Anda di halaman 1dari 1

Karangan memanfaatkan perpustakaan

Perpustakan adalah gedung ilmu.Di perpustakaan terdapat banyak buku yang boleh
dibaca seperti seperti buku cerita, novel, majalah, jurnal, dan lain-lain lagi. Di negara kita,
perpustakaan awam terdapat di mana-mana sahaja untuk kemudahan orang ramai membaca.
Ini kerana dengan membaca, pengetahuan murid-murid semakin bertambah dan ini tentu
membantu murid-murid dalam pelajaran. Perpustakaan banyak memberi faedah kepada kita.
Sebagai murid, kita dapat mengisi masa lapang dengan memanfaatkan perpustakaan.
Mereka yang selalu ke perpustakaan akan dapat mengelakkan diri daripada bergaul dengan
kacang hantu. Ini secara tidak langsung akan terhindar daripada terjebak dengan gejala yang
tidak sihat seperti melepak, merokok dan lain-lain lagi. Dengan itu, murid-murid akan berjaya
dalam pelajaran dan masa depan mereka akan lebih cerah.
Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri. Perpustakaan
mempunyai peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi seperti larangan membuat bising,
memulangkan buku mengikut tarikh, menyusun semula buku di raknya dan seumpamanya lagi.
Justeru, murid-murid dapat berlatih mendisplinkan diri di perpustakaan dan ini diharap akan
menjadi amalan dalam kehidupan mereka.
Di samping itu, sekiranya kita memanfaatkan perpustakaan, kita juga dapat menjimatkan
wang ibu bapa murid-murid. Murid-murid tidak perlu membeli semua buku kerana sesetengah
buku boleh dipinjam di perpustakaan. Oleh itu, wang yang mahu digunakan untuk membeli
buku-buku tersebut bolehlah disimpan di dalam tabung. atau membeli barang keperluan yang
lain.
Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu, kita perlu
memanfaatkna perpustakaan yang disediakan demi kemajuan kita dalam pelajaran. Tambahan
pula, murid-murid juga dapat menghilangkan rasa bosan setelah penat belajar dengan
membaca buku-buku tertentu di perpustakaan seperti komik, majalah dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai