Anda di halaman 1dari 24

CERITA RAKYAT SABAH

DI SEBALIK
SUMPAHAN
NURUL HIDDAYAH ABDUL MANAP

AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KREATIF


UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
2023
PENGHARGAAN
Alhamdulillah syukur kehadrat illahi, saya Nurul
Hiddayah telah dapat menyempurnakan buku
cerita rakyat yang saya cipta sendiri dengan
bantuan Pensyarah Cik Fatin Najla Omar, bantuan
Ibu saya Kusnah binti Pandak sebagai penyampai
cerita rakyat saya.

Semoga buku yang saya hasilkan akan memberi


manfaat kepada sesiapa sahaja yang membaca
dan dapat mengambil baik buruk daripada cerita
ini

NURUL HIDDAYAH ABDUL MANAP


1
CETAKAN PERTAMA 2023

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-


mana bahagian di dalam buku ini termasuklah isi kandungan,
ilistrasi dan apa juga yang terkandung di dalam buku secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin daripada penulis buku ini

NURUL HIDDAYAH ABDUL MANAP


2
1
KISAH SAMAON

P ada zaman dahulu disebuah kampung, tinggal seorang


saudagar yang kaya-raya bernama Samaon. Samaon
mempunyai seorang anak perempuan tunggal yang

sangat jelita dan diberi nama Dayang Bungsu. Mereka


tinggal disebuah kampung bernama Kampung Brunei.

Sewaktu menginjak ke umur yang lebih dewasa, kecantikan


anak perempuan Samaon menjadi perbualan ramai orang.
Semua orang kampung tertarik akan kejelitaan anak Samaon
atau lebih dikenali sebagai Dayang. Dayang tumbuh dewasa
sebagai satu-satunya anak perempuan kepada Samaon dan
isterinya.
Pada suatu hari, sewaktu Samaon sibuk berdagang, seorang
bidaan telah datang ke Kampung Brunei untuk melihat Dayang.
Hal ini kerana bidaan tersebut telah mendengar khabar angin
yang menyatakan tentang kecantikkan Dayang. Mendengar
khabar angin itu, bidaan tersebut membuat keputusan untuk
datang ke Kampung Brunei dan berhasrat memperisterikan
Dayang.

3
4
KISAH SAMAON

Mendengar akan berita tersebut, dengan perasaan yang


marah, Samaon menolak lamaran tersebut. Samaon tidak
menyukai para bidaan kerana bidaan tersebut merupakan
seorang lanun yang buruk rupa dan berkulit hitam. Samaon tidak
rela menikahi anaknya yang jelita bersama seorang lelaki yang
buruk rupa.

Setelah menolak lamaran bidaan tersebut, Samaon risau


jika bidaan tersebut datang kembali dan menculik Putri
tunggalnya. Dalam keadaan yang marah, Samaon membawa
isteri dan anaknya serta harta-harta pusakanya ke sebuah
sungai dihujung Kampung tempat tinggalnya.

Samaon telah berpakat dengan isteri dan anaknya untuk


membunuh Dayang agar bidaan tersebut tidak dapat
mengahwini anak gadisnya. Di tepi sungai tersebut, Samaon telah
membunuh anaknya menggunakan pisau pusaka miliknya.
Setelah membunuh Dayang, Samaon menanam mayat Dayang
dibawah batu penggilingan.

NURUL HIDDAYAH ABDUL MANAP

Setelah menanam mayat Dayang, Samaon kemudian


menanam serai disebelah kubur anaknya itu. Samaon juga
kemudiannya menanam Gendang, tawak, Kulintangan dan
Harta pusaka berbentuk emas, wang dan sebagainya.

Selepas menanam harta pusaka tersebut, Samaon


kemudian bersumpah bahawa sesiapa sahaja yang menemui
harta tersebut, ianya akan menjadi miliknya. selepas
berusumpah, Samaon membunuh isterinya dan kemudian
Samaon membunuh diri.

