Anda di halaman 1dari 11

BAHASA MELAYU

TINGKATAN 2
SMK LUTONG, MIRI
PEMAHAMAN
PETIKAN
(KERTAS 1)
PENGENALAN
1. Kertas 1, Bahagian B, Soalan 3.
2. Soalan berbentuk struktur.
3. Soalan mengemukakan 2 atau 3 petikan yang terdiri daripada pelbagai
bentuk seperti petikan komsas / petikan buku teks / petikan luar.
4. 3 soalan perlu dijawab berdasarkan petikan yang diberikan yang
membawa markah penuh ialah 10 markah.
5. 3 bahagian soalan:
- Soalan 1 : Dalam petikan
- Soalan 2 : Aspek komsas
- Soalan 3 : KBAT
6. Jawapan mestilah ditulis dalam ayat yang lengkap.
KRITERIA PEMARKAHAN BAGI SOALAN
3 MARKAH
MARKAH KRITERIA
3 • Isi cukup / lengkap dan ayat gramatis
2 • Isi cukup tetapi ayat kurang gramatis
• Isi tidak cukup tetapi ayat gramatis
1 • Isi tidak cukup dan ayat kurang gramatis
0 • Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis
• Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis
KRITERIA PEMARKAHAN BAGI SOALAN
4 MARKAH
MARKAH KRITERIA

4 • Isi cukup dan relevan mengikut tugasan serta


ayat gramatis
3 • Isi cukup dan relevan mengikut tugasan serta
ayat kurang gramatis
2 • Isi tidak cukup tetapi relevan mengikut tugasan
dan ayat gramatis
1 • Isi tidak cukup tetapi relevan mengikut tugasan
dan ayat kurang gramatis
0 • Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis
• Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis
CONTOH SOALAN
Baca petikan-petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Petikan 1 Petikan 2

“Cikgu, nak hadiah apa pada Hari Guru nanti?” tanya Azizah “Ada cikgu bagi. Cikgu Hamimi kata hari ini hari jadi Fiqah. Cikgu
pada suatu hari di bilik guru. itu baik orangnya. Fiqah suka. Cikgu Hamimi kata hendak bagi hadiah.
Cikgu Hamimi suruh emak datang ambil hadiah esok,” beritahu anakku.
“Cikgu tak nak hadiah apa-apa daripada kamu. Cukuplah
dengan kejayaan kamu yang cemerlang dalam UPSR nanti,” kata Aku akhirnya bergegas ke bilik mencari sijil kelahiran Lailatul
Cikgu Zaleha dengan lembut dan tenang. Afiqah. Memang benar hari itu merupakan hari ulang tahun kelahiran
Lailatul Afiqah. Bagaimanakah aku boleh terlupa akan tarikh istimewa
itu? Aku berasa terharu kerana masih ada cikgu yang mengambil
“Saya tetap akan memberi cikgu satu hadiah yang cukup
perhatian. Kuingatkan semua cikgu di sekolah itu hanya mementingkan
istimewa,” janji Azizah pagi itu.
diri. Rupa-rupanya tidak.
“Tak payahlah Zizah, menyusahkan kamu saja.” (Dipetik dan diubah suai daripada cerpen ‘Setitis Budi Semarak Kasih’,
Dewan Siswa, April 2012)
“Tak apa, akan saya belikan juga hadiah yang menarik.”

Namun, sampai kini Azizah tidah tahu hadiah apa yang boleh
dibelinya. Fikirannya buntu. Perasaannya menjadi hiba apabila
memikirkan rakan-rakannya yang telah siap dengan hadiah
masing-masing. Mahal-mahal belaka. Yang menambahkan
kerisauannya lagi ialah sambutan Hari Guru semakin hampir.

(Dipetik daripada cerpen ‘Hadiah’, antologi Kuingin Berterima Kasih,


Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia)
SOALAN 1
Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, nyatakan cara-cara Cikgu Zaleha dan Cikgu
Hamimi melayan anak murid mereka.
[3 markah]

Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, Cikgu Zaleha dan Cikgu Hamimi melayan anak
murid mereka dengan penuh kasih sayang. Mereka juga mengambil berat akan anak-
anak murid mereka. Cikgu Zaleha dan Cikgu Hamimi memberikan perhatian terhadap
kebajikan anak-anak murid mereka.
SOALAN 2
Nyatakan dua perwatakan yang ada pada Cikgu Zaleha dan Cikgu Hamimi.
[3 markah]

Dua perwatakan yang ada pada Cikgu Zaleha dan Cikgu Hamimi ialah seorang
guru yang bertanggungjawab dan penyayang.
TEKNIK MENJAWAB
SOALAN KBAT (SOALAN 3)
ISI + HURAIAN

SBAM
S = Siapa
BA = Buat apa
M = Mengapa (agar, untuk, supaya, demi, kerana,
seperti, contoh)
SOALAN 3
Pada pendapat anda, bagaimakah seseorang murid dapat menunjukkan rasa hormat
kepada guru-guru?
[4 markah]

Pada pendapat saya, seorang murid dapat menunjukkan rasa hormat kepada guru-
guru dengan menyapa guru secara bersopan dan tidak meninggi suara ketika
bercakap dengan guru kerana guru pasti akan berlembut hati dan melayan murid
dengan penuh rasa kasih sayang. Selain itu, murid haruslah memberikan ucap
selamat setiap kali berjumpa dengan guru dan menolong guru apabila diperlukan
kerana mencerminkan penghormatan murid kepada guru.
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai