuk sukar untuk dicapai. Hal ini mempunyai kaitan yang
rapat dengan dasar dan sistem pelaksanaan pendidikan yang tidak meliputi semua golongan
masyarakat (Robiah Sidin, 1999).

ix
Melalui penubuhan Sekolah Wawasan, kaedah pemikiran timbal balik harus digunapakai,
iaitu proses melihat setiap perancangan yang dilakukan bagi mewujudkan elemen pertentangan
atau lebih tepat lagi wujudnya konsep positif dan negatif. Jika difikirkan bahawa Sekolah
Wawasan akan menjamin mutu pendidikan negara, namun adakah ia akan dapat mencapai
matlamat itu sepenuhnya? Jika dilihat secara global, mungkin akan wujud pelbagai masalah
daripada sistem ini. Jika hanya melihat dalam satu sudut pandangan memanglah amat baik tetapi
perlu juga difikirkan positif dan negatif dalam membina sesuatu sistem itu. Syed Husin Ali
(2008) menyatakan bahawa seperkara yang perlu diingat, masyarakat Malaysia terdiri daripada
pelbagai etnik dan isu-isu sensitif akan mengundang konflik yang membawa parah.

Sejarah negara telah menyaksikan bahawa sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh
penjajah Inggeris iaitu pengasingan sekolah dan tiadanya peraturan yang seragam dipakai untuk
semua sekolah telah melahirkan bibit-bibit semangat perkauman yang menebal (Atan Long,
1984). Pada ketika itu, sekolah Cina menggunakan sukatan dan sistem pendidikan yang
berorientasikan negara China. Begitu juga dengan sistem pendidikan bagi masyarakat India yang
berkiblatkan negara India. Di beberapa buah sekolah pula, guru-guru diambil dari negara China
dan India. Situasi begini yang ingin dilihat oleh penjajah dengan rakyat Tanah Melayu pada
ketika itu tidak bersatu padu. Semangat perkauman yang tebal ini terbawa-bawa selepas merdeka
sehingga mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969.
Oleh yang demikian, penulisan ini akan membincangkan dan memperdebatkan berkenaan
dengan pelaksanaan dan keberkesanan sistem persekolahan negara iaitu konsep Sekolah
Wawasan dalam konteks perpaduan nasional melalui analisis terhadap strategi yang telah
dirangka oleh kerajaan Malaysia sejak sebelum merdeka hingga kini.

1.4 OBJEKTIF MASALAH


Dalam melaksanakan kajian ini, terdapat beberapa objektif yang ingin kami capai dan
dijadikan sebagai subjek utama kami.
I. Untuk mengenal pasti dan memahami permasalahan yang berlaku dalam sistem pendidikan.
II. Membangunkan tinjauan terhadap sistem pendidikan berpusat dalam kalangan mahasiswa dan
mahasiswa di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
III. Mengenalpasti langkah langkah merealisasikan sistem pendidikan berpusat.

x
1.5 SKOP KAJIAN
Skop kajian lebih menjerumus kepada mahasiswa mahasiswi Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia. Skop kajian yang tertumpu kepada pelajar UTHM kerana merujuk kepada objektif
kajian dimana pelajar yang belajar di universiti berbilang kaum ini umpama satu keluarga yang
hidup bersama-sama. Justeru itu, UTHM menjadi lokasi skop kajian kami.

1.6 METODOLOGI KAJIAN


Kami menggunakan dua kaedah dalam metodologi kajian iaitu soal selidik menggunakan
aplikasi Google Form dan temubual kepada pelajar yang belajar di UTHM.

1.7 SIGNIFIKAN KAJIAN


Kajian ini penting untuk mendedahkan kepada pelajar tentang pentingnya perpaduan
sesama etnik yang mampu menguatkan dan mengukuhkan kedudukan negara kita dan juga
membuka mata penduduk Malaysia tentang pendidikan yang mampu menyatupadukan rakyat
yang hidup dalam berlainan etnik.

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 PENGENALAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Kedatangan penjajah ke Tanah Melayu yang pada awalnya untuk aktiviti perdagangan
telah menyebabkan berlakunya sikap campur tangan British dalam urusan pentabiran negeri-
negeri di Tanah Melayu. Hal ini disebabkan sikap tamak mereka untuk menguasai perniagaan
bijih timah, emas, rempah ratus serta memonopoli kawasan lada ng kopi dan getah yang pada
masa itu amat terkenal di Tanah Melayu. Mereka turut ingin menguasai laluan perdagangan
Timur-Barat yang merupakan laluan perdagangan utama[ CITATION Moh14 \l 17417 ].

xi
Pada zaman pemerintahan British, terdapat lima jenis sekolah yang berbentuk
sekular iaitu Sekolah Vernakular Melayu, Sekolah Vernakular Cina, Sekolah Vernakular Tamil,
Sekolah Inggeris dan juga Madrasah. Kewujudan sekolah-sekolah ini terutamanya sekolah
vernakular telah menyebabkan berlakunya jurang antara kaum yang menyebabkan hubungan
antara kaum menjadi semakin renggang. Sekolah tersebut diwujudkan mengikut kepentingan
kaum masing-masing[ CITATION Moh14 \l 17417 ].

Matlamat utama pihak British campur tangan di Tanah Melayu adalah untuk
mengelakkan kuasa-kuasa Eropah yang lain terlibat dalam politik di Tanah Melayu yang
mengalami ketidakstabilan pada masa itu. Mereka memberi pendidikan kepada segolongan rakyat
hanyalah untuk memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi pada masa itu. Mereka menganggap
bahawa pendidikan tidak boleh meningkatkan kemahiran dan kebolehan rakyat Tanah
Melayu[ CITATION Moh14 \l 17417 ].

Kesedaran semangat nasionalisme selepas perang dunia kedua telah menyebabkan


bermulanya kewujudan Laporan-Laporan Pelajaran yang sentiasa dibaikpulih mengikut
kesesuaian. Laporan Barnes yang diwujudkan pada tahun 1950 merupakan penggerak perubahan
kedudukan pendidikan di Tanah Melayu dan seterusnya terdapat juga laporan pelajaran yang lain
iaitu Laporan Fenn Wu (1951) dan Ordinan Pelajaran (1952). Laporan- laporan ini telah menjadi
asas kepada pembentukan sistem pendidikan selepas merdeka termasuklah Laporan Cheeseman
yang diasaskan pada tahun 1946[ CITATION Mio11 \l 17417 ].

Selepas Tanah Melayu mendapat kemerdekaan, terdapat Laporan Pelajaran lain


yang diasaskan untuk mengukuhkan lagi sistem pendidikan di negara ini. Laporan tersebut
termasuklah Laporan Razak 1956 yang telah dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 dan
juga Laporan Rahman Talib yang diasaskan pada tahun 1960.

