Anda di halaman 1dari 8

Tema Novel Justeru Impian Di Jaring

Tema Novel Justeru Impian Di Jaring ialah ketabahan seorang pemain badminton dalam menghadapi segala dugaan dan
rintangan sebelum bergelar juara dunia.

Hal ini dibuktikan oleh Syahir yang berlatih bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan badminton Terbuka Johor.
Walaupun Syahir gagal dalam pertandingan tersebut namun dia dapat menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa bagi
menggantikan tempat Gopinath yang terlibat dalam kemalangan. Walaupun tidak mendapat sokongan daripada penonton
tempatan, dia tetap gigih berusaha untuk menewaskan Andri Mirnawan. Akhirnya, Syahir yang begitu tabah dan terus
berusaha telah berjaya menewaskan Andri Minarwan di peringkat akhir dan ditabalkan sebagai Juara Kejohanan Badminton
Antarabangsa.

Persoalan Novel Justeru Impian Di Jaring


*Persoalan berkaitan dengan dunia permainan badminton
Contoh Peristiwa: Syahir dan teman-temannya banyak menghabiskan masa di tempat latihan untuk
mempersiapkan diri menyertai Terbuka Johor dan Kejohanan Badminton Antarabangsa. Mereka
berlatih bersungguhsungguh untuk berjaya dalam kejohanan yang disertai.

*Persoalan Kasih sayang seorang anak terhadap ibu.


Contoh Peristiwa: Syahir amat menyayangi emaknya. Ketika dia ada kelapangan, dia akan pulang ke
rumah untuk menemui emaknya yang terletak di Bandar Baru Bangi. Syahir juga berasa amat risau
apabila mengenangkan emaknya yang demam sewaktu dia menyertai Terbuka Johor. Begitu juga
sebelum ke Jakarta untuk menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa, dia mengunjungi
emaknya yang menghidap strok di Hospital Universiti. Seterusnya, Syahir juga sentiasa
menghubungi Kak Uda untuk mengetahui keadaan kesihatan emaknya sewaktu di Jakarta. Apabila
pulang dari Jakarta, dia segera bertemu emaknya yang masih berada di hospital.

*Persoalan hormat terhadap orang yang lebih berpengalaman


Contoh Peristiwa: Syahir amat menghormati jurulatihnya Haji Marzuki. Haji Marzuki menegur
kelemahan Syahir yang banyak bermain mengikut mood, lalu memintanya mengawal emosi ketika
berada di gelanggang. Syahir menerima teguran dan motivasi daripada Haji Marzuki kerana dia
amat menghormati pengalaman yang dimiliki oleh jurulatihnya itu.

*Persoalan patriotisme terhadap negara


Contoh Peristiwa: Syahir berasa serba salah untuk menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa
di Jakarta apabila mendapati emaknya diserang strok. Dalam keadaan serba salah dan memikirkan
di bahunya ada tanggungjawab terhadap negara, akhirnya dia ke Jakarta. Namun, dia sentiasa
menghubungi kakaknya untuk mengetahui keadaan emaknya.

Latar tempat Novel Justeru Impian Di Jaring


Rumah Syahir
Peristiwa Syahir berbual-bual dengan ibu dan kakaknya berkenaan sukan badminton
dan ketika itu dia teringat akan ayahnya yang sudah meninggal dunia. Pada peringkat
awalnya ayah Syahir tidak menggalakkannya terlibat dalam sukan badminton tetapi
lama kelamaan mengizinkannya.

Pejabat akhbar Mingguan Riadah


Peristiwa Syahir bertemu dengan Ratna, juara program Akademi Impiana bersama tiga
orang remaja dari UiTM. Syahir bergambar bersama-sama dengan mereka.

Dewan Badminton Tanjung Puteri Bahru


Tempat Kejohanan Badminton Terbuka Johor diadakan bagi acara beregu dan
perseorangan. Di sinilah Syahir turut bertanding walaupun dia asyik teringat akan
ibunya yang tidak sihat

Latar Masyarakat Novel Justeru Impian Di Jaring


Masyarakat yang gigih berusaha untuk mencapai kejayaan

Contoh: Syahir berusaha dengan gigih dengan berlatih di bawah bimbingan Haji Marzuki sehingga dia berjaya memenangi
kejohanan badminton di Jakarta setelah berjaya menewaskan pemain Indonesia di peringkat akhir.

Masyarakat yang berani mengubah masa depan

Contoh: Syahir amat berani dan tetap hati untuk menjadi juara dalam bidang sukan badminton walaupun pernah dihalang oleh
ayahnya satu masa dahulu.

