Anda di halaman 1dari 13

Laporan Hari pertama 22/08/2011 Pada hari ini saya telah melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sebuah

sekolah berhampiran rumah saya iaitu Sek Keb Bandar Putra. Saya akan berada di sekolah ini selama lima hri bermula hari ini. Ini merupakan PBS terakhir saya memandangkan saya sudah berada disemester ke-empat. Seperti biasa saya datangke sekolah pada pukul 7.00 pagi dan terus menuju ke pejabat untuk melapor diri. Saya telah melakukan PBS ini bersama tiga orang rakan yang mana seorang dari IPG Kampus Tun Hussain Onn dan dua orang lagi dari IPG Kampus Kota Baru. Jadi saya tidak keseorang sewaktu membuat PBS di sini. Selepas itu saya menghadirkan diri ke perhimpunan dan berkenalan dengan guru-guru di sekolah ini. Guru pertama yang banyak membantu saya pada hari ini ialah Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Abd Latip. Guru besar yang sepatutnya saya jumpa, tidak hadir kerana urusan yang tidak saya ketahui. Hari pertama saya di sini saya telah diminta menggantikan dua kelas iaitu darjah tiga dan darjah dua. Saya masuk ke kelas bersama seorang kawan saya tadi. Sewaktu di kelas saya lebih banyak berbual-bual dengan pelajar. Pada waktu lapang pula saya mengambil kesempatan membuat kerja kursus yang telah diberikan oleh pensyarah dan saya pulang pada pukul 1.30 tengah hari. Laporan PBS Hari Kedua 23/08/2011 Hari ini saya datang seperti biasa dan telah menemubual seorang pengawal keselamatan di sekolah ini. Setelah itu, saya menyambung kerja saya di tempat yang telah disediakan. Oleh kerana hari ini saya membawa kamera, saya juga telah mengambil kesempatan untuk mengambil gambar di sekitar kawasan sekolah di samping melihat sendiri persekitaran sekolah. Pada saya sekolah ini mempunyai persekitaran yang sangat menarik dengan hiasan dan bilik khas yang menarik. Terdapat juga sudut bacaan yang banyak di sekitar sekolah ini. Saya juga telah menolong pembantu pejabat menghias pejabat pada hari ini. Saya menolong mengayam ketupat dan manggantungkannya bagi memeriahkan pejabat. Di akhir waktu, saya telah masuk ke kelas darjah 1 kerana mengggantikan seorang guru yang tidak hadir. Saya pulang pada pukul 1.30 petang.

Laporan Hari Ketiga 24/08/2011

Pada hari ini setibanya saya di sekolah, saya telah bertemu dengan seorang guru Bahasa Melayu. Saya telah mengadakan sesi kolaborasi dan perbincangan tentang subjek ini bersama beliau. Selain itu, saya juga berjumpa Pembantu Am sekolah ini untuk bertanya serba sedikit tentang sekolah ini. Kemudian, saya dan rakan-rakan sePBS saya telah dipanggil untuk berjumpa guru besar sekolah ini. Sepanjang pemerhatian saya di sekolah ini, saya melihat guru besar merupakan seorang yang tegas dan sentiasa sibuk dengan tugasan sebagai seorang guru besar. Banyak nasihat yang diberikan beliau kepada kami sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan nanti. Antara nasihat yang beliau beri ialah hidup ini jangan sesekali menyusahkan orang. Kita juga perlu belajar cara untuk mengajar dan menarik minat murid-murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. Beliau juga mengingatkan supaya kami guru baru agar sentiasa bersemangat untuk mengajar. Jangan hanya pada awal bekerja sahaja. Selepas itu saya telah masuk ke kelas darjah 3 dan 4 untuk mengadakan pertandinagn mewarna sempena bulan kemerdekaan. Pertandingan ini berakhir pada jam 12.20 tengah hari untuk tahap satu dan 1.20 petang untuk tahap 2. Laporan Hari Keempat 25/08/2011 Pada hari ini saya lebih banyak masa yang terluang. Jadi masa yang terluang ini saya gunaka untuk membuat segala tugasan yang diberi pensyarah. Selain itu, saya juga telah mendapatkan tandatangan dari guru-guru untuk memenuhkan borang kolaborasi yang perlu diisi untuk setiap PBS. Setelah itu saya telah mendapatkan tandatangan dari guru besar untuk borang kehadiran dan sahsiah pada hari ini kerana guru besar khuatir, beliau akan sebik pada hari esok. Ini kerana pada hari esok akan berlangsung Majlis Khatam al-Quran peringkat sekolah dan beliau perlu merasmikan majlis tersebut. Sebelum pulang, guru besar telah berjumpa kami dan sekali lagi mengingatkan tentang tanggungjawab sebagai seorang guru yang bukannya mudah, bahkan semakin sukar lebih-lebih lagi di era globalisasi ini. Laporan Hari kelima 26/08/2011 Pada hari ini berlangsungnya majlis khatam al-quran peringkat sekolah di surau. Pelajar yang terlibat ialah pelajar tahap dua manakala pelajar tahap satu dikumpulkan di dewan untuk mendengar bacaan al-quran dan berzikir. Saya juga mengambil banyak gambar sewaktu majlis ini berlangsung. Majlis bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada jam 9.00 pagi. Setelah itu, semua pelajar kembali ke kelas untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti biasa.