2.1.1 Laporan Cheeseman (1946)

xii
Kesan daripada peperangan, kerajaan British telah mengubah dasar pendidikan yang
menumpukan ke arah penyatuan dan bukan pemisahan antara komuniti etnik yang berbeza.
Sebelum mencapai kemerdekaan wujudlah beberapa rancangan dan laporan yang mengandungi
cadangan-cadangan bagi memperkukuhkan lagi sistem pendidikan. Antaranya, Laporan
Cheseeman yang disediakan oleh Mr. H.R Cheeseman yang merupakan Timbalan Pengarah
Pendidikan pada tahun 1938. Tujuan laporan ini diwujudkan untuk memperbaiki sistem
pendidikan dan manyatukan aliran yang berlainan dalam sukatan pendidikan.
Antara inti pati utama dasar Laporan Cheeseman (1946) ialah:
i. Peruntukan pendidikan peringkat rendah secara percuma dan dibenarkan pengunaan bahasa
ibunda masing-masing
ii. Sistem Pendidikan Inggeris akan didedahkan pada peringkat sekolah rendah. Mereka yang
berkelayakan boleh meneruskan pelajaran ke peringkat sekolah menengah.
iii. Peluang pendidikan yang sama kepada golongan wanita.
Walau bagaimanapun, dasar ini telah diperdebatkan dari sudut penggunaan bahasa
perantaraan dan jangka masa perubahan yang boleh dilaksanakan. Manakala bagi komuniti Cina,
isu yang dibangkitkan ialah setiap pihak perlu diberi peluang secara percuma untuk memasuki
sekolah Inggeris sama ada di peringkat sekolah rendah ataupun menengah. Namun, dasar ini
tidak mampu dilaksanakan kerana kekurangan tenaga pengajar untuk sekolah Inggeris dan
ketiadaan kuasa untuk melaksanakannya.

2.1.2 Laporan Barnes (1950)

Laporan Barnes (1950) ditubuhkan oleh L.J Barnes yang mencadangkan agar
menubuhkan dua jenis sistem sekolah. Sebuah sekolah menggunakan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar manakala di sekolah-sekolah Tamil dan Cina, bahasa ibunda mereka akan
diajar apabila terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa mereka. Selain
itu, Laporan ini turut menyatakan bahawa Bahasa Melayu wajib diajar di Sekolah Inggeris
manakala Bahasa Inggeris pula wajib diajar di Sekolah Melayu.
Laporan Barnes (1950) juga membuat pernyataan bahawa sekolah dwibahasa
ditubuhkan dan menggunakan Bahasa Melayu da Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Sekolah-sekolah vernakular Melayu, Cina dan India telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan

xiii
yang mana mereka harus menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Namun begitu,
masyarakat Cina merasakan bahawa kedudukan mereka tergugat dan atas desakan kaum mereka,
sebuah laporan lain telah ditubuhkan iaitu Laporan Fenn Wu (1951).

2.1.3 Laporan Fenn Wu (1951)

Laporan Fenn Wu (1951) ditubuhkan untuk mengkaji semula Laporan Barnes (1950)


serta melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan
menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina.  Laporan ini diketuai oleh Dr. William P. Fenn,
dari Setiausaha Kerja Bersekutu Negara Cina, serta Dr. Wu Teh-Yao iaitu pakar dari Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu. Maka dalam Laporan Fenn-Wu (1951), terdapat beberapa cadangan
yang dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran (1952). Terdapat beberapa
usul-usul yang dikemukakan dalam Laporan Fenn-Wu (1951). Antara usul yang di ketengahkan
iaitu:
i. Mempertahankan kedudukan sekolah vernakular Cina dan mendesak agar pihak kerajaan
memberikan bantuan kewangan. Rasionalnya, sistem pendidikan vernakular mampu memberi
sumbangan ke arah pembentukan bangsa Tanah Melayu yang bersatu.
ii. Kedudukan bahasa Cina sebagai salah satu bahasa terbesar terbesar dunia. Sekolah vernakular
tidak boleh dihapuskan sehinggalah komuniti Cina merasakan sistem pendidikan tersebut tidak
diperlukan lagi.
iii. Gesaan agar sekolah vernakular Cina tidak menfokuskan bentuk, kaedah dan sukatan pendidikan
dari negara China sahaja.

Selain itu, sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa,


iaitu Melayu, Cina dan Tamil. Malah, bahasa kebangsaan juga diadakan. Laporan Fenn Wu
(1951) juga menyatakan bahawa sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan Inggeris harus
dikekalkan. Selepas Laporan Fenn Wu (1951) dikemukakan, ia mendapat pelbagai reaksi
daripada banyak pihak. Orang-orang Melayu telah menolak Laporan Fenn Wu (1951) kerana
mereka rasa syor-syor dalam laporan tersebut tidak menguntungkan mereka. Dengan ini juga,
usaha untuk menjadikan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dalam sistem
pendidikan agak sukar kerana sentiment yang kuat untuk mempertahankan bahasa masing-

xiv
masing begitu tinggi dan tindakan sedemikian telah menyulitkan usaha kearah pendidikan
bangsa.

2.1.4 Ordinan Pelajaran (1952)

Setelah kegagalan Laporan Barnes dan juga Laporan Fenn Wu (1951), satu jawatankuasa
Penasihat Pusat pula ditubuhkan pada September 1951. Antara kandungan yang terdapat dalam
laporan ini adalah penubuhan dua (2) jenis sistem persekolahan iaitu sekolah yang menggunakan
Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Laporan ini turut menawarkan
kemudahan pelajaran Bahasa Tamil dan Bahasa Cina bagi masyarakat terbabit.

Di samping itu, Laporan Barnes (1950) yang pernah mencadangkan untuk menubuhkan
satu jenis sekolah bagi kanak-kanak dari semua kaum telah mendapat persetujuan dan telah
dilaksanakan oleh Ordinan Pelajaran. Namun begitu, Ordinan Pelajaran ini tidak dapat
dilaksanakan sepenuhnya disebabkan oleh masalah kewangan dan juga politik yang terganggu
akibat daripada peristiwa darurat.

2.2 SEKOLAH VERNAKULAR

Sekolah vernakular telah ditubuhkan sejak zaman pemerintahan British yang mana
mereka menubuhkan sekolah berasingan bagi kaum Melayu, Cina dan India. Tujuan mereka
mendirikan sekolah-sekolah vernakular tersebut adalah untuk memisahkan taraf ekonomi dan
kemahiran kaum masing-masing yang memenuhi kehendak mereka bagi memelihara kepentingan
mereka di Tanah Melayu. Mereka juga bertujuan untuk memecahbelahkan persefahaman serta
perpaduan antara kaum-kaum di Tanah Melayu.

Sekolah vernakular yang ditubuhkan pada masa kini telah diselarikan skop kurikulum
yang ditetapkan walaupun terdapat sukatan pelajaran yang telah diadaptasi mengikut kesesuaian
peredaran masa dan zaman. Namun begitu, penyesuaian yang dilakukan masih mengikut
matlamat serta memenuhi Falsafah Pendidikan Negara.

xv
Antara kelemahan utama yang dapat dilihat melalui sistem sekolah ini adalah penggunaan
bahasa pengantar yang berbeza-beza mengikut kaum masing-masing sehingga boleh
menimbulkan jurang komunikasi antara sesuatu kaum dengan kaum yang lain. Murid-murid yang
terdiri daripada pelbagai kaum terpisah sehinggakan mereka berasa kekok untuk bercampur
apabila sudah melangkah ke arah peringkat pendidikan yang lebih tinggi.

Walaupun sistem sekolah vernakular ini telah wujud sejak zaman British dan diteruskan
sehingga kini, masih terdapat isu-isu berkaitan sekolah ini yang boleh memberikan kesan kepada
perpaduan antara kaum di negara ini. Antara isu yang berbangkit adalah isu yang mana Perdana
Menteri Malaysia ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata bahawa sekolah vernakular ini
menjadi penghalang kepada perpaduan kaum di Malaysia [ CITATION Ain18 \l 17417 ].

