Anda di halaman 1dari 6

Soalan pemahaman

Praktis 1 -
Baca bahan-bahan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1 Bahan 2

Hangus bertih berwarna merah, Arif menggosok-gosok matanya seolah-olah tidak


Mari dituang ke dalam kain; percaya bahawa dia sudah berada di kota
Suami yang letih usah dimarah, London. Cita-cita Arif sejak kecil Akhirnya
Kelak terbang ke bunga lain. tercapai jua. Dia telah mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan SPM. Oleh itu, dia
Anak Cina membawa surat, ditawarkan untuk menyambung pengajian di
Dari Perak langsung ke Deli ; salah sebuah universiti di London. Dia akan
hidup di dunia biar beradat, mengikuti bidang kejuruteraan kimia.
Bahasa tidak dijual beli
Sebelum berlepas ke London ibu dan ayah
Pisang kelat digonggong helang, Arif berpesan agar Arif tidak melupakan asal
Jatuh ke lubuk Inderagiri; usulnya. Arif perlu belajar bersungguh-sungguh
Jikalau berdagang ke rantau orang, untuk mendapatkan segulung ijazah. Arif berjanji
Baik-baik membawa diri. akan mematuhi pesanan ibu dan ayahnya. Dia
menyimpan impian untuk membela nasib mereka
satu hari nanti. Dia berharap agar impiannya
( dipetik daripada pantun Nasihat antologi Baik akan menjadi kenyataan.
budi indah bahasa tingkatan 2 Kementerian
Pendidikan Malaysia)

1. Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan nasihat yang sesuai kepada orang yang
akan merantau ke negara orang. (dari petikan) [3 markah]
Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nasihat yang sesuai disampaikan ialah kita
haruslah pandai membawa dan menjaga diri apabila kita merantau ke negara
orang lain dan tidak melupakan asal usul.

2. Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam bahan 1 (komsas) [ 3 markah]


Dua pengajaran yang terdapat dalam bahan 1 ialah kita janganlah marah suami yang

dalam keletihan.Seterusnya, kita perlulah menjaga adat kita dan bahasa kita tidak dijual
beli.

Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri.
3. Pada pendapat anda apakah kelebihan tinggal di negara sendiri. (KBAT) [4 markah]
Pada pendapat saya, kelebihan yang akan diperoleh ketika tinggal di negara
sendiri ialah makanan rakyat Malaysia yang unik. Selain itu, kita juga dapat menikmati
kebudayaan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ketika tinggal di negara sendiri.
Di samping itu, kita juga dapat berdekatan dengan keluarga tercinta kita jika kita tinggal
di negara sendiri. Akhirnya, kita dapat menyambut perayaan bersama-sama.
Praktis 2
Baca bahan-bahan di bawah ini dengan teliti ia kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1 Bahan 2

Buah mengkudu kusangkakan kandis, Senyumlah


kandis terletak dalam puan; Kerana senyuman hiasan terindah
gula madu kusangka manis, buat seorang wanita
manis lagi senyuman tuan. yang terluka hatinya.

asap api di Tanjung Tuan, Senyumlah


Kuala Linggi bakarnya rendah; kepada semua yang menyayangimu
harap hati kepada tuan, sebagai tanda menghargai mereka
langit tinggi ku pandang rendah. Sesungguhnya mereka sangat bermakna

anak udang meniti batang, Bersyukurlah


berasa dahan terlampai; engkau masih mampu mengukir senyuman
melihat bulan dipagar bintang, tatkala menghadapi dugaan
bagaikan rasa hendak dicapai.
Bersyukurlah
( dipetik daripada Pantun Kasih Sayang Antologi kau masih diberi kesempatan
Baik Budi Indah Bahasa, tingkatan 2 Kementerian untuk merasai kebahagiaan hidup
Pendidikan Malaysia) yang dikurniakan Tuhan.

1. Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan kelebihan senyuman kepada seseorang


itu.
Kelebihan senyuman lah menjadikan senyuman seseorang itu lebih manis. selain

itu,ialah hiasan terindah buat seorang wanita dan tanda menghargai mereka.
[3 markah]

2. Beri contoh gaya bahasa repetisi yang terdapat dalam kedua-dua bahan tersebut .
Antara contoh gaya bahasa repetisi yang terdapat dalam kedua-kedua bahan
tersebut
termasuklah pengulangan perkataan tuan di bahan pertama pada rangkap kedua.
Manakala untuk bahan kedua pula, terdapat pengulangan perkataan senyum pada
rangkap pertama.

3. Setiap agama menuntut agar kita sentiasa berkasih sayang. Pada pendapat anda
Bagaimanakah cara untuk mengeratkan hubungan kasih sayang terhadap sesama
manusia ?
Pada pendapat saya, cara untuk mengeratkan hubungan kasih sayang terhadap
sesama manusia ialah senyum dan berkenalan, memberikan cenderamata kepada
rakan-rakan dan jiran, sentiasa membantu jiran atau rakan yang memerlukan
bantuan atau pertolongan dan menghormati antara satu sama lain dan tidak
menuturkan perkataan yang boleh menggoreskan perasaan.
[4 markah]

Praktis 3
Baca bahan-bahan di bawah ini dengan teliti ia kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1 Bahan 2

3Dengarkan tuan ayahanda berperi, Anak gadis memetik bayam,


kepada anakanda muda bestari, Hendak dimasak dengan pegaga;
nasihat kebajikan ayahanda beri, Carik-carik bulu ayam,
amalkan jangan malas dan ngeri. Lama-lama bercantum juga.

4Ayuhai anakanda muda remaja, Sungguh hebat pahlawan Bentan,


jika anakanda menjadi raja, Menjadi sebutan di mana-mana;
hati yang betul hendak disahaja, Sesal dahulu pendapatan,
kata rajin pada bekerja. Sesal kemudian tidak berguna.

5kerja kebajikan janganlah malas, Cucu si bakhil otaknya dangkal,


zahir dan batin janganlah culas, Masuk ke hutan membawa bunga;
jernihkan hati hendaklah ikhlas, Kalau kail panjang sejengkal,
seperti air di dalam gelas. Lautan dalam usah diduga.

( dipetik daripada Syair Nasihat, Antologi Pohon mangga lambat berbuah ,


Baik Budi Indah Bahasa, tingkatan 2 daun yang gugur ke dalam perigi;
Kementerian Pendidikan Malaysia) Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

1. Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2,nyatakan nasihat yang terdapat dalam rangkap
kelima dan rangkap ketiga pantun tersebut. [3 markah]
Nasihat yang terdapat dalam rangkap kelima dan rangkap ketiga ialah kita
hendaklah ikhlas dalam melakukan kebajikan dan kita tidak sepatutnya cuba
menguji orang yang lebih berilmu dan berpengalaman daripada kita.
2. Nyatakan dua ciri yang sama bagi syair dan pantun tersebut
Dua ciri yang sama bagi syair dan pantun ialah setiap rangkap mempunyai 4 baris
dan kedua-dua bahan berbentuk terikat.

3. Kita perlulah memberikan nasihat dan teguran secara bijak. Pada pendapat anda
mengapakah remaja nasihat dan teguran sangat penting kepada seseorang [4 markah]
Remaja haruslah menerima nasihat dan teguran agar tidak terlibat dengan
masalah sosial, tidak mengulangi kesilapan yang sama dan lebih bermotivasi dan
menjadi insan yang cemerlang. Selain itu, nasihat dan teguran ini membantu
remaja untuk menentukan hala tuju yang betul dalam kehidupan.

Praktis 4
Baca bahan-bahan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1 Bahan 2

Kucari damai di sini


di tanah makmur dan merdeka
yang menilai dan merdeka antara realiti dan Kempen Hargailah
mimpi Nikmat kemerdekaan
membebat perasaan kehidupan
dengan sejarah persaudaraan Tarikh: 14 Ogos 20 21
mengikat naluri kemanusiaan. Hari: Sabtu
Masa: 8 30 pagi hingga 5.30 petang
Kucari damai di sini Tempat: Dataran Merdeka Kuala Lumpur
cinta dan jati diri
bersemarak di taman sukma
dengan kasih sayang Kita sungguh bertuah kerana dilahirkan
bersemadi di naluri. sebagai anak merdeka. Kita dapat hidup
dalam keadaan harmoni walaupun
Di sini damainya badai berlainan bangsa di negara Malaysia
moga gemilang sepanjang zaman yang indah ini.
menjadi catatan sejarah kebanggaan
untuk generasi masa depan.

( dipetik daripada Sajak Kucari Damai Di sini,


Antologi Baik Budi Indah Bahasa, tingkatan 2 Pelbagai acara menarik akan diadakan.
Kementerian Pendidikan Malaysia) Marilah bersama-sama menyertai kempen ini.

1. Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2 nyatakan gambaran tentang negara Malaysia.

Gambaran tentang negara Malaysia dalam bahan 1 ialah hidup di tanah makmur
dan merdeka manakala bahan 2 ialah hidup dalam keadaan harmoni walaupun
berlainan bangsa.
[ 3 markah]

2. Nyatakan dua nilai yang sama yang terdapat dalam kedua-dua bahan tersebut

[3 markah]
Nilai yang sama pada kedua-dua bahan tersebut ialah Nilai Patriotik. Selain itu
terdapat
nilai kesyukuran

3. Perpaduan antara kaum banyak membawa kebaikan kepada masyarakat dan negara
kita.
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk memupuk semangat perpaduan dalam
kalangan rakyat yang berbilang kaum di negara kita

Pendapat saya cara untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat


berbilang kaum ialah kerajaan mengadakan kempen perpaduan kepada rakyat Malaysia.
Selain itu, Kerajaan dan badan swasta menganjurkan majlis rumah terbuka
sempena hari perayaan kaum yang berbeza Di samping ituPihak sekolah menganjurkan
pelbagai aktiviti berbentuk perpaduan seperti jamuan perpaduan dan sambutan Hari
Raya.Tambahan pula Media massa menayangkan poster, video dan dokumentari tentang
perpaduan di Malaysia

Anda mungkin juga menyukai