Anda di halaman 1dari 1

KESIMPULAN

Kumpulan kami telah membuat temu bual dengan kontrakor syarikat HSN WARISAN yang
bertempat di taman bukit perdana batu pahat johor. Kontrator tersebut telah membuat projek
pemasangan awning pergola aluminium composite panel yang bermula dari 12.03.2020 dan dijangka
siap pada 21.03.2020. Akan tetapi disebabakan oleh situasi pendemik covid 19, projek tersebut telah
tertunda dan tidak dapat disiapkan pada tempoh masa yang dijanjikan oleh pihak kontraktor.
Alhmaduliah projek tersebut telah siap dengan sempurna pada 19/06/2020 ketika dalam situasi
Perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).
Perbagai isu -isu yang timbul dalam projek ini iaitu pada peringkat sebelum projek disiapkan,
peringkat semasa projek dilaksanakan dan peringkat selepas perlaksanaan projek. Isu – isu ini telah
kami huraikan dengan jelas dan membawa langkah serta cadangan dalam menyelesaikan isu- isu yang
berbangkit ini dengan melaksanakan penjadualan maklumat bahan binaan yang sesuai pada peringakt
sebelum projek dilaksankan. Merancang dengan terperinci kemungkinan yang akan berlaku semasa
projek dilaksanakan dan terakhir iaitu pengawalan dalam penjadualan maklumat berkaitan dengan
perbelanjaan dan sumber tenaga.
Tuntasnya, dalam melaksanakan sesebuah projek penerapan elemen pengurusan projek amat penting
seperti peringkat perancangan yang merupakan aktiviti yang menentukan Objektif projek tersebut
dijalankan agar memudahkan pengurusan pihak pengurus dan pasukan. Seterusnya dalam peringkat
penjadualan yang menetapkan jangkamasa sesuatu projek siap sepenuhnya dengan membuat
perbandingan Objektif yang telah disasarkan. Dan yang terakhir adalah peringkat pengawalan yang
melibatkan pengawalan dari segi kos bahan, sumber, tenaga kerja dan belanjawan dalam
melaksanakan projek tersebut. Kumpulan kami amat berbangga kerena menerusi asisgment ini kami
dapat mengapikasikan pengetahuan asas kami dalam pengurusan projek pada situasi yang sebenar
melalui temu bual yang kami jalankan dengan pihak kontrakor. Menerusi hal tersebut, kami dapat
menganalisi masalah projek tersebut dengan lebih mendalam akan isu yang wujud serta
mengaplikasikan ilmu pengurusan projek dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Akhir sekali
kami juga dapat mengaplikasikan gambar rajah rangkaian dan carta bar dalam melaksanakan sesebuah
projek.

Anda mungkin juga menyukai