Anda di halaman 1dari 12

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2014

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN 2 BUKHARI


MEMBUAT PENGELASAN HAIWAN BERDASARKAN
PEMAKANAN MENGGUNAKAN BBM WWE
Oleh:
Nur Amirah binti Hamzah, Sazli bin Aziz @ Abdul Aziz
Jabatan Sains, IPG Kampus Dato Razali Ismail
amirah170@gmail.com, sazli@ipgmkdri.edu.my
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam
membuat pengelasan haiwan berdasarkan pemakanan dengan betul. Seramai
lima orang murid terdiri daripada seorang murid perempuan dan empat orang
murid lelaki dari kelas 2 Bukhari diambil sebagai peserta kajian dan dipilih
berdasarkan keputusan lembaran kerja. Hasil tinjauan awal menunjukkan
murid-murid ini tidak mampu untuk mengelaskan haiwan berdasarkan
pemakanan dengan betul kerana mereka tidak mengetahui apakah makanan
yang dimakan oleh haiwan-haiwan tersebut. Perancangan tindakan difokuskan
penggunaan BBM WWE (What We Eat) sebagai intervensi untuk meningkatkan
kemahiran membuat pengelasan haiwan berdasarkan pemakanan. Instrumen
yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis dokumen, pemerhatian, soal
selidik, Ujian Pra dan Ujian Pasca. Dapatan yang diperoleh adalah murid
dapat meningkatkan kemahiran mengelaskan haiwan berdasarkan
pemakanannya dengan betul setelah mengetahui jenis makanan yang dimakan
oleh haiwan tersebut. Saranan untuk kajian seterusnya adalah menggunakan
BBM WWE untuk topik pengajaran yang melibatkan kemahiran mengelas
seperti tumbuhan berbunga dan tidak berbunga. Pengubahsuaian perlu
dilakukan keatas BBM WWE mengikut kesesuaian topik.
Kata Kunci:
Meningkatkan,
Kemahiran,
Pengelasan
berdasarkan Pemakanan, BBM WWE (What We Eat).

Haiwan

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Bagi praktikum fasa ketiga, pengkaji ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring, Kuala
Terengganu. Pengkaji mengajar mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi (DST) bagi tahun
2 Bukhari sebanyak dua masa dalam seminggu. Murid kelas 2 Bukhari terdiri daripada murid
yang sederhana dalam pembelajaran serta bersifat agak pasif ketika proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Pencapaian mereka dalam ujian bagi mata pelajaran DST juga
sederhana. Terdapat murid yang masih tidak boleh menulis dan membaca dengan lancar.
Guru DST kelas ini mencadangkan pengkaji supaya menggunakan kaedah pemusatan murid
seperti aktiviti hands-on daripada kaedah pemusatan guru. Guru bertindak sebagai
pembimbing atau pemudahcara kepada murid dalam melancarkan perjalanan PdP.
Semasa menjalani praktikum, pengkaji menjalankan sesi PdP bagi mata pelajaran
DST dalam topik diet haiwan bersama murid tahun 2 Bukhari. Semasa fasa penstrukturan
semula idea, pengkaji telah meminta murid membuat pengelasan haiwan berdasarkan
pemakanannya menggunakan set kad gambar haiwan dan jadual pengelasan. Aktiviti ini
dilaksanakan secara berkumpulan dan pengkaji mendapati murid tidak dapat mengelaskan
haiwan berdasarkan pemakanannya dengan betul. Hal ini dapat dilihat melalui jadual
pengelasan yang telah diberikan. Pengkaji mendapati murid tidak dapat membuat pengelasan
bagi haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan dengan betul. Mungkin murid tidak
mengetahui bahawa haiwan tersebut memakan tumbuhan dan haiwan bukannya haiwan

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2014


sahaja atau tumbuhan sahaja. Pengkaji perlu memikirkan intervensi yang sesuai untuk
digunakan bagi memberi pemahaman kepada murid mengenai diet haiwan.
Kemahiran membuat pengelasan haiwan berdasarkan pemakanannya dalam
kalangan murid boleh dikategorikan sederhana. Hanya beberapa orang murid sahaja yang
berjaya mengelaskan haiwan mengikut pemakanannya dengan betul. Murid-murid lain masih
memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru untuk meningkatkan kemahiran
membuat pengelasan haiwan berdasarkan pemakanan. Hal ini boleh dilihat melalui
Lembaran Kerja 2 yang diberikan oleh guru semasa fasa aplikasi idea. Murid terpinga-pinga
sewaktu menjawab soalan lembaran kerja yang diberikan guru seolah-olah mereka langsung
tidak diberi pendedahan dan tidak mempunyai pengetahuan berkaitan topik yang diajar.
Pengkaji mendapati terdapat beberapa faktor yang menjadi punca mengapa mereka
tidak memahami topik yang diajar dengan baik. Antara faktornya ialah bahan bantu
mengajar (BBM) yang digunakan sewaktu mengajar kurang sesuai dengan topik tersebut.
Pengkaji hanya menggunakan set kad gambar haiwan yang bersaiz kecil iaitu berukuran 5cm
x 10cm. Murid yang berada di belakang tidak mampu melihat gambar haiwan yang
dipaparkan di hadapan. Pemilihan warna yang digunakan untuk BBM juga tidak sesuai
kerana hanya warna kelabu dan putih sahaja yang digunakan pada set kad gambar haiwan.
Bilangan kad gambar juga tidak mencukupi dengan bilangan murid yang ada dalam setiap
kumpulan. Oleh hal yang demikian, terdapat beberapa orang murid yang tidak terlibat secara
aktif dalam aktiviti berkumpulan.
Kesimpulannya, masalah kemahiran mengelas haiwan berdasarkan pemakanan
dalam kalangan murid perlulah diatasi agar murid dapat mengelaskannya dengan baik.
Semoga intervensi yang akan dijalankan dapat memberi pemahaman yang jelas kepada
murid mengenai bagaimana untuk mengelaskan haiwan berdasarkan pemakanan dengan
betul.
SOROTAN LITERATUR
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), pengelasan bermaksud perihal atau
perbuatan pembahagian (pengasingan) kepada kumpulan-kumpulan (golongan-golongan dan
lain-lain lagi). Kaitan istilah ini dalam kajian pengkaji adalah murid perlu membuat
pengelasan haiwan berdasarkan pemakanan waima makan tumbuhan sahaja, makan haiwan
sahaja dan makan tumbuhan dan haiwan.
Menurut Piaget (2001), tahap operasional konkrit adalah tahapan ketiga dari empat
tahap perkembangan kanak-kanak. Tahap ini muncul antara usia enam sampai dua belas
tahun dan mempunyai ciri berupa penggunaan logikal yang memadai. Antara proses penting
yang terlibat dalam tahap ini yang ada kesinambungan dalam kajian pengkaji adalah
kemahiran klasifikasi iaitu kemampuan untuk memberi nama dan mengenal pasti pelbagai
benda mengikut rupa, saiz, atau ciri-ciri lain termasuk idea bahawa siri benda-benda boleh
disertakan benda lain ke dalam rangkaian tersebut.
Menurut Norjihan, Norhana & Noor Irmayanti (2006), ilmu sains memainkan
peranan penting dalam hidup kita. Sains merupakan mata pelajaran teras dalam kurikulum
kita untuk pelajar di sekolah rendah dan menengah. Sains juga terdiri daripada ilmu
pengetahuan sains iaitu ilmu biologi, fizik dan kimia dan merupakan mata pelajaran wajib
bagi semua pelajar rendah dan menengah.
Madani (2009) mengatakan bahawa kita perlu melatih responden untuk membuat
generalisasi yang baik supaya masalah belajar yang berbeza pada dimensi tertentu yang
tinggi seperti klasifikasi atau pengelasan perkataan memerlukan latihan yang sangat berbeza
yang boleh diukur. Kekerapan latihan yang diperlukan untuk mencapai ketepatan yang

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2014


mencukupi untuk digunakan sebagai medium untuk mengukur tahap penguasaan responden.
Pengkaji menentukan beberapa jenis kesulitan belajar dan menjelajah masalah utama mereka
iaitu kompleksiti yang dihadapi dalam mengklasifikasi perkataan.
Menurut Noor Wahidah (2004), beliau mengatakan bahawa penggunaan BBM
sewaktu proses PdP bagi mata pelajaran Sains adalah amat penting bagi memudahkan murid
memahami topik yang diajar oleh seseorang guru. Apabila seorang guru mengajar tanpa
menggunakan BBM maka, PdP beliau secara tidak langsung akan menjadi kurang berkesan
jika dibandingkan apabila menggunakan BBM dalam PdP.
Nadiah binti Md. Salleh (2007) menjelaskan bahawa murid-murid menjadi lebih
seronok dan tertarik kepada topik yang diajar selepas menggunakan BBM The Eyeball
dalam topik Sense Of Light bagi mata pelajaran Sains. BBM The Eyeball mampu
menjadikan murid-murid tertarik kepada mata pelajaran Sains.
Mohd Sobri (2000), guru-guru yang mengajar dengan hanya menggunakan buku
teks sebagai medium pengajaran membuktikan beliau tidak kreatif untuk menimbulkan
suasana yang gembira dan akhirnya menjadikan kelas mereka bosan dan pelajar-pelajar tidak
mendapat idea yang baru.
Menurut Mohd Fazreen (2003), pembelajaran yang dijalankan oleh guru dengan
hanya menggunakan buku teks sebagai bahan pembelajaran boleh menimbulkan suasana
hambar dan seterusnya menimbulkan kebosanan dalam kalangan murid. oleh itu, sebagai
seorang pendidik, meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran merupakan sebahagian
tanggungjawab pendidik dalam membantu murid-murid untuk meningkatkan minat dan
kecenderungan mereka terhadap pelajaran khususnya dalam mata pelajaran Sains.
Menurut Mok Soon Sang (2011), penggunaan BBM perlu dipelbagaikan dengan
kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran dijalankan dengan berkesan, menarik perhatian,
menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan
menyeronokkan.
Norma (2004) menyatakan bahawa penggunaan BBM dalam PdP telah mendorong
murid untuk menjadi lebih rajin dan menimbulkan perasaan seronok. Beliau turut
menjelaskan bahawa peranan yang dimainkan oleh BBM tidak kurang pentingnya dalam
menarik perhatian murid.
Menurut Norzainariah (2004), penggunaan alat bantu mengajar memberi sumbangan
yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dalam
kalangan guru dan pelajar. Alat bantu mengajar dapat menyelesaikan pelbagai masalah
dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.
TUJUAN KAJIAN
Tujuan utama kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid tahun 2 Bukhari dalam
membuat pengelasan haiwan berdasarkan pemakanan dengan betul melalui penggunaan
BBM WWE (What We Eat).
Objektif
Meningkatkan kemahiran murid tahun 2 Bukhari membuat pengelasan haiwan berdasarkan
pemakanan menggunakan BBM WWE (What We Eat).

