Anda di halaman 1dari 4

JAWAPAN 1(C) FORMAT SURAT KIRIMAN RASMI SECARA BERGARIS

PETUNJUK

A. Alamat Pengirim (dituliskan di sudut sebelah kiri atas muka surat) Contoh, Kelab Kebajikan, Sek. Men. Tun Mamat, 84900 Tangkak, Johor. B. Kebenaran (Melalui) ("Melalui" perlu ditulis jika surat kiriman adalah dari sekolah atau agensi utama. Kepentingan menulis 'Melalui' adalah untuk memaklumkan kepada penerima bahawa surat kiriman tersebut telah mendapat kebenaran dan di atas makluman Pengetua) Contoh, Melalui, Tuan Pengetua, Sek. Men. Tun Mamat, Tangkak, Johor. C. Buat satu garisan panjang D. Nama dan alamat penerima (ditulis di bahagian bawah garisan panjang. Bahagian akhir alamat penerima hendaklah digaris di bawahnya) Contoh, Ketua Pengarah, BahagianPenyiaran, RTM, AngkasaPuri, 12450 Kuala Lumpur. E. Tarikh (ditulis pada sebelah kanan surat, iaitu sebaris dengan bahagian akhir alamat penerima. Penulisan nama bulan perlulah semua dalam huruf besar serta tidak perlu ada nokta di akhir tarikh tersebut). Contoh, 10 JULAI 1995 F. Kata Penghadapan Tuan/Puan ditulis di bawah alamat penerima selepas melangkau satu baris. Tidak perlu ada titik atau koma selepas kata penghadapan. Contoh, Tuan G. Perkara/Tajuk Surat (tajuk surat ditulis di bawah kata penghadapan dengan langkau satu baris kosong. Tulis huruf besar bagi setiap awal kata. Tidak perlu tanda nokta pada akhir penulisan perkara) . Contoh, Aduan Mengenai Ketidaksesuaian Rancangan Televisyen H. Pendahuluan Penulisan pendahuluan hendaklah bermula di tepi surat dan tidak perlu bernombor. Pendahuluan ini sebenarnya sebagai kata-kata aluan yang ditujukan khas kepada penerima. Nyatakan bahawa anda dan rakan-rakan kurang puas hati mengenai rancangan televisyen. I/J/K Isi Pertama, Kedua dan Ketiga Perenggan untuk isi pertama, kedua dan ketiga perlulah diberi nombor dan permulaan ayat

dijarak sedikit dari nombor tersebut. Nyatakan teguran-teguran anda seperti a) Tayangan iklan jenama rokok semakin bertambah b) Rancangan bercorak agama terlalu sedikit c) ketidaksesuaian tayangan siri kartun yang popular d) Mengimbangkan rancangan berbentuk hiburan dengan yang berbentuk pengetahuan L. Penutup Surat Bahagian penutup surat adalah pengulangan harapan dan hasrat pengirim surat kepada penerima surat. Penulisan penutup surat hendaklah bermula dari tepi surat dan tidak perlu bernombor. a) Harapan semoga teguran ini dapat perhatian sewajarnya. b) Ucapkan terima kasih atas prihatin dan kerjasama yang diberi M. Pengakuan Pengirim Ditulis di sebelah kiri surat selepas perenggan akhir (penutup surat). Huruf pertama pada kata pertama mestilah huruf besar. Tanda koma hendaklah dibubuh selepas rangkaian kata yang berkenaan. Contoh, Sekian, terima kasih. N. Penulisan Pengakuan Siapa Yang Menulis Penulisan pengakuan ini biasanya meliputi perkataan ' Yang benar' , ' Saya yang menurut perintah', ' Saya yang menjalankan tugas ' dan sebagainya. Huruf pertama pada kata pertama mestilah huruf besar dan berakhir dengan tanda koma. Contoh, Yang benar, Saya yang menurut perintah, Saya yang menjalankan tugas, O. Tandatangan Tandatangan pengirim surat diletakkan di sudut kiri bawah surat selepas pengakuan pengirim. P. Nama Pengirim Nama Penuh Pengirim hendaklah ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan Contoh, (ROSITA BTE MAT SALLEH) Q. Penulisan Jawatan Penulisan jawatan pengirim hendaklah ditulis bermula dengan huruf besar. Contoh, Setiausaha R. Penulisan s.k. (salinan kepada) Penulisan s.k. (salinan kepada) hendaklah ditulis iaitu langkau satu baris selepas jawatan pengirim. Penulisan s.k (salinan kepada) amat perlu kerana ini akan menunjukkan bahawa pengirim tersebut ada memaklumkan maklumat berkaitan dengan surat tersebut kepada pihakpihak tertentu. Sekiranya pengirim tersebut mewakili organisasi tertentu seperti sekolah maka s.k. hendaklah ditujukan kepada Penolong Pengetua, Guru Penasihat dan Fail Persatuan (untuk Pengetua tidak perlu kerana Pengetua sudahpun dimaklumkan semasa beliau menurunkan tandatangan di bahagian 'Melalui'). Salinan kepada Fail Persatuan pula amat perlu kerana ini sebagai simpanan dan bukti tentang pengiriman surat tersebut serta memudahkan tugas-tugas untuk rujukan. Contoh, s.k. Timbalan Pengetua,

Guru Penasihat Kelab Kebajikan. Fail Persatuan. JAWAPAN 1(d)

Anda mungkin juga menyukai