Anda di halaman 1dari 3

SEKEPING TANAH

Soalan- soalan format PT3 dan SPM


1) Mengapakah Harun tidak berpuas hati terhadap adiknya, Hisyam ?

A. Harun tidak berpuas hati terhadap adiknya, Hisyam kerana tidak mengajaknya
terlibat dalam projek pembinaan kondo di atas tanah pusaka peninggalan arwah
ayah mereka.
B. Kerana Hisyam mengajak Harun untuk terlibat dalam projek pembinaan kondo di
atas tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka.
C. Kerana Harun tidak mengajak Hisyam untuk terlibat dalam projek pembinaan kondo
di atas tanah pusaka itu.
D. Harun tidak berpuas hati terhadap adiknya, Hisyam kerana mengajaknya untuk
terlibat dalam projek pembinaan rumah di atas tanah pusaka arwah ayahnya.

2) Apakah alasan yang diberikan oleh Harun untuk mempertahankan dirinya ?

A. Alasan yang diberikan oleh Hisyam kepada abangnya, Harun untuk


mempertahankan dirinya ialah dengan menyatakan bahawa dia tidak mahu
bertegang urat dengan abangnya itu.
B. Alasan yang diberikan oleh Harun untuk mempertahankan dirinya ialah Hisyam tidak
memberitahunya mengenai projek tersebut sedangkan dia adalah abang kepada
Hisyam.
C. Hal ini kerana Harun tidak mahu memajukan tanah pusaka arwah ayahnya bersama
dengan Halimah dan Hisyam
D. Hisyam tidak mahu abangnya, Harun itu memarahinya.

3) Mengapakah Hisyam memberitahu kakaknya bahawa hanya mereka berdua yang perlu
menguruskan syarikat ?

A. Kerana Harun tidak bersetuju dengan hasrat Hisyam untuk menubuhkan syarikat itu
dan Harun bermati-matian mahu menjual tanah pusaka arwah ayahnya itu.
B. Kerana Harun tidak mahu terlibat dalam menguruskan syarikat tersebut.
C. Kerana Hisyam tidak mahu Harun untuk terlibat dalam menguruskan syarikat itu.
D. Kerana Hisyam merasa bahawa Harun tidak layak untuk menolong mereka
menguruskan syarikat.

4) Apakah dua nilai murni yang terdapat di dalam petikan cerpen di atas ?

A. Nilai kegigihan dan nilai kerjasama


B. Ketabahan dan tolong-menolong
C. Nilai kebijaksanaan dan kegigihan
D. Nilai baik hati dan ketabahan
5) Apakah yang menyebabkan Saleh dan Musa masuk dan keluar lokap ?

A. Saleh terlibat dalam penagihan dadah manakala Musa pula terlibat dalam aktiviti
lumba haram.
B. Mereka berdua terlibat dalam penagihan dadah.
C. Mereka berdua terlibat dalam aktiviti perlumbaan haram.
D. Saleh dan Musa terlibat dalam pernagihan dadah dan aktiviti perlumbaan haram.

6) Apakah dua contoh teknik penceritaan berdasarkan petikan cerpen ?

A. Teknik dialog dan teknik imbas kembali.


B. Teknik monolog dan teknik imbas
C. Teknik Pemerian dan teknik monolog
D. Teknik monolog dalaman dan teknik imbas kembali

7) Berdasarkan cerpen Sekeping Tanah, apakah yang ingin Hisyam dan Halimah bangunkan ?

A. Rumah kediaman mewah dalam bentuk kondo


B. Rumah kediaman mewah dalam bentuk banglo
C. Rumah kediaman untuk anak-anak yatim
D. Rumah kediaman untuk warga emas

8) Berikut adalah latar masa yang terdapat di dalam cerpen Sekeping Tanah, kecuali…

A. Waktu Malam
B. Waktu petang
C. Setelah dua puluh hari
D. Waktu tengah hari

9) Berikut adalah perwatakan Hisyam di dalam cerpen Sekeping Tanah, kecuali…

A. Anak bongsu daripada tiga beradik


B. Seorang yang tidak amanah
C. Seorang yang penyayang terhadap ahli keluarganya
D. Bekerja sebagai pemandu teksi

10) ‘Keberanian mengambil risiko untuk kesejahteraan masa depan’ merupakan __________
bagi cerpen Sekeping Tanah.

A. Nilai
B. Pengajaran
C. Tema
D. Persoalan
11) Siapakah yang memberi cadangan untuk membangunkan rumah pusaka itu menjadi kondo ?

A. Hisyam
B. Halimah
C. Hasan
D. Harun

12) Apakah perwatakan Harun yang terdapat dalam cerpen Sekeping Tanah ?

A. Anak kedua daripada tiga beradik


B. Seorang yang gigih dalam melakukan sesuatu perkara
C. Bapa kepada dua orang anak lelaki iaitu Saleh dan Musa
D. Seorang yang amanah dan jujur

13) “Kamu cakap saja pandai. Tapi buat tak tahu.”


Apakah gaya bahasa yang terdapat dalam pernyataan di atas ?

A. Metafora
B. Simile
C. Paradoks
D. Sinkope

14) ‘Kita hendaklah bijak merancang masa depan demi kesenangan hidup dan keluarga’
merupakan ___________ bagi cerpen Sekeping Tanah.

A. Persoalan
B. Pengajaran
C. Nilai
D. Tema

15) Berikut merupakan perwatakan Halimah di dalam cerpen Sekeping Tanah, kecuali….

A. Seorang yang berpengetahuan luas dalam bidang pengurusan kewangan


B. Seorang yang prihatin dan bersimpati terhadap kesusahan abangnya
C. Seorang yang bersifat sensitive
D. Seorang yang bijak dan teliti

Anda mungkin juga menyukai