Anda di halaman 1dari 7

QSI 3021

KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA (PADANG)


KUMPULAN D
TAJUK: KEMAHIRAN LONTAR PELURU

NAMA PENSYARAH: PROF.DR. MOHD SANI BIN MADON

NAMA AHLI KUMPULAN:

BIL NAMA NO MATRIK


1. IZIAN HAZWANI BINTI YUSOFF D20142069203
2. NORHANIM BINTI GHAZALI D20142069685
3. SITI NADIA BINTI AHMAD TAUPEK D20142069028
4. NOR FAZIRA BINTI ABD RAHIM D20142069037
5. MOHAMAD HUZAIRI BIN USMAN D20161073303
6. MOHAMMAD AFIQ BIN BAKERI D20161073317
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Olahraga Padang


Tunjang : Kemahiran
Tajuk : Olahraga
Sub Tajuk : Lontar Peluru
Tarikh : 6 Dis 2017
Masa : 8.00 pagi – 8.30 pagi
Kelas : 4 Bestari
Bilangan murid : 25 orang pelajar
Pengalaman Sedia Ada : Pelajar pernah melakukan aktiviti lompatan di dalam sesi pengajaran sebelum ini.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran pelajar dapat :
Psikomotor : 1. Melakukan percubaan teknik memegang peluru dan kedudukan peluru dengan lakuan yang betul.
2. Melakukan teknik lontar peluru gaya berdiri dengan lakuan betul.
Kognitif : 1. Menyatakan cara-cara melontar dengan betul semasa melakukan aktiviti lontar peluru.
Afektif : 1. Pelajar menunjukkan sifat keprihatinan kepada aspek keselamatan semasa melakukan
aktiviti.
2. Menunjukkan sifat toleransi dan kesungguhan semasa melakukan aktiviti.
Penerapan nilai : Semangat keprihatinan, toleransi, kerjasama dan kesungguhan dalam belajar.
KBKK : Menganalisis setiap pergerakan yang dilakukan semasa aktiviti pegangan dan lontaran
dilakukan.
Penggabungjalinan : Tunjang kecerdasan-koordinasi
Alatan : 1. Peluru
2. Wisel
BAHAGIAN / AKTIVITI FOKUS PEMBELAJARAN ORGANISASI CATATAN
MASA / ALATAN

PERMULAAN Penerangan guru - Guru memberitahu pelajar P G P


( 4 minit ) bahawa mereka akan belajar P P
teknik pegangan dan lontar P P P P
peluru gaya berdiri.
G = Guru
P = Pelajar

KEMAHIRAN - Guru memperkenalkan peluru


( 9 minit ) terlebih dahulu kepada murid.

Langkah 1 a. Peluru 7.620kg - lelaki


b. Peluru 4.000 kg -
perempuan

- Guru meminta para pelajar beratur


secara selari.

- Seterusnya, guru menunjukkan


cara memegang peluru.

1. Teknik memegang peluru


dengan tiga jari.

a. Peluru disokong di pangkal


ketiga-tiga jari tengah dan ibu
jari.
Gambarajah teknik pegangan
b. Jari kelingking peluru.
dibengkokkan di sisi peluru.

c. Pastikan peluru tidak


berada pada tapak tangan.
Tunjuk cara dan
penerangan guru 2. Teknik pegangan peluru di bawah
( teknik pegangan tulang rahang pipi sebelum peluru
dan kedudukan dilontar.
peluru )
a. Bawa peluru di bawah tulang
rahang pipi.

b. Siku menghala keluar badan.

c. Pangkal lengan membuat


sudut 45 º dengan badan
Demostrasi Lontar
peluru gaya berdiri 1. Fasa Persediaan

- Bagi fasa persediaan, guru


meminta pelajar berdiri dengan
gaya memegang peluru

- Bahu kiri menghadap arah


lontaran.

- Kaki dominan diletakkan ke


hadapan dan dibengkokkan.

- Badan dicondongkan ke hadapan


sedikit.

- Manakala, kaki belakang pula


diluruskan.

- Peluru diletakkan di bawah tulang


rahang pipi.

- Lengan tangan diangkat hampir


mendatar (90 º) dan siku ke luar.

- Pelajar akan mengilaskan badan


dengan memusingkan punggung,
dada naik ke hadapan dan diikuti
tolakan tangan ke hadapan.

- Setelah menolak, tangan statik 45º


ke atas tanpa melepaskan peluru

2. Fasa Lontaran

- Setelah mengilas badan, pelajar


akan menggunakan kaki yang
dibelakang untuk menolak dengan
kuat sehingga badan melentik.

- Pergerakan ini disusuli dengan


pergerakan melontar peluru
dengan menggunakan bahagian
bahu.

- Semasa melontar, peluru berada di


rahang pipi tanpa dialihkan untuk
mengelakkan lontaran batal.

- Kuasa tolakan akan perpindah


kepada tangan dan melontar
sekuat yang boleh.

- Kemudian peluru dilepaskan ke


hadapan dengan kedudukan
tangan tinggi 45º.
3. Fasa Ikut Lajak

- Pelajar melakukan hayunan tangan


bukan dominan sebagai sokongan
dengan membawa berat badan ke
hadapan dan seterusnya melontar.

- Selepas lontaran, melonjak dengan


kaki dominan untuk mengimbangi
badan.

- Manakala mata memandang ke


hadapan sejauh yang mungkin.
Langkah 2 Lakuan keseluruhan 1. Pelajar melakukan semula ALATAN:
keseluruhan teknik melontar peluru -Peluru
di atas bulatan melontar dengan
menggunakan alatan sebenar.

2. Pergerakan tangan kaki dan badan


dititik beratkan dan dibetulkan jika
terdapat kesalahan.

3. Setiap pelajar melakukan 2 kali


percubaan lontar peluru.

Anda mungkin juga menyukai