Masyarakat yang saling membantu

Contoh: Wan Najihan memahami masalah Syahir apabila Syahir tewas di tangan Syed Amiri. Dia memberi sokongan moral
dengan berharap agar Syahir tidak berputus asa untuk mencuba lagi.
Latar Masa Novel Justeru Impian Di Jaring
Waktu pagi

Contoh: Semua pemain kebangsaan menjalani latihan pada pukul 7:30 pagi.

Waktu malam

Contoh: Syahir makan malam bersama-sama dengan Kak Uda dan emaknya.

Tengah hari

Contoh: Syahir dan Wan Najhan makan tengah hari di Restoran 48 Jam. Mereka bertemu dengan adik Wan Najhan,iaitu Wan
Najlah.

Lima tahun yang lalu

Contoh: Gambar usrah kami tujuh beranak yang diambil semasa hari raya puasa hampir lima tahun yang lalu

Watak dan Perwatakan Novel Justeru Impian Di Jaring


Watak Utama: Syahir

o Pemain badminton skuad kebangsaan.

o Anak bongsu daripada lima orang adik beradik.

o Mahasiswa di Jabatan Pengajian Sukan, UPM Serdang.

________________________________________

Berdasarkan novel yang telah saya kaji semasa di tingkatan 3 iaitu novel Justeru Impian Di Jaring yang dikarang oleh Zaid
Akhtar, terdapat beberapa perwatakan yang ditonjolkan oleh watak utama iaitu Syahir.

Antara perwatakan Syahir yang amat saya kagumi ialah dia merupakan seorang yang penyabar. Sebagai contoh, tindakan Syed
Amiri yang mengejeknya sebagai ‘Ustaz selebriti’ dan mempertikaikan kemampuannya untuk menyertai kejohanan
antarabangsa di Jakarta telah dihadapinya dengan hati yang sabar. Peristiwa ini jelas membuktikan bahawa Syahir merupakan
seorang yang penyabar.

Di samping itu, perwatakan yang ditunjukkan oleh Syahir ialah dia merupakan seorang yang penyayang. Dalam novel ini, sifat
penyayang Syahir jelas terbukti apabila dia pulang ke Bandar Baru Bangi semata-mata untuk menjenguk emaknya walaupun
tempat kediamannya terletak agak jauh. Syahir juga melawat emaknya yang menghidap penyakit strok di hospital sebelum dia
berangkat ke Jakarta. Peristiwa ini dapat membuktikan sifat penyayang dalam diri Syahir.

Akhir sekali, Syahir juga merupakan seorang yang taat akan pesanan. Sebagai tamsilan, Syahir sentiasa ingat akan pesanan
arwah ayahnya yang mengharapkan agar Syahir mengharumkan nama negara, memberikan sumbangan kepada bangsa dan
negara, serta memelihara syariat Islam dalam sukan. Izharlah, Syahir merupakan seorang yang taat akan pesanan.

Watak Sampingan: Haji Marzuki

Seorang yang bertanggungjawab.

Buktinya, sebagai jurulatih badminton yang berpengalaman dan bertaraf dunia, Haji Marzuki bertanggungjawab terhadap
mutu permainan pemainpemain yang dilatihnya seperti Syahir, Bernard dan Kam Heng.

Seorang yang berkeyakinan tinggi

Hj Marzuki begitu yakin bahawa Syahir mampu membawa kejayaan dalam sukan badminton dengan memilihnya
menggantikan tempat Gopinath yang tidak boleh menyertai kejohanan di Indonesia.
Seorang yang bijak bermain psikologi

Hj Marzuki memberitahu Syahir bahawa dia akan berhenti menjadi jurulatih sekiranya Syahir gagal di Indonesia

Plot Novel Justeru Impian Di Jaring


Binaan Plot

Permulaan

NovelJusteru Impian Di Jaring bermula dengan perbualan antaraSyahir danAzmie. Syahir merupakan salah seorang pemain
badminton skuad kebangsaan. Dia ditemu ramah oleh rakan baiknya, iaitu Azmie.Perbualan mereka agak lama hingga
menyebabkanSyahir lewat masuk ke dalam dewan untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh ketua jurulatih, iaitu
Engku Aiman.

Syahir diberitahu bahawa mereka terpaksa menyertai Kejohanan Terbuka Johor. Peraturan dan kehendak Persatuan Bulu
Tangkis Se-Malaysia (PBSM) mewajibkan mereka menyertai kejohanan tersebut terlebih dahulu untuk menentukan sama ada
mereka layak mewakili negara ke Jakarta atau tidak.

