Anda di halaman 1dari 11

BAHASA MELAYU

TINGKATAN 2

TAJUK:
CAKAP AJUK DAN
CAKAP PINDAH.
SLIDESMANIA.COM
AYAT CAKAP AJUK

Ayat cakap ajuk ialah ayat percakapan


seseorang yang ditulis semula secara
bulat-bulat tanpa mengubah maksudnya.
Dalam ayat, cakap ajuk ini ditandai
dengan tanda petik (“....”)
SLIDESMANIA.COM
Contoh

1. “Ibu, bolehkah saya bermain bola?” tanya Amin


kepada ibunya.

2. “Jangan bermain di sini, berbahaya,” kata Cikgu


Farid kepada Ramdan.

3. “Marilah kita ke perpustakaan bersama-sama,”


kata Malisa kepada Suzi.
SLIDESMANIA.COM
Contoh

Dalam penulisan dialog, perbualan, wawancara, atau


temu duga, cakap ajuk dapat ditukarkan kepada cakap
pindah dengan menggunakan kata-kata seperti
menyuruh, menanyakan, melarang, memberitahu,
memujuk, merayu, memerintahkan, menghasut,
mengejek, ingin mendapatkan kepastian, dan
seumpamanya.
SLIDESMANIA.COM
AYAT CAKAP PINDAH

Ayat cakap pindah ialah ayat daripada


percakapan seseorang yang dilaporkan
atau ditulis untuk diberitahukan atau
disampaikan kepada orang lain dengan
cara kita sendiri tanpa mengubah
maksudnya.
SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM
Perkara yang Perlu diubah Apabila Menukarkan Ayat

1. Kata ganti nama diri pertama : “aku”, “saya”,


“beta” diubah kepada “-nya”, “dia”, “baginda”
- “Aduh, sakitnya gigi aku!” kata Rubi.
Rubi mengaduh kerana giginya sakit.

- “Beta ingin pergi berburu,” titah Sultan Mansor


Kata Ganti Nama Syah.
Bagindah bertitah bahawa baginda ingin pergi

Diri
berburu.

2. Kata ganti nama diri pertama (jamak) : “kami”,


“kita”, “kalian” diubah menjadi mereka.
- “Rumah kami dimasuki pencuri,” kata Mak Semah
dan Pak Leman.
Mak Semah dan Pak Leman mengadu bahawa
rumah mereka dimasuki pencuri.

Bentuk Ayat Tanya


“ Mengapakah kamu menangis?” tanya Along
kepada Siti.
SLIDESMANIA.COM

- Along menanyakan sebab Siti menangis.


- Along bertanya kepada Siti tentang sebab dia
menangis.
Perkara yang Perlu diubah Apabila Menukarkan Ayat

1. “Silalah menjamah kuih ini,” kata Kakak


kepada rakannya
- Kakak mempelawa rakannya menjamah kui itu.
Kakak menjemput rakannya menjamah kuih itu.

2. “Jangan bermain di tepi longkang ini,” kata


Bentuk Ayat Cikgu Salwa kepada Amin.
- Cikgu Salwa melarang / menegah Amin bermain di

Perintah
tepi longkang itu.

3. “Marilah kita ke perpustakaan bersama-sama,”


kata Ruzi kepada Linda.
- Ruzi mengajak Linda ke perpustakaan bersama-
sama.

4. “Tolong jangan apa-apakan saya,” kata Kamal


kepada orang itu.
SLIDESMANIA.COM

- Kamal merayu kepada orang itu agar dia tidak


diapa-apakan.
Perkara yang Perlu diubah Apabila Menukarkan Ayat
1. “Aduhai, malang sungguh nasibku!” kata
nelayan itu.
Dengan perasaan sedih, nelayan itu mengeluh
tentang nasibnya yang sungguh malang.

2. “Cis, tulisan kamu macam cakar ayam!” kata


Gopal kepada Ram.
- Dengan perasaan marah, Gopal mengejek Ram

Bentuk Ayat Seru


kerana tulisannya macam cakar ayam.

3. “Wah, cantik sungguh baju kamu ini!” kata


Dewi kepada Seri.
- Dewi memuji baju Seri yang cantik sungguh itu.
- Dewi kagum apabila melihat baju Seri yang cantik
itu.

4. “Syabas, anda telah berjaya mengharumkan


nama Malaysia,” kata jurulatih itu kepada
perenang itu.
SLIDESMANIA.COM

- Jurulatih itu mengucapkan tahniah kepada


perenang itu kerana telah berjaya mengharumkan
nama Malaysia
LATIHAN
Cakap Ajuk Cakap Pindah

Farah : Cikgu, benarkah maklumat yang saya dengar,


iaitu semua murid sekolah di Malaysia dilindungi insurans?

Cikgu Yub : Benar, pihak kerajaan telah pun


membekalkan pelan insurans kepada semua murid pada
peringkat prasekolah hingga tingkatan enam.

Farah : Wah, menariknya! Namun begitu, setahu saya,


guru kelas tidak pernah meminta murid-murid
membayar wang premium insurans tersebut.

Cikgu Yub : Memang benar. guru kelas tidak pernah


meminta bayaran premium insurans kerana pihak
kerajaan telah membayar premium yang bernilai RM1.50
kepada syarikat insurans yang berkenaan.

Farah : Apakah bentuk perlindungan yang ditawarkan


kepada semua murid melalui pelan insurans ini, cikgu?
SLIDESMANIA.COM

Cikgu Yub : Nah, bacalah polisi ini! Semua maklumat


yang awak perlukan ada di sini.
ARAHAN TUGASAN
1. Sila tulis nota dan latihan anda dalam Buku Tatabahasa
(Buku Pendek). Sekiranya anda mempunyai printer, anda
boleh cetak dan tampal pada buku nota anda.

2. Sebagai latihan pengukuhan, anda dikehendaki untuk


menjawab soalan dalam Buku Kerja Bahasa Melayu pada
muka surat 75.

3. Kemudian, jawab soalan kuiz pada pautan link berikut:


[https://quizizz.com/join?gc=03383806]

4. Anda hendaklah menghantar tugasan melalui Google


SLIDESMANIA.COM

Classroom/Whatsapp selewat-lewatnya pada 27 Oktober


2021 (Rabu).
TERIMA KASIH
SLIDESMANIA.COM

Anda mungkin juga menyukai