Sehingga ke hari ini, ketika hujan panas terkadang orang


kampung akan dapat Gendang, Tawak dan Kulintangan
berhamparan di dalam sungai tersebut, namun apabila irang
kampung cuba mendekatinya, Gendang tersebut akan hilang
sendirinya. oleh sebab itu sungai tersebut dipanggil sebagai
sungai penggandangan dan masih wujud sehingga sekarang.

6
7
2
BATU BUKIT TANDUI

D
i sebuah kampung yang terletak di Membakut,
sepasang pengantin telah mengadakan majlis dan
menjemput orang kampung untuk datang beramai-
ramai bagi menjamu selera.

Semasa majlis berlangsung, pasangan pengantin telah


menghidangkan ambuyat kepada tetamu. Para tetamu yang
hadir kemudian makan ambuyat tersebut dengan berselera.
Majlis ini berlangsung di Bukit Tandui Kampung Gana
Membakut.

Sewaktu sedang menjamu selera, tiba-tiba seekor katak


melompat masuk ke dalam ambuyat yang sedang di makan
oleh orang kampung. Secara spontan, kesemua tetamu
termasuk pasangan pengantin, telah mentertawakan katak
tersebut.

8
9
BATU BUKIT TANDUI

Selepas mentertawakan katak tersebut, sebuah kejadian


aneh dan menakutkan telah berlaku kepada seluruh penduduk
kampung di Bukit Tandui. Secara tiba-tiba angin mula bertiup
dengan kencang, sedangkan cuaca pada hari tersebut sangat
cerah ditambah lagi dengan cahaya matahari yang menyinar.

Cuaca pada hari tersebut bertukar menjadi gelap. Angin


yang bertiup mula menerbangkan hidupan- hidupan di dalam
laut ke daratan seperti lokan, ikan dan sebagainya.

Melihat kejadian yang semakin aneh itu, penduduk kampung


mula lari bertempiaran di kawasan bukit tersebut untuk
menyelamatkan diri mereka daripada diterbangkan oleh angin
yang kuat itu.

Dalam keadaan yang huru-hara ditambah lagi keadaan angin


ribut yang semakin kuat, penduduk kampung mula berteriak
meminta maaf akibat mentertawakan katak tersebut. Mereka
berpendapat bahawa angin yang muncul secara tiba- tiba
disebabkan oleh masab atau ketulahan.

10
11
NURUL HIDDAYAH ABDUL MANAP

Angin yang semakin kuat telah menerbangkan pokok- pokok,


tumbuhan dan semua hidupan di darat terbang ke dalam lautan.
Begitu juga sebaliknya. Melihat kejadian yang semakin
memburuk. Penduduk Kampung di Bukit Tandui tidak dapat
berbuat apa-apa dan hanya menunggu nasib.

Angin yang bertiup kencang tersebut kemudiannya


merubah satu persatu penduduk kampung menjadi batu yang
kekal di Bukit Tandui .Batu tersebut masih kekal sehingga
sekarang dan menjadi pengajaran kepada penduduk kampung
seterusnya agar menjaga adab bukan sahaja sesama manusia
tetapi kepada semua hidupan yang hidup.

12
3
SIMAM DAN BUAYA

P ada zaman dahulu, tinggal seorang lelaki tua bernama.


Simam. Simam tinggal di Muara Kampung Brunei.
Simam gemar akan mengail ikan di sungai Muara.

Pada suatu hari, sewaktu simam sedang mengail di


sungai. Simam didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki tersebut
menyatakan bahawa anak perempuanya sedang sakit
tekak. Sakit yang dihidapi anak perempuan lelaki itu
menyebabkan anaknya tidak dapat makan.

Lelaki tersebut meminta tolong kepada Simam untuk


mengubati anak perempuanya itu. Simam bersetuju untuk
mengubati dan kemudian mengikuti lelaki tersebut balik ke
rumah nya.

