Anda di halaman 1dari 4

Karangan Cerita / pengalaman "Menyaksikan majlis perkahwinan"

Karangan Cerita / pengalaman


Kamu dan sekeluarga telah menghadiri satu majlis kenduri
perkahwinan sepupu kamu.
Ceritakan pengalaman kamu sepanjang kenduri
perkahwinan itu.
Pada cuti sekolah yang lepas, saya dan keluarga telah
menghadiri satu majlis perkahwinan sepupu saya di kampung.
Kami bertolak ke sana sehari sebelum majlis perkahwinan
berlangsung.
Pada awal pagi hari majlis perkahwinan itu berlangsung,
saya melihat saudara-mara sibuk bergotong royong membuat
pelbagai persiapan. Kaum lelaki dan wanita sibuk memasak
makanan dan lauk-pauk yang akan dihidangkan kepada para
jemputan dan rombongan pengantin lelaki. Sesetengah yang
lain pula sibuk menghias bilik pengantin.
Apabila lauk-pauk dan makanan siap dimasak, saya
membantu saudara-mara menghidangkan makanan dan
minuman di atas meja. Menjelang tengahari, tetamu dan
jemputan tiba untuk menikmati hidangan. Suasana ketika itu
sangat sibuk. Ayah dan Pak Long tidak menang tangan
melayan para tetamu yang datang bersalaman dan
mengucapkan tahniah.
Kira-kira pada pukul 3.00 petang, rombongan pengantin
lelaki tiba. Ketibaan mereka disambut dengan paluan kompang
dan pertunjukan seni silat. Kemudian kedua-dua pengantin
disandingkan di atas pelamin. Suasana ketika itu sungguh
meriah. Saya dan adik-adik tidak melepaskan peluang untuk
bergambar bersama pengantin.
Menjelang senja, majlis persandingan pun tamat. Saya dan
saudara-mara yang lain membantu mengemas meja, pinggan
mangkuk dan peralatan yang digunakan. Kami bekerjasama
agar segala-galanya dapat dikemas dan dibersihkan sebelum
malam menjelang.

Kami sekeluarga bertolak pulang menjelang malam.


Walaupun letih, saya berasa seronok kerana dapat
menyaksikan satu majlis perkahwinan yang sangat meriah

Soalan : Kamu dan rakan-rakan telah menyertai


perkhemahan unit beruniform anjuran pihak
sekolah.
Tuliskan catatan tentang perkhemahan
tersebut.
Jumaat, 10 Jun 2010
Aku tiba di sekolah untuk mengikuti satu
perkhemahan pengakap yang diadakan di Bukit
Ayer. Setelah mendengar taklimat daripada
Cikgu Kamal Ahmad, kamipun bertolak. Ahli
pengakap yang terlibat seramai 30 orang dan
disertai oleh 5 orang guru.
Setelah tiba, kami dibahagikan kepada 5
kumpulan. Kami diarah membersihkan
kawasan. Setelah itu, kami mendirikan khemah.
Aku dan beberapa orang rakan diarah untuk
mencari kayu api untuk digunakan semasa
memasak dan untuk dijadikan unggun api. Pada
waktu malam, kami hanya berehat sahaja.
Sabtu, 11 Jun 2010

Selepas sembahyang subuh, kami


bersarapan. Selepas itu, kami mengadakan
aktiviti senaman. Kemudian aktiviti berkawad
diadakan. Banyak yang aku pelajari semasa
aktiviti ini.
Pada waktu petang kami menjalankan
aktiviti meredah hutan. Melalui aktiviti ini, kami
dapat mengetahui tentang flora dan fauna yang
terdapat di hutan ini. Kami juga bermandimanda di air terjun yang berdekatan.
Pada waktu malam, telah dijalankan
aktiviti unggun api. Melalui aktiviti ini, setiap
kumpulan perlu mengadakan persembahan.
Kumpulan aku mengadakan persembahan dikir
barat. Aku sungguh seronok ketika membuat
persembahan.

Ahad, 12 Jun 2010


Pada pagi ini telah dijalankan aktiviti
pertolongan cemas dan ikatan. Selepas makan
tengah hari, kami bersiap-siap untuk pulang.
Kami meruntuhkan khemah dan membersihkan
kawasan perkhemahan.

Pada pukul 2.00 petang, kami bertolak


pulang. Aku berasa gembira dapat mengikuti
perkhemahan ini kerana banyak pengetahuan
dan pengalaman yang aku peroleh.

Anda mungkin juga menyukai