Anda di halaman 1dari 2

Disediakan oleh : Nurul Haziqah Hanis binti Azhari

LAPORAN LAWATAN KE PRASEKOLAH SERI MELEWAR

Pada hari isnin iaitu 6 Januari yang lalu, guru pelatih unit Pendidikan Awal Kanak-
kanak telah membuat lawatan ke Prasekolah Seri Melewar. Di sana, kami telah
membuat pemerhatian terhadap tingkah laku kanak-kanak semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran dijalankan. Di sana juga, kami telah membawa kanak-kanak
tersebut berjalan melawat kawasan di sekitar IPG.

Sepanjang tempoh pemerhatian yang dijalankan, saya mendapati kanak-kanak


yang baru mendaftar masih janggal di dalam kelas kerana mereka baru hendak
menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran dan rakan-rakan lain. Justeru, dari
aspek sosial, mereka masih lemah kerana kurangnya komunikasi antara satu sama
lain. Namun begitu, sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran dijalankan
tidak ada kanak-kanak yang menangis atau tantrum.

Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, kami diminta untuk


membawa kanak-kanak melawat kawasan di sekitar IPG. Sebelum lawatan
dijalankan, terdapat seorang kanak-kanak tidak mahu mengikuti lawatan tersebut.
Saya telah berusaha memujuk dan memimpin tangan kanak-kanak tersebut tetapi
kanak-kanak itu tidak mahu dan pergi ke arah rakannya dan memimpin tangannya.
Hal ini menunjukkan kanak-kanak tersebut belum mempunyai rasa percaya kepada
saya dan lebih percaya kepada rakannya.

Akhirnya, sepanjang tempoh pemerhatian kanak-kanak dilihat melibatkan diri di


dalam kelas dan mendengar arahan dengan baik. Cikgu Ayu juga dilihat
menjalankan pdp yang menyeronokkan dan mampu menarik perhatian kanak-kanak
untuk belajar dan melibatkan diri di dalam kelas. Justeru, sebagai seorang guru, kita
mestilah mewujudkan suasana yang seronok agar murid gembira dan mahu untuk
datang ke sekolah seterusnya melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial.
Disediakan oleh : Nurul Haziqah Hanis binti Azhari

Gambar 1 : Kanak-kanak sedang beratur

Gambar 2: Sesi pdp sedang dijalankan

Anda mungkin juga menyukai