Anda di halaman 1dari 1

KARANGAN FAKTA PT3 : KEBAIKAN AMALAN MEMBACA

AMALAN MEMBACA DALAM DIRI PELAJAR HARUS DITEKANKAN OLEH SEMUA PIHAK

Amalan membaca ialah sikap suka menelaah bahan bacaan dalam aktivti harian seseorang pelajar
itu. Antara bahan bacaan itu meliputi novel, majalah dan akhbar yang banyak dijual di kedai-
kedai buku itu. Sebenarnya, amalan ini mempunyai banyak faedah kepada diri pelajar apabila
dilakukan secara kerap.
Kebaikan yang ketara ialah membaca boleh menambahkan ilmu pengetahuan seseorang itu.
Aktiviti membaca pasti membawa pelajar memperoleh maklumat terkini tentang sesuatu perkara
itu seperti penemuan kajian sains yang mengejutkan. Lantaran itu, diri pelajar sering terdedah
kepada kajian saintis yang sering berubah-ubah mengikut zaman.
Selain itu, membaca juga boleh meningkatkan kemahiran bahasa pelajar. Penemuan saban hari
istilah atau kosa kata baru yang difahami setelah memeriksa kamus itu akan meningkatkan
kemahiran berbahasa pelajar tersebut. Sesungguhnya, penggunaan kosa kata dalam diri pelajar
akan jadi meluas dan menjadikan pelajar mahir dalam penulisan pula.
Tambahan pula,pemikiran pelajar menjadi lebih baik atau matang apabila kerap membaca bahan
akhbar dan majalah. Pembacaan menjadikan pelajar mengetahui banyak isu daripada pelbagai
sudut pandangan masyarakat itu tanpa mengira positif atau negatif. Jelaslah, pelajar akan
menimbang sendiri semua fakta yang dihuraikan dalam pembacaan itu lalu mampu membuat
kesimpulan yang sama.
Sikap suka membaca boleh mengisi masa lapang pelajar.Amalan ini memerlukan tumpuan yang
lama seperti berjam-jam untuk menghabiskan sebuah buku terutama buku pelajaran yang tebal
itu. Maka, kemungkinan untuk pelajar tersebut terlibat dalam sebarang kejadian negatif seperti
melepak tidak akan berlaku.
Kajian juga membuktikan bahawa pelajar yang kerap membaca buku akan memperoleh
keputusan peperiksaan yang cemerlang. Kejayaan ini berlaku kerana banyak fakta yang perlu
dihafal apabila belajar menjawab soalan peperiksaan umum negara ini. Akibatnya, ibu bapa akan
berasa bangga dengan kejayaan anak mereka dalam peperiksaan itu.
Kesimpulannya,semua faedah membaca itu benar-benar berlaku sekiranya diamalkan secara baik.
Ibu bapa perlulah membantu memupuk minat ini dengan memberi galakan atau membeli bahan
bacaan yang berkualiti buat anak mereka. Bak kata orang tua-tua membaca itu jambatan ilmu
yang membuktikan amalan ini penting dilaksanakan oleh semoa pelajar tanpa mengira batasan
usia tersebut

Anda mungkin juga menyukai