Anda di halaman 1dari 4

KESIMPULAN

Rumusannya, teori pembelajaran boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu,


behaviorisme, kognitivisme dan konstruktivisme. Behaviorisme menekankan kepada
tingkahlaku yang boleh diperhatikan. Kognitivisme mengatakan semua imej dan idea dalam
minda individu diwakili melalui skema. Mengikut pandangan konstruktivisme, pengetahuan
dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada. Maksud
konstruktivisme dihuraikan secara berbeza mengikut tokoh, namun, dapat disimpulkan
bahawa konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan
atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses
ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada
untuk membina pengetahuan baru. Implikasi daripada pengertian konstruktivisme antaranya
adalah pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan murid. Selain itu, pengetahuan yang
dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan
bukan pengajaran yang diterima secara pasif. Antara ciri-ciri pembelajaran secara
konstruktivisme adalah menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru.
Selain itu, menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen. Ini mengambil
kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea. Proses ini menggalakkan
soalan atau idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan
merancang pengajaran. Kelebihan pembelajaran secara konstruktivisme kepada murid adalah
mereka akan lebih berfikir sendiri, lebih faham, lebih seronok, lebih yakin, lebih ingat dan
lebih berkemahiran sosial. Cabaran guru yang menggunakan kaedah ini dalam pengajaran
mereka adalah guru akan merasa mereka tidak mengajar dan penerangan mereka tidak
penting lagi. Kawalan kelas juga akan merosot. Guru yang sedang menukar cara mengajar
kepada pendekatan konstruktivisme memerlukan sokongan profesionalisme serta pengukuhan
keyakinan daripada pihak sekolah. Sekiranya dibandingkan kaedah pembelajaran secara
tradisional dan konstruktivisme. Kaedah tradisional lebih kepada pengenalan kepada konsep
secara induktif kepada murid. Bagi mengukuhkan konsep, murid akan diberikan banyak
latihan. Kemudian murid mengaplikasi konsep yang dipelajari dalam situasi baru. Dalam
kaedah konstruktivisme, murid akan meneroka situasi atau masalah baru. Kemudian, murid
mengajukan beberapa soalan yang berkaitan situasi atau masalah yang dihadapi. Murid akan
menjalankan penyasatan dan kajian spesifik dengan memilih satu daripada soalan atau
sebarang masalah yang diajukan dan menjalankan penyiasatan penuh. Murid akan mencari
hubungan antara soalan-soalan dan sebarang masalah yang dijanakan dan membuat
generelisasi. Seterusnya, murid mungkin menemui situasi atau masalah baru untuk diterokai
atau disiasat.
SOALAN PENGUKUHAN
1. Apakah pengertian konstruktivisme?
2. Senaraikan implikasi daripada pengertian konstruktivisme?
3. Apakah antara ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivime? Senaraikan.
4. Apakah peranan guru dalam kelas konstruktivisme? Berikan lima (5) peranan.
5. Bandingkan pembelajaran secara tradisional dan konstruktivisme.
6. Apakah kelebihan pembelajaran secara konstruktivisme kepada murid?
7. Bandingkan teori pembelajaran behaviorisme, kognitivisme dan konstruktivisme.
JAWAPAN PENGUKUHAN
1. Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan
atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam
proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan
sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Implikasi daripada pengertian
konstruktivisme antaranya adalah pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan
murid.
2. Implikasi daripada pengertian konstruktivisme adalah:
a) Pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan murid.
b) Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan
dan menyelesaikan masalah.
c) Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan
peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.
d) Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang
dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif.
e) Guru akan mengenai pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah
pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut.
3. Ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme adalah:
a) Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen.
b) Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea.
c) Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid.
d) Menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya
sebagai panduan merancang pengajaran.
e) Menggalakan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru.
f) Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting denagn hasil
pembelajaran.
g) Menyokong pembelajaran secara koperatif.
h) Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid.
i) Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan
memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar.
4. Lima peranan guru dalam kelas konstruktivisme adalah :
a) Membimbing murid mendapatkan jawapan yang tepat.
b) Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka.
c) Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid.
d) Menggalakkan murid menerangakan idea mereka serta menghargai pandangan
mereka.
e) Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu.
5. Perbandingan kaedah pembelajaran secara tradisional dan kaedah pembelajran secara
konstruktivisme:
Pembelajaran secara tradisional Pembelajaran secara konstruktivisme
Pengenalan kepada konsep. Murid meneroka.
Latihan pengukuhan. Murid mengajukan soalan.
Pengaplikasian konsep. Murid menjalankan penyiasatan dan kajian
spesifik.
Refleksi.
6. Kelebihan pembelajaran secara konstruktivisme kepada murid adalah murid akan
menjadi lebih berfikir, lebih faham, lebih ingat, lebih yakin, lebih berkemahiran sosial
dan lebih seronok.
7. Perbandingan teori pembelajaran behaviorisme, kognitivisme dan konstruktivisme
adalah :

Behaviorisme Kognitivisme Konstruktivisme


Menekankan kepada tingkah Semua idea dan imej dalam Pengetahuan dibina sendiri
laku yang boleh diperhatikan. minda individu diwakili oleh murid secara aktif
melalui skema. berdasarkan kepada
pengetahuan sedia ada.
Perlakuan boleh diperkukuh Jika maklumat baru secocok
atau dihentikan melalui dengan skema, maka
ganjaran atau hukuman. maklumat itu diterima. Jika
tidak, maklumat itu ditolak
atau diubah suai, atau skema
diubah suai.
Pengajaran dirancang
berdasarkan objektif
perlakuan yang boleh diukur
atau diperhatikan.
Guru tidak perlu mengambil
tahu pengetahuan sedia ada
murid dan perubahan yang
berlaku dalam minda semasa
pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai