Anda di halaman 1dari 3

KATA HUBUNG

Kata hubung ialah kata yang berperanan atau berfungsi untuk menggabungkan kata dengan kata, ayat
dengan ayat atau frasa dengan frasa. Dalam bahasa Melayu baku, kata hubung dapat dibahagikan kepada
tiga bahagian utama, iaitu kata hubung gabungan, kata hubung pancangan dan kata hubung berpasangan.

Kata Hubung Gabungan


Kata hubung gabungan ialah kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan kata dengan kata, frasa
dengan frasa dan klausa dengan klausa.

Contoh:
atau, bahkan, dan, lalu, kecuali, manakala, melainkan, padahal, sambil, seraya, serta, tetapi

Kata Hubung Fungsinya Contoh Penggunaan dalam Ayat

atau Menunjukkan pilihan 1. Kim belum pasti sama ada akan melanjutkan
pelajarannya ke maktab atau ke universiti.
2. “Awak atau saya yang perlu menyiapkan
tugasan ini, Zul?” tanya Amin.
dan Menggabungkan dua unsur 1. Anjing dan kucing itu dipelihara oleh orang
yang setara kaya itu.
2. Ah Seng dan Karim pergi memancing di
lombong tinggal itu.
kecuali Menunjukkan kekecualian 1. Semua murid di kelas itu membaca buku di
perpustakaan kecuali Shamsudin.
2. Datuk Salleh bekerja setiap hari kecuali pada
hari Ahad atau hari kelepasan am.
lalu Menggabungkan dua 1. Milah masuk ke bilik lalu berbaring di atas
perbuatan yang dilakukan tilam yang empuk itu.
secara berturut-turut 2. Anjing garang itu menerkam pencuri itu lalu
menggigit punggungnya.
serta Menyatakan maksud turut 1. Aliah rajin serta gigih berusaha.
atau bersama-sama 2. Ali, Muthu, Salleh, dan Zaidi serta Farid
bercadang untuk pergi menonton wayang pada
hari minggu ini.
sambil Menunjukkan perbuatan 1. Sally menyanyi sambil menari.
lain dilakukan di samping 2. Kamala berlari sambil menjinjing beg plastik.
perbuatan utama
tetapi Menggabungkan ayat 1. Amran suka makan nasi lemak tetapi dia tidak
dengan ayat yang lain suka makan roti canai.
2. Rumah banglo itu sungguh cantik tetapi
harganya terlalu mahal.

Kata Hubung Pancangan

Kata hubung pancangan ialah kata hubung yang digunakan untuk membentuk ayat pancangan.

Contoh:
apabila, agar, jika, kalau, kerana, meskipun, selama, sekiranya, semenjak, selagi, sementara,
sungguhpun, supaya, walaupun, ketika

Perhatikan rajah penggunaan kata hubung pancangan yang berikut.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 1 Alam Bahasa Melayu


Kata Hubung Fungsinya Contoh Penggunaan dalam Ayat

agar Menerangkan 1. Ibu berdoa agar abang lulus dengan cemerlang dalam
maksud/tujuan ujian memandu itu.
2. Kadir sanggup makan ubat yang pahit itu agar dia cepat
sembuh.
apabila Menerangkan masa 1. Apabila ditegur, dia merajuk.
berlakunya sesuatu 2. Dawai itu mengembang apabila dipanaskan.
peristiwa/kejadian
kerana Menunjukkan 1. Kerana demam, dia tidak dapat mengambil bahagian
alasan/sebab dalam sukan itu.
2. Dia dimarahi oleh ayahnya kerana memecahkan sebiji
gelas minuman.
manakala Menunjukkan masa 1. Fauzi sibuk menyiapkan kerja sekolahnya manakala
dan perkara yang rakan-rakannya yang lain asyik bermain sahaja.
bertentangan 2. Mala sibuk menyiapkan hidangan untuk para tetamu
yang datang manakala adik dan kakaknya sibuk melayan
tetamu.
setelah/ Menunjukkan masa 1. Setelah siap mengemas rumah, Ramlah menyiapkan
sebelum kerja sekolahnya pula.
sejak 2. Sebelum ke bandar, Amran meminta keizinan ibunya
terlebih dahulu.
3. Sejak berpindah ke ibu kota, Azman jarang pulang ke
kampung.
supaya Menerangkan 1. Ibu menyuruh kakak memberus gigi setiap hari supaya
maksud/tujuan gigi kelihatan cantik dan bersih.
2. Pamela menggunakan alat solek yang mahal harganya
supaya dia kelihatan lebih begaya dan cantik.

Kata Hubung Berpasangan

Kata hubung berpasangan ialah kata hubung yang digunakan secara berpasangan dalam satu ayat.
Contoh:
baik…mahupun kian…kian
entah…entah sedangkan…inikan pula
bukan sahaja…bahkan juga sungguhpun…namun
makin…makin bukan sahaja…tetapi juga
sungguhpun…tetapi sama ada…atau
bagaimana…begitulah daripada…lebih baik
jangankan…pun semakin…semakin

 Kata hubung berpasangan ‘baik…mahupun’.


Digunakan untuk menyatakan maksud sama sahaja.
Ayat contoh:
1. Baik Rosli mahupun Jamal boleh menyertai pertandingan nyanyian itu.
2. Sebagai seorang nelayan yang bergantung hidup kepada laut, Pak Ali terpaksa turun ke
laut juga baik dalam keadaan cuaca baik mahupun keadaan laut bergelora.

 Kata hubung berpasangan ‘bukan sahaja…bahkan juga’.


Digunakan untuk menyatakan maksud serta atau di samping itu juga.
Ayat contoh:
1. Swee Kim bukan sahaja cantik bahkan juga berbudi bahasa.
2. Kamil bukan sahaja peramah bahkan juga pandai berjenaka.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 2 Alam Bahasa Melayu


 Kata hubung berpasangan ‘daripada…lebih baik’.
Digunakan untuk menunjukkan pertentangan maklumat.
Ayat contoh:
1. Daripada membazir wang lebih baik saya menabung.
2. Daripada membuang masa lebih baik saya membaca buku.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 3 Alam Bahasa Melayu

Anda mungkin juga menyukai