Anda di halaman 1dari 1

Laporan Program Kesihatan Pemeriksaan Gigi SK Kelapa Sawit No.

5 Tahun 2017

Program Kesihatan Sekolah telah lama dijalankan dengan tujuan untuk melahirkan
murid-murid dan masyarakat sekolah yang sihat dan produktif. Oleh kerana itu, tidak hairan
lah jika setiap tahun sekolah- sekolah di Malaysia mejalankan program ini. Antara program
kesihatan yang sering dijalankan ialah “Pemeriksaan Gigi” untuk semua murid. Pada 24
April - 28 April. Program ini dijalankan selama empat hari. Rawatan yang dijalankan ini
dilaksanakan oleh kumpulan doktor gigi dari hospital miri. Berikutan kawasan sekolah yang
kecil, kawasan pemeriksaan dan pemasangan alat dijalankan di makmal komputer sekolah
begitu juga dengan tempat tinggal para doktor.

Semua murid terlibat dalam pemeriksaan ini dimulakan dengan tahun enam hingga
tahun satu. Pemeriksaan dimulakan pada hari pertama dimulakan dengan tahun enam dan
tahun lima. Pada hari berikutnya, tahun empat dan tahun tiga manakala pada hari ketiga
pula tahun dua dan tahun satu. Pada waktu rehatnya, murid-murid tahap satu (1, 2, 3) akan
diajarkan cara untuk memberus gigi daripada doktor gigi. Sebelum aktiviti ini dijalankan,
murid-murid sudah terlebih dahulu dimaklumkan untuk membawa peralatan memberus gigi
yang terdiri daripada berus dan ubat gigi serta gelas.

Pada hari terakhir, doktor-doktor gigi mengadakan taklimat umum berkenaan


penjagaan gigi kepada semua murid. Taklimat ini dijalankan selepas waktu rehat. Tujuannya
adalah untuk menyampaikan maklumat kepada murid tentang kepentingan penjagaan gigi
yang betul. Aktiviti berjalan dengan lancar dan murid-murid terlibat dengan aktif. Diharapkan
program seumpama ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang kerana telah
memberikan manfaat yang banyak khususnya terhadap penjagaan kesihatan gigi murid-
murid.

Laporan disediakan oleh, 1 Mei 2017

( DARWAN BIN NASIR)

Guru,
Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No. 5.

Anda mungkin juga menyukai