Anda di halaman 1dari 4

PENANDA WACANA

* Penanda wacana ialah rangkai kata yang


digunakan untuk menghasilkan karangan yang
baik dan teratur.

* Ia menghubungkan satu ayat dengan ayat yang
lain, suatu isi dengan isi yang lain dan suatu idea
dengan idea yang lain yang saling berkaitan.

* Penanda wacana juga sering digunakan apabila
memulakan perenggan yang baharu. Apabila dua
ayat digabungkan dengan penanda wacana yang
sesuai, ayat itu akan menjadi lebih lancar dan
sempurna serta mempunyai pertalian idea.

Penanda wacana boleh dibahagikan kepada
beberapa kategori mengikut fungsinya. Antaranya
ialah:











Contoh ayat:
1. Kami daripada keluarga yang miskin.
Sungguhpun demikian, kami tidak pernah
meminta belas ihsan daripada orang lain.

2. Saliza memang seorang murid yang pintar.
Namun begitu, dia jarang membantu rakannya
yang lemah dalam pelajaran.

3. Jalan itu agak sunyi. Walau bagaimanapun,
itulah satu-satunya jalan untuk pergi ke banglo
Dato' Kamal.

4. Amirul tidak pergi ke sekolah. Sebaliknya, dia
melepak di pusat permainan video.











Contoh ayat:
1. Saya tidak dapat melihat dengan jelas lebih-
lebih lagi pada waktu malam.

2. Danish suka menonton rancangan
dokumentari, tambahan pula yang berkaitan
dengan haiwan.

3. Ramai suri rumah berbelanja di pasar raya itu
kerana terdapat pelbagai jenis barang. Lagi pun,
harganya murah.

4. Farzana mendapat tawaran belajar di luar
negara. Malah, perbelanjaannya pun akan
ditanggung oleh kerajaan negeri.










Contoh ayat:
1. Ibunya telah meninggal dunia beberapa bulan
yang lalu. Sejak itu, dia sering termenung dan
kelihatan murung.

2. Badrul selalu ponteng sekolah. Lantaran
itu, ibu bapanya telah dipanggil oleh pihak sekolah
untuk menyelesaikan masalah tersebut.

3. Ibu bapa saya tiada di rumah ketika ini. Oleh
itu, saya dan adik-adik saya tidak dibenarkan
bermain di luar rumah.

4. Peperiksaan UPSR semakin hampir. Justeru,
kita perlu belajar bersungguh-sungguh dan
menumpukan sepenuh perhatian semasa guru
sedang mengajar.

Demikianlah serba sedikit penerangan tentang
penanda wacana yang perlu difahami oleh semua
murid. Walaupun tajuk ini agak sukar namun
begitu jika kita membuat banyak latihan dan
ulangkaji ia akan menjadi lebih mudah. Teruskan
membuat latihan untuk memantapkan lagi
pemahaman anda tentang penanda wacana.

Anda mungkin juga menyukai