Anda di halaman 1dari 9

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

AKTIVITI KOKURIKULUM

Tajuk : Lari berganti-ganti


Kemahiran : Teknik hulur dan terima baton (statik)
Tarikh : 12 Jun 2019 (Rabu)
Masa : 1450 – 1530 (40 minit)
Bilangan murid : 18 orang
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:
1. Psikomotor:
- Melakukan teknik menghulur dan menerima baton dalam kumpulan secara statik dengan betul
dan tepat.
- Melakukan teknik menghulur dan menerima baton dalam kumpulan secara statik pada jarak 100
meter dengan betul dan selamat.
2. Kognitif:
- Menyatakan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 otot yang terlibat semasa melakukan aktiviti
menghulur dan menerima baton dengan betul dan tepat.
- Menyatakan teknik menghulur dan menerima baton dengan betul dan tepat.
3. Afektif:
- Melihat disiplin, sikap dan kerjasama, mematuhi arahan dan bertolak-ansur
- Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti baru dalam Pendidikan Jasmani
- Menunjukkan nilai berdisiplin semasa aktiviti-aktiviti dijalankan dengan mematuhi arahan guru
- Menunjukkan sikap bertanggungjawab dengan menyimpan alatan permainan apabila alatan-
alatan tersebut tidak digunakan lagi
Pengalaman sedia ada : Pelajar pernah mempelajari kemahiran asas dalam aktiviti larian pecut.

Bahan bantu mengajar : Bil. Alatan Jumlah


1 Wisel 1
2 Kon Besar 10
3 Skittles 10
4 Baton 5

Bahagian/Mas Catatan/
Aktiviti Butir Mengajar/ Fokus PdP Pengelolaan/ Organisasi
a Alatan
Set Induksi Regangan otot Berlari setempat
(5 minit)
- Kaki diangkat hingga aras pinggang dan
tangan dihayunkan.
Regangan (ulangan sebanyak 8 kali)
- Gerakkan bahu mengikut arah putaran jam dan
lakukan sebaliknya      
- Pusingkan tangan mengikut arah jam dan
lakukan sebaliknya.
- Luruskan tangan ke hadapan dan gerakkan ke
kiri dan kanan.
- Luruskan tangan ke belakang dan gerakkan ke
atas dan bawah.
- Tundukkan badan paras pinggang dan
gerakkan ke kiri dan kanan.
- Lari perlahan setempat dan laju mengikut
arahan yang diberikan
Perkembangan Penjelasan teknik 1. Guru menerangkan teknik menghulur dan Kon Besar – 4
menghulur dan Wisel
(10 minit) menerima baton (statik). Dua cara menerima baton:
menerima baton Baton – 4
i. Dari atas
Langkah 1 (statik) 2. Guru memilih dua orang murid untuk
menunjukkan cara menghulur dan menerima
baton secara statik.
3. Analisis perlakuan murid dan guru menyatakan
kesalahan murid terbabit.
4. Guru mendemonstrasikan teknik betul untuk
menghulurkan dan menerima baton secara
statik.
5. Guru membahagikan murid dalam kumpulan
berempat untuk menjalankan aktiviti ansur ii. Dari bawah
maju.
Aktiviti
Dalam keadaan statik, murid pertama
menghulurkan baton kepada murid kedua.
Murid kedua menghulurkan baton kepada
murid ketiga. Murid ketiga menghulurkan baton
kepada murid keempat. Tukar giliran secara
terbalik, iaitu murid keempat menjadi murid
pertama, murid ketiga menjadi murid kedua,
murid kedua menjadi murid ketiga dan murid
pertama menjadi murid keempat.

Teknik menghulur Cara memegang baton:


baton (statik)
- Tangan dominan memegang baton.
- Baton dipegang pada hujung baton.
- Tangan diayun dan diangkat tinggi semasa
menghulur baton.
- Pegangan baton kemas.
Teknik menghulur baton (statik):
- Berdiri dalam keadaan seperti larian asas
- Kira-kira 3 meter, isyarat ‘up’ diberikan.
- Murid di hadapan lari anak
- Murid yang memegang baton cuba mengejar.
- Tangan dominan yang memegang baton
diangkat sedikit semasa menghulur.
- Baton dilepaskan apabila murid di hadapan
memegang baton

Teknik menerima
baton Cara memegang baton:
- Murid yang menerima baton menghulurkan
tangan yang berlawanan dengan murid yang
menghulurkan baton.
- Apabila isyarat “up” diterima, lari anak dan
dengan serentak, tangan diangkat.
- Tapak tangan menghadap atas ke arah langit.
- Ibu jari dan jari telunjuk dibuka seakan
membentuk huruf ‘C’.
- Tangan yang menerima memegang hujung
baton dengan kemas.