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2014


Persoalan Kajian
(i)

Bagaimanakah BBM WWE (What We Eat) mampu membantu murid membuat


pengelasan haiwan berdasarkan pemakanan dengan betul?

(ii)

Adakah BBM WWE (What We Eat) dapat meningkatkan pencapaian murid dalam
topik diet haiwan?

(iii)

Adakah BBM WWE (What We Eat) dapat meningkatkan minat murid terhadap sesi
PdP diet haiwan?

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini melibatkan lima orang murid yang terdiri daripada seorang murid perempuan dan
empat orang murid lelaki. Semua peserta kajian dipilih secara bertujuan iaitu murid yang
mendapat gred C dalam lembaran kerja. Pengumpulan data menggunakan analisis dokumen
(skrip ujian), ujian Pra dan Pasca, pemerhatian dan soal selidik.
Kaedah kutipan data yang pertama ialah data yang berbentuk analisis dokumen yang
digunakan bagi menjawab persoalan kajian yang pertama. Ia merupakan kaedah kutipan data
yang berbentuk kualitatif. Analisis dokumen adalah skrip ujian peserta kajian yang
digunakan bagi mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang dihadapi oleh mereka dalam
topik diet haiwan.
Pengkaji menggunakan dua set soalan ujian yang diberikan kepada murid iaitu Ujian
Pra dan Ujian Pasca. Soalan ujian adalah berdasarkan tajuk Diet Haiwan. Ujian Pra
diberikan selepas sesi PdP yang pertama tanpa menggunakan intervensi BBM WWE.
Manakala Ujian Pasca diberikan selepas PdP yang kedua dengan menggunakan intervensi
BBM WWE. Pelaksanaan ujian adalah bertujuan untuk menilai tahap ingatan murid bagi
tajuk yang diajar. Seterusnya, pengkaji melakukan analisis terhadap data ujian untuk melihat
perubahan markah.
Pemerhatian secara langsung dilakukan sebanyak dua kali supaya pengkaji dapat
mengamati dan mengenal pasti tingkah laku murid sepanjang proses PdP berlangsung. Fokus
utama pemerhatian ini dijalankan adalah untuk melihat tingkah laku murid yang
menunjukkan mereka berminat untuk meneruskan pembelajaran. Bentuk pemerhatian yang
dijalankan adalah pemerhatian berstruktur di mana pengkaji merekod pemerhatian
berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dalam borang pemerhatian. Terdapat
empat tema utama yang diperhatikan merangkumi minat, tingkah laku pasif, penglibatan dan
masalah disiplin. Dapatan pemerhatian ini membuktikan sama ada kajian ini berjaya atau
tidak dalam meningkatkan minat murid tahun 2 Bukhari terhadap tajuk Diet Haiwan.
Pengkaji juga mengedarkan borang soal selidik untuk mendapatkan reaksi murid
berkaitan kaedah PdP yang dijalankan yang dijalankan berfokus kepada keseronokan.
Borang soal selidik diberikan kepada murid berbentuk soalan tertutup yang menggunakan
Skala Guttman di mana murid harus memberi skala jawapan Ya atau Tidak bagi setiap
item soal selidik tersebut. Soalan bagi soal selidik yang dibina adalah menjurus kepada
objektif kajian iaitu untuk meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran DST. Semasa
sesi soal selidik dijalankan, pengkaji terlebih dahulu membaca dan menjelaskan setiap item
soal selidik serta skala jawapan kepada murid. pengkaji memberi penerangan yang teliti bagi
setiap item untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan murid. Pengkaji juga
mengingatkan bahawa menjawab soal selidik dengan jujur dan telus. Berdasarkan dapatan
soal selidik tersebut, pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa penggunaan BBM WWE
dapat meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran DST sekaligus membantu
menyelesaikan masalah mereka.

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2014


SPESIFIKASI INTERVENSI
BBM WWE (What We Eat) merupakan sebuah kotak yang terdiri daripada kad imbasan,
jadual pemakanan haiwan dan kad pengelasan pemakanan haiwan. Bagi melaksanakan
tindakan yang telah dirancang, pengkaji membawa BBM WWE ketika sesi intervensi
bersama kelima-lima peserta kajian.

Rajah 1: BBM WWE

Rajah 2: Susunan kad pengelasan


pemakanan haiwan

Terdapat beberapa langkah pelaksanaan intervensi ini bagi membantu peserta kajian
mengelaskan haiwan berdasarkan pemakanan dengan betul. Pertama, guru akan memberi
penerangan terlebih dahulu mengenai cara pelaksanaan intervensi menggunakan BBM WWE
kepada peserta kajian. Ini adalah untuk memberi gambaran dan kefahaman kepada peserta
kajian agar ia dapat berjalan dengan lancar dan baik. Seterusnya, setiap peserta kajian akan
diberikan enam keping kad imbasan yang berbeza. Pada kad imbasan tersebut, terdapat
gambar dan nama haiwan sebagaimana yang terpapar pada Rajah 1. Bagi langkah yang
seterusnya (Rajah 2), guru akan menyusun kad pengelasan pemakanan haiwan kepada tiga
bahagian iaitu haiwan yang makan tumbuhan, haiwan yang makan haiwan, dan haiwan
yang makan haiwan dan tumbuhan.
Aktiviti dimulakan dengan peserta kajian (PK) yang pertama di mana beliau melihat
nama haiwan yang tertulis pada kad imbasan seterusnya membaca info mengenai makanan
haiwan tersebut yang telah ditampal pada bahagian tepi kotak BBM WWE. Setelah itu, PK
mengelaskan kad imbasan tersebut pada bahagian kad pengelasan pemakanan haiwan yang
betul. Jawapan yang betul dapat dikenal pasti melalui pengekodan warna yang telah pengkaji
buat iaitu hijau untuk haiwan yang makan tumbuhan, merah jambu untuk haiwan yang
makan haiwan seterusnya kuning untuk haiwan yang makan haiwan dan tumbuhan. Aktiviti
ini diteruskan dengan PK 2, 3, 4 dan 5.
Pada akhir sesi intervensi, kesemua peserta kajian dikehendaki menjawab soalan
Ujian Pasca yang berkaitan dengan topik diet haiwan bagi melihat peningkatan kefahaman
dan kemahiran dalam mengelaskan haiwan berdasarkan tabiat pemakanannya dengan betul
dan tepat.

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2014


DAPATAN KAJIAN
Berikut merupakan penerangan mengenai dapatan kajian mengikut persoalan-persoalan yang
telah pengkaji tetapkan.
Persoalan 1: Bagaimanakah BBM WWE (What We Eat) mampu membantu murid
membuat pengelasan haiwan berdasarkan pemakanan dengan betul?
Persoalan pertama kajian tindakan ini dijawab dengan instrumen analisis dokumen iaitu skrip
Ujian Pra dan Ujian Pasca. Skrip ujian dianalisis dengan membuat perbandingan jawapan
sebelum dan selepas pelaksanaan intervensi BBM WWE. Terdapat perubahan jawapan
peserta kajian sebelum dan selepas intervensi dijalankan di mana kelima-lima peserta kajian
dapat menjawab Ujian Pasca dengan lebih baik. Berikut merupakan analisis perbandingan
jawapan skrip Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi setiap peserta kajian.
Peserta kajian pertama (PK 1) tidak dapat membuat pengelasan haiwan dengan baik
semasa ujian Pra dijalankan di mana PK 1 tertukar antara haiwan yang makan haiwan sahaja
dengan haiwan yang makan haiwan dan tumbuhan. Kemungkinan PK 1 hanya mengetahui
salah satu makanan bagi haiwan yang makan haiwan dan tumbuhan justeru dia mengelaskan
haiwan tersebut pada haiwan yang makan tumbuhan sahaja. Namun demikian, PK 1 dapat
mengelaskan haiwan berdasarkan pemakanan dengan lebih baik semasa Ujian Pasca
walaupun masih terdapat dua kesalahan yang dilakukan iaitu mengelaskan gagak pada
haiwan yang makan tumbuhan sahaja dan katak pada haiwan makan haiwan dan
tumbuhan.
Selain itu, PK 2, PK 3, PK 4 dan PK 5 menunjukkan peningkatan dalam kemahiran
membuat pengelasan haiwan berdasarkan pemakanan. Ini dapat dilihat semasa Ujian Pra
dijalankan, mereka tidak dapat mengelaskan haiwan berdasarkan pemakanan dengan betul di
mana mereka tertukar antara haiwan yang makan tumbuhan sahaja, haiwan yang makan
haiwan sahaja dengan haiwan yang makan haiwan dan tumbuhan. Namun begitu, selepas
intervensi BBM WWE dilaksanakan, mereka dapat membuat pengelasan haiwan berdasarkan
pemakanan dengan betul semasa Ujian Pasca dijalankan.
Berdasarkan dapatan ini, dapat dirumuskan bahawa penggunaan BBM WWE dapat
membantu peserta kajian membuat pengelasan haiwan berdasarkan pemakanannya dengan
betul. Ini adalah selaras dengan Sivaraja A/L Subramaniam (2011) yang menyatakan bahawa
penggunaan gambar akan membantu memudahkan proses pengelasan dan meningkatkan
keberkesanan sesuatu kaedah yang digunakan. BBM WWE juga mempunyai elemen gambar
bagi membantu peserta kajian membuat pengelasan haiwan berdasarkan pemakanan. Selain
itu, dapatan kajian ini juga turut selaras dengan Geetha A/P Vengadasamy (2010) yang
menyatakan bahawa murid akan dapat meningkatkan kemahiran pengelasan mereka melalui
penggunaan buku skrap yang menggunakan gambar. Mereka menjadi lebih percaya terhadap
diri serta lebih tertarik untuk melakukan aktiviti mengumpul dan mengklasifikasi.
Persoalan 2: Adakah BBM WWE (What We Eat) dapat meningkatkan pencapaian
murid dalam topik diet haiwan?
Persoalan kedua kajian tindakan ini dijawab dengan intrumen ujian iaitu Ujian Pra dan Ujian
Pasca. Ujian Pra ditadbir ke atas peserta kajian sebelum intervensi dilaksanakan bertujuan
untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang tahap penguasaan peserta kajian terhadap
topik yang dikaji iaitu diet haiwan. Sementara bagi Ujian Pasca pula dijalankan ke atas
peserta kajian selepas mereka menjalani sesi intervensi dengan menggunakan BBM WWE
(What We Eat). Ini bertujuan untuk membantu responden meningkatkan pencapaian mereka
dalam topik diet haiwan. Data dalam bentuk bilangan dan peratusan telah diisi ke dalam
Jadual 2 menunjukkan perbezaan markah antara Ujian Pra dan Ujian Pasca.

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2014


Bil.
1
2
3
4
5

Peserta
Kajian
PK 1
PK 2
PK 3
PK 4
PK 5

Markah / Gred
UJIAN PRA(%)
UJIAN PASCA (%)
58
C
92
A
58
C
100
A
62
B
100
A
65
B
100
A
65
B
100
A
Jadual 1: Analisis Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Peningkatan
%
34
42
38
35
35

Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca


120

Markah

100
80
60
40
20
0
Ujian Pra
Ujian Pasca

PK 1
58
92

PK 2
58
100

PK 3
62
100
Peserta Kajian

PK 4
65
100

PK 5
65
100

Rajah 3: Graf Markah Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca


Jadual 1 dan Rajah 3 jelas menunjukkan peningkatan markah kesemua peserta kajian
dalam Ujian Pasca berbanding Ujian Pra. Peserta kajian PK 2 menunjukkan peningkatan
markah yang paling tinggi iaitu dari 58% semasa Ujian Pra melonjak naik kepada 100%
semasa Ujian Pasca. Manakala peserta kajian PK 3 menunjukkan peningkatan markah yang
kedua tertinggi iaitu dari 62% sewaktu Ujian Pra kepada 100% sewaktu Ujian Pasca. Bagi
peserta kajian PK 4 dan PK 5 masing-masing menunjukkan peningkatan markah yang
sederhana iaitu 65% semasa Ujian Pra dan meningkat kepada 100% semasa Ujian Pasca.
Peserta kajian PK 3 pula pada awalnya mendapat 58% sewaktu Ujian Pra telah menunjukkan
peningkatan semasa Ujian Pasca iaitu memperoleh 92% sewaktu Ujian Pasca dengan
peningkatan sebanyak 34%.
Seterusnya, pengkaji turut menganalisis data yang diperoleh bagi Ujian Pra dan
Ujian Pasca ini berdasarkan gred pencapaian setiap peserta kajian. Jadual 3 dan 4
memaparkan hasil analisis yang telah dibuat.
Gred
A
B
C
D
E

Markah
80 100
60 79
40 59
20 39
0 19
Jadual 2: Gred dan Markah Ujian

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2014


Gred
Ujian Pra
Ujian Pasca
A
5
B
3
C
2
D
E
Jadual 3: Perbandingan Gred Markah Bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca
Berdasarkan data pada Jadual 3, dapat dilihat dengan jelas perubahan pada gred
ujian setiap peserta kajian. Sewaktu Ujian Pra didapati tiada seorang peserta kajian pun yang
memperoleh gred A namun terdapat tiga(3) peserta kajian yang mendapat gred B dan
selebihnya iaitu dua(2) peserta kajian yang memperoleh gred C. Walau bagaimanapun,
setelah intervensi BBM WWE dijalankan, pencapaian peserta kajian menunjukkan
peningkatan gred yang ketara iaitu kesemua peserta kajian memperoleh gred A dalam Ujian
Pasca.
Dapatan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan BBM WWE dapat
meningkatkan pencapaian murid dalam topik diet haiwan. Ini adalah selaras Nurul Munirah
(2011) yang menyatakan bahawa bahan bantu mengajar bertindak sebagai satu rangsangan
untuk mendorong murid menggalakkan diri dalam aktiviti dan sekaligus dapat membantu
meningkatkan prestasi atau pencapaian murid.
Menurut Norzainariah(2004), prestasi pelajar meningkat apabila kit pengajaran dan
pembelajaran digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana dapatan kajian
pengkaji adalah selari pendapatnya di mana pengkaji menggunakan BBM WWE dalam
membantu meningkatkan pencapaian peserta kajian dalam topik diet haiwan.
Persoalan 3: Adakah BBM WWE (What We Eat) dapat meningkatkan minat

murid terhadap sesi PdP diet haiwan?