“Pada permulaannya, kita mahu mempunyai satu sistem sekolah kebangsaan.


Bagaimanapun, sesetengah orang meminta agar mereka dibenarkan mengikut budaya mereka
sendiri, budaya negara-negara asal mereka. Kami membenarkannya, lalu ia menyebabkan
wujudnya tiga aliran utama – sekolah kebangsaan di mana mediumnya Bahasa Melayu, sekolah
Cina dengan bahasa Mandarin dan sekolah Tamil dengan bahasanya. Ini bermakna berlainan
bangsa pergi ke sekolah yang berbeza. Mereka tidak mengenali antara satu sama lain dan
apabila mereka tamat sekolah, mereka pergi bekerja dengan kaum lain yang tidak mereka
kenali. Ini menjadi penghalang kepada perpaduan negara,“

Isu sekolah vernakular ini sering menjadi kontroversi sejak tahun 1981. Beberapa
pemimpin UMNO dan juga ahli nasionalis Melayu telah meminta untuk memansuhkan sistem
sekolah vernakular ini kerana mereka beranggapan bahawa kewujudan sekolah ini adalah antara
penyebab utama perpaduan antara kaum di negara Malaysia ini tidak dapat dicapai.
Menurut pandangan felo utama Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Prof Dr. Teo Kok Seong, beliau berpendapat bahawa penggabungan sekolah
kebangsaan, jenis kebangsaan dan agama adalah cara terbaik untuk meningkatkan penguasaan

xvi
Bahasa Melayu serta mengeratkan perpaduan di negara ini. Kenyataan ini turut disokong oleh
Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Pendidikan , Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya
Dr Wan Marzuki Wan Jaafar [ CITATION Noz19 \l 17417 ].
“Tidak ada mana-mana negara di seluruh dunia termasuk negara jiran kita yang paling
hampir, Singapura pun tetap mengangkat sistem pendidikan satu aliran walaupun mereka juga
berbilang bangsa.”

Walaupun begitu, sebaliknya pula pendapat bagi Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie
Ching, yang mana beliau mengatakan bahawa sekolah vernakular ini sepatutnya menjadi salah
satu aset kepentingan negara. Beliau berkata bahawa kewujudan sekolah vernakular
menunjukkan keunikan Malaysia yang perlu dipelihara dan dipertahan tanpa mengira kaum
mahupun etnik[ CITATION Moh19 \l 17417 ].

“Tahniah kepada Pejabat Peguam Negara. Ini menunjukkan Pejabat Peguam Negara
dapat membela sekolah vernakular di Mahkamah Persekutuan. Saya harap pemohon akan
menghentikan tindakan mereka mencabar sekolah vernakular yang sepatutnya menjadi aset
penting bagi menunjukkan kepelbagaian dalam negara,”

Isu sekolah vernakular yang tercetus sehingga menjadi lebih sensitif berlaku apabila
seorang peguam bertindak untuk mencabar kredibiliti sekolah vernakular dengan mengatakan
bahawa sistem sekolah ini tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan. Hal ini telah
menyebabkan Timbalan Menteri Pendidikan mengeluarkan kenyataan tersebut. Namun begitu,
Mahkamah Persekutuan telah menolah permohonan peguam tersebut dengan kenyataan bahawa
Parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal hal berkenaan pendidikan serta Mahkamah
Persekutuan bukanlah tempat yang betul untuk mencabar kewujudan sekolah vernakular tersebut [
CITATION Moh19 \l 17417 ].

Berpandukan isu-isu ini, dapat diperhatikan bahawa ramai yang menyokong untuk
pemansuhan sekolah vernakular namun ramai juga yang menentang. Isu ini seakan tidak dapat
menemui jalan penyelesaian yang efektif dan mampu untuk memuaskn hati semua pihak kerana

xvii
perbezaan pendapat mengenai persepsi kewujudan sistem sekolah vernakular ini. Mampukah kata
sepakat dapat dicapai mengenai sekolah vernakular ini?

2.3 SEKOLAH WAWASAN

Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 merupakan titik hitam dalam sejarah negara. Walaupun
kejadian itu sudah lama berlalu, tidak mustahil ia berulang kembali jika gagal memanfaatkan
masa dan zaman yang sedang diharungi. Lantaran itu, pemimpin negara diketuk minda mereka
untuk memulihkan semula hubungan antara kaum di negara ini. Cadangan Perdana Menteri yang
keempat (4), Tun Dr. Mahathir Mohamad, untuk membentuk sistem persekolahan yang lebih
bersifat kolektif dan berciri keharmonian kaum dianggap langkah bijak.

Sekolah Wawasan diperkenalkan pada tahun 1995 dan telah mendapat kelulusan
dari kabinet pada tahun 1997 berkonsepkan Sekolah Integrasi namun ditambahbaik dari segi
program yang ditawarkan. Sekolah Wawasan yang menempatkan tiga aliran sekolah yang
berbeza di dalam sebuah kawasan akan membolehkan pelajar-pelajar Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan (SRJK) menguasai bahasa Melayu. Ini kerana penguasaan bahasa Melayu di
kalangan pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) agak lemah dan dengan adanya
interaksi pelajar dari pelbagai kaum ini membuka ruang seluasluasnya untuk mereka
berkomunikasi menggunakan bahasa kebangsaan. Dalam masa yang sama pula, membolehkan
pelajar memahami budaya, bahasa serta pemikiran rakannya daripada kaum yang lain.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga dapat memainkan peranan yang
lebih berkesan dengan hanya mengeluarkan kurikulum yang sama untuk semua sekolah.
Kurikulum yang sama ini dapat dipantau dengan lebih berkesan dan dapat diperbaiki sekiranya
berlaku kepincangan dengan cepat. Sejajar dengan pembangunan dan kemajuan pesat yang
dicapai oleh negara maka sudah sewajarnya, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK)
ditempatkan di dalam sebuah kompleks yang lebih baik sama ada dari segi kemudahan atau
suasana persekitarannya. Ini kerana kebanyakan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK)
berada di dalam keadaan yang cukup daif dengan struktur bangunan yang sudah lusuh dan

xviii
suasana yang tidak begitu sesuai bagi pembelajaran para pelajar. Menerusi pelaksanaan konsep
Sekolah Wawasan ini, hal ini akan merangsang pembinaan lebih banyak bangunan sekolah yang
baru. Antara lain kebaikan penubuhan Sekolah Wawasan ialah;
i. Peluang kepada para pentadbir, guru-guru dan kakitangan sokongan dari setiap sekolah untuk
berinteraksi dengan lebih kerap, berkongsi dan bertukar-tukar pendapat, pengalaman dan
cadangan demi kemajuan sekolah masing-masing.
ii. Kesempatan kepada warga setiap sekolah membudayakan sikap bertolak ansur, bertimbang rasa,
tolong-menolong dan hormat menghormati.
iii. Kesempatan mengukuhkan semangat permuafakatan antara kaum.
iv. Peluang untuk menjalankan aktiviti–aktiviti kokurikulum yang integrasi dan interaksi dengan
matlamat memantapkan semangat dan amalan muhibah dan perpaduan di kalangan murid-murid.
v. Mewujudkan persaingan yang sihat dari aspek akademik.
vi. Mewujudkan perkongsian kemahiran pengajaran dan kemudahan peralatan pengajaran dan
pembelajaran.
vii. Memantapkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi.
viii. Peluang mewujudkan masyarakat sekitar yang lebih harmonis melalui hubungan mesra ibu bapa
yang kerap bertemu di kawasan sekolah semasa menghantar atau mengambil pulang anak
masing-masing, atau pun semasa menjalankan aktiviti-aktiviti bersama seperti gotong royong dan
sebagainya.

