Anda di halaman 1dari 7

TEMASYA SUKAN SEKOLAH

Pada hari Ahad yang lepas,sekolah saya telah


mengadakan temasya sukan tahunan.Sukan tahunan tersebut
diadakan di padang sekolah saya yang luas itu.
Sebelum sukan diadakan,semua guru dan murid sibuk
membuat persiapan.Padang dihiasi dengan panji-panji dan
belon-belon yang berwarna-warni.Beberapa buah khemah
didirikan di tepi padang.Para peserta sukan berlatih dengan
bersungguh -sungguh pada setiap hari.
Pada hari sukan,semua murid dan guru hadir awal ke
sekolah.Para peserta sukan berkumpul di padang.Pengerusi
PIBG
sekolah
merasmikan
sukan
tersebut.Pelbagai
persembahan diadakan seperti pancaragam,yoyo cina,tarian
dan sebagainya.Persembahan murid sungguh menarik.Para
penonton memberikan tepukan yang gemuruh.Perbarisan
peserta sukan juga diadakan.
Tujuan diadakan sukan adalah untuk mencungkil bakat
dan menyihatkan badan.Pelbagai acara sukan diadakan seperti
lompat
tinggi,lompat
jauh,lumba
lari,tarik
tali
dan
sebagainya.Acara lari berganti-ganti menjadi acara kemuncak
hari sukan.Para peserta berlari dengan pantas menuju ke
garisan penamat.Para penonton bersorak untuk memberi
sokongan kepada peserta pasukan masing-masing.Suasana di
padang riuh-rendah dan meriah.
Acara sukan berakhir pada pukul 12.00 tengah
hari.Rumah Merah telah muncul sebagai juara.Kit Seng telah
terpilih sebagai olahragawan manakala Siti Fatimah dipilih
sebagai olahragawati.Guru Besar menyampaikan piala kepada
para pemenang.Beliau mengucapkan tahniah kepada murid
yang berjaya dan menasihati murid yang tidak berjaya supaya
tidak berputus asa.
Selepas majlis penyampaian hadiah tamat,murid-murid
pulang ke rumah dengan gembiranya walaupun kelihatan letih.

SOALAN : Penjagaan kesihatan diri sangat penting


kepada kita.
Tulis karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan
diri.
Semua orang perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya
mereka dalam keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Ada
banyak cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam
keadaan baik.
Cara yang laing mudah ialah seseorang itu perlu menjaga
kebersihan diri. Aktiviti mandi dan memakain pakaian yang
bersih serta memastikan kawasan sekeliling rumah bersih
merupakan langkah yang paling praktikal untuk dilakukan oleh
sesiapa sahaja.
Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama
makanan yang berzat. Makanan segera perlulah dijauhkan
tetapi air hendaklah diambil dalam kuantiti yang banyak dalam
sehari untuk menjamin kesihatan yang baik.
Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar
kesihatan yang baik. Senaman memastikan peluh dikeluarkan
bersama-sama toksik badan yang mampu memberikan
seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang
serangan penyakit.
Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut
jadual berkala. Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu
mengesan penyakit ketika di peringkat awal lalu mudah
menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah dipatuhi
selalu.
Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung
jawab yang harus dilaksanakan dengan penuh amanah.
Kesihatan yang baik bukan sahaja menijmatkan kos perubatan

seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan yang penuh


ceria kepada diri dan keluarga.