Perkembangan

Syahir sebagai seorang pemain badminton menjalani kehidupan yang penuh liku dan cabaran sebelum layak ke Jakarta. Berita
kurang menyenangkan daripada pihak PBSM telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pemain,
terutamanya Syahir. Hal ini demikian kerana, mereka terpaksa bersaing sesama sendiri. Dalam peraturan baru itu, Engku
Aiman mengatakan bahawa ranking dunia tidak akan menjamin prestasi semasa.

Perumitan/Konflik

Haji Marzuki dan Mas Suparman terpaksa akur dengan keputusan PBSM dan terus melatih pemain skuad kebangsaan,
terutamanya Syahir dan Bernard yang dikatakan memiliki potensi dalam permainan. Syahir sering menjadi bahan sindiran dan
ejekan oleh Syed Amiri dan Engku Aiman tidak menyukainya.

Pada suatu hari, Syahir pergi ke pejabat rakan baiknya, Azmie di Taman Shamelin Perkasa. Di sana, dia didatangi oleh empat
orang gadis dan Ratna, iaitu juara program Akademi Impiana untuk bergambar bersama-sama. Pada mulanya dia menolak,
tetapi Syahir terpaksa akur apabila diberi alasan untuk bergambar beramai-ramai.

Kesan daripada peristiwa itu, Syahir digosipkan bercinta dengan Ratna apabila gambar mereka berdua tersiar dalam akhbar.
Perjalanan Syahir untuk mewakili negara ke Jakarta semakin rumit apabila dia berhadapan dengan masalah emaknya yang
sakit sebelum dia ke Johor. Semasa Kejohanan Terbuka Johor, Syahir telah ditewaskan oleh Syed Amiri menyebabkan
harapannya untuk menyertai Kejohanan Dunia di Jakarta tidak kesampaian.

Klimaks

Syahir dikehendaki menggantikan Gopinath ke Jakarta kerana rakannya itu terlibat dalam kemalangan jalan raya. Walaupun
dia terpaksa menghadapi rintangan apabila diberitahu bahawa emaknya menghidap strok, Syahir tabah melangkahkan kaki ke
Jakarta bagi memikul harapan jurulatih dan negara.

Syahir yang berjaya ke peringkat akhir akan bertemu dengan Andri Mirnawan, iaitu wakil tuan rumah. Akhirnya, Syahir berjaya
menundukkan wakil Indonesia itu walaupun menghadapi kesukaran seperti keputusan pengadil yang berat sebelah, sokongan
padu daripada para penyokong Andri, dan kesakitan pada bahagian perut yang dialaminya.

Peleraian

Syahir hampir rebah semasa majlis penyampaian hadiah dan segera dikejarkan ke hospital. Syahir telah disahkan menghidap
Apendisitis atau radang apendiks dan telah dibedah di Jakarta sebelum dibawa pulang ke Malaysia. Syahir amat bersyukur dan
menganggap bahawa kemenangan itu adalah untuk bangsa, agama, dan negara.

Sebaik-baik tiba di Malaysia, Syahir melawat emaknya di hospital dan menyerahkan pingat yang dimenanginya kepada
emaknya. Azam Syahir yang seterusnya ialah mewakili negara ke Sukan Olimpik pula.
Teknik Plot Justeru Impian Di Jaring
Dialog

Perbualan antara Syahir dengan Azmie. Syahir meminta rakan baiknya itu agar tidak menulis perkara yang tidak sepatutnya
dalam Mingguan Riadah itu nanti.

Monolog

Syahir bermonolog mempertikaikan kemenangan Syed Amiri dalam kejohanan Terbuka Johor adalah kerana pengadil
perlawanan turut bersekongkol untuk memberikan kemenangan kepada Syed Amiri.

Imbas Kembali

Emak telah mengingatkan semula tentang pesanan arwah ayah Syahir kepada Syahir.

Imbas muka

Syahir berasa serba salah untuk meneruskan perjuangannya di Jakarta setelah mendapat berita bahawa emaknya diserang
strok. Syahir mula membayangkan keadaan yang akan berlaku sekiranya emaknya meninggal dunia semasa dia berada di
Jakarta.

Saspens

Semasa pertarungan antara Syahir dengan Syed Amiri, pembaca tertanya-tanya pemain yang akan memenangi perlawanan
badminton tersebut. Hal ini demikian kerana pertarungan antara mereka sangat sengit, ditambah pula dengan beberapa
keputusan pengadil yang berat sebelah.

Gaya Bahasa Justeru Impian Di Jaring


Metafora

Contoh: Tidak semena-mena wajah arwah abah pula yang hadir di layar minda.