Masa yang ada saya gunakan untuk menyambung membuat tugasan saya. Oleh kerana hari ini hari terakhir saya berada di sekolah ini, saya mengambil kesempatan untuk bergambar bersama-sama rakan sePBS saya dan bersalam bersama guru-guru di sekolah ini. Saya juga sempat mengucapkan ucapan terima kasih dan memohon maaf atas segala kesilapan. Saya pulang pada pukul 12.00 dan bersiap untuk menunaikan solat jumaat. Saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dari 5 hingga 9 Mac 2012 di Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri (SKDB) Cheras, Selangor Darul Ehsan. Saya perlu melakukan pemerhatian, mengumpul maklumat, berbincang dengan guru dan merekod maklumat. Untuk perbincangan mengenai kelas pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani , saya telah menemuramah Encik Najib bin Harun sebagai Ketua Panitia Pendidikan Jasmani SKDB dan juga Encik Isharizam bin Ujang sebagai setiausaha sukan SKDB. Kemudian saya telah mendapat peluang untuk melakukan pemerhatian terhadap kelas tahun 1 Kasih semasa seisi pendidikan jasmani di padang dan turut mendapatkan sedikit maklumat daripada Puan Tuty Rafna selaku guru pendidikan jasmani 1 Kasih dan merekodnya diatas kertas catatan saya. Menurut Encik Najib bin Harun, Ketua Panitia Pendidikan Jasmani SKDB biasanya setiap satu masa untuk satu kelas ialah selama 60 minit untuk satu minggu. Pendekatan dan strategi yang sering digunakan oleh guru pendidikan jasmani ialah menggunakan pendekatan dua hala antara guru dan murid. Seperti menurut kata Puan Tuty Rafna, guru pendidikan jasmani 1 Kasih bahawa beliau kadangkala melakukan kaedah berpusatkan murid dan juga guru. Ada masa-masa tertentu beliau akan menggunakan kaedah berpusatkan guru dan ada kalanya menggunakan kaedah berpusatkan murid. Berdasarkan pemerhatian saya terhadap pengajaran dan pembelajaran beliau pada 9 mac yang lalu, saya mendapati bahawa beliau telah menggunakan strategi berpusatkan guru kerana beliau banyak memberikan arahan dan panduan kepada murid-muridnya semasa melakukan aktiviti di padang. Saya juga merasakan semasa seisi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung antara Puan Tuty Rafna dengan murid-murid kelas 1 Kasih adalah bersesuaian dengan objektif pelajaran pada hari tersebut. Saranan saya juga terhadap seisi pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani ialah guru dan murid perlu bekerjasama memberikan idea yang kreatif bagi aktiviti yang lebih menarik dan menyeronokkan lagi.

Setiap kali memulakan seisi pengajaran saya mendapat tahu bahawa aktiviti memanaskan badan akan dilakukan dan semua murid dikehendaki untuk

melakukannya. Guru akan memaklumkan akan kepentingan aktiviti memanaskan badan kepada murid-murid diawal tahun persekolahan. Kemudian di seisi yang lain guru hanya melakukan aktiviti memanaskan badan bersama murid-murid tanpa menerangkan lagi akan kepentingan tersebut kerana guru menganggap murid-murid sudah pun mengetahuinya. Begitu juga menurut Puan Tuty Rafna, beliau menerangkan akan kepentingan aktiviti memanaskan badan kepada murid di awal seisi persekolahan. Kemudian beliau hanya akan sesekali menerangkannya atau meminta murid-muridnya memberitahunya akan kepentingan memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti pendidikan jasmani. Pendapat saya, terutama bagi murid tahap satu, mereka perlu selalu diberitahu akan kepentingan memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti kerana murid-murid tahap satu tidak sentiasa memahami dan mengingati akan keperluan untuk memanaskan badan tidak seperti kanak-kanak yang lebih besar kerana kanak-kanak yang lebih besar lebih mengingati dan memahami akan kepentingan untuk memanaskan badan setiap kali sebelum memulakan aktiviti di padang. Untuk tahap usia kanak-kanak sekolah rendah terutamanya tahap satu, aktiviti yang diberikan tidak membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota badan. Ini adalah kerana guru yang mengajar seperti menurut Encik Isharizam bin Ujang, setiausaha sukan SKDB beliau sentiasa mengikut sukatan pelajaran dan silibus dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Sukatan pelajaran yang telah disediakan biasanya menepati kehendak dan kesesuaian tahap murid mengikut tahun. Pada pemerhatian saya sendiri juga pada kelas 1 Kasih di padang, aktiviti yang diberikan oleh guru mereka adalah tidak merbahayakan mereka dan guru mereka sentiasa mengawasi mereka semasa melakukan semua aktiviti di padang. Otot-otot seperti trapezius, gastrocnemius, biceps, triceps, quadricep, latissimus dorsi dan sebagainya pula diberikan tumpuan dan penekanan semasa aktiviti seperti berlari, melompat, menunduk, dan sebagainya. Puan Tuty Rafna juga mengatakan bahawa beliau sentiasa mengikut modul Pendidikan Jasmani yang telah disediakan, maka aktiviti yang dilakukan sentiasa dirancang dan menggunakan keseluruhan anggota badan.

Semasa seisi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di padang, guru sentiasa memastikan murid-muridnya berdisiplin dan mendengar arahan seperti arahan memasukkan t-shirt sukan kedalam seluar bagi murid lelaki dan arahan menepati masa untuk ke padang. Jika murid tidak mendengar arahan dan tidak berdisiplin, murid akan akan diberi teguran dan didenda oleh guru, contohnya mengenakan denda mengutip sampah di kawasan sekitar. Dan menurut Encik Isharizam bin Ujang, kebiasaannya murid tersebut akan melakukan denda tersebut dan tidak lagi mengulanginya. Semasa dalam pemerhatian saya, aktiviti menyejukkan badan atau warm down dijalankan oleh guru dan murid tetapi apa yang saya dapat lihat ialah, guru hanya menarik nafas dan menghembusnya beberapa kali sebagai aktiviti menyejukkan badan. Guru tidak melakukan bebrapa pergerakan yang lain sebagai aktiviti menyejukkan badan mereka selepas selesai melakukan aktiviti. Malah penerangan mengenai aktiviti menyejukkan badan juga saya dapati tidak dijelaskan oleh guru mereka. Tetapi apabila saya berjumpa dan menanyakan Puan Tuty Rafna mengenai aktiviti menyejukkan badan itu, beliau menjelaskan bahawa beliau telah menerangkan akan kepentingan aktiviti menyejukkan badan itu kepada murid di awal seisi persekolahan dulu dan hanya mengulanginya sekali sekala kepada murid-muridnya. Saranan saya ialah, guru sepatutnya tidak hanya melakukan aktiviti menyejukkan badan dengan hanya menarik nafas dan menghembuskannya sahaja. Guru perlu menunjukkan kepada murid beberapa lagi aktiviti dan pergerakan untuk menyejukkan badan seperti membuat regangan badan, berjalan, dan sebagainya sebelum bersurai. Dengan itu guru dan murid akan dapat mengelakkan diri daripada mendapat kejangan pada otot apabila telah selesai melakukan aktiviti pendidikan jasmani. Peralatan yang digunakan semasa Pendidikan Jasmani adalah sesuai dengan aktiviti yang dirancang oleh guru. Jika pada hari tersebut, guru ingin mengajar permainan bola sepak, guru akan menggunakan bola sepak dan menggunakan jaring gol bola sepak disediakan di padang sekolah. Guru sentiasa memastikan keselamatan dan disiplin murid-muridnya semasa bermain di padang dan tidak akan membenarkan menggunakan perlatan yang merbahayakan keselamatan diri dan orang lain. Berdasarkan pemerhatian saya, Puan Tuty Rafna telah menggunakan alatan yang sesuai seperti, relung hula hoop, kon sederhana besar, dan tali skipping. Puan Tuty

