Anda di halaman 1dari 2

KEBAIKAN MEMBAWA BEKAL KE SEKOLAH

Setiap hari kita diberikan wang saku oleh ibu bapa untuk membeli makanan dan minuman di
kantin sekolah. Namun begitu, kita juga boleh membawa bekal ke sekolah. Membawa bekal ke
sekolah sebenarnya membawa banyak kebaikan kepada kita.

Apabila kita membawa makanan sendiri ke sekolah, kita akan dapat menjimatkan wang kita.
Wang saku yang diberikan oleh ibu bapa kita boleh disimpan di dalam tabung atau di bank. Lama-
kelamaan wang tabungan kita akan bertambah, seperti kata pepatah, “sedikit-sedikit lama-lama
menjadi bukit”.

Selain itu, makanan yang dibekalkan oleh ibu kita semestinya sedap dan berkhasiat. Ini dapat
mengelakkan kita daripada terkena keracunan makanan. Kita juga akan lebih berselera untuk
menikmati makanan yang dimasak oleh ibu pada waktu rehat.

Di samping itu, kita tidak perlu lagi berebut-rebut atau beratur untuk membeli makanan di
kantin. Kita dapat menjamah terus makanan yang dibawa dari rumah. Masa rehat kita dapat
dijimatkan. Oleh itu, kita masih ada masa untuk membaca buku atau akhbar di perpustakaan.

Kita juga boleh bertukar-bertukar atau berkongsi bekal dengan kawan-kawan kita. Dengan ini,
perhubungan kita dengan kawan-kawan akan menjadi lebih erat. Selain itu, hubungan kasih sayang
antara kita dan ibu juga akan bertambah erat.

Kesimpulannya, membawa bekal ke sekolah memang mendatangkan banyak manfaat kepada


kita. Oleh, itu ada baiknya amalan tersebut kita lakukan untuk kebaikan diri kita sendiri.
KEBAIKAN BELAJAR BERKUMPULAN

Terdapat banyak cara untuk belajar. Sebagai pelajar kita boleh belajar sendiri
atau belajar secara berkumpulan. Belajar berkumpulan sebenarnya mendatangkan
banyak kebaikan kepada kita.

Apabila kita belajar secara berkumpulan, kita dapat bertanya tentang


pelajaran yang tidak kita fahami. Kata pepatah, “malu bertanya, sesat jalan”. Oleh
itu, segala masalah kita dalam pelajaran akan dapat diatasi serta-merta dengan
bantuan kawan-kawan kita.

Kita juga akan lebih memahami sesuatu perkara jika kita belajar secara
berkumpulan. Kawan-kawan kita yang lebih pandai akan memberikan penerangan
yang jelas. Sebaliknya, apabila kawan kita pula yang tidak memahami sesuatu
perkara, kita boleh membantunya dengan memberikan penerangan yang
dimintanya.

Di samping itu, kita juga tidak akan berasa jemu atau mengantuk. Pembelajaran
secara berkumpulan yang diselang-selikan dengan perbualan dan gurauan
tentunya akan menjadi lebih menarik. Oleh itu,

Kita akan menjadi lebih bermotivasi untuk belajar.

Kita juga boleh bertukar-bertukar atau berkongsi pendapat dengan kawan-


kawan kita. Dengan cara ini, ilmu pengetahuan kita akan bertambah dari semasa
ke semasa. Perhubungan kita dengan kawan-kawan juga akan menjadi lebih erat.

Kesimpulannya, belajar secara berkumpulan memang mendatangkan banyak


manfaat kepada kita. Oleh, itu amalkanlah belajar secara berkumpulan untuk
kebaikan kita bersama.

Anda mungkin juga menyukai