Anda di halaman 1dari 4

Karangan Jenis Laporan

Laporan Kegiatan Persatuan Sains dan Matematik


Sekolah Kebangsaan Darau

Persatuan Matematik dan Sains dibentuk pada tahun 1992. Anggota-


anggota persatuan ini berjumlah 60 orang. Mereka terdiri daripada pelajar
Tahun Empat hingga Tahun Enam. Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan
taraf pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Selain itu,
melalui persatuan ini, pelajar dapat bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran
masing-masing.

Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun 2012.


Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik. Kegiatan
pertama yang kami jalankan ialah Peraduan Menulis Esei Tentang Sains.
Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat menggalakkan.
Peraduan ini dimenangi oleh Suriani Mat Zin, pelajar Tahun Enam Mawar.

Kami juga menganjurkan ceramah tentang Sains dan Matematik. Ceramah


ini disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaysia. Selain itu, kami turut
mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Kami
memperindahkan kawasan taman pra dengan menanam berbagai jenis bunga dan
menamakan pohon-pohon tersebut mengikut istilah Sains.

Pada cuti penggal kedua persekolahan, kami mengadakan lawatan ke Taman


Ular di Batu Pahat. Sebagai hasil lawatan ini, kami banyak memperolehi
pengetahuan tentang penyelidikan yang dijalankan oleh pihak Institut
Penyelidikan Perubatan Malaysia di situ.

Keseluruhannya, kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami


jalankan. Kami juga berterima kasih kepada guru penasihat, cikgu Rosimi Jaafar
yang banyak memberikan bimbingan kepada kami.

Disediakan oleh, 25 Julai 2012

Azmi Sulaiman
(AZMI SULAIMAN)
Setiausaha Persatuan Sains dan Matematik,
Sekolah Kebangsaan Darau.
Karangan Jenis Laporan

LAPORAN KEMPEN PENGGUNAAN BAHASA BAKU

Pada 15 hingga 25 Februari 2012, Sekolah Kebangsaan Darau telah


mengadakan Kempen Penggunaan Bahasa Baku. Kempen ini telah dilancarkan oleh
Pegawai Pendidikan Daerah Besut, Encik Ahmad Harif.

Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk meluaskan penggunaan bahasa


baku dalam kalangan murid-murid. Selain itu, kempen ini juga bertujuan untuk
memupuk minat pelajar mendalami bahasa kebangsaan.

Sempena kempen ini, pelbagai acara menarik telah dijalankan. Bagi murid-
murid Tahun 4, 5 dan 6 pertandingan syarahan dan perbahasan telah dianjurkan.
Manakala bagi murid-murid Tahun 1, 2 dan 3 pula diadakan pertandingan
membaca sajak dan bercerita.

Pada hari penutup, tuan Guru Besar melahirkan rasa kesyukuran kerana
kempen ini telah berjalan dengan lancar. Para pemenang setiap pertandingan
telah diberi hadiah berupa wang tunai dan sijil penghargaan.

Disedikan oleh, 1 Mac 2012

Osman Jusoh
(OSMAN BIN JUSOH)
Setiausaha,
Badan Pengawas,
Sekolah Kebangsaan Darau.
Karangan Jenis Laporan

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM


SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN NURI

Sekolah Kebangsaan Taman Nuri telah menganjurkan perkhemahan unit


beruniform pada 26 hingga 28 Mei 2017, iaitu semasa cuti pertengahan tahun
yang lalu. Perkhemahan tersebut telah diadakan di Hutan Lipur Sungai Tukun,
Pulau Pinang. Perkhemahan ini disertai oleh 70 orang anggota unit beruniform
beserta 10 orang guru pengiring.

Pada pukul 8.00 pagi, para peserta perkhemahan bergerak dari sekolah
dengan menaiki bas. Mereka tiba di tapak perkhemahan kira-kira pada pukul 9.30
pagi. Sampai di tapak perkhemahan, para peserta diberi taklimat dan kemudian
dikehendaki membersihkan kawasan tapak perkhemahan dan mendirikan khemah
masing-masing mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.

Setelah menikmati juadah makan tengah hari, peserta perkhemahan


didedahkan dengan aktiviti pertolongan cemas. Antaranya, cara-cara merawat
luka yang melibatkan pendarahan, rawatan patah tulang, rawatan gigitan haiwan
berbisa, rawatan sengatan serangga dan rawatan pernafasan.

Pada malamnya pula, kami dihiburkan dengan aktiviti permainan muzik


tradisional. Para peserta dikehendaki meneka bunyi-bunyi yang didengari.
Kumpulan yang paling banyak meneka bunyi muzik tradisional dengan betul dikira
sebagai pemenang.

Antara aktiviti menarik yang dijalankan adalah meredah hutan yang


bertujuan untuk mengenal flora dan fauna. Selain itu, pertandingan memasak
menggunakan buluh, kawad kaki, kuliah subuh dan maghrib dan persembahan
kebudayaan turut diadakan. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan berbentuk
aktiviti berkumpulan.
Karangan Jenis Laporan

Pada hari terakhir perkhemahan, para peserta dikehendaki membersihkan


tapak perkhemahan. Sebelum perasmian penutup dilakukan, pemenang setiap
pertandingan menerima hadiah masing-masing. Semua peserta berpuas hati
kerana memperoleh pengalaman yang amat berharga.

Disediakan oleh, 12 Jun 2017

Danial Iman
(DANIAL IMAN BIN MOHD. ROSLI)
Setiausaha Unit Beruniform,
Sekolah Kebangsaan Taman Nuri.

Anda mungkin juga menyukai