Rafna telah memanipulasikan alatan yang ada dan mempelbagaikan aktiviti seperti bergerak bersama rakan secara berdua atau bertiga sambil menggunakan relung hula hoop, melompat merentasi tali skipping seperti melintasi sungai dan lain-lain. Pembahagian masa yang digunakan dari mula hingga tamat waktu adalah sesuai dan dirancang guru. Menurut Encik Isharizam bin Ujang dan Puan Tuty Rafna jika dahulu kelas Pendidikan Jasmani dijalankan selama 30 minit setiap satu seisi dan mengadakan dua kali seisi untuk satu minggu. Tetapi kesan daripada itu wujud beberapa masalah yang lain dari segi pengurusan masa oleh murid dan guru. Muridmurid akan mengambil masa untuk ke padang dan guru juga tidak dapat untuk menguruskan murid dalam masa yang singkat sebelum memulakan seisi pengajaran. Maka masa yang diperuntukkan untuk kelas Pendidikan Jasmani biasanya adalah tidak mencukupi. Semasa saya melakukan pemerhatian terhadap kelas 1 Kasih, saya dapati guru mereka, Puan Tuty Rafna menggunakan masa yang ada dengan baik sekali. Guru mereka memulakan pengajaran dan aktiviti seawal 7.40 pagi dan berkahir pada jam 8.40 pagi tepat. Dengan itu, murid-murid tidak akan mengambil masa dari subjek oleh guru yang lain jika kelas pendidikan jasmani mereka lewat ditamatkan. Pandangan umum sering mengatakan bahawa kelas Pendidikan Jasmani ini hanyalah masa untuk murid bermain dan bersuka ria bersama-sama dengan rakanrakannya tanpa diajar oleh guru dengan teknik dan cara yang betul. Namun menurut guru-guru Pendidikan Jasmani yang saya temui disini, pandangan tersebut adalah salah sama sekali kerana kini, guru-guru Pendidikan Jasmani yang dipostingkan ke sekolah-sekolah adalah mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan dan tidak sekadar memberikan aktiviti bebas kepada murid. Menurut mereka, guru-guru yang sekadar mengendalikan kelas Pendidikan Jasmani dengan cara yang tidak betul adalah berasal daripada guru yang bukan berada dalam bidang Pendidikan Jasmani. Guru yang bukan berasal daripada bidang Pendidikan Jasmani tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan Pendidikan Jasmani murid sekolah rendah, maka biasanya mereka hanya akan membenarkan murid-murid mereka bermain apa sahaja yang diingini di padang sekolah. Maka, pihak pentadbiran dan kementerian pelajaran perlu memastikan guru-guru pendidikan jasmani yang berkelayakan adalah mencukupi bagi setiap sekolah agar masalah-masalah lain tidak akan timbul. Jika benar terdapat

kekurangan bagi guru-guru pendidikan jasmani dan terpaksa melantik guru yang bukan dalam bidang yang berkaitan untuk mengajar pendidikan jasmani, pihak pentadbiran dan kementerian pelajaran perlu memberikan kursus dan kemahiran serta ilmu kepada guru-guru tersebut agar mereka dapat mengajar murid-murid pendidikan jasmani dengan lebih baik.

Rujukan. http://anizyn.blogspot.com/2008/01/panaskan-badan-sebelum-bersenam.html (Diakses pada Mac 2012) http://www.akubugar.com/index.php?option=com_content&view=article&id=297:7-kelompokotot-besar&catid=40:latihan-olahraga&Itemid=3 (Diakses pada Mac 2012 http://peoplelearn.homestead.com/penyelidikan/bab8a.html (Diakses pada Mac 2012 http://pjk.ipgkti.edu.my/pjm3111bolabaling/04_HSP%20PJK%20Tahun%201.pdf (Diakses pada Mac 2012 http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/02/memanas-dan-menyejukkan-badandalam.html (Diakses pada Mac 2012

Pemerhatian berdasarkan senarai semak berkait rapat dengan perkembangan fizikal telah dijalankan ke atas subjek kajian iaitu seorang kanak-kanak prasekolah. Senarai semak adalah bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah kerana pada peringkat umur kanak-kanak ketika ini berada dalam tahap perkembangan semua aspek, termasuk aspek perkembangan fizikal. Secara keseluruhannya subjek kajian mempunyai kemampuan melakukan ciri-ciri perkembangan fizikal selama kami menjalankan pemerhatian sewaktu aktiviti PBS di prasekolah SK South, Miri. Senarai semak yang berfokus kepada perkembangan fizikal ini sedikit sebanyak telah membantu kami melihat perkembangan untuk memastikan tahap-tahap perkembangan fizikal yang tertentu. Mengikut penerangan teori, proses perkembangan fizikal kanak-kanak akan melalui tiga proses iaitu proses pertama adalah penyesuaian anggota-anggota badan badan dalam membuat pergerakan motor kasar. Proses kedua pula menyentuh megenai penyesuaian bahagianbahagian kecil anggota badan dalam membuat pergerakan motor halus dan seterusnya proses ketiga iaitu satu perkembangan yang menyentuh mengenai kemampuan membezakan keadaan melalui pancaindera. Tahap pencapaian maksimum dalam ketiga-tiga aspek perkembangan fizikal ini bergantung kepada beberapa faktor tertentu. Faktor biologi merupakan faktor penyumbang kepada tahap perkembangan fizikal. Segolongan ahli psikologi berpendapat bahawa kemahiran motor kanakkanak datang daripada kematangan biologi. Walaupun wujud perbezaan individu, kebanyakan kanak-kanak daripada pelbagai budaya boleh berjalan pada umur yang lebih kurang sama. Pandangan ini bermaksud perkembangan motor kanak-kanak seperti pembesaran tulang dan otot, kematangan sistem saraf, keupayaan menyeimbangkan badan misalnya telah disediakan terlebih dahulu oleh genetik (Kopp, 1979). Selain itu, faktor persekitaran juga mempengaruhi tahap pencapaian fizikal pada kanak-kanak. Faktor persekitaran ini menekankan latihan sebagai aspek penyumbang secara tidak langsung kepada kanak-kanak untuk mencapai tahap perkembangan fizikal. Mengikut kajian semasa dilahirkan seseorang kanak-kanak telah dibekalkan dengan lengkap segala anggota tubuh badan dan juga pancaindera. Ini adalah berkait rapat dengan kematangan biologinya yang sempurna ketika dilahirkan. Kesempurnaan ini dapat digunakan sepenuhnya mengikut tahap perkembangan fizikal yang dilalui oleh seseorang kanak-kanak itu mengikut peringkat umur. Pada ketika ini, tulang, otot dan urat saraf belum cukup matang. Anggotaanggota yang mustahak dalam pergerakan ialah kaki, tangan, badan dan kepala. Secara umumnya, Seseorang kanak-kanak sudah menguasai pergerakan bagi setiap anggota badan tersebut semasa berumur dalam lingkungan umur emapat hingga enam tahun. Dalam tahap umur seperti ini kanak-kanak sudah mampu membuat pergerakan fizikal yang asas seperti menggelengkan kepala, mengangkat, mengayunkan tangan, melontar benda, berlari dan melakukan pergerakan seperti menari. Namun yang demikian tahap penguasaan fizikal badan masih ditahap yang perlu diperseimbangkan lagi.

Pergerakan fizikal yang lain adalah pergerakan motor halus iaitu penyelarasan bahagianbahagian kecil anggota badan seperti jari, tangan, lengan siku, pergelangan tangan, leher, tumit kaki dan dagu. Pergerakan motor halus ini adalah bermatlamat. Sebagai contoh menulis huruf abjad dengan menggunakan jari-jari dan lengan yang dominan iaitu sama ada lengan kiri atau kanan. Seterusnya penggunaan jari-jari secara serentak dalam melakukan pergerakan seperti meggunting kertas. Anggota-anggota yang yang terlibat ini memerlukan kemahiran penguasaan yang baik dan memerlukan banyak latihan dan pendedahan. Perkembangan pancaindera pula memerlukan tiga peringkat penguasaan. Pertama pancaindera yang menggunakan sifat yang dapat membezakan sesuatu ciri benda atau perkara yang dilihat. Misalnya pabila kanak-kanak mengambil kira perbezaan antara bau iaitu sudah pasti bau yang busuk dengan bau harum daripada benda yang terdapat di sekeliling mereka dan bagaimana benda tadi mampu memberi rangsangan tindakan kepada kanak-kanak. Misalnya menghindari bau busuk tadi dan mendekati pula kepada bau harum. Ini dibantu dengan semangat igin tahu daripada kanak-kanak itu sendiri Dalam peringkat kedua, pancaindera berkembang ke arah penguasaan membezakan di antara dua atau lebih ciri yang terdapat pada satu jenis bunyi, bau mahupun rasa. Contohnya, kanak-kanak boleh membezakan bau bunga jasmine, teratai ros dan dahlia. Bagi peringkat tiga, penguasaan tertumpu kepada membezakan ciri-ciri dan kualiti yang terdapat pada sesuatu perkara yang dilihat. Ini bermakna kesemua pancaindera tersebut digunakan untuk menghasilkan maklumat dan membezakan maklumat-maklumat yang diterima. Kemudian, ciri-ciri ini akan disusun mengikut kriteria yang difikirkan penting. Secara semulajadi pancaindera yang sudah sedia ada dan yang dipelajari dapat digunakan dalam unit pemikiran kanak-kanak untuk menentukan ciri-ciri yang terdapat pada benda yang dilihat. Berdasarkan ciri-ciri ini, kanak-kanak tersebut akan membandingkan dengan pengalamannya bagi menentukan apakah benda tersebut. Sebagai contoh yang boleh diambil ialah kanak-kanak yang terdedah kepada perkara di alam yang sebenar, pancaindera mereka akan membantu mereka melihat dan memahami perbezaan yang wujud seperi dalam situasi yang sebenar seperti di zoo iaitu kanak-kanak akan tertarik kepada binatang seperti harimau kerana memiliki ciri-ciri yang hampir sama dengan seekor kucing yang mungkin dipelihara di rumah. Selain itu, kesihatan badan yang baik penting bagi kanak-kanak dalam peringkat prasekolah. Mereka perlu diasuh memakan makanan yang seimbang, mengamalkan tabiat kebersihan diri dan alam sekitarnya serta menjauhkan diri daripada penyakit. Kanak-kanak pada usia lingkungan empat hingga enam tahun akan menggunakan tenaga yang banyak dalam aktivitiaktiviti seharian mereka. Oleh itu, pemakanan mereka haruslah lebih kepada karbohidrat dan protein untuk memberi tenaga di samping membina sel-sel dan tisu-tisu badan yang baru. Setelah memahami perkembangan fizikal kanak-kanak yang hanya mencapai tahap perkembangan yang terhad pada peringkat umur tertentu, sudah pastinya ibu bapa dan guru

perlu menerapkan ciri-ciri keselamatan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak ini perlu banyak didedahkan dan diterangkan mengenai benda-benda dan situasi yang boleh membahayakan diri mereka. Langkah-langkah pencegahan perlu diajar kepada mereka dari awal lagi supaya perkara yang tidak diingini tidak berlaku apatah lagi kanak-kanak yang banyak memerlukan bimbingan dan pertolongan untuk mencapai aspek perkembangan yang lain dengan baik. Oleh itu, ibu bapa dan guru yang mengendalikan kanak-kanak di peringkat umur prasekolah haruslah memahami unsur-unsur perkembangan fizikal dan juga implikasinya kepada pendidikan. Namun, perkembangan fizikal sebagaimana dengan perkembangan-perkembangan lain akan melalui beberapa peringkat. Peringkat-peringkat ini hanyalah norma yang diperhatikan pada satu-satu peringkat perkembangan. Jika seorang kanak-kanak pada lingkungan umur prasekolah belum lagi dapat menguasai sebahagian besar daripada pergerakan halus yang memerlukan penyelarasan bahagian-bahagian kecil anggota, maka aktiviti yang dirancangkan bagi kanak-kanak ini harus menitikberatkan kenyataan tersebut. Ini bermakna matlamat pendidikan fizikal mesti berkait dengan kemahiran melicinkan pergerakan-pergerakan yang rumit. Ibu bapa dan guru harus memainkan peranan dengan membuat pemerhatian ke atas setiap kanak-kanak. Catatan perkara harus dibuat bagi perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan. Dengan adanya gambaran ini, barulah dibuat pertimbangan bagi setiap peringkat umur. Laporan Pemerhatian Berdasarkan hasil pemerhatian melalui senarai semak dari segi perkembangan fizikal yang telah dijalankan oleh saya terhadap Zuniga Joanne Majakin jelas menunjukkan sebahagian besar ciriciri perkembangan fizikal telah dikuasai bersesuaian dengan peringkat umurnya. Tahap perkembangan fzikal Zuniga mencapai tahap perkembangan yang normal. Buktinya dapat ditunjukkan daripada hasil kajian senarai semak yang telah dijalankan dan menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Semasa menjalankan aktiviti seperti yang tersenarai, Zuniga dengan mudah mampu melakukan pergerakan-pergerakan dengan baik walaupun masih lagi terdapat beberapa pergerakan yang kurang sempurna terutamanya motor kasar selain daripada pergerakan motor halus. Selain itu juga, Zuniga merupakan kanak-kanak yang ceria dan periang dan selalu bertindak balas dengan suasana sekitar dan sosialnya. Pergaulan Zuniga dengan rakan-rakan sebaya adalah amat baik dan beliau sentiasa memberi respon dan pertolongan. Kesihatannya juga turut berada dalam keadaan yang memuaskan berdasarkan hasil pemerhatian saya terhadapnya. Kanak-kanak ini juga amat aktif bermain serta dapat menyiapkan aktiviti yang diberikan oleh gurunya dengan cepat dan kemas. Zuniga juga turut menunjukkan respon dan reaksi yang positif ketika guru mengajar di hadapan dan mendengar arahan dan kata-kata gurunya. Tinjauan secara kasar yang dapat saya buat kesimpulan terhadap perkembangan Leslie adalah pengaruh daripada latar belakang ibu

bapanya yang bekerja sebagai seorang guru. Ini memberi kelebihan kepada Leslie dari segi faktor persekitaran selain daripada faktor biologi yang telah disentuh. Rujukan Dr. Nor Hashimah Hashim, Yahya Che Lah. (2003). Panduan Pendidikan Prasekolah. Pahang Darul Makmur : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Jas Laile Suzana Jaafar. (1996). Psikologi Perkembangan: Psikologi kanak-kanak Dan Remaja. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rohani Abdullah. (2001). Perkembangan Kanak-Kanak Penilaian Secara Portfolio. Selangor Darul Ehsan : Penerbit Universiti Putra Malaysia Rohaty Mohd. Majzub, Abu Bakar Nordin. (1989). Pendidikan Prasekolah. Selangor Darul Ehsan : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Menurut Dr . Fred Jones, dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang k o n d u n s i f d a n s e l e s a , u n t u k mendatangkan minat murid, persekitaran kelas menjadi faktor utama, selain daripada keceriaan, kebersihan, kemudahaninfrastruktur juga salah satu penyebab suasana proses pengajaran dan pembelajaran itu menjadi lebih berkesa 18.3PERALATANBAHANBANTUMENGAJAR Di dalam sesebuah kelas pemulihan, perlunya kelas dipenuhi dengan bahan-b a h a n b a n t u m e n g a j a r , ya n g b o l e h m e m b a n t u s e d i k i t s e b a n ya k d i d a l a m p r o s e s pengajaran dan pembelajaran.Sistem pengurusan kelas yang betul, terutamanya kelaspemulihan, keperluan bahan-bahan alat membantu mengajar ini menjadikan kelastersebut bukan sahaja ceria, tetapi penuh dengan informasi yang berguna kepada murid pemulihan khas.Bahan bantu mengajar yang terdapat di kelas pemulihan ini, terbahagi kepada 2bentu utama iaitu: Bahan BercetakContoh bahan bercetak adalah seperti kad -kad, buku bacaan bergred, carta ,poster, buku rujukan, buku bertulis dan sebagainnya. Bahan Bukan bercetakContoh bahan-bahan bukan bercetak adalah seperti komputer, radio, VCD, DVD,CD ROM PENYUSUNAN FIZIKAL KELAS P e n yu s u n a n f i z i k a l s e p e r t i p e r a b o t , a l a t t u l i s , p e n yu s u n a n k e r u s i b e l a j a r , kedudukan pelajar, kedudukan bahan-bahan bantu mengajar, adalah sangat pentingdalam memastikan sistem pengurusan kelas pemulihan tersebut nampak sempurna.Dalam kertas kerja

Pengurusan Bilik Darjah Dinamik- Ke arah pembinaan modal insanyang berkualti o l e h H j S h a m s u d i n B i n M d N o o r , m e n y a t a k a n B i l i k d a r j a h s e b a g a i tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yangterpenting di sekolah.Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru.P e n g u r u s a n b i l i k d a r j a h d i n a m i k k e a r a h p e m b i n a a n m o d a l i n s a n ya n g menjurusk e p a d a p e m b i n a a n j a s m a n i , e m o s i , r o h a n i d a n i n t e l e k m e m e r l u k a n p e l b a g a i pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gayak e p i m p i n a n , k e m a h i r a n m e r a n c a n g , k e c e k a p a n m e n g u r u s , k e p e l b a g a i a n d a l a m pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi,kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi(TMK).B i l i k d a r j a h y a n g m e m p u n y a i p e r a l a t a n a s a s i a i t u p a p a n h i t a m , p a p a n kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang diahiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan keberrsihan.Susunanmeja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan.Murid mudah berintraksi sesama mereka dan mudah berintraksi dengan guru.R a j a h b e r i k u t m e r u p a k a n p e l a n s u s u r a t u r f i z i k a l k e l a s p e m u l i h a n k h a s d i Sekolah Kebangsaan Telok Mas.Secara keseluruhannya, penyusunan fizikal kelas inimasih perlu di perbaiki dan perlu bersesuaian dengan konsep kelas pemulihan