13
14
SIMAM DAN BUAYA

Sesampainya di rumah lelaki itu, Simam melihat anak


perempuan lelaki tersebut sedang terlantar kesakitan. Simam
kemudian menghampiri anak perempuan tersebut dan
menyuruh anak perempuan tersebut membuka mulut.

Alangkah terkejutnya Simam ketika melihat ada sebiji


mata kail yang tersangkut di dalam mulut anak perempuan
tersebut. Simam kemudian menarik mata kail tersebut.

Sambil menarik mata kail tersebut, mata Simam melirik


kearah dinding- dinding rumah lelaki tersebut. Simam amat
terkejut kerana Simam melihat banyak kulit-kulit buaya
tergantung. Simam kemudian bercakap didalam hati "oh
ternyata yang sedang ku ubati adalah anak dari seekor
buaya". Namun Simam tidak berani untuk membuka mulut
dan menanyakan hal tersebut kepada lelaki tersebut.

15
16
NURUL HIDDAYAH ABDUL MANAP

Setelah mata kail tersebut berjaya ditarik keluar, anak


perempuan tersebut kembali sihat seperti sedia kala dan
boleh menjamu selera kembali.

Kemudian, Simam meminta diri kepada lelaki tersebut


untuk kembali kerumahnya. Sebelum kembali kerumah, lelaki
tersebut telah memberikan sebuah bungkusan pekeras
kepada Simam. Simam menerima pekeras tersebut dan
dihantarkan pulang oleh lelaki tersebut.

Sesampainya dirumah, Simam membuka bungkusan


tersebut dan alangkah terkejutnya Simam kerana bungkusan
yang diterimanya adalah harta karun.

Semasa membuka bungkusan tersebut, Simam didatangi


oleh orang-orang kampung yang datang untuk mencarinya.
Mereka terkejut melihat Simam berada dirumahnya dalam
keadaan yang sihat dan baik.

17
NURUL HIDDAYAH ABDUL MANAP

Simam berasa hairan tentang kelakuan penduduk


kampung tersebut. Penduduk kampung kemudian
memberitahu bahawa mereka sedang mencari Simam.
Simam memasang muka yang agak terkejut kerana orang
kampung sedang mencari dirinya. Menurut orang- orang
kampung, Simam tidak pulanh kerumah selama seminggu dan
meninggalkan alat-alat pancing yang masih terletak elok di
pinggir sungai Muara.

Penduduk kampung tersebut risau dan berpendapat


bahawa Simam telah di makan oleh buaya. Simam kemudian
menceritakan kejadian yang dialami olehnya.

Sejak kejadian tersebut, majoriti orang kampung yang


ingin mengail di kawasan sungai akan menyebut nama
Simam sebelum mengail .Menurut orang kampung, setelah
menyebut nama Simam buaya yang berada di kawasan
tersebut akan meninggalkan kawasan tersebut. Hal ini kerana
Simam telah berbudi dengan buaya-buaya tersebut.

18
19
GLOSARI

BIDAAN - seorang pelaut yang dikenali sebagai


lanun

AMBUYAT - makanan tradisional orang sabah yang


dikenali sebagai sagu

MASAB/ KETULAHAN - akibat buruk yang berlaku


kepada seseorang yang tidak beradab

MENGAIL - memancing

PEKERAS - habuan atau hadiah pemberian yang


diberikan setelah membantu seseorang

NURUL HIDDAYAH ABDUL MANAP

20
BIODATA PENULIS

NAMA : NURUL HIDDAYAH ABDUL MANAP

NO MATRIKS : BC22110080

TEMPAT TINGGAL : MEMBAKUT


NURUL HIDDAYAH ABDUL MANAP

DI SEBALIK
SUMPAHAN INI
MENCERITAKAN
TENTANG DONGENG-
DONGENG YANG
TERJADI DI KAWASAN
MEMBAKUT, TEMPAT
DIMANA PENULIS
TINGGAL DAN
MEMBESAR

Anda mungkin juga menyukai