Karangan Fakta : Cara-cara Menghargai Guru


Tugas guru ialah mengajar di sekolah.Guru mendidik pelajar
supaya menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan
negara. Guru juga ibarat ibu bapa kedua kepada pelajar kerana
pelajar banyak menghabiskan masa di sekolah. Oleh itu,
sebagai murid kita sewajarnya menghargai guru. Terdapat
banyak cara untuk menghargai guru kita.
Antara cara untuk menghargai jasa guru ialah
dengan menghormati mereka. Guru perlu dihormati kerana
guru menyampaikan ilmu kepada kita. Mereka mendidik kita
supaya menjadi insan yang berguna. Contohnya, kita boleh
mengucapkan salam apabila berjumpa dengan guru. Kita juga
tidak boleh sombong terhadap guru.
Pelajar
juga
boleh
menghargai
guru
dengan
cara menyiapkan kerja sekolah mereka. Guru memberikan
kerja sekolah bukannya untuk membebankan pelajar,
sebaliknya sebagai latihan tambahan atau pengukuhan di
rumah. Oleh itu, kita mesti menghantar kerja sekolah mengikut
masa yang ditetapkan. Jika terdapat kesalahan dalam latihan,
guru akan membetulkannya. Ini pastinya dapat membantu
pelajar untuk membuat pembetulan.
Kita juga boleh menghargai guru dengan cara berdisiplin
semasa di sekolah. Disiplin sangat penting untuk menjadi

pelajar yang berjaya dalam pelajaran. Contohnya, kita perlu


datang awal ke sekolah dan tidak terlibat dalam kes-kes buli,
gengsterisme, vandalisme, ponteng sekolah, dan lain-lain.
Pelajar boleh menunjukkan kasih sayang kepada guru.
Pelajar boleh membantu guru dengan membawakan buku-buku
guru ke bilik guru. Mereka juga boleh memberikan hadiah
kepada guru semasa sambutan hari guru pada 16 Mei.
Pelajar boleh menghargai guru dengan mengenang
jasa guru. Hal ini disebabkan guru telah banyak berjasa.
Contohnya, kita boleh memberikan hadiah kepada guru semasa
sambutan Hari Guru pada 16 Mei.Kita juga perlu menunjukkan
kasih sayang kepada guru. Kita bolehlah menziarahi guru ketika
mereka sakit. Dengan ini guru akan berasa gembira dan
bangga terhadap pelajarnya.
Sesungguhnya, guru ibarat lilin yang sanggup menerangi
orang lain. Oleh itu, setiap pelajar perlu menghargai guru. Ini
kerana, jasa guru tidak ternilai harganya dalam melahirkan
insan-insan yang berjaya, cemerlang dan gemilang.

KARANGAN:FAEDAHMEMBACA
Faedah-faedah Amalan Membaca
Membaca adalah salah satu amalan yang amat
berfaedah. Mereka yang mempunyai tabiat ini dapat
memperoleh banyak kelebihan dan manfaat.
Seseorang yang suka membaca mempunyai minda yang
sihat dan positif. Bahan bacaan seperti buku-buku ilmiah dan
majalah boleh merangsang pemikiran kita. Oleh itu, pemikiran
kita senantiasa kreatif, kritis dan mempunyai wawasan.
Amalan suka membaca juga boleh meningkatkan
perbendaharaan kata. Misalnya kita boleh membaca buku-buku
cerita, novel dan makalah. Perbendaharaan kata yang meluas
baik dalam bahasa Malaysia ataupun bahasa Inggeris akan
meningkatkan kemampuan kita untuk berkomunikasi secara
lisan ataupun bertulis.

Di samping itu, amalan suka membaca boleh menambah


pengetahuan kita. Contohnya, jika kita suka membaca bukubuku tentang sains dan sejarah yang boleh kita dapati di
perpustakaan. Dengan itu, pengetahuan tentang konsep sains
dan juga sejarah boleh ditingkatkan dan sekaligus membantu
dalam proses pembelajaran di sekolah.
Seterusnya, amalan suka membaca boleh mengisi masa
lapang kita dengan berfaedah. Membaca buku-buku pelajaran,
majalah dan buku cerita amat bermanfaat kepada kita daripada
membuang masa dengan bermain atau menonton televisyen
sahaja. Oleh itu, masa lapang kita tidak akan terbuang dengan
sia-sia.
Kesimpulannya, tabiat membaca memang mempunyai
banyak kelebihan. Maka kita harus memupuk tabiat suka
membaca ini sejak kecil lagi. Bak kata orang bijak pandai,
"Membaca Jambatan Ilmu".

Laporan Sambutan Bulan Kemerdekaan


Peringkat Sekolah
Setiap tahun, pada 31 Ogos, negara kita menyambut ulang
tahun Hari Kebangsaan. Perayaan ini disambut sebagai
memperingati tarikh negara kita mencapai kemerdekaan pada
31 Ogos 1957. Pada hari tersebut, Jalur Gemilang akan
dikibarkan di tempat-tempat tertentu. Antara tempat tersebut
termasuklah pejabat,sekolah, rumah kediaman, kedai dan
bangunan kerajaan.
Sekolah SK Ampang Pecah telah mengadakan pelancaran
sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada
15.9.2011. Sambutan dimulakan dengan ucapan oleh Puan Umi
Kalsom bt Daud. Kemudian beliau juga telah melepaskan

burung sebagai tanda negara telah bebas daripada cengkaman


penjajah.
Selepas itu diikuti persembahan silat oleh pelajar-pelajar
Tahun 5 Bestari terdiri daripada M.Aiman Din Zuhdi, M.Isfahan,
M.Amirul, M.Danish. Persembahan ini juga sebagai lambang
kekuatan pejuang-pejuang tanahair membela negara.
Kemudian murid-murid dan warga sekolah lain mengibarkan
Jalur Gemilang sambil menyanyikan lagu-lagu patriotik seperti
Merdeka, Jalur Gemilang, Wawasan 2020.
Murid-murid gembira dan bangga apabila mendengar lagu
berkumandang di udara. Perasaan kasih dan cintakan negara
tertanam dalam jiwa murid-murid.
Aktiviti seperti ini mesti diadakan setiap tahun agar jati diri
setiap warga negara Malaysia sentiasa terukir dalam jiwa
masing--masing.Kibaran Jalur Gemilang di segenap pelosok
negari melambangkan semangat cintakan tanahair.

KARANGAN UPSR (Berita) : Perkhemahan Pengakap


SOALAN : Baru-baru ini pasukan pengakap sekolah
kamu telah mengadakan aktiviti perkhemahan. Sebagai
pemberita majalah sekolah, kamu dikehendaki
menyediakan berita tentang perkhemahan itu.
SIMPANG AMPAT. 1 Jun - Pasukan pengakap Sekolah
Kebangsaan Bukit Tambun telah mengadakan aktiviti
perkhemahan di Hutan Lipur Bukit Mertajam selama dua hari
satu malam.

Cikgu Adli Zakaria selaku ketua komandan


perkhemahan ini berkata, seramai 40 orang peserta daripada
murid-murid Tahap 2 terlibat dengan perkhemahan ini.
Manakala 10 orang guru pengiring bersama-sama membantu
menjayakan aktiviti yang diadakan kali ini.
Tujuan perkhemahan ini adalah untuk melengkapkan
kursus Keris Perak di peringkat sekolah. Sebanyak 10 buah
khemah telah didirikan di tapak perkhemahan. Para peserta
diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan
sepanjang mereka berada di sini.
Pelbagai aktiviti telah disusun agar program
perkhemahan ini berjalan lancar. Antara aktiviti yang dijalankan
ialah kawad, 'junggle tracking', persembahan kebudayaan,
masakan rimba dan sebagainya.Para peserta kelihatan begitu
teruja melakukan setiap aktiviti yang dijalankan.
Semangat tolong-menolong dapat dilihat dengan jelas
melalui aktiviti yang dilaksanakan. Setiap peserta begitu
bersungguh-sungguh melakukan aktiviti walaupun ada antara
mereka yang nampak keletihan. Berdasarkan laporan kem
komandan, selain berjaya melengkapkan kursus Keris Perak,
setiap peserta mendapat pengalaman berguna. Sikap berdikari,
bekerjasama dan kepimpinan peserta telah berjaya dipupuk.
Oleh kerana perkhemahan ini mendapat sambutan yang
amat menggalakkan daripada para peserta, pihak sekolah telah
bercadang untuk menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti
tahunan. Hal ini dicadangkan sendiri oleh guru besar sekolah
ketika berucap pada majlis penutup kursus tersebut.

Anda mungkin juga menyukai