yang lebih dinamik, pembentukan akhlak, kemahiran-kemahiran tertentu dapat diterapdengan lebih mudah dan berkesan.Komunikasi berkesan menghasilkan motivasi yang be rkesan, murid mudahmenerima motivasi yang disampaiakn secara berhemah dan berhikmah, nilai-nilai murniyang hendak ditanam dalam diri murid akan melalui laluan yang lebih mudah dan berkesan. Berdasarkan kepada pemerhatian, pengurusan murid bagi kelas pemulihanini, agak mencabar terutamanya murid-murid tahun 3 berbanding dengan murid-muridtahun 2. Faktor sikap serta ketegasan guru, menjadi penumbang kepada pengurusanmurid di kelas ini yang masih perlu di perbaiki.S e b a g a i c o n t o h , g u r u p e m u l i h a n d i s e k o l a h i n i , a g a k b e r u s i a d a n i n i menyebabkan murid-murid ini menganggap guru ini kurang tegas dan menyebabkanproses P&P terganggu.Kajian Pengurusan Bilik Darjah Dinamik- Ke arah pembinaanmodal insan yang berkualti oleh Hj Shamsudin Bin Md Noor menyatakan Kemahiranmengawal kelas apabila guru melangkah masuk ke kelas tersebut menjadi penting k e r a n a s e o r a n g g u r u t i d a k b o l e h m e l a k s a n a k a n p e n g a j a r a n d a n p e m b e l a j a r a n berkesan sekiranya muird-murid dalam kelas berkenaan tidak dapat dikawal denganbaik. Guru mungkin berhadapan dengan beberapa murid yang nakal, tetapi harus ingatbahawa bukan semua murid menjadi punca permasalahan tetapi jika tiada pengawalanyang baik, jumlah murid yang akan menimbulkan ketidakselesaan guru akan bertambahdan akhirnya menjejaskan penumpuan guru terhadap penyampaian pengajaran . 18.9 PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN(JADUALWAKTU) Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah aspek yang terpenting dalam bilikdarjah, merupakan tugas utama yang perlu diberi perhatian yang serius, pembaziran waktuakan berlaku dalam satu masa pengajaran dan pembelajaran sekiranya objektif

pembelajarantidak tercapai. Pengurusan kelas dalam pengajaran dan pembelajaran ini dapat di lihat melaluisusunan jadual waktu pengajaran yang di atur oleh guru pemulihan tersebut.Berdasarkan kepada pemerhatian, susunan jadual waktu kelas pemulihan ( r u j u k lampiran) kolaborasi di antara guru pemulihan khas dengan guru BM dan Matematik tidakmemuaskan. Kebanyakkan jadual kelas di atur bagi subjek Matematik dan Bahasa Melayu,berdekatan antara satu sama lain.Ini agak menyukarkan dan memberikan sedikit bebanankepada guru pemulihan untuk menjalankan proses P&P.Kesannya akan kepada murid itu sendiri kerana berdepan dengan jadual pemulihan yang agak membosankan kerana mengambil masa sehingga 5 waktu sekali gus. Kekeliruan juga berlaku kepada guru pemulihan tersebut kerana, kadangkala terlajak masa di sebabkanoleh jadual kelas yang agak mengelirukan. Berdasarkan kajian yang sama oleh Hj Shamsudin,untuk mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran maka perlukankebijaksanaan dan penelitian dalam perancangan , pelaksanaan, penyeliaan, penilaian danrefleksi.Merancang kurikululum, jadual waktu, sukatan, huraian sukatan, buku teks, bahan rujukan tambahan dan maklumat tambahan daripada pelbagai sumber termasuk laman web.Perkaraperkara yang melibatkan innovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaransupaya kelas tidak menjadi beku dan kaku diikuti dengan perancangan kemajuan pelajar,merangka rancangan kerja tahunan, termasuk ujian, penilaian dan pentaksiran. Perancangany a n g b e r k u a l i t i m e n j a m i n p e n i n g k a t a n k u a n t i t i d a n k u a l i t i d a l a m p r o s e s p e r k e m b a n g a n pembelajaran serta hasilannya. Biasanya tingkahlaku dan minat murid akan berubah apabilabertukar guru, ada guru yang digemari murid dan sebalik ada yang tidak digemari murid. 19.0 BANDING BEZA SISTEM PENGURUSAN KELAS Banding beza sistem pengurusan kelas ini akan di lihat melalui perbandingandengan sistem yang dipakai oleh kelas pemulihan khas sekolah ini, dengan standardgaris panduan pelaksanaan program pemulihan khas. Persamaan 1. Pengurusan di dalam jadual waktu mengikut spesifiasi yang di cadangkan iaitusebanyak 900 minit pengajaran .2. Agihan mata pelajaran sebanyak Bahasa Melayu 8 kali x 30 Minit tahun 2 dan 3,manakala Matematik 7 kali x 30 Minit untuk tahun 2 dan tahun 3.3. Penempatan murid-murid pemulihan berdasarkan kepada ujian diagnostik sepertiyang di cadangkan oleh kementerian.4. Spesifikasi murid pemulihan, lebih kurang 15 orang. Jumlah murid di kelas pemulihankhas sekolah ini, mengikut spesifikasi yang dicadangkan berdasarkan kepada prosedur murid-murid pemulihan khas.5. Program-program KIA2M, di jalankan untuk mengetahui murid-murid yang lemah ditahun 1, dan di jadikan sebagai calon-calon untuk kemasukan murid ke kelas pemulihankhas.

Anda mungkin juga menyukai