Peribahasa

Contoh: datang tidak bersambut, pulang biarlah berhantar; berpeluk tubuh; makan hati; kepala batu.

Simile

Contoh: “Kadang-kadang terasa macam bola, disepak dilambung ke sana ke mari.”

Sinkope

Contoh: “Saya tak sedap hati nak pergi, kak.”

Personifikasi

Contoh: Ada keresahan mengintai dalam nubari.

Hiperbola

Contoh: Peluang kini terbuka luas untuk saya mematikan bulu tangkis dengan smash tajam membunuh ke lantai kejat
gelanggangnya.
Nilai Novel Justeru Impian Di Jaring
Nilai Kesabaran

Contoh: Syahir selalu bersabar apabila disindir oleh Engku Aiman. Dia juga bersabar dengan kerenah Syed Amiri yang tidak
menyukainya.

Nilai Kegigihan

Contoh: Syahir dan rakan-rakannya gigih berlatih untuk mengharungi kejohanan Terbuka Johor dan Kejohanan Badminton
Antarabangsa di Jakarta. Kegigihannya menyebabkan dia memenangi kejohanan badminton di Jakarta.

Nilai bertanggungjawab

Contoh: Syahir amat bertanggungjawab terhadap keluarga sehingga dia bimbang akan kesihatan ibunya. Syahir juga
bertanggungjawab terhadap negara dan mahu berbakti kepada negara menerusi sukan badminton.

Nilai Keberanian

Contoh: Tindakan Wan Najlah memakai tudung dan seluar panjang semasa berlatih di kem latihan wanita telah membuktikan
bahawa dia berani melakukan perubahan untuk menutup aurat seperti yang pernah dikatakan kepada Syahir.

Nilai Kasih sayang

Contoh: Kak Uda sanggup menjaga emak yang menghidap strok dengan mengambil cuti.

Nilai Simpati

Contoh: Syahir bersimpati terhadap nasib rakyat Palestin yang ditindas oleh Amerika Syarikat dan sekutunya, Israel.

Nilai Keyakinan

Contoh: Haji Marzuki telah berjanji kepada pihak PBSM bahawa dia akan meletakkan jawatan sebagai jurulatih sekiranya
Syahir gagal menjuarai kejohanan dunia kerana dia yakin Syahir akan berjaya memenanginya.

Nilai Ketegasan

Contoh: Syahir tetap dengan pendiriannya untuk menutup aurat semasa bermain badminton walaupun sesetengah pihak tidak
bersetuju pada mulanya dan ada yang melabelkan dia sebagai muslim yang konservatif serta ‘kepala batu dari hulu.’
Pengajaran Novel Justeru Impian Di Jaring
Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan

Contoh Peristiwa: Syahir tabah menjalani latihan untuk membolehkannya layak ke kejohanan badminton di Jakarta. Walaupun
sebelum ini dia pernah gagal, Syahir mencuba lagi di Jakarta sehingga akhirnya beroleh kejayaan

Kita hendaklah prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh anggota keluarga

Contoh Peristiwa: Syahir prihatin terhadap kesihatan ibunya dan berasa tidak selesa meninggalkan ibunya dalam keadaan
sakit.

Kita haruslah berusaha untuk mengharumkan nama negara

Contoh Peristiwa: Syahir berusaha dengan penuh gigih untuk mengharumkan nama negara. Akhirnya berjaya menewaskan
Andre Minarwan dalam kejohanan badminton di Jakarta

Kita hendaklah mengingati pesanan yang baik yang disampaikan oleh seseorang.

Contoh Peristiwa: Syahir sentiasa mengingati pesanan arwah ayahnya agar memberikan sumbangan kepada bangsa dan
negara serta memelihara syariat dalam bersukan.

Kita haruslah berani untuk menyatakan pendapat.

Contoh Peristiwa: Syahir berani menyatakan pendapatnya bahawa dia tidak bersetuju dengan tindakan pihak PBSM yang tidak
menggunakan ranking dunia dalam pemilihan pemain bagi kejohanan dunia di Jakarta. PBSM telah menukarkannya kepada
prestasi semasa Kejohanan Terbuka Johor untuk pemilihan mewakili negara.

Kita mestilah berpendirian teguh dalam melakukan sesuatu.

Contoh Peristiwa: Syahir tetap dengan pendiriannya untuk menutup aurat semasa bermain badminton walaupun sesetengah
pihak tidak bersetuju pada mulanya dan ada yang melabelkan dia sebagai muslim yang konservatif serta ‘kepala batu dari
hulu.’

Kita hendaklah berfikiran positif terhadap sesuatu perkara.

