Anda di halaman 1dari 13

TEORI

KONSTRUKTIVISME
NURUL HAZIQAH HANIS BINTI
AZHARI
DEFINISI KONSTRUKTIVISME

 Pendekatan konstruktivisme
memberi idea-idea baru tentang
pertumbuhan kognitif dan
pembelajaran. Konstruktivisme
merupakan proses pembelajaran
yang menerangkan bagaimana
pengetahuan disusun dalam minda
manusia.
 Tidak semua pengetahuan 
pelajar diperolehi melalui
pengalaman pancaindera ataupun
terdapat pengetahuan sejati
dalam mental pelajar
  Peranan utama
dalam pengajaran bukanlah penyampaian pelaj
aran, penerangan ataupun “perpindahan”
pengetahuan kepada pelajar,tetapi
merupakan penciptaan situasi tertentu untuk
membolehkan pelajar membina konsep
mental yang diperlukan .   Pendekata,ilmu
pengetahuan diperolehi dengan cara
pembinaan pelajar sendiri melalui
pengalaman,renungan & pengabstrakan.
PRINSIP PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

- Pembelajaran adalah satu proses aktif.


- Manusia belajar semasa mereka belajar.
- minda yang aktif bukan fizikal
- Pembelajaran adalah satu aktiviti sosial.
-Pembelajaran adalah kontekstual.
- Lebih banyak yang telah dipelajari, lebih
banyak yang boleh dipelajari.
- Pembelajaran memerlukan masa.
- Motivasi dalam pembelajaran adalah penting
APAKAH KONSTRUKTIVISME ?

  Konstruktivisme adalah satu fahaman


bahawa pelajar membina sendiri
pengetahuan atau konsep secara aktif
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan
menyesuaikan pengetahuan yang diterima
dengan pengetahuan sedia ada untuk
membina pengetahuan baru 
 Konstruktivisme ialah falsafah pembelajaran yang
diasaskan kepada beberapa teori pembelajaran,
di antaranya teori perkembangan kognitif dan
teori kognitif sosial.
 Konstruktivisme mencadangkan bahawa manusia
membina pemahaman dan pengetahuannya
sendiri tentang dunia di sekelilingnya dengan
mengalami dan membuat refleksi ke atas
pengalaman tersebut.
 Konstruktivisme merupakan satu pendekatan
yang didapati sesuai dipraktikkan dalam
pengajaran dan pembelajaran . Dalam
pendekatan ini murid dianggap telah mempunyai
idea yang tersendiri tentang sesuatu konsep yang
belum dipelajari. Idea tersebut mungkin benar
atau tidak.
FASA KONSTRUKTIVISME

 Guru meneroka pengetahuan sedia ada


murid pada permulaan sesuatu pelajaran
melalui soal jawab atau ujian.
 Guru menguji idea atau pendirian murid
melalui aktiviti yang mencabar idea atau
pendiriannya.
  Guru membimbing murid menstruktur
semula idea.
 Guru memberi peluang kepada murid
mengaplikasikan idea baru yang telah diperoleh
untuk menguji kesahihannya.

  Guru membimbing murid membuat refleksi dan


perbandingan idea lama dengan idea yang baru
diperoleh.
CARA MEMBINA KONSEP KONSTRUKTIVISME

 Pelajar membuat penyelesaian matematik
dengan manipulatif.
   Pelajar berbincang keputusan penyiasatan
mereka.
  Pelajar menulis hasil pengalaman mereka.
 Pelajar belajar cara penemuan mereka.
 Pelajar berfikir secara mencapah.
 Pelajar menyelesaikan masalah yang terbuka
KEBERKESANAN STRATEGI PENGAJARAN
KONSTRUKTIVISME

  Pelajar berpeluang
mengemukakan pandangan mereka
terhadap sesuatu konsep.
   Pelajar dapat berkongsi
persepsi/pandangan/idea antara satu sama lain.
  Pelajar dapat menerima serta menghormati
semua pandangan daripada rakan-rakan 
  Semua pandangan diterima
dan tidak dipandang rendah.
 Pelajar dapat mengaplikasikan idea baru
dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan
    kefahaman idea tersebut.

  Pelajar dapat merenung
atau mengimbas kembali proses
pembelajaran yang telah dilaluinya.

  Pelajar dapat menghubungkaitkan idea yang
asal dengan idea yang baru

Anda mungkin juga menyukai