Namun, apabila Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan untuk


memperkenalkan Sekolah Wawasan, timbul pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak, baik
individu, NGO, mahupun parti-parti politik. Masyarakat Cina terutamanya, begitu gusar dan
bimbang dengan konsep Sekolah Wawasan akan mengubarkan identiti Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan (SRJK) yang didukung selama ini. Mereka juga khuatir kewujudan sekolah tersebut
akan menjejaskan pentadbiran Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan penggunaan
bahasa ibunda di kalangan pelajar daripada aliran berkenaan.

Dong Jiao Zhong adalah singkatan daripada perkataan Dong Zong yang bermaksud
persatuan sekolah Cina dan Jiao Zong yang bermakna guru-guru sekolah Cina. Maka dengan ini

xix
terbitlah perkataan Dong Jiao Zhong atau dikenali sebagi gabungan Persekutuan Persatuan-
Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina dan Persekutuan Guru-guru Sekolah Cina. Antara isu
yang menyebabkan persatuan ini membantah perlaksanaan Sekolah Wawasan ini ialah
kekhuatiran akan kehilangan identiti Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) dan
identiti orang Cina akan terhakis, walaupun telah di perjelaskan beberapa kali oleh pihak kerajaan
namun mereka tetap sangsi dengan hasrat untuk menyatupadukan antara kaum. Mereka masih
beranggapan terdapat sesuatu agenda yang tersirat yang dapat mengganggu gugat kepentingan
mereka.
Penasihat Kehormat persatuan ini, Datuk Sim Mou Yu, menganggap pelaksanaan Sekolah
Wawasan tidak perlu kerana semua pelajar Melayu, Cina dan India akan belajar dan membesar
bersama ketika di Sekolah Menengah Kebangsaan dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Katanya
lagi, sekolah yang sedia ada sudah mencukupi bagi membuktikan perpaduan rakyat. Sukatan
Pelajaran yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk semua aliran sekolah
termasuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) adalah berlatarbelakangkan Malaysia
dan semua rakyat termasuk orang Cina akan sentiasa setia dan taat kepada negara. Jika dilihat
kepada Akta Pendidikan 1996 yang mengatakan semua sekolah aliran Cina dan Tamil dibenarkan
menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar di sekolah sepatutnya
difahami oleh persatuan ini, (Datuk Hon Choon Kim – Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia).

Sebenarnya terdapat segelintir orang Cina yang tidak faham tentang konsep Sekolah
Wawasan sehingga menganggap Sekolah Wawasan sebagai senjata untuk mengikis identiti orang
Cina di Malaysia. Berbeza pula dengan pentadbir Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang
menerima baik dan bersikap terbuka dengan Sekolah Wawasan. Kekhuatiran lain ialah mereka
bimbang jika anak-anak mereka bergaul dengan kanak-kanak lain ketika kecil, mereka akan
terpengaruh dengan bahasa lain. Jika ketika kecil mereka sudah biasa berbahasa Melayu, kanak-
kanak ini tidak lagi mempunyai kecenderungan untuk berbahasa Cina. Lama kelamaan bahasa itu
akan pupus. Di samping itu sifat tidak mahu berkongsi atau perkongsian pelbagai peralatan
seperti dewan, padang sekolah dan gelanggang permainan akan menimbulkan masalah sekiranya
berlakunya pertembungan bagi menganjurkan sebarang aktiviti yang menggunakan kemudahan
yang dikongsi bersama. Adalah sukar untuk membuat jadual aktiviti kerana jadual sekolah adalah

xx
terlalu ketat dan bukan senang untuk ketiga-tiga guru besar sekolah mempunyai sikap bertolak
ansur kerana masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza-beza.

xxi
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Pendidikan telah menjadi sesuatu kemestian dalam setiap diri individu di negara kita
kerana dengan pendidikan seseorang itu dapat membentuk masa depan yang lebih cerah.
Berdasarkan tajuk utama penyelidikan ini iaitu “Sistem Pendidikan Berpusat ke Arah Pendidikan
Bangsa”, terdapat dua jenis kaedah utama yang digunakan oleh kumpulan kami untuk
mendapatkan maklumat dan pandangan daripada responden berpotensi membantu memberikan
maklumat yang bernas untuk kajian ini.

3.2 KAEDAH KAJIAN

Kaedah pertama yang kami gunakan ialah kaedah borang kaji selidik dalam mendapatkan
maklum balas dan pandangan berkenaan kajian ini. Melalui kaedah kaji selidik ini banyak
membantu kami dalam mendapatkan pandangan sebenar daripada responden berdasarkan
pengalaman hidup mereka. Borang kaji selidik ini disasarkan kepada sekurang-kurangnya 50
orang responden yang terdiri daripada campuran pelbagai etnik yang ada di negara kita.

Borang kaji selidik yang digunakan untuk menjayakan kajian ini merupakan dalam format
“Google Form” iaitu borang yang diedarkan secara atas talian bagi memudahkan proses
pengumpulan maklumat. Namun begitu, skop kajian kami dikecilkan hanya disasarkan kepada
pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kerana kami berpendapat bahawa pelajar
dari institusi pendidikan tinggi sangat menepati ciri-ciri responden untuk kajian ini kerana
mereka telah melalui fasa pendidikan rendah sehingga peringkat pengajian tinggi.

Selain itu, kami juga menggunakan kaedah temu bual dalam mendapatkan maklumat dan
maklum balas dalam memperkukuh maklumat yang telah kami perolehi melalui borang kaji
selidik yang telah diedarkan. Hal ini demikian kerana kita tidak dapat bergantung sepenuhnya

xxii
kepada keputusan yang diperoleh melalui kaedah pertama kerana tidak semua dalam kalangan
responded yang menjawab soalan kaji selidik memberikan pandangan mereka yang telus.

Kaedah temu bual ini masih dijalankan dalam kalangan pelajar UTHM sebagai skop
kajian kami. Persamaan di antara borang kaji selidik dan temu bual ini masih berlandaskan tema
utama kajian kami dan mempunya bahagian demografi yang bertujuan mengetahui maklumat
penting responden yang mengambil bahagian dalam kajian ini. Kaedah temu bual ini bersifat
lebih subjektif kerana jawapan dan maklum balas daripada responden yang ditemu bual diberikan
dalam bentuk lisan dan akan direkodkan di dalam borang temu bual.

Setelah melengkapkan dan mengumpulkan semua data yang diperlukan daripada semua
responden yang mengambil bahagian dalam kaedah kajian yang kami lakukan, maklumat ini akan
dianalisa dan dibandingkan untuk memastikan maklumat yang kami terima relevan dan
bertepatan dengan ciri-ciri kajian yang kami jalankan. Dengan data yang diperolehi melalui dua
kaedah ini, sedikit sebanyak membantu kami dalam mengenal pasti kesedaran dan solusi yang
dicadangka oleh masyarakat di negara kita dalam membentuk sebuah sistem pendidikan yang
lebih baik untuk semua golongan etnik pada masa akan datang.

xxiii
BAB 4

ANALISIS DATA

4.1 PENGENALAN

Di dalam bab ini akan meringkaskan hasil kajian yang diperolehi daripada soal selidik
yang telah diedarkan kepada mahasiswa mahasiswi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India, etnik Sabah dan etnik Sarawak.
Majoriti terdiri daripada lingkungan umur 20 hingga 29 tahun. Ini bertujuan bagi mengenal pasti
penerimaan sistem pendidikan berpusat ke arah pendidikan bangsa.

Analisis data dibuat dengan menggunakan Google Form dan Microsoft Excel, hasilnya
boleh dilihat dalam peratus, jumlah dan carta. Hasil yang dikeluarkan melalui respondan dipecah
kepada tiga seksyen iaitu latar belakang responden terhadap penerimaan pendidikan masa kini
dan pendidikan sistem pendidikan bangsa dan, pendapat pelajar berdasarkan skala soal selidik
yang telah diberi

4.2 ANALISIS LATAR BELAKANG RESPONDEN

Bagi menerangkan kekerapan dan peratus berdasarkan jantina, kaum, fakulti, umur, tahun
pengajian dan jenis pendidikan. Kesemua data ini diperoleh daripada google form.

4.2.1 Jantina

Berdasarkan data di abawah menunjukkan bahawa mahasiswi merupakan majoriti di dalam


memberi maklum balas dalam soal selidik yang telah diberi.

Jantina Kekerapan Peratus

xxiv
Lelaki 30 44.8%

Perempuan 37 55.2%

Jumlah 67 100%

Jadual 1: Jadual menunjukkan data responden jantina

4.2.2 Analisis Bangsa Responden

Bagi mengetahui jumlah responden dari segi bangsa. Data ini digunakan bagi mengetahui
jumlah dalam mana-mana bangsa menjawab soal selidik yang telah diberi.

Bangsa Kekerapan Peratus


Melayu 41 61.2%
Cina 16 23.9%
India 8 11.9%
Dusun 1 1.5%
Kadazan 1 1.5%
Jumlah 67 100%
Jadual 2: Jadual menunjukkan data bangsa

70.00%

60.00%

50.00%

40.00%
Peratus

30.00%
Peratus
20.00%

10.00%

0.00%
Melayu Cina India Dusun Kadazan
Bangsa

Rajah 1: Carta menunjukkan peratusan mengikut bangsa di dalam responden

xxv
4.2.3 Fakulti

Di dalam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia mempunyai sembilan fakulti tidak
termasuk diploma iaitu Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), Fakulti
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat,
Fakulti Pengurusan Tenologi dan Perniagaan (FPTP), Fakulti Pendidikan dan Teknikal
Vokasional (FPTV), Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS), Fakulti Sains
Teknologi dan Pembangunan Manusia (FSTPI), Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) dan
Diploma. Berdasarkan data, responden ini diambil dari dua kampus iaitu kampus induk Parit Raja
dan Kampus Pagoh.

Fakulti Kekerapan Peratusan


FKMP 10 14.9%
FKEE 3 4.5%
FSKTM 3 4.5%
FPTP 4 6%
FPTV 23 34.3%
FKAAS 22 32.8%
FSTPI 0 0%
FTK 2 3%
Diploma 0 0%
Jumlah 67 100%
Jadual 3:Data menunjukkan jumlah responden mewakili fakulti

40.00%

35.00%

30.00%

25.00%
Peratusan

20.00%

15.00% Peratusan

10.00%

5.00%

0.00%
FKMP FKEE FSKTM FPTP FPTV FKAAS FSTPI FTK Diploma
Fakulti

xxvi
Rajah 2: Graf menunjukkan jumlah responden mengikut fakulti

xxvii
4.2.4 Lingkungan Umur Responden

Berdasarkan data umur, ia menunjukkan bahawa majoriti terdiri daripada umur 20 hingga
29 tahun.

Umur Kekekrapan
13-19 Tahun 1
20-19 Tahun 64
30-39 Tahun 2
Jadual 4 : Responden yang terdiri daripada lingkungan umur diatas

4.2.5 Tahun Pengajian

Mengambil kira tahun pengajian amat penting bagi mengenal pasti tahap pengajian dan
pembelajaran seseorang di dalam UTHM. Berdasarkan data, tahun 2 telah mencapai 52.2%.

Tahun Pengajian Kekerapan Peratus


Tahun 1 18 26.9%
Tahun 2 35 52.2%
Tahun 3 3 4.5%
Tahun 4 11 16.4%
Jumlah 67 100%
Jadual 5: Data tahun pengajian

xxviii
Tahun Pengajian

16%
27%

4%

52%

Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4

Rajah 3: Rajah menunjukkan peratusan tahun pengajian

4.3 ANALISIS PENDIDIKAN TERHADAP RESPONDEN

Analisis ini bertujuan bagi mengenal pasti jenis pendidikan, kenalan di dalam sektor
pendidikan, suasan pembelajaran, berkaitan dengan budaya dan perpaduan

4.3.1 Jenis Pendidikan

Jenis pendidikan diambil kira bagi mengenal pasti pendidikan yang diambil oleh
responden. Ia juga dibahagikan mengikut bangsa iaitu M sebagai Melayu, C sebagai Cina, I
sebagai india dan L merupakan Lain-lain. Berikut merupakan jadual mengenai jenis pendidikan.

Jenis Pendidikan Sekolah Kebangsaan Sekolah Jenis Kebangsaan


Bangsa M C I L M C I L
Kekerapan 39 2 2 2 2 14 6 0
Jumlah 45 22
Jadual 6: Data jenis pendidikan

xxix
45
Jenis Pendidikan

40

35

30
Kekerapan

25
Melayu
Cina
20
India
15 Lain-lain

10

0
Sekolah Kebangsaan Sekolah Jenis Kebangsaan

Bangsa

Rajah 4: Graf jenis pendidikan berlawan dengan peratusan

4.3.2 Kenalan berlainan bangsa

Kenalan juga turut diambil kira, kerana ingin mengenal pasti perpaduan dalam sosial di
dalam sektor pendidikan.

Kenalan Berlainan Bangsa Kekerapan


Ya 64
Tidak 2
Mungkin 1
Rajah 5: Data kekerapan kenalan berlainan bangsa

4.3.3 Analisis Pengalaman di Sekolah

Di dalam ini, akan menganalisis beberapa perkara iaitu suasa pembelajaran di sekolah
berdasarkan skala yang telah diberi

xxx
Skala Lemah Kurang Sederhana Baik Cemerlang
Memuaskan
Kekerapan 0 2 4 39 22
Peratus 0% 3% 6% 58.2% 32.8%
Jadual 7: Jadual berdasarkan skala yang diberi responden

4.4 PENDIDIKAN BANGSA DAN PERPADUAN

Analisis dijadualkan berdasarkan skala ya, tidak dan mungkin dan merupakan soalan
setuju atau tidak serta mungkin. Selain itu soal selidik ini berkaitan dengan pemakluman budaya
bangsa dan etnik, menyatukan etnik dengan pendidikan di Malaysia, pengasingan rakyat
Malaysia mengikut etnik, pemansuhan sekolah vernakular, sistem pendidikan Malaysia kini dan
jurang antara kaum, pembelajaran bahasa dan budaya dan penyatuan sekolah di Malaysia.

Bil Soalan Tidak Mungkin Ya

Adakah anda sedia maklum berkenaan dengan


S1 0 8 59
budaya bangsa dan etnik lain?