Teknik menerima baton (statik):


- Berdiri dalam keadaan sedia.
- Mata pandang belakang dan lihat murid yang
membawa baton.
- Kira-kira 5 meter, lari anak dan pandang
hadapan.
- Apabila isyarat ‘up’ diterima, tangan yang akan
menerima baton diangkat.
- Keadaan tangan kekal dan sedia menerima
baton.
- Apabila menerima baton, lari pecut sambil
memegang baton dengan kemas.
Perkembangan Permainan kecil: 1. Murid dibahagikan dalam kumpulan berenam. Skittles – 10
(10 minit) “Run around Wisel
2. Murid pertama perlu berlari keliling skittles di
Langkah 2 skittles” Baton – 5
hadapan dan di belakang kumpulannya.
3. Murid kedua akan mula berlari apabila
menerima baton daripada murid pertama.
4. Semua murid menunggu giliran masing-masing
untuk berlari.
5. Kumpulan yang lebih cepat menamatkan larian
dikira pemenang.

Kemuncak Latihan ansur Latihan ansur maju Menghulur dan menerima baton Baton – 4
(10 minit) maju dalam kumpulan secara statik: Wisel – 1
1. Dalam kumpulan yang sama, guru
Kon Besar – 8
mengarahkan murid untuk berbaris dalam
garisan. Tamat

2. Guru mengagihkan baton kepada murid yang


berdiri di kedudukan terakhir dalam barisan. 1
0
3. Apabila wisel ditiup, keempat-empat murid
0
dalam barisan tersebut berlari anak.
4. Apabila isyarat “up” diterima, murid yang
berada di hadapan (murid ketiga) mengangkat Permulaan
tangan untuk menerima baton sehingga murid
pertama berjaya menerima baton.
5. Murid yang pertama akan menjatuhkan baton
sebaik sahaja menerima baton daripada murid
kedua.
Murid terakhir (murid keempat) akan mengutip
baton yang dijatuhkan dan mengulangi langkah
4 – 6 sehingga menerima arahan wisel berhenti
(100m).

Lari berganti-
ganti 100 meter. Lari Berganti-ganti 100 meter
1. Murid diarahkan berbaris dalam kumpulan
masing-masing.
2. Jarak antara pelari adalah kira-kira 20 meter.
3. Murid mengaplikasikan teknik larian,
menamatkan tarian, menghulur dan menerima
baton sepanjang larian.
4. Kumpulan pertama yang berjaya menamatkan
larian dalam tempoh masa terpendek dikira
sebagai pemenang.

Penutup Gerak Kendur Regangan pinggang, lutut dan kaki Wisel


(5 minit)
- Kaki kanan dihulurkan ke hadapan sambil
menekan lutut kanan dengan tangan kanan
dalam kiraan lapan.
- Memusingkan badan ke arah kanan dalam
kiraan lapan.
- Tangan kiri memegang kiri yang lurus dalam
kiraan lapan.
- Ulang dengan menukar posisi kaki.

Regangan kepala
- Pelajar berdiri dalam dua barisan memanjang
di hadapan guru mengikut kumpulan. Pusing
kepala ke kiri, ke kanan, ke atas dan ke bawah.

Regangan tangan
- Bahu dijongketkan dengan tangan lurus
bersama badan digerakkan ke kiri dan ke
kanan dalam kiraan lapan.
- Kedua-dua bahu dijongketkan sekaligus
dengan pergerakan yang sama.
- Tangan diangkat lurus ke atas kepala sambil
kaki melangkah satu langkah ke depan dan
undur satu langkah kembali ke kedudukan asal.
- Ulang lapan kali.

Tarik nafas
- Tarik nafas sebanyak tiga kali.
- Hembus dengan kuat pada kali ke-3.

Soalan refleksi
- Apa yang murid belajar pada hari ini?
- Apa yang telah murid-murid main?

Langkah mengemas alatan


- Murid-murid mengemas alatan yang telah
digunakan.
- Murid-murid berbaris sebelum masuk ke kelas.

Anda mungkin juga menyukai