Contoh Peristiwa: Syahir hanya tersenyum dan mengambil positif kritikan Engku Aiman yang mempertikaikan permainannya
yang dikatakan agak lembap, kelam-kabut, dan mudah terikut-ikut rentak lawan. Engku Aiman menganggap Syahir tidak
mampu melawan pemain dari China.

Kita tidak seharusnya memandang rendah terhadap orang lain.

Contoh Peristiwa: Engku Aiman dan Syed Amiri telah memandang rendah akan keupayaan Syahir untuk mara ke Kejohanan
Badminton Kebangsaan di Jakarta.

Kita tidak seharusnya bersikap pilih kasih dalam kehidupan.

Contoh Peristiwa: Engku Aiman menganggap Syed Amiri sebagai anak emas dan sentiasa memuji keupayaan pemain itu
manakala pemain-pemain badminton yang lain dianggap tidak sehebat Syed Amiri, terutamanya Syahir.
GEOGRAFI TINGKATAN 3

KEMAHIRAN GEOGRAFI

JADUAL DAN GRAF

1.1 CIRI2 KEGUNAAN J’DUAL

1.2 CIRI2 KEGUNAAN GRAF


GEOGRAFI FIZIKAL

1.3 LANGKAH BINA JADUAL TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI


DI MALAYSIA
1.4 LANGKAH BINA GBM,GGM&GG
4.1 JENIS &TABURAN ” ” GEOGRAFI MANUSIA
1.5 M’TAFSIR JDL, GBM,GGM&GG
4.2 F’TOR2 M’PENGARUHI “ ”

4.3 KEPENTINGAN “ “ KEGIATAN EKONOMI DI MALAYSIA

4.4 KESAN K’GIATAN M’NUSIA “ “ 7.1 JENIS ” “

KEMAHIRAN GEOGRAFI 7.2 TABURAN “ “

7.3 FAKTO2 M’PENGARUHI ” “ ISU&P’URUSAN A’SEKITAR


CARTA PAI
7.4 KEPENTINGAN “ “
SUMBER HUTAN
2.1 CIRI2 KEGUNAAN C’PAI
GEOGRAFI FIZIKAL
10.1 SUMBER HUTAN
2.2 LANGKAH2 BINA C’PAI
HIDUPAN LIAR DI MALAYSIA 10.2 KEPENTINGAN P’URUSAN “ “
2.3 M’TAFSIR CARTA PAI
5.1 HIDUPAN LIAR DI MY 10.3 USAHA PE&PU “ “

5.2 KEPENTINGAN “ “ GEOGRAFI KAWASAN 10.4 PERANAN AGENSI DALAM


P’USURAN HTN DI MY
5.3 K’GIATAN M’SIA M’ANCAM” “
TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA
5.4 USAHA P’MELIHARAAN DAN JADI DAN HIDUPAN LIAR DI DUNIA
P’MULIHARAAN “ “
8.1 TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA
JADI DAN HIDUPAN LIAR DI DUNIA
GEOGRAFI FIZIKAL
8.2 KEPENTINGAN “ “
ISU&P’URUSAN A’SEKITAR
PENGARUH PERSEKITARAN FIZIKAL
TERHDAP KEPELBAGAIAN TUMBUH- KITAR SEMULA
YUMBUHAN SEMULA JADI DAN
11.1 ELEMEN ” “
HIDUPAN LIAR
GEOGRAFI MANUSIA 11.2 KEPENTINGAN AMALAN “ “
3.1 F’TOR2 “ ”
11.3 AMALAN KITAR SEMULA DI MY
3.2 F’TOR M’PENGARUHI “ ”
SUMBER SEMULA JADI MALAYSIA 11.4 AMALAN KITAR SEMULA DI
GEOGRAFI KAWASAN NGR LAIN
6.1 SUMBER SEMULA JADI DI MY

6.2 T’RAN S.BLH D’BHRUI & X DI MY SUMBER SEMULA JADI UTAMA DAN
KERJASAMA EKONOMI DUNIA
6.3 K’PENTINGAN “ “
9.1 TABURAN “ “

9.2 KRISIS “ “
KERJA LAPANGAN
9.3 CONTOH KERJASAMA ” “
PANDUAN KERJA LAPANGAN
9.4 KEPENTINGAN KERJASAMA “
12.1 MEMILIH IS/TJK K.P

12.2 M’TENTUKAN OBJ K.P

12.3 M’TENTUKAN KDH K.P

12.4M’REKOD,M’GUMPUL,M’LISIS
D/M

12.5M’RUMUS&BUAT P’LPRN K.P

Anda mungkin juga menyukai