Adakah anda bersetuju bahawa pendidikan


S2 3 7 57
dapat menyatukan etnik di Malaysia?

Adakah sistem pendidikan di Malaysia telah


S3 mengasingkan rakyat Malaysia mengikut etnik 20 17 30
dari bangku sekolah?

Adakah pemansuhan sekolah vernakular dapat


S4 mewujudkan kesepaduan dalam kalangan etnik 11 23 33
melalui pendidikan?

Adakah sistem pendidikan di Malaysia


S5 22 16 29
mewujudkan jurang di antara kaum?

xxxi
Adakah pembelajaran bahasa dan budaya etnik
S6 lain dapat membantu mewujudkan kesepaduan 1 3 63
antara kaum?

Adakah anda bersetuju penyatuan sekolah di


S7 Malaysia kepada sebuah sekolah bersepadu 4 9 54
untuk semua etnik?
Jadual 8 : Jadual Peratus Pendidikan Bangsa dan Perpaduan

S1 59

S2 3 57

S3 20 30

Mungkin
No. Soalan

S4 11 33 Tidak
Mungkin
Ya
S5 22 29

S6 1 63

S7 4 54

-65.0 -45.0 -25.0 -5.0 15.0 35.0 55.0

Rajah 6 : Rajah menunjukkan carta berdasarkan skala diberi

4.5 RESPONDEN TERHADAP CANDANGAN DIBERI

xxxii
Berikut merupakan cadangan yang disediakan di dalam borang soal selidik dan diberikan
skala iaitu lemah, kurang memuaskan, sederhana, baik dan cemerlang. Skala ini akan dipilih
responden berdasarkan pendapat dan pendirian responden.

Antara cadangan yang diberi ialah tambahan mata pelajaran yang memberi pendedahan
berkenaan etnik-etnik, memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkasakan bahasa etnik lain di
sekolah, memperkenalkan satu hari budaya etnik yang khusus di sekolah, menganjurkan
pertandingan berasaskan budaya etnik yang berselaras dengan pendidikan, menganjurkan
program-program pendidikan yang mengabungkan sekolah kebangsaan dan vernakular,
mewujudkan kurikulum, sistem peperiksaan yang seragam bagi semua murid, konsep sekolah
wawasan, tenaga pengajar yang terdiri daripada berbilang etnik dan mendemokrasikan
pendidikan. Di dalam jadual ini menunjukkan 1 (lemah), 2 (kurang memuaskan), 3 (sederhana),
4(baik) dan 5 (cemerlang).

Skala
Bil. Soalan
1 2 3 4 5
Tambahan mata pelajaran yang memberi pendedahan
S1 1 3 11 34 18
berkenaan etnik-etnik di Malaysia.
Memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkasakan
S2 0 3 8 25 31
bahasa etnik lain di sekolah.
Memperkenalkan satu hari budaya etnik yang khusus
S3 0 0 7 28 32
di sekolah.
Menganjurkan pertandingan berasaskan budaya etnik
S4 0 1 9 24 33
yang berselaras dengan pendidikan
Menganjurkan program-program pendidikan yang
S5 0 2 7 26 32
mengabungkan sekolah kebangsaan dan vernakular.
Mewujudkan kurikulum yang sama dapat memupuk
S6 1 0 5 26 35
perpaduan hubungan baik dalam kalangan etnik.
Melaksanakan sistem peperiksaan yang seragam bagi
S7 0 3 7 23 33
semua murid yang berbilang bangsa.
Memperkenalkan konsep sekolah wawasan yang
S8 1 0 6 24 36
menggabungkan semua jenis etnik di Malaysia.

xxxiii
Tenaga pengajar yang terdiri daripada berbilang etnik
S9 0 0 3 24 40
demi menunjukkan contoh perpaduan kepada murid.
Mendemokrasikan pendidikan dengan mengagihkan
S10 peruntukan secara adil dan perhatian kepada setiap 0 1 3 24 39
etnik.
Jadual 9: Jadual skala cadangan responden

Sederhana Kurang Memuaskan Lemah


S1 1 3 5.5 Sederhana 34Baik Cemerlang18

S2 3 4 25 31

S3 3.5 28 32

S4 1 4.5 24 33

S5 2 3.5 26 32

S6 1 2.5 26 35

S7 3 3.5 23 33

S8 1 3 24 36

S9 1.5 24 40

S10 1 1.5 24 39

Rajah 7: Carta menunjukkan skala responden yang diberi

4.6 RUMUSAN

Kesimpulannya, berdasarkan soal selidik diberi, tinjauan terhadap mahasiswa dan


mahasiswi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia mengenai sistem pendidikan berpusat
mempunyai pemikiran yang seimbang dan bertoleransi. Malah, keseluruhan data menunjukkan
xxxiv
mahasiswa dan mahasiswi menginginkan sistem pendidikan yang lebih baik pada masa akan
datang berdasarkan seperti yang boleh dilihat pada responden skala cadangan. Seterusnya, setiap
etnik di dalam Malaysia mahukan bersosial sejak di bangku sekolah agar dapat mencapai
kesafahaman yang cukup baik pada peringkat yang seterusnya. Walaubagaimanapun, etnik-etnik
di Malaysia juga menginginkan keputusan yang seri dalam sistem pendidikan seperti dilihat
dalam pembelajaran bahasa dan budaya etnik lain. Akhir sekali, setiap pendapat dan pandangan
yang diberi responden adalah berbeza berdasarkan pemikiran dan situasi yang dihadapi pada
masa kini.

xxxv
BAB 5

CADANGAN

5.1 PENGENALAN

Sistem pendidikan merupakan elemen yang penting bagi pembentukkan masyarakat dan
negara ke arah yang lebih baik. Malaysia merupakan antara negara yang terkenal kerana
mempunyai masyarakat yang majmuk dan setiap dasar yang dilaksanakan adalah selari dengan
keperluan masyarakat. Dasar pendidikan yang dilaksanakan di negara ini bertujuan untuk
memberi pelajaran di peringkat sekolah dan seiring dalam merealisasikan perpaduan bangsa
tanpa mengira agama, warna kulit dan etnik.

Walau bagaimanapun, sehingga kini masyarakat di Malaysia masih terpisah melalui


sistem persekolahan, iaitu sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Oleh itu, perkara ini
perlu mengambil perhatian serius dalam memastikan isu-isu pendidikan dikawal dengan
sebaiknya supaya hubungan masyarakat di Malaysia sentiasa berada dalam keadaan yang
harmoni, sejahtera dan bertoleransi. Justeru itu, hasil daripada penganalisian data daripada soal
selidik, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan sistem pendidikan berpusat kearah
pendidikan bangsa.

5.2 INDIVIDU

Generasi muda seperti pelajar adalah merupakan peranan yang penting dalam usaha
memupuk perpaduan sejak di bangku sekolah lagi. Hal ini demikian kerana perpaduan
merupakan asas pembentukan sebuah negara yang progresif dan maju. Di dalam konteks
pendidikan, seseorang individu perlulah mempunyai sikap berhati terbuka menerima dan bergaul
dengan berlainan etnik. Seperti yang sedia maklum, sesebuah sekolah pasti mempunyai pelbagai
jenis etnik, tetapi sikap berfikiran tertutup seperti hanya bergaul dengan etnik sendiri juga akan
meninggalkan kesan kegagalan dalam usaha pendidikan dalam menyatupadukan etnik di
Malaysia. Seterusnya, bersikap toleransi menerima dan belajar berkomunikasi dengan etnik yang

xxxvi
lain juga dapat memahami budaya dan adat selain menambah ilmu pengetahuan yang lain. Hal ini
bertujuan untuk menghalang perkatan buruk seperti perselisihan faham terhadap etnik lain yang
boleh menyebabkan perpecahan antara etnik di Malaysia.

Selain itu, sikap stereotaip terhadap etnik lain tidak harus wujud kerana sikap ini boleh
menyebabkan prasangka dan menunding jari terhadap etnik lain jika sesuatu isu dibahaskan.
Sikap stereotaip adalah satu tanggapan atau pemikiran yang ditetapkan terhadap sesetengah orang
atau benda tetapi tidak benar di dalam realiti. Memahami stereotaip adalah sebagai satu penilaian
negatif atau positif terhadap sesuatu perkara atau sekumpulan masyarakat. Di dalam menangani
amalan stereotaip ini, konsep perpaduan dan integrasi merupakan kaedah yang terbaik memupuk
keharmonian di dalam kalangan pelajar. Identiti, hak dan budaya hidup sesuatu kelompok etnik
haruslah disuburkan bagi mewujudkan satu identiti nasional antara kumpulan dari segi
kebudayaan, sosial dan tradisi.

Di samping itu, individu haruslah melibatkan diri dalam bersosial. Sosial bermaksud
bergaul diri dengan etnik lain seperti melalui berkomunikasi, bertugas dan sebagainya. Secara
tidak langsung, hubungan yang lebih erat dapat diwujudkan di antara etnik yang berbeza. Ini
merupakan salah satu kelebihan individu tersebut dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran
sekeliling, memahami dalam pelbagai situasi dan menghormati serta bertolak ansur yang dapat
dipupukkan di dalam kalangan etnik tersebut. Seseorang haruslah bijak mengaplikasikan pelbagai
jenis pemikiran dalam kehidupan demi melahirkan individu yang serba boleh dan celik akal.

5.3 MASYARAKAT

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, masyarakat bermaksud sekumpulan manusia


yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan cara dan peraturan tertentu. Konsep bermasyarakat
haruslah difahami dengan betul kerana untuk kelangsungan hidup dan berkomunikasi antara satu
sama lain. Melalui konteks pendidikan, masyarakat mestilah memupuk semangat kerjasama dan
berpasukan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Isu perkauman sering kali dibahaskan dan ini
menambahkan kesan yang buruk pada masa yang akan datang. Oleh itu, pelaksanaan sistem
pendidikan yang dijalankan perlulah mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat di Malaysia.

xxxvii
Melalui pelaksanaan dasar pendidikan yang terancang dan hubungan masyarakat yang
baik, maka sudah dapat mewujudkan perpaduan yang baik dalam kalangan masyarakat di
Malaysia. Sebaliknya, jika hanya dasar-dasar sahaja yang berjalan dengan baik tetapi hubungan
masyarakat tidak baik, pastinya negara Malaysia masih sukar untuk bergerak maju ke hadapan
dan berjaya seperti negara-negara maju yang lain. Dasar-dasar yang dirancang perlu seiring
dengan hubungan masyarakat yang harmoni. Pendidikan dan peperiksaan bukan sahaja masalah
antara pelajar dan guru, tetapi juga masalah budaya sesuatu masyarakat. Pihak yang terlibat
haruslah sentiasa memantau rancangan pelaksanaan atau pemansuhan sesuatu peperiksaan dalam
sistem pendidikan negara hari ini dengan mengkaji dan mengambil kira sistem pendidikan negara
sebelum ini.

Sistem pembelajaran di seluruh Malaysia perlu menitikberatkan aspek pendidikan yang


harmoni dalam masyarakat pelbagai etnik. Nilai rohani dan budaya diutamakan dalam subjek
wajib seperti subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia serta subjek Hubungan Etnik demi
menyatupadukan generasi muda yang berlainan etnik. Dengan menambah peluang interaksi,
hubungan etnik yang harmoni boleh dipupuk antara generasi muda. Hakikatnya, pendidikan
merupakan faktor yang unggul dalam membina integrasi antara etnik. Masyarakat Malaysia
seharusnya sedar bahawa usaha untuk membangunkan sebuah negara yang maju dan harmoni
adalah tanggungjawab bersama dalam setiap etnik.

Kesedaran tentang kepentingan bahasa amat penting kerana melalui perkongsian satu
bahasa, dapat berkomunikasi dengan lancar dan lebih berkesan. Penggunaan bahasa yang
seragam membantu meningkatkan kefahaman budaya sesuatu kaum tentang budaya kaum yang
lain serta menghilangkan perasaan prasangka yang buruk terhadap etnik tersebut. Oleh itu,
masyarakat sewajarkan menanam sikap memahami dan hormat menghormati dalam memupuk
integrasi dan perpaduan berbilang etnik terutamanya pada peringkat pendidikan. Bak kata
pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

5.4 KERAJAAN

xxxviii
Untuk pengetahuan umum, kerajaan adalah peranan utama dalam membentuk lanskap
masyarakat di Malaysia, terutama selepas kemerdekaan. Dasar-dasar yang dijalankan adalah
untuk memastikan sistem pentadbiran negara berjalan dengan lancar dan berfungsi dengan baik.
Dalam sistem pendidikan negara, kerajaan berperanan terhadap semua jenis Sekolah Kebangsaan,
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan termasuklah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Sebagai
contoh, mengadakan dan menganjurkan program bersama yang melibatkan penyertaan semua
murid-murid dan guru termasuk yang berbilang bangsa dan kaum.

Tambahan pula, pengisian pelajaran di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan


Cina dan Tamil perlulah diselaraskan semula dengan menggunakan isi kandungan yang sama
serta menambah bahasa Mandarin dan Tamil sebagai mata pelajaran yang wajib diambil. Selain
itu, mengadakan satu sistem persekolahan yang penggabungan elemen-elemen perpaduan
termasuk kebudayaan, pemakanan dan adat resam. Tidak dilupakan juga pengisian kurikulum dan
ko-kurikulum yang perlu seiring dengan keperluan masyarakat kini yang menekankan nilai-nilai
jati diri, memupuk sifat patriotisme, bertoleransi dan saling menghormati terhadap masyarakat
yang berbilang bangsa.

Seterusnya, pihak kerajaan perlulah memperkasakan sistem pendidikan Sekolah Wawasan


di Malaysia. Tujuan penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk mengeratkan perpaduan
berbilang bangsa, agama dan etnik di kalangan rakyat Malaysia. Penekanan semangat perpaduan
dan integrasi antara kaum sejak kecil lagi seperti di bangku sekolah lebih mudah kerana kanak-
kanak ibarat kain putih yang bebas daripada sebarang pemikiran dan pengaruh yang negatif.
Menurut Penyata Razak 1956, penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk menyatukan murid-
murid daripada semua bangsa di dalam negara dengan menggunakan satu sahaja sistem
pembelajaran. Oleh itu, melalui perkongsian dan persekitaran sekeliling, memberi peluang
kepada pelajar untuk berinteraksi dengan kaum yang lain.

Akhir sekali, hasrat Wawasan 2020 adalah untuk melahirkan masyarakat bangsa Malaysia
yang bersatu padu. Pendemokasian pendidikan merupakan salah satu langkah yang diperkenalkan
oleh kerajaan untuk memberi peluang secara adil dan perhatian yang khusus kepada masyarakat
yang kurang bernasib baik dari kawasan luar bandar mahupun pedalaman tanpa mengira bangsa.

xxxix
Dengan itu, diharapkan semua kaum dapat menikmati kemudahan yang sama rata di dalam
sistem pendidikan negara. Justeru itu, adalah penting untuk setiap rakyat mengamalkan sikap
berfikiran terbuka dalam isu yang membabitkan pendidikan agar dapat melahirkan generasi yang
mempunyai jati diri, nilai-nilai murni serta semangat toleransi yang tinggi dalam melahirkan
masyarakat yang bersatu padu antara satu sama lain.

xl
BAB 6

KESIMPULAN

6.1 KESIMPULAN

Malaysia baharu merupakan sebuah negara yang membawa kepada penekanan semangat
perpaduan di dalam kepelbagaian kehidupan. Penyatuan di dalam aspek kepelbagaian bangsa
merupakan titik utama untuk dihormati dan digunakan sebagai kekuatan masyarakat negara ini
dalam menikmati ekonomi negara. Sehubungan itu, melalui kajian yang telah dijalankan di
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia terbukti pendidikan sememangnya menjadi radas yang
penting bagi penyatuan bangsa dan kaum di sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik
seperti Malaysia. Penerapan kebangsaan berteraskan penyatuan bangsa telah diperkenalkan
bermula dari 6-7 tahun lagi, sesuai dengan peribahasa ‘meluntur buluh biar dari rebungnya’
(Universiti Sains Malaysia, 2019). Oleh itu, penyatuan bangsa tidak boleh dipandang enteng di
dalam konteks pendidikan kerana pendedahan awal terhadap kepelbagaian etnik di usia awal
mampu memupuk sikap tolenrasi sekali gus memancu kepada penyatuan bangsa Malaysia.

Seterusnya, penerapan bagi meraikan kepelbagai dan penyatuan bangsa terhadap individu
amat penting melalui keterbukaan untuk bergaul dengan pelbagai etnik. Terbukti bahawa sifat
keterbukaan untuk berkomunikasi dan pemahaman kepelbagaian budaya di sekolah merupakan
langkah-langkah mudah yang boleh dilakukan oleh setiap individu di Malaysia. UNESCO juga
telah mengeluarakan laporan yang mengatakan tentang pendidikan abad ke-21 yang bertemakan
Learning the Treasure Within, menekankan kepada empat tonggak utama iaitu ‘learning to know,
learning to do, learning to live together dan learning to be’. Justeru itu, jelaslah bahawa
kepentingan kebersamaan dalam pembangunan pendidikan individu yang merupakan sebahagian
dari reformasi pendidikan baharu yang mendidik seseorang itu dengan keperluan membangun
masa hadapan yang lebih bermakna (Universiti Sains Malaysia, 2019).
Di samping itu, peranan masyarakat dan kerajaan juga memberi kesan kepada penyatuan
bangsa. Kebersamaan dalam masyarakat untuk hidup bersama, saling menghormati dan sedia
menerima perbezaan antara bangsa melalui dasar-dasar yang diwujudkan oleh kerajaan seperti

xli
sekolah wawasan. Dasar – dasar yang dirancang oleh kerajaan seiring dengan hubungan
masayarakat yang harmoni. Jelaslah, proses pendidikan bukan sahaja mampu meningkatkan
kapasiti intelek dengan ilmu dan kemahiran malahan mampu membekalkan seseorang itu dengan
kapasiti sosial individu untuk menghayati dan bersedia untuk menerima keterbukaan bersama
dalam masyarakat agar dapat memberi natijah kebahagian dan keharmonian di dalam negara.

Secara keseluruhannya, pendidikan amat dominan dalam proses sosialisasi (Baharuddin,


2012). Penyatuan melalui sistem pendidikan mampu mencapai matlamat untuk membina negara
yang berbilang kaum serta hidup dalam keadaan harmoni dan sejahtera tanpa berasa sebarang
jurang perbezaan antara bangsa. Sehubungan itu, sistem persekolahan bukan sahaja berperanan
untuk memberi pelajaran kepada masyarakat semata-mata, bahkan ia merupakan saluran untuk
menyampaikan kepada rakyat berkenaan dengan wadah perjuangan negara yang sangat
mementingkan nilai-nilai murni dlam masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan
negara (Universiti Sains Malaysia, 2019). Kesimpulannya, melalui kajian ini terbukti bahawa
pendidikan juga merupakan pemangkin kepada perpaduan kaum negara di Malaysia. Sehubungan
itu, melaui hasil kajian daripada tinjaun dan temu bual daripada pelajar Universiti Tun Hessein
Onn Malaysia sangat membantu bagi mencapai cadangan yang diutarakan untuk memupuk
semangat perpaduan melalui aspek pendidikan.

RUJUKAN

xlii
Danabalan, S. (n.d.). SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA DAN PERPADUAN KAUM. Retrieved
from
https://www.academia.edu/5586079/SISTEM_PENDIDIKAN_MALAYSIA_DAN_PER
PADUAN_KAUM
Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat. (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
LIMWANSHI. (2015). 6.0 Peranan Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam Pembentukan
Perpaduan. Retrieved from https://sites.google.com/site/dasarpendidikan456/6-0-
peranan-dasar-pendidikan-kebangsaan-dalam-pembentukan-perpaduan
Niza, H. (2011). Sistem Pendidikan di Malaysia:Dasar, Cabaran, dan Pelaksanaanke Arah
Perpaduan Nasiona. Retrieved from
https://www.academia.edu/1803174/Sistem_Pendidikan_di_Malaysia_Dasar_Cabaran_da
n_Pelaksanaan_ke_Arah_Perpaduan_Nasional
Ainulillia. (26 October, 2018). Sekolah Vernakular Halang Perpaduan : Perdana Menteri.
Retrieved from Ismaweb : Portal Islam dan Melayu:
https://www.ismaweb.net/2018/10/26/sekolah-vernakular-halang-perpaduan-perdana-
menteri/
Jamaluddin, M. K. (2011). Sistem Pendidikan di Malaysia : Dasar, Cabaran dan Pelaksanaan ke
Arah Perpaduan Nasional. SosioHumanika.
Mohd Aris Othman, P. L. (2014). Sejarah Pendidikan di Tanah Melayu dari Tahun 1900-1941.
Jurnal Penyelidikan Dedikasi.
Parzi, M. N. (11 November , 2019). Sekolah Vernakular Aset Penting Negara. Retrieved from
BH Online: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/627202/sekolah-
vernakular-aset-penting-negara
Yahaya, N. (2019 November, 2019). Ubah Sekolah Vernakular kepada Satu Aliran : Ahli
Akademik. Retrieved from Sinar Harian:
https://www.sinarharian.com.my/article/55848/BERITA/Nasional/Ubah-sekolah-
vernakular-kepada-satu-aliran-Ahli-akademik
Prof. Madya Dr. Azizi Yahaya, Amir Hamzah Abdul, Sanif bin Sapaat (2003). Sekolah
Wawasan: Sejauh Manakah Ia Mampu Melahirkan Generasi Bersatu padu di Masa Akan
Datang

xliii
Rahimi Bin Ra’ais, (Mac, 2016). Integrasi Nasional Sekolah Wawasan Di Kompleks Sekolah
Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah Darul Aman

xliv

Anda mungkin juga menyukai