Persoalan kajian ketiga dijawab menerusi instrumen pemerhatian berstruktur yang
dilaksanakan terhadap peserta kajian sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Pengkaji
telah menyenaraikan aspek-aspek yang diperhatikan terhadap peserta kajian semasa PdP
dilaksanakan. Antara aspek yang diperhatikan adalah minat, tingkah laku pasif, penglibatan
dan masalah disiplin. Berikut dipaparkan analisis kekerapan tingkah laku yang ditnjukkan
oleh peserta kajian dalam bentuk jadual.
Bil.

Peristiwa

MINAT

Kekerapan
Sebelum
Selepas
Intervensi
Intervensi
2
5

a) Memberikan sepenuh

tumpuan semasa PdP


berlangsung.
b) Seronok belajar
menggunakan kaedah yang
diajar.
TINGKAH LAKU PASIF
a) Membuat kerja lain yang
tiada kaitan dengan
pelajaran.
b) Berangan-angan atau
termenung.
PENGLIBATAN

Catatan

(Sebelum) 3
peserta kajian
kurang
berminat
dengan dengan
PdP
(Sebelum) 2
peserta kajian
bertingkah
laku baik
semasa PdP
berjalan.
(Sebelum) 3

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2014


peserta kajian
tidak terlibat
sukarela.
aktif semasa
b) Menggalakkan rakan lain
PdP.
untuk belajar.
MASALAH DISIPLIN
0
0
a) Mengganggu murid lain
semasa PdP.
b) Bercakap atau bermain.
Jadual 4: Analisis Kekerapan Tingkah Laku Peserta Kajian

a) Menjawab soalan secara

Berdasarkan Jadual 4, dapat dilihat dengan jelas perubahan tingkah laku peserta
kajian setelah intervensi dijalankan. Sebelum intervensi dijalankan, didapati tiga orang
peserta kajian tidak menunjukkan minat terhadap sesi PdP yang dijalankan di mana mereka
tidak memberi perhatian semasa sesi PdP berlangsung dan mereka kelihatan tidak seronok
mengikuti PdP menggunakan kaedah yang diajar. Namun demikian, selepas intervensi BBM
WWE dilaksanakan, kelima-lima peserta kajian menunjukkan minat terhadap sesi PdP.
Bagi aspek tingkah laku pasif, pengkaji mendapati tiga orang peserta kajian yang
bertingkah laku pasif semasa sesi PdP di mana mereka membuat kerja lain yang langsung
tiada kaitan dengan pelajaran serta berangan-angan atau termenung semasa sesi PdP. Namun
begitu, selepas pelaksanaan intervensi BBM WWE, didapati tiada seorang peserta kajian pun
yang menunjukkan tingkah laku pasif semasa sesi PdP.
Selain itu, didapati seramai tiga orang peserta kajian yang tidak terlibat secara aktif
semasa sesi PdP di mana mereka tidak menjawab soalan yang diutarakan oleh pengkaji dan
langsung tidak menggalakkan rakannya untuk belajar. Walau bagaimanapun, selepas
pelaksanaan intervensi BBM WWE, kelima-lima peserta kajian menunjukkan penglibatan
aktif semasa sesi PdP. Bagi aspek yang terakhir iaitu masalah disiplin, pengkaji mendapati
tiada sebara masalah disiplin ditonjolkan oleh para peserta kajian waima sebelum dan selepas
intervensi dijalankan.
Instrumen kedua yang digunakan bagi menjawab persoalan ketiga ini adalah
instrumen soal selidik. Berikut dipaparkan analisis bagi instrumen soal selidik.
Bil.

Item

Saya suka mata pelajaran Sains.

Saya sentiasa menunggu mata


pelajaran Sains.
Saya berasa seronok belajar sains
dengan rakan-rakan.
Saya berminat dengan aktiviti
pengajaran yang dijalankan oleh guru.
Saya suka topik diet haiwan.

3
4
5
6

7
8

Saya
dapat
membuat
latihan
berkenaan topik diet haiwan dengan
baik.
Saya sering mengantuk dan bosan
ketika mata pelajaran Sains.
Sains merupakan matapelajaran yang
mudah untuk dapat markah yang

Sebelum Intervensi
YA
TIDAK
(%)
(%)
2
3
(40%)
(60%)
2
3
(40%)
(60%)
1
4
(20%)
(80%)
3
2
(60%)
(40%)
3
2
(60%)
(40%)
1
4
(20%)
(80%)
1
(20%)
3
(60%)

4
(80%)
2
(40%)

Selepas Intervensi
YA
TIDAK
(%)
(%)
5
0
(100%)
(0%)
5
0
(100%)
(0%)
5
0
(100%)
(0%)
5
0
(100%)
(0%)
5
0
(100%)
(0%)
4
1
(80%)
(20%)
0
(0%)
4
(80%)

5
(100%)
1
(20%)

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2014

9
10
11
12

tinggi.
Saya selalu lupa apa yang cikgu ajar.

1
4
(20%)
(80%)
Saya berasa sukar utuk mengelas
1
4
haiwan berdasarkan pemakanan.
(20%)
(80%)
Aktiviti yang dijalankan sangat
3
2
menarik.
(60%)
(40%)
Pengajaran cikgu membosankan.
0
5
(0%)
(100%)
Jadual 5: Analisis Soal Selidik

0
(0%)
0
(0%)
5
(100%)
0
(0%)

5
(100%)
5
(100%)
0
(0%)
5
(100%)

Berdasarkan Jadual 5, didapati keseluruhan peserta kajian menjawab soal selidik


yang mengandungi tiga pola jawapan iaitu 100% memilih jawapan Ya , pola yang kedua
adalah 100% memilih jawapan Tidak dan pola yang ketiga adalah memilih kedua-dua item
jawapan selepas intervensi BBM WWE dijalankan. Hasil dapatan bagi item pertama
menunjukkan 100% peserta kajian meminati mata pelajaran Sains yang diajar. Bagi item
yang kedua juga menunjukkan 100% peserta kajian tertunggu-tunggu sesi PdP Sains
dijalankan.Seterusnya, item ketiga menunjukkan 100% peserta kajian menyatakan mereka
seronok belajar Sains dengan rakan-rakan. Item yang keempat juga menunjukkan 100%
peserta kajian berminat dengan aktiviti pengajaran yang dijalankan oleh guru. Bagi item
kelima pula, kesemua peserta kajian menyatakan Ya bagi item Saya suka topik diet
haiwan. Seterusnya, bagi item keenam, sebanyak 80% peserta kajian yang menyatakan
Ya dan 20% menyatakan Tidak.
Untuk item ketujuh pula, 100% peserta kajian mengatakan Tidak menunjukkan
bahawa mereka tidak mengantuk dan bosan ketika sesi PdP Sains. Bagi item kelapan pula,
sebanyak 80% peserta kajian mengatakan Sains merupakan subjek yang mudah untuk
mendapat markah yang tinggi manakala 20% lagi mengatakan sebaliknya. Bagi item yang
kesembilan, kesemua peserta kajian menyatakan bahawa mereka tidak lupa apa yang dijar
oleh cikgu di dalam kelas. Seterusnya, 100% peserta kajian menyatakan mereka dapat
membuat pengelasan haiwan berdasarkan pemakanan dengan baik.
Bagi item kesebelas pula, kesemua peserta kajian bersetuju dengan menyatakan
Ya pada pernyataan aktiviti yang dijalankan sangat menarik. Seterusnya, bagi item yang
terakhir, 100% peserta kajian menyatakan pengajaran guru adalah tidak membosankan. Ini
jelas menunjukkan bahawa selepas intervensi BBM WWE dilaksanakan, kesemua peserta
kajian menunjukkan minat terhadap sesi PdP Sains.
Pengkaji telah membezakan item positif dan item negatif dengan meletakkan warna
pada ruang item negatif. Secara keseluruhannya, terdapat peningkatan jawapan Ya pada
item positif selepas intervensi dijalankan dan berlaku penurunan jawapan Ya pada item
negatif atau item berwarna.
Menurut Mohd Fazreen (2003), pembelajaran yang dijalankan oleh guru dengan
hanya menggunakan buku teks sebagai bahan pembelajaran boleh menimbulkan suasana
hambar dan seterusnya menimbulkan kebosanan dalam kalangan murid. oleh itu, sebagai
seorang pendidik, meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran merupakan sebahagian
tanggungjawab pendidik dalam membantu murid-murid untuk meningkatkan minat dan
kecenderungan mereka terhadap pelajaran khususnya dalam mata pelajaran Sains. Oleh itu,
dapatan kajian yang diperoleh setelah pengkaji melaksanakan sesi intervensi menunjukkan
peningkatan minat peserta kajian terhadap mata pelajaran Sains bagi topik diet haiwan
menerusi aktiviti yang dijalankan semasa PdP.
Dapatan kajian pengkaji mengenai peningkatan minat murid setelah penggunaan
BBM WWE juga selari dengan Norma (2004) yang menyatakan penggunaan BBM dalam

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2014


PdP telah mendorong murid untuk menjadi lebih rajin dan menimbulkan perasaan seronok.
Beliau turut menjelaskan bahawa peranan yang dimainkan oleh BBM tidak kurang
pentingnya dalam menarik perhatian murid.
KESIMPULAN
Kajian tindakan yang telah dijalankan adalah berasaskan bahan bantu mengajar yang
menggunakan gambar dan kod warna bagi memudahkan peserta kajian membuat pengelasan
haiwan berdasarkan pemakanan dengan betul. BBM WWE digunakan sebagai alat intervensi
bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam membuat pengelasan haiwan
berdasarkan pemakanan dengan betul. Kajian ini telah menggunakan instrumen analisis
dokumen, ujian pra dan pasca, pemerhatian berstruktur, dan soal selidik bagi menilai
keberkesanan penggunaan BBM WWE. Hasil dapatan kajian menunjukkan peningkatan
terhadap kemahiran murid mengelas haiwan berdasarkan tabiat pemakanannya.
Bagi kajian yang seterusnya, pengkaji mencadangkan agar tempoh pelaksanaan
kajian tindakan ini dipanjangkan lagi. Rasionalnya adalah untuk mendapatkan kesahan
dapatan data yang lebih tinggi dan kesan yang lebih maksima dalam meningkatkan
kemahiran dan pencapaian murid.
Selain itu, pengkaji juga menyarankan agar BBM WWE ini digunakan dalam topiktopik pengajaran dan pembelajaran lain yang melibatkan kemahiran mengelas seperti haiwan
bertulang belakang dan haiwan tidak bertulang belakang, cara pembiakan haiwan iaitu
bertelur atau tidak bertelur.
Pengkaji juga mencadangkan agar menambahkan bilangan instrumen seperti temu
bual. Rasionalnya adalah untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan dapatan
kajian. Hal ini demikian kerana pengkaji hanya menggunakan instrumen analisis dokumen,
ujian pra dan pasca, pemerhatian dan soal selidik.
Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini telah berjaya membantu meningkatkan
kemahiran murid membuat pengkelasan haiwan berdasarkan tabiat pemakanannya dengan
betul. Namun, kajian ini boleh dibuat penambahbaikan dan diperluaskan lagi bagi melihat
keberkesanan bahan bantu mengajar yang digunakan. Semoga kajian ini dapat memberi
manfaat kepada pengkaji lain bagi melaksanakan kajian serta menjadi titik permulaan kepada
mereka untuk menghasilkan kajian masa hadapan yang lebih baik dan sempurna.
RUJUKAN
Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Geetha. (2010). Improve Grouping And Classifying Skill Of Year 3 Pintar Pupils Through
Scrapbook. Thesis Sarjana Muda Perguruan (Sains Pendidikan Rendah), Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, 28-32.
Hayazi Mohd Yasin (2008). Penggunaan Alat Bantu Memngajar (ABM) Di Kalangan Guru
Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, Johor. Fakulti
Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.
Madani, O. (2009). On The Empirical Complexity of Text Classification Problems. SRI
Artificial Intelligence Center.
Mahyuddin, H. A. (1990). Psikologi Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2014


Mohd Fazreen (2003). Faktor-Faktor Yang Menggalakkan Penggunaan ABM Di Kalangan
Guru-Guru Teknikal Dalam Pengajaran Seharian. Fakulti
Pendidikan:
Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Saiful. (2011). Meningkatkan Pencapaian Murid dalam Menjawab Soalan Sains
Bahagian B (Hipotesis dan Tujuan Penyiasatan) dengan Menggunakan Kaedah
Multiple Six Boxes. Tesis Sarjana Muda tidak diterbitkan, Institut
Pendidikan
Guru Kampus Dato Razali Ismail.
Nadiah. (2007). Meningkatkan Kefahaman Pelajar Dalam Topik Sense Of Sight
Menggunakan BBM The Eyeball. Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
Norjihan, A., Norhana, H., & Noor Irmayanti, I. (2006). Applying Mastery Learning
Model In Developing E-Tuition Science For Primary School Students. Malaysian
Online Journal of Instructional Technology (MOJIT), 43-49
Norma (2004). Hubungan Di Antara Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dengan
Minat Pelajar Tahun Lima Di Sekolah Kebangsaan Kem, Pengkalan Chepa,
Kelantan. 35-36.
Norzainariah bt Abu Hassan (2004). Kebolehgunaan Kit Pengajaran dan
Pembelajaran bagi Meningkatkan Prestasi Pelajar: Satu Tinjauan di
KUITTHO.
Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kolej
Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
Nurul Munirah Mohd Zulkifli. (2011). Meningkatkan Daya Ingatan Murid dalam Menghafal
Kata Kunci Sifir Sains dengan Menggunakan Teknik The Wheel of Colour.
Latihan Ilmiah. Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.
Sang. M. S. (2011). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi. Selangor: Kumpulan
Sdn. Bhd.

Budiman

Sivaraja Subramanian. (2011). Mempertingkatkan Kemahiran Membuat Pengelasan


Objek Lutsinar, Lut Cahaya dan Legap Menggunakan Kit Pembelajaran Pengelasan
SIVA (Science In Visual Approach). Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan
PISMP Semester 8 2011, hlm. 629-635
Tengku Sharifah Tuan Yusoff. (2004). Masalah Minat Pelajar-Pelajar Tahun 6 dan
Pendekatan Guru Terhadap Soalan Penyelesaian Masalah bagi Mata Pelajaran
Matematik: Satu Tinjauan di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1 di Negeri
Kelantan, Fakulti Sains dan Teknologi, UPSI.
Thamby Subahan Mohd Meerah (1999). Meningkatkan Kemahiran Melengkapkan
Gambar Rajah Sistem Rangka Manusia Melalui Bantuan MODEL. Prosiding
Seminar Penyelidikan 2000. Kuala Lumpur: EPRD
Wahidah, N. (2004). Persepsi Guru Sains Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
Berkomputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Di Sebelas Buah
Menengah Di Zon Keramat, Kuala Lumpur. Johor Bahru: Universiti Teknologi
Malaysia

Anda